Monday, 19 February 2018

Denai Tiga Puteri, Kota Damansara

Cuti Chinese New Year haritu kami tak kemana. Selain memang selalunya kami tak kemana pun masa CNY sebab malas nak layan jam, toklaki pun tak berapa sehat. Selsema ngan batuk. Disebabkan boring je duduk rumah, jom laa buat aktiviti sikit. Yang simple2 je. Maka, jom laa ke Denai Tiga Puteri di Hutan Simpan Kota Damansara. 

Jalan lengang je dan tempat tu pun agak lengang juga. Semua masih mood bercuti panjang. Elok juga. Aman damai laa kami nanti. Cuma agak seksa nak mencari breakfast sebab semuanya tutup. Pasrah.

Ikut je waze, kompom sampai. Senang je pun direction nak ke sana. Kalau ditakdirkan sesat, cari je Sek. Keb. Seksyen 10, KD. Sebab dia betul-betul depan sekolah nie. Dalam pukul 8 kami dah start. Jalan awal-awal dia macam trail / trekking biasa je. Sila tengok signboard atau tanda-tanda sepanjang jalan tu. Sebab dia ada 2-3 trail/laluan untuk ke puncak. Tapi still menuju ke tempat yang sama. Dalam sejam kami dah sampai puncak.  

Ikut pengalaman aku, Denai 3 Puteri ni kategori mudah sangat. Sebab dia memang untuk trekking kot. Cuma 500 meter terakhir tu je laa yang ada 'agak sukar' sikit. Bagi yang tak biasa trekking, mungkin laa dia rasa susah. Jarak perjalanan pergi dalam 3.5km. Tapi baguslah ada hutan simpan cenggini. Boleh dijadikan aktiviti keluarga. Masa aku pergi tu, ada satu famili tu dia bawak anak-anak dia kecik je semua. Macam below 6 years je. Kan best kalau area Puchong / Putrajaya pun ada hutan simpan cenggini. 

Lepas ambil gambar lebih kurang, kami turun. Ambil masa sejam lebih kurang sebab pukul 10 dah ada kat bawah. Masa tu baru ada abang jual air bagai. Aku tengok sekeliling, ok juga kemudahan kat sini. Nampak macam tandas sedang dalam pembinaan. Ada gazebo besar untuk orang lepak dan menunggu. Lepas ada bangunan baru tak pasti apa dia. Nampak cantik laaa. Tempat ini juga bersih. Nasib baik aku tak jumpa orang buang sampah merata-rata. Tapi masa turun tu, nampak ada sorang mamat ini bawa plastik dan dalam dia ada sampah (botol2 kosong). Aku syak dia kot kutip. Bagus ada orang macam nie.

Signboard kat area situ
Pintu masuk. Ada map trek sini.

Ini lah bangunan baru yang tak pasti apa dia. Masih berkunci. Belakang tu ada toilet

Gazebo besar..boleh berehat sementara tunggu geng lain turun bukit
Signboard macam ni kena perhatikan selalu.



Ini laa trek yang 'agak sukar' tadi.. huhu

Ini laah spot wajib posing ye tuan puan :P. Mengadap highway. Jangan melompat ke bawah sudah laa

Pemandangan di atas 

Pemandangan lagi

dan lagiii

Sekian laaa trip kami hari tu. Ok laaa..ada juga aktiviti ringan di hari cuti. Tempat ini sangat dicadangkan bagi keluarga. Saya bagi 5 bintang.
ps: tak tau kenapa di panggil denai 3 puteri.. x nampak pun tuan puterinya. tapi kalau nampak, mau aku kot yang fitam nanti..hahah

Monday, 12 February 2018

Menerjah DashBox Cyberjaya

**Laporan Bergambar

Haritu saja laa terjah hotel DashBox nie. Sebab belakang rumah je. Ramai kata best. Maka jom la kita cuci-cuci mata tengok apa yang menarik sangat ni. 

Persekitaran:
Menarik lanskap dia. Aku suka. Sebenarnya area dia kecil dia. Bangunan bentul semi-ovul ni ada dua baris. 2 unit bawah dan 1 unit atas. Area lobby ada bilik kontena. Maknanya kalau semua penuh pun, tak de la sesak sangat.

Bilik aku mengadap taman. So dari bilik, lalu je laluan tu ke kolam. Dekat je laa sebab tak besar kan area dia. Kalau aku, aku suka laa facing garden sebab kalau facing pool, aku rasa macam akan bising dan tak berapa privacy. Sebab dekat sesangat. Macam bukak sliding door terus melompat masuk kolam. heheh


Bilik Hotel. Parking kereta depan ni je

Pandangan dari belakang. Buka sliding terus laluan ke pool

area pool

Bilik Kontena

NI plak parking area kontena. Suka dia tanam pokok cenggini
Rabbit chomeeeiii

Ini pula bilik kami. Kami dapat unit bawah facing garden. Comel je design / ID bilik dia. Masa booking, dia kata free untuk kid. Anak saya sorang je. Tapi, dalam ni cuma 2 single bed. Maka terasa laa agak sempit walaupun aku laki bini selim melim. Hahahaha. Sempit tu bukan laa maknanya sempit sesangat cuma rasa semak laa..dah la anak aku reti dok diam. 

Bilik dia konsep semua open. Lemari pun open je...pepandai laa korang susun barang. Tapi untuk aku tak de isu pun sebab bukannya nak stay lama sangat. Tapi yang paling aku suka..adalah.. ada penyidai dalam bilik air dia. maka, senang lah nak sidai kain lepas mandi kolam. Terbaik.


Katil yang comei. Rabbit ni pun ada dalam bilik

Tandas.. konsep open.

tangan merah tu...sangat menarik uollss

rak pun open

TV.. channel pun boleh laa..ada sikit-sikit

Yang kuning tu slide utk dewasa sebab nanti dia jatuh ke dalam pool yang paling dalam. Pastikan anak-anak pandai berenang ataupun dengan pengawasan orang dewasa

Pool for kids

Slide for kids... 

Syok je bebudak lepak

OK. Ini pula cafe dia. Cantikkan ID dia. Ehh semua pun cantik-cantik kat sini. Aku paling berkenang kerusi dia yang LOVE tu..macam sweet je. Sini takde buffet ye. Tapi boleh order laa memana yang berkenan. Sebab kami dapat free breakfast for 2 only, anak aku kena laa beli untuk dia. Kena RM20. Katanya kalau di bawah 6 tahun kena RM10. 

Makanan dia rasa biasa je laa. Walaupun banyak review kata sedap sangat, tekak aku rasa ok je. Kami order sorang satu memula. Sebab takut kenyang ke apa..maka tak mau laa tamak. Lepas dah abis makan, kami order lagi menu lain. Lama giler kot menunggu. Masa tu pun memang agak pack cafe dia. Tapi dah lebih 30 minit, rasa pelik. Panggil laa waiter yang sama masa order tadi. Sekali dia kata x punch. Whattt!!!!!!!!!!!!!!!! ADoiiiyaiii..patut laa lama giler. Janam2 sungguh laa. Dah laa tak reti nak cakap sorry. Kuhempuk jugak laa mamat tu. Menu satu tu dah abis, so dia kata nak order lain tak. Terus mati napsu aku. Lagi satu menu je dia hantar. Agaknya angin kus-kus aku masa tu dah agak naik, terus rasa tak sedap. Hehehe. Tapi sebenarnya dia bernasib baik sebab aku laki bini xde laa baran sangat masa tu. So, x de la aksi drama swasta masa tu.  #pasrah

Cafe

Cafe lagi

Menu yang ada

Pancakes ni nampak cam bodo tapi ok laaa.. not bad

Lepas makan, kami pun check out. Kesimpulannya, ok-ok je laa hotel ni.

Wednesday, 17 January 2018

Kali Pertama Mencuba OBike

Dah lama Putrajaya ni ada basikal kuning hitam silver ni. Cuma aku tak berkesempatan nak mencuba. Sejak anak aku pandai naik basikal, jom laa kita cycling pusing-pusing putrajaya. 

Rupanya bukan ada satu je tau. Ada Obike, Mobike dan OFO. Aku pun baru tau...dok laa scan tak boleh baca. Sampai stress. Lepas tu baru perasan nama dia lain-lain. Ia adalah sejenis stationless bike sharing.

Kali pertama naik di Taman Tasik Cyberjaya. Lancar je dan free. Mungkin sebab kali pertama. Kali kedua di Putrajaya. Masa ini yang kelakar. Adoiii. Jenuh laa stop bila nampak basikal ni, semua reject. 3-4 tempat reject. Pelik juga sebab masa kat Cyber hari tu ok je. Masa di tasik P4 tu baru ok. Masa ni la baru perasan ada memacam cap dia. Nasib baik masih ada basikal Obike. Malas nak download macam-macam apps dah

Kalau berjaya scan terus lock dia tu terbuka. Dah boleh laa mula mengayuh. Kami pusing satu Putrajaya. Kalau buat satu pusingan dalam 10km gitu. Yang buat aku jatuh chenta dengan Putrajaya ni, pemandangan sangat best. Cantik, kemas dan memang ada laluan khas. Terasa selamat laa sebab anak aku baru je pandai bawa basikal. Nak-nak plak kami cycling masa musim ala-ala spring nie kan..huhuhu...nyaman je rasa. Tak terasa dah 10km.

Aku naik dalam 95 minit. Kena charge RM2. hehe. Tak merasa dah free. Cuma tak pasti apps dia kira macam mana. Ada ke patut 95minit aku parking je sebab dia tulis riding distance cuma 0.1km. huhuhu.

Secara peribadi aku suka konsep basikal ini. Ia ada di mana-mana. Kebiasaannya tempat tumpuan orang ramai. Macam di taman-taman awam, stesen LRT/MRT. Bila dah ambil pinjam dan guna, boleh pulangkan di mana-mana tempat yang dibenarkan. Selain menjalankan gaya hidup sihat, kita juga dapat menyelamatkan alam sekitar. #tetibaskema.

Tapi sayangnya, aku perati macam ramai yang salah guna. Terutamanya bila bab parking. Sebab banyak yang aku jumpa letak dan parking basikal ni merata-rata. Bawah pokok, tepi tasik. Awal tu aku macam bersangka baik je laa. Mungkin yang pinjam tu sedang berlari ke..atau main-main di taman. Tapi kalau ko jumpa beskal tu time malam buta???...macam sesuatu kan

Harapnya, rakyat Malaysia lebih bersikap terbuka dan bertanggungjawap. Ada juga aku baca kata banyak yang guna tu warga asing. Aku tak berani laa menuduh sebab tak pernah nampak orang yang letak merata-rata tu... kalau aku nampak boleh laa aku tuduh. Apapun, ia kena bermula dengan diri kita. Bila kita guna, guna secara berhemah. Kalau ternampak ia diletakkan merata-rata, apa kata kita cuba ambil dan letakkan ditempat yang sepatutnya. Senangkan? Boleh ke tak boleh nie? Macam jugak kita nampak sampah. Kita tolong kutip ke atau pandang je sebab bukan kita yang buang... tanya lah hati masing-masing ye

Ohhh nampaknya aku dah mula nak membebel. Baik stop sekarang. Maka, sekarang...dah boleh kayuh basikal kalau malas nak joging ye. Sekian.


Route pusing satu Putrajaya
Menggunakan apps OBike


Ini basikal saya pinjam

Cantikkan... i love u putrajaya...

Cantik juga

Sunset

Senja nan kurang merah..hehe

Monday, 15 January 2018

Pecah Rekod Peribadi - Running 10KM

Heeeee
Merajinkan diri menulis pagi ini sebab agak penting. hahaha. Sabtu lepas iaitu bersamaan 13.01.2018 saya telah berjaya menghabiskan 10km buat kali pertama. Adooiii.. penat dia tuhan saja yang tahu. Tapi dalam runkeeper saya set walking je sebab dapat dijangka banyak berjalan dari berlari. Jogging jalan...jogging jalan..Tapi ok la...pace saya paling elok time ni. Selalu lebih 10min/km. Rasanya mungkin faktor cuaca yang ala-ala spring. Saya sukaaaaaaaaaaaaa..


Tahniah kepada diri sendiri!!!

Mula di sini...Dah dekat magrib baru sampai

Pusing satu Putrajaya

Tuesday, 19 December 2017

Menerjah Gunung Datuk, Rembau sekali lagi

Minggu lepas dah pergi Angsi, minggu ni ke Gunung Datuk pula.
Duluuuu...Datuk ni antara yang memang rasa nak mati bila hiking. Nasib baik laa minggu lepas dah prektis, maka minggu ini tahap kesusahan dia dapat dikawal. Alhamdulillah terasa OK kali ni. Takde la tahap sampai nak mintak nyawa sangat. Naik start pukul 8.55am. Sampai atas dalam pukul 10.50 gitu... dah 11.10 aku dah turun. Sampai bawah ngam-ngam pukul 12.30. Cuma masalah aku memang bila nak turun. Tak confident nak laju-laju...makanya sampai hari ni aku masih sakit kaki sebab menahan kan. Gunung Datuk ni tahap kecuraman dia agak menggila. Tu yang sakit kaki.

Alhamdulillah, masa pergi kali ni tak ramai orang. Maka, aman damai laa di puncak tu. Dan aku sangat best bila tengok tangga depa dah upgrade. Tahniah pada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan sebab menggantikan tangga yang lebih stabil. Aku pun konpiden laa nak naik situ. Masa pergi kali pertama tu, aku tak naik puncak dia sebab ramai orang beratur nak panjang campur agak gayat... korang kalau nak bayangkan tangga lama dia, tengok kat sini. Sereeeem.

Lagi satu, menda yang dah upgrade ADALAAAAAH.. parking dah kena bayo uollls. RM2 ke 3. aku tak ingat. Sebab aku parking bawah skit. Maka tak kena lah bayo..Tandas pun dah kena bayar... 50sen kalau ke toilet. Mandi kena RM1. 

Ok. Sekian je laaa. Boleh layan gambo kat bawah nie.




Tangga 3 : tangga baru yang best. Maaf dik, akak tersnap gambo cikVon ko..hahah

tangga 2

Tangga 1

Wednesday, 13 December 2017

[Book Review] Lost in Sekutland oleh Irwan Dahnil

Entah kenapa tiap kali aku sebut nama dia mesti nak tersebut Irwan Danhil (Dunhill). Ingat cap rokok plak aku ni.  Emmm apa nak cerita pasal buku ni ye? Aku beli sebab aku follow ID nye facebook. Tulisan dia di fb aku suka. Selalu ringkas dan focus. Makanya, buku ini pun aku suka sebab bahasanya mudah. Tak terlalu formal. Senang hadam. Buku ini fokus utama dia kepada orang yang nak berhijrah ke luar negara. Apa persiapan dan perkara yang perlu dilakukan, dipertimbangkan sebelum kita melangkah keluar dan berhijrah. Tapi cerita biasa, tentang travel pun ada terselit dalam tu. 

Kekadang ada perkara yang kita terlepas pandang atau terlupa semasa travel. Perkara paling mudah contohnya adalah semasa menginap homestay. Kita jangan lah bayangkan homestay tu macam hotel. Ada orang yang akan kemaskan setiap hari atau kita boleh call untuk room service. Bertimbang rasalah sedikit hanya untuk membersihkan pinggan mangkuk ataupun mengumpulkan sampah di tempat yang sepatutnya. Hehehe. rasanya yang ini selalu kita dengar komplen kan... kat FB pun ramai yang rajin viralkan. Janganlah sampai nama dan muka kita naik pulak. Malu sekampung kita nanti.

Kesimpulannya untuk buku ini, Nora kasi 4⭐️


Tuesday, 12 December 2017

Menawan Gunung Angsi Kali Ke-3 (Melalui Bukit Putus)

Asalnya Encik Suami ajak pergi PD. Lepas subuh tu, aku tukar fikiran. Ajak dia hiking laa lagi baik. Sebab aku tengah nak diet ni. Kot laa mau kurus. hahahhaa. Tempat yang senang adalah Gunung Angsi ikut Bukit Putus.

Jom.

Disebabkan ini kali ketiga, takde sebarang persiapan sangat la. Bawak air dengan beli roti je la. Sampai je sana, eeehhh dah lain. Ada tandas. Wowww ini terbaik. Ye laa..Kan Jabatan Perhutanan kutip bayaran RM5 seorang. Apa salahnya tambahkan kemudahan untuk pengguna. Tahniah!!!

Disebabkan lama gilerrr dah tak hiking, rasa nak muntah aku..hahhahah. Dulu rasa kacang giler Angsi ikut Bukit Putus ni. Ini..dah macam nak mintak nyawa jek. Apa pun, alhamdulillah selamat pergi dan kembali. Masa yang diambil 3 jam setengah. Cuaca elok je.. dan orang pun tak ramai. Aman damai rasanya hiking.

Sekian


new signboard

kat hujung tu laa tandas. ada 2

Puncak Gunung Angsi


Tuesday, 5 December 2017

Percutian Singkat ke Hatyai

Haloooo
Rasa simpati pula pada trip ke Hatyai ini. Sebab trip ke Seoul UP dulu sedangkan dia yang patut didahulukan. hehehe. 
Trip ke sini dah lama dirancang. Maksud lama tu, ia mengambil masa bermula Jun. Kemudian, ia hampir pasti menjadi kenyataan selepas tiket ETS dibeli pada Ogos 2017. Selepas itu, semua orang sibuk dengan pelbagai urusan masing-masing sehinggakan ia dianaktirikan. Nasib baik jugalah PM trip ini telah selesaikan segala urusan sebelum dia menjadi sotong kurita yang banyak sangat tangan dan tugasan. huhuhu. #lebiumisspm

Maka, akhirnya selepas cuti Deepavali hari tu, kamipun mula melangkah ke KL Sentral. Malam tu menginap di Aloft. Kawan sponsor. Tq Allah. Ada je kawan yang berhati mulia nak belanja. 

Sesudah subuh kami terus ke KTMB sebab train pukul 7.05am kot. Perjalanan mengambil masa 5 jam untuk sampai ke Arau. Naik kematu jugaklah duduk dalam train tu. Kena rajin merayau-rayau nak hilangkan bosan dan sakit badan.

Dah tiba Arau. Ussshh panasnya


Singgah makan kat kedai. Terus minum air pemberian kawan aku hausboom. Sedap!

Imigresen. Van di balik cermin tu laa kenderaan kami sepanjang di Hatyai

haaa ini dia. Malangnya aircord dia tak kuat. terbakar aku dalam kehangatan di utara

Menginap di sini

the room. satu bilik ada 2 katil. dan ada lagi satu bilik. macam apartment
Kat hotel ni, korang jangan gatal-gatal ambil laundry bag dia. Laundry dia bukan plastik tapi kain. Aku selamba ambil dan bungkus baju busuk aku. Masa check-out, entah bila laa pekerja pi check dalam bilik kata laundry bag dah takde. So kena bayar 100baht. Apa??? 100??? Terus aku tertekan. Sebab aku malas nak bukak balik beg segala bagai makanya terpaksa laaa bayo. Hantu sungguh. Bencik tauuuu tapi pasrah je laaa.

Pusing-pusing area hotel dulu


Petangnya melawat tempat ni, Municipal Park. Atas bukit. Ada patung buddha besar ni


Dari sini boleh nampak seluruh bandar Hatyai. Memang niat nak tengok sunset. cantik sangat masa ni. aku guna henpon cabuk je, so hasilnya agak kesedihan la kan


Selepas pusing-pusing Municipal Park, terus ke Restoren Grand Lazeez. Aku sebenarnya memang tak gemar makan steamboat. Nak tau kenapa? Sebab aku malas nak masak, nak kena pergi ambil sana sini. Panas laaa.. dah laa kebuluran. hahahhaah. Tapi sedap laa. Terasa fresh dan murah kalau dibandingkan dengan kat Kuala Lumpur.

Malamnya, kami makan di sini. Steamboat

Antara menu yang ada

Grand Lazeez Halal Restaurant

nyummmm

Kali pertama makan udang lipan ni. Sedap ok

Ketam..aku paling malas nak layan kulit keras dia nie


Kerabu yang sedap

Kerabu kaki ayam. Kali pertama juga makan. Sedap rupanya. Cuma jangan bagi aku yang rupa kaki, memang tak lalu

Kembali di hotel, kami mandi dan solat. Lepas tu keluar semula. Nak pergi massage. Tour guide tu yang rekemen kedai mana. Lupa dah nama kedai. Selesai je massage, boleh plak pekena pulut mangga dan ice cream coconut ni. Sebenarnya kawan-kawan aku yang beli ni. Aku kenyang makan tadi pun tak hilang lagi. Cuma cuit-cuit rasa laa jugak..hehehe

ala-ala sangkaya

Keesokannya, tour guide tu pergi bawak shopping plak. Emmmm tak best plak aku rasa sebab dia bawak ke kedai yang agak mahal. Ye laa..tempat tumpuan pelancong. Kalau ko beli je kat kedai-kedai tepi jalan di Hatyai tu lagi murah rasanya. Tapi sebab dah dibawa, aku beli la jugak...kakakakah. Dasar!!!

Sebenarnya, napsu aku memang menurun dah time nie. Puncanya, panas ya amat. Serius panas. Masuk van pulak, aircond tak kuat. Ya Allah. Memang dugaan laa. Sampai aku jadi pendiam..hahah. Dalam napsu menurun tu katanyaaaa...tetap laa aku menyoping tak hengat dunia. Aku beli cenderamata. Masa beli jajan, macam kerepek nangka dan segala kerepek tuuu..duit aku dah abis. Kredit kad tak terima pulak.. masih tak sedarkan diri. Selamba je aku bayar guna RM...bengong aku nie.

Solat zuhur kat sini. Ala-ala masjid kristal. Tapi malang sekali lagi, kipas semua rosak. Ada satu je hidup.

The Great Serpent NAG

Cantik pemandangan di sini

Singgah lagi membeli Sangkaya Hatyai kawan-kawan aku ni. Masa ni aku dah hampir meroyan. Maka duduk di dalam van je laa..hahaha
Ni aku cilok gambar dari kawan aku. Lepas beli air, mereka merayap ke Samila Beach nak cari mermaid ni. Lawa pulak aku tengok. Tetiba teringat mermaid kat Copenhagen. 

Petangnya kami menuju ke floating market. Disebabkan masih kekenyangan, aku jadi malas nak mencuba makanan di sana. Issshh satu apa pun tak jadi laaa kat Hatyai nie. Lagi satu aku bayangkan macam happening giler. Tapi pendek je floating market dia. Sebab dia bukan setakat floating market, kat atas tu ada yang jualan biasa. Seberang jambatan ada jualan lagi. Kawan aku beli jagung albino tu satu. Rasa dia...biasa2 je. Lagi satu beli apa ntah. Ok laa..boleh layan.




sebelah jagung kuning tu laa jagung albino

Comel mendalah nie...colorful sungguh


berkenan pulak dengan kaler baju ni

ikan laga pun ada

Selesai di floating market, guide turunkan kami ke Asean Night Bazaar. Disebabkan aku dah rasa pening semacam kesan akibat panas. Kami memang sekejapan je di sini. Takde apa yang nak dicari. Lepas bincang dengan kawan-kawan, kami sebilik 4 orang buat keputusan balik dulu. Nak cari van, dia dah gerak. Naik tuk-tuk...Yeaaaahh..Akhirnya tercapai hasrat aku naik tuktuk di Thailand. Selama ni dok naik van kan. Fuhhhh baru laa sejuk sebab open air kan..hahahha. Selesai mandi solat semua, kami jalan kaki cari dinner. Pergi ke kedai Salma. Fuuuhh..ini baru telan air liur. Mengena dengan tekak aku. Alhamdulillah


Dinner di Restoren Salma. Penuh dengan orang Malaysia

Teh Tarik dan Green Tea. Sedap

Breakfast tu aku makan lagi kat Salma ni. Sedap bubur udang dia

Dah nak balik KL dah. Pagi tu sempat laa jalan-jalan pusing pekan dia. Singgah market. Penyakit malas mengambil gambar tetap ada. Lunch dekat satu kedai ni...Kecik je kedai dia. Kawan aku order sup daging. Hoii sumpah sedap sehingga menjilat mangkuk. Nampak je macam bodoh simple gitu tapi percaya laaah. sedap bangat!

Ini lah sup yang menjadi igauan aku

Dalam perjalanan tu, singgah di Padang Besar sebelah Malaysia. Sementara menunggu kawan-kawan ada yang solat/shopping, aku pekena cendol mangga. RM5 jek. Sedap. Dan hasil tinjauan mendapati harga disini lagi murah dari Hatyai...Kakakakakah



Maka, tamatlah trip singkat ke Hatyai kali ini. Kami sampai ke KL mengikut seperti yang dijadualkan. Cuma masa bertolak tu dia delay lewat 20minit rasanya. Maka, sampai KL pun lewat 20minit la. Lega sangat sebab ETS takde masalah. Aku baca kawan aku nye fb, dia nye ETS delay berejam-jam. 

Esoknya, baca berita memang cuaca panas luar biasa di Semenanjung terutamanya di utara. Patut lah panas lain macam. Emmmmm memang rijiki dapat cuaca panas melampau kat sana. Sampai sekarang masih sun burn kulit aku. 

Wattamat.