Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts

Tuesday, 27 September 2016

24 Jam di Miri Sarawak

Dah banyak kali aku singgah Miri. Selalunya disebabkan transit la sebelum ke Lawas, kampung suami. Dan selalunya tak keluar pun dari airport tu. Cuma pernah sekali masa baru kawen dulu pusing-pusing Miri dengan sedara nya. Pergi ke shopping mall je pun. Menumpang tinggal kat rumah dia.

Memandangkan anak aku dah besar dan aku perati laki aku tak berapa boleh diharap untuk plan (huhuhu), maka marilah kita yang plan. Dia kena ikut je. Aku terus kata kat dia, kita stay Miri satu hari eh. Esoknya baru balik kampung. Seperti diduga, dia ON jek. Aku survey la lebih kurang pasal Miri. Tapi disebabkan aku agak sibuk akhirnya tak berapa sempat juga. Minggu nak balik kampung tu, laki aku bagitau yang adik dia ada kursus. Baru niat nak menumpang tidur. Hahahah. Hotel pun aku x sempat cari, kereta sewa pun tak dan. Laki aku kata kita rempuh je laaa. Miri je kot. Hahaha

Memang betul. Kami pergi dengan zero. Turun je airport terus cari kereta sewa di sama. Terkejut sungguh aku yang harga di sana lebih murah dari kat luar. Selama ni aku ingatkan sewa di airport tu mahal. Kami dapat RM70 sehari untuk Myvi. Dah laa myvi tu baru. Alhamdulillah. Ada beberapa pilihan lain macam kembara RM100, dan apa ke lagi satu RM150. Tapi dia punya deposit RM500 kauuu.. Ye laaa untuk keselamatan kalau ada kemek ke eksiden ke apa kan. Lepas settle terus kami pecut ke Niah. Matlamat utama kami. Kami gerak dari airport pukul 12 lebih. Perjalanan ke sana dalam sejam setengah untuk 120km. Yang ini sempat aku baca sebelum ini. Jalan memang lengang, dengan macam tak de penempatannya. Memang sunyi. Masa ni korang hati-hati tau sebab memang tak jumpa signboard kata Taman Negara Niah. Kami guna waze je ni.

Yeah dah sampai dalam pukul 1.50 gitu. Macam sunyi je area ni. Dah la hari jumaat. Harap-harap la jangan kaunter tutup. Ok nasib baik bukak. Masa tunggu turn tu, aku jelingla notice board kat depan kaunter tu. Ehhh aku baca kata tiket masuk RM10, kenapa tulis RM20. Emmmm. Lepas tu ada notis kata tutup pukul 3. Risau gak ni..Sekarang dah pukul 2. 

Tiba giliran kami. Fuhhhh. Boleh lap peluh. Masih boleh masuk ke taman negara. Beberapa perkara yang diingatkan beliau:
1. Tiket RM10 untuk dewasa. Anak aku masih percuma. 
2. Dia tutup pukul 5 (bergantung pada cuaca)
3. Ada map dia akan bagi. Jangan buang sebab dalam tu ada nombor telefon kecemasan. Penting tu.

Pintu gerbang Taman Negara Niah. Hijau tu kereta sewa kami

Dah siap semua. Jom kita ke jeti pula. Di sana, sebelum masuk, ada lagi satu kaunter. Di kaunter ni kita boleh sewa headlamp kalau nak. RM5 satu. Kaunter di sini tutup pukul 4. So, kalau lambat turun dari gua, boleh tinggalkan pada abang bot ni nanti. Oh. Bagi bayaran bot ni, sila bayar pada abam bot ye. Masa naik bot ni, jeling-jeling juga sekitar, tak nampak pula. Ramai yang kata ada tanda Hati-hati buaya. Dah takde agaknya buaya ni. Alhamdulillah. 

Kena naik bot dulu. Bayar RM1 per trip. Pergi balik RM2 la
Ok. Dah sampai seberang terus nampak ni. Ok..ok...harap bertabahlah kaki. Aku tengok langit sebab dari bandar Miri tadi nampak macam mendung je. Aku berdoa sangat jangan hujan. Tak buat persediaan untuk menghadapi hujan ni. 

Niah ini secara keseluruhannya, OK je. Sebab dia dah siap ada track. Awal-awal tu jalan bersimen. Ikut je track tu. Kemudian tu jalan jambatan berkayu. Nampak macam dijaga elok jambatan kayu dia. Kiranya tak de la rupa macam mereput ke patah ke. Memang cantik je la. 

Kita layan gambar je laa. Sebab aku berjalan je ikut track dia  nie. 

Papan tanda awal beritahu apa yang kita akan lalui

Buah hutan. Macam sengaja diletakkan disitu. Tapi tak nampak pula monyet ke binatang lain ke

Track Jambatan Kayu

Peringatan jangan buang sampah berada di mana-mana
Gazebo macam ni pun banyak tapi agak sereeem je rupa dia. Langsung tak berani nak masuk
Musim ulat gonggok rasanya. Sepanjang jalan nampak dia. Lebih 50 ekor kot
Fungus
Dah mula nampak batu kapur
Sungai dan batu kapur
Hai siput!

Tapi masih ramai yang buang sampah....ishhh geramnya

Ni pintu masuk bila dah nak sampai area gua
Dah mula kawan mendaki. Jangan risau..semuanya ada track
Baca dulu cerita di sini
Gua Arkeologi


Ni pula Gua Dagang
Di dalam Gua Dagang



Rasanya ini dalam Great Cave...Serius aku dah lupa
Bermula episod masuk ke dalam gua yang gelap, berbau. Terus rasa nak kena asma




Dah abis trip gua. Jom balik
Bila tengok semula map ni, rasanya aku tak sampai Painted Cave

Kalau tengok map di atas tu, persimpangan kedua tu, ada kedai jual minuman. So boleh lah berehat dan minum-minum sekejap bagi yang tak bawa bekal. Tapi harga dia agak mahal laa. Bukan agak sebenarnya, memang mahal. Hehehe. Coke je harga RM5 setin. Bila tengok balik, agak kecewa laa sebab aku tak sempat nak pegi tengok rumah panjang dan sampai ke painted cave tu. Ye laa..datang dah lewat. Dengan pakaian yang kurang sesuainya lagi. Berpeluh lencun aku tau. Rasanya sebab dalam gua tu. Macam kena repeat lagi laaa. Syok gak jalan-jalan dalam hutan tengok gua batu kapur. Cuma bab bau tahi kelawar / burung layang-layang tu yang nak pitam sikit. Memang menyengat bau dia. 

Kami sampai ke ferry tu lebih kurang pukul 5 petang. Ok la juga dalam 3 jam. Walaupun penat, tapi aku rasa happy la. Cuma agak sedih tengok banyak chalet/resort yang agak terbiar. Rasanya Tourism Sarawak kena fikirkan kaedah untuk majukan Niah National Park ni. Macam perkara asas, signboard pun susah nak nampak sepanjang jalan raya besar tu. Sayang tempat begini tak dipromosikan dengan betul.

Balik tu kami singgah di area semacam R&R la. Ada food court, surau dan kedai kecil. Menumpang solat je. Walaupun agak dhaif, tapi OK laa dari takde langsung. Makan pula kurang berselera. Kami terus pecut ke Miri semula.

Dalam perjalanan balik tu, henfon aku abis bateri. Henfon suami pun sama. Adeh..punya la susah rasa hidup ni. Hahahaha. Dah terbiasa bergantung pada waze, agak susah mencari tempat makan mana yang sesuai. Main agak-agak je tapi akhirnya sesat. Akhirnya kami makan di tengah pekan tu. Masa makan menumpang cas henfon dengan pekedai. Agak terkejut dengan harga di Miri. Serius mahal. Kami makan makanan biasa je pun, harga meningkat hampir 50% dari Kuala Lumpur. 

Selesai makan, kami pusing-pusing Miri nak cari hotel bajet. Ada la terjah satu dua hotel, fully booked. Emmm aku dah start saspen. Ye laa. Esok sabtu (weekend), kot laa ramai orang balik kampung sebab Isninnya raya haji. Aku cakap ngan laki aku, kalau ada harga bawah RM100 ada towel dan toilet dalam bilik, ON je. Malas dah nak pikir. Badan dah belengas, penat segala macam rasa. Nak cecepat je mandi. Jumpa Venice Inn. Laki aku cakap, OK bawah seratus. Terus aku ngan anak aku keluar pergi ke reception area. Lepas tengok apa pilihan yang ada, aku pilih katil queen dan tiada tingkap. RM65 sahaja. Heheh. Tak yah la tingkap bagai. Dah malam dah pun ni. Memang niat nak menumpang tidur je. Semua hotel kat sini attached bathroom. Ok senang. Tak yah pening-pening kepala. Deposit RM25 je dia ambil. Angkut bag dan terus masuk bilik. Eh OK sangat bilik ni. Kemas, bersih dan simple. Dah agak besar untuk harga 65 tu. Mungkin sebab Miri belum lagi penuh dengan pelancong. TV flat screen, ada air-cord. Toilet dia pun ok. Bestnyaaa..terus aku baring. Lega sesangat dapat baring. 

Lepas mandi solat semua, laki aku ajak pusing Miri. Alaaaa...baru nak baring-baring. Dia kata kalau travel mana leh lepak dalam bilik. Ok fineeeee... jom. Aku kata malam pergi Grand Old Lady la. Dari situ boleh nampak Bandar Miri pada waktu malam. Tadi dah cas henfon kan, senang lah mencarinya. Dekat sangat dengan hotel kami tu...2KM je. eeehhh dah sampai. Ya Allah. Gelap gulita tau kat atas ni. Rasanya ada sebatang je lampu jalan. Tapi kereta penuh. Aku pun jengok laa apa yang ada. Sana couple..sini couple..nun couple..oh sini ada mat motor...sana ada group perempuan. Emmmmmmmm...... pusing la sikit area sebelah sana. Ok. Tak berminat nak teruskan. Kenapa la pihak berwajib tak pasangkan lampu jalan sekeliling Grand Old Lady ni. Kalau lah nak jadi tempat tarikan pelancong, kenalah tambah lampu. Kalau gelap gelita cenggini, jadi tempat maksiat la jawapnya.

Bandaraya Miri waktu malam
Bandaraya Miri waktu pagi
Lepas tu, kami pusing-pusing bandar Miri tanpa arah tujuan. Lastnya, singgah food court mengopi. Lepak je laa minum-minum tengok gelagat orang Miri. Masa nak membayar tu, terkojot lagi. Harga minum 3 jenis air biasa (teh tarik, teh o ais dengan milo) pun mencekik darah. Kesiannya laa orang Miri. Berjiran dengan Brunei yang memang turun Miri hari minggu untuk shopping. Sama kes dengan Johor Bharu. Dah..dah..jom kita balik bilik tidur.


Ohhh satu yang agak ketara berkenaan dengan Venice Inn ni, dia takde sound-proof. Hotel bajet lain ada keeewww??? hehehhe. Dan aku tak tau ada event apa malam tu, bising ya amat kat luar. Rasanya budak-budak muda bersuka ria kot. Terganggu tidur aku. Tapi anak aku pun sama. Malam tu dia mengingau teruk. Aku rasa bergema satu hotel tu..hehhehe

Keesokan paginya, kami terus bersiap-siap dan check-out. Target utama adalah mencari breakfast. Malam tadi sempat aku google. Katanya ada mee jawa tersedap di Miri ada di Kampung Pulau Melayu. Tapi memang mee jawa ni popular rasanya di Miri. Boleh dikatakan semua restoren/gerai ada jual mee jawa. Yang katanya tersedap ni dekat dengan Kelab Golf Miri. Mari gunakan encik waze. Nak mencari Hole 9 tu yang pening. Sampai kena tanya orang yang berada di tepi jalan tu. Gerai tu memang ke dalam sedikit. Kena tengok bebeno signboard Hole 9 tu laa.

Gerai dia kecil je. Macam gerai tepi jalan biasa. Cuma di dalam kawasan kampung dan di belakang rumah dia. Jom la kita order. Mee jawa 1, Mee jawa special 1 dan mee sup kosong 1. Emmmm mari kita try test. Emmmm rasanya biasa je kot. Tak la kempunan sampai nak repeat. Tapi paling aku terkejut harga mee sup kosong tu. Sekosong-kosong alam pun harga RM5. Dah la sup dia x sedap pun. Anak aku x abis pun makan. Dia selalu suka je sup-sup ni. 

Mee Jawa Biasa RM6.50

Whatttt...mee kosong bodo ni RM5???

Dah abis makan, kami sambung pusing-pusing bandar Miri. Pergi semula ke Grand Old Lady. Boleh baca berkenaan dengan Grand Old Lady kat link tu ye. Nak posing waktu siang pula. Tapi muzeum dia buka lewat..Pukul 10. Malas nak tunggu. Pagi tu tengok ramai yang berjoging, trekking. Penuh kereta di parking. Ishh rugi plak check out awal tadi. Kalau tak boleh jugak join berjoging pepagi ni kat Bukit Canada ni...Amboii..nama bukit kemain...heheh

Arca depan Grand Old Lady

Menara Grand Old Lady

Kemudian, kami pergi ke Tamu Kedayan / Tamu Muhibah di Miri ni. Aku memang suka ke tamu di Borneo ni. Sebab aku suka tengok menda-menda pelik / rare yang ada. Tamu Kedayan ni memang tamu yang paling bersih aku rasa. Lantainya kering, bersih dan tersusun. Kagum giler aku. Depan Tamu Kedayan ni Tamu Muhibbah. Sini lebih besar sikit kot dan tidak sekemas Tamu Kedayan. 


Bunga pun ada dijual

Sayuran dan ubi-ubi

Pisang Merah


Semasa meneruskan perjalanan, ternampak pula Taman Awam Miri. Jom laa singgah kejap. Taman nya besar sangat. Siap ada jambatan gantung ni. Panjang plak tu. Mak is suka. Bawah tu ada kolam untuk kanak-kanak mandi. Adeh..ini langkah kiri. Terus anak aku meroyan nak mandi kolam. Aku malas dah nak layan. Issshh tekanan terus. Tapi sebenarnya kalau ada banyak masa, best rasanya jalan / joging area nie. Bersih dan tersusun je taman dia. Masuk percuma




Laki aku teringin plak nak makan laksa sarawak. Guna waze je kami pergi ke restoren apa ntah. Boleh plak aku lupa nama kedai dia. Walaupun sebenarnya perut aku masih kenyang lagi ni. Jom laa makan jugak. Laki aku order laksa sarawak. Aku pula order mee kolok. Ntah laa..tekak aku memang tak berapa mengena laa dengan masakan orang miri ni. Semua nye rasa biasa je. Tak la sesedap mana. Mee Kolok paling fail. Selalu sedap je kalau makan kat Lawas atau Kuching. 

Laksa Sarawak yang so so

Mee kolok yang kering dan so-so


Dah kekenyangan, kami decide nak pergi ke airport. Sebab jam pun dah nak masuk pukul 12. Nak pulangkan kereta. Senang je urusan pemulangan kereta. Lepas tu terus ke kaunter MASWing untuk check-in. Aduuuuiiiii... Frust sangat masa tu. Sebab awek tu bagitau yang flight delay dan retime ke pukul 3.30. Mereput laa kami kat airport. Kalau laa dia emel/sms bagitau retime, boleh lah kami checkout lambat dan pi jalan-jalan miri lagi. Emmm pasrah je laa menganga kat airport.

Maka, berakhirlah perjalanan kami ke Miri. Walaupun aku tak berapa happy dengan makanan dan harganya, tapi aku masih boleh terima Miri ni..hehehhe. Mungkin akan datang lagi untuk repeat Gua Niah ataupun taman negara yang lain.

Sayonara Miri.

Thursday, 4 August 2016

Kota Kinabalu

Hai

Saya baru je pulang dari Sabah. Jalan-jalan kat Kota Kinabalu. Agak mencabar juga perancangan dia ni. Bukan mencabar sebab apa tapi lebih kepada sakit hati. Hehehe. Suami dan kawan-kawan dia mendaki gunung Kinabalu. Dia ajak saya dan anak ikut sekali. Elok pula masa tu Rayani Air buat promosi. Perjalanan pergi balik dalam RM199. Kira ok la untuk ke KK. Lagipun boleh merasa naik airlines baru.

Dipendekkan cerita, Rayani Air tu muflis pulak daaaaaah. Adeeehhh..Rugi duit aku RM400. Pasrah je la. Rupanya masih ada rezeki. Call MAS dan dia bagi promosi bagi pembeli tiket Rayani tu. Murah sangat. RM139. Tapi jadi mahal sebab aku tak pasti bila Rayani nak pulangkan duit aku. Huhhuuhu. Rasa macam tiada harapan je. 

Seminggu sebelum pergi, cuaca dilaporkan ujan saja. Agak sedih. Tapi nak buat macam mana kan. Dah takdir Ilahi. Masa kami sampai pun, mendung dan hujan sekejap-sekejap di sepanjang jalan dari KK - Kundasang. Hari pertama takde apa aktiviti sebab laki aku baru turun dari hiking. Semua geng dia penat. Pukul 5 kami check in di Mile 36 Lodge ni. Dekat je dengan Kinabalu Park. Harga tak pasti sebab semua diuruskan group mereka. Cuma kami dapat macam rumah tingkat atas. Dalam tu ada 4 bilik. 2 bilik dengan 2 katil 2 tingkat. Boleh masuk 4 orang la kan setiap bilik. Bilik lagi satu, katil queen. Aku dengan laki aku dapat bilik tu. Dan satu bilik kosong. Ada 2 bilik air (siap ada lelaki dan perempuan). Sebenarnya rumah tu best. Tapi memandangkan cuaca ujan je petang dan malam tu, dicampur pula dengan penat dan tiada persiapan rapi pun untuk duduk situ kan. Cuma menumpang tido je la. Dia ada dapur, periuk, dapur gas. Set bbq. Boleh masak memasak la kiranya. Ada fridge juga. Cuma tiada tv. Dan kipas dan aircond (standard di Kundasang). Lagi satu, untung nya duduk sini, ada satu port untuk lihat gunung kinabalu secara dekat. Nanti boleh tanya dekat Recep di mana nak tengok tu ye. 


Nampak tak rumah kat belakang tu..kat situ la nak tengok gunung kinabalu

Tak tau pokok apa..tapi ada kat depan rumah aku tu. Naik tangga tu ke rumah kami.

Ni buat dia masa kecil

Boleh membesar sehingga macam ni..kekadang lagiiii besar (aku jumpa di Desa Cattle)


Kat area depan

Reception Area

Sib baik laa x dapat rumah kat bawah2 tu. Kesian laki aku ngan kawan2 dia

Dalam area reception. Ada buku boleh pinjam

Hiasan dalaman area reception

Bilik aku

Jumpa bunga ni area lodge

Eeeehhh tersesat gambo sayap fav anak aku


Alhamdulillah. Syukur sangat sebab pagi jumaat tu, cuaca cerah. Kami dapat lihat kinabalu dengan jelas. Lega sangat cerah dari pagi sampai ke petang. Memang rezeki sesangat.

Hi Gunung KInabalu...(di ambil di kawasan lodge)

Sekitar lodge

Acah-acah berseni

Kawasan lodge lagi

dan lagiiii

Pemandangan indah sepanjang jalan menuju ke Poring ni

Jumaat memang ada tamu khas. Aku teringin nak singgah tapi tak berani nak cakap sebab semua sakit kaki

Destinasi pertama selepas check-out adalah Poring Hotspring. Masuk je kena bayar RM3 (dewasa) dan Kanak2 (RM2). Nak naik canopy walk..kene bayar lagi RM3 seorang dan RM5 untuk camera. Ni semua untuk warganegara ye. Ni kali kedua aku panjat canopy walk ni.

Eh dah sampai Poring. Jom pi canopy walk dulu

Balak

Sukanya dapat tengok langit membiru dan hutan menghijau

Sungai pun masih bersih

Dah abis di Poring, kami ke Kampung Luanti, Ranau nak buat Fish Spa. Sorang kena bayar RM5 untuk tempoh masa 15 minit. Dia limitkan orang yang turun ke sungai tu. Elok jugak..kalau tak jenuh pening ikan tu tengok banyak kaki nak gigit. Sebelum dapat turun, kami naik jambatan gantung kat situ. Boleh nampak group lain tengah buat fish spa. Tapi agak sayang sebab jambatan tu macam tak dijaga dengan elok je. Ada kayu yg dah berlubang. Anak aku hampir terselit kaki sebab kayu tu dah reput.

Kalau lihat gambar di bawah, ikannya gomok2 kot. Mau tak ramai yang meroyan bila kena gigit dengan ikan tu. Termasuk lah anak aku..langsung dia tak mau masuk dalam air.

Pemandangan dari atas jambatan

Ikan Kelah yang sangat sihat

Ikan kecil tu tak tahu nama..rasanya dia la yang rajin menggigit

grrrrrr


Selesai buat fish spa, kami pergi ke Desa Kattle Dairy Farm. Banyak dah berubah area ni. Dulu pagar dia xde bercat putih rasanya. Dan sangat berbau 'wangi'....naik pitam aku rasa. Tapi sesekali je laa..masa angin bertiup. Elok masa kami datang tu, selepas pukul 2 petang. Memang masa memerah susu. Syok laa anak aku tengok lembu.

Pemandangan sekitar Desa Kattle..dah tak sesejuk dulu



Hello...mana susu saya? Pandai dia ni posing kalau nampak kita nak ambil gambar

Lembu beratur tunggu q nak perah susu



suasana petang itu

macam kurang je lembu-lembunya

fefeeling berada di NZ jek :P

Ok. Ini penginapan kedua kami apabila tiba di Kota Kinabalu, Stay-In Lodge. Betul-betul di area Gaya Street. Kalau memang niat nak tawaf pasar pagi dia (aka TAMU), elok sangat la dok sini. Tapi ni lodge murah je ni. Kalau nak selesa, aman damai, sila lah book hotel. Area sini agak 'happening' memalam. Nasib baik laa kami keletihan seharian berjalan di Kundasang / Ranau. Baring je terus lena. Aku dapat bilik yang ada 1 queen bed, 1 double decker. Kiranya boleh muat 4 orang. Harga cuma RM60/semalam. Bilik air di luar, sharing basis. Dalam bilik ada kipas, aircond. Dapat juga free breakfast yang simple, roti dan tea. Not bad laaa. 

Asalnya kami dah book the Bunk Hostel. Rupanya dia tak terima kanak-kanak. Tu yang aku terpisah dengan geng lain. Tapi elok juga. Sebab di sana cuma katil double-decker yang ditutup tirai kain. Aku tak boleh imagine laa terperangkap atas katil dan susah nak keluar masuk. Dah la campur laki perempuan. Tapi murah laaa cuma RM25/semalam. Boleh laa kalau nak mencuba. Bila aku tanya geng aku tu, depa ok je sebab depa pun penat kan. Mandi. Naik katil terus tido.


Lodge kami. Dalam bilik lupa nak snap gambar


Hari sabtu tu, nasib kami agak malang. Sebab ujan sepanjang hari. Niat asalnya nak pergi pulau. Dah bersiap elok semua. Elok nak check-out, ujan turun dengan lebatnya. Uwaaaaa...Kecewa sungguh rasanya. Terus simpan bag semula dan keluar breakfast dengan geng kami. Hujannya tak menentu. Kadang-kadang lebat, kekadang renyai. Tapi makin lama makin lebat, sampai kami terperangkap di kedai makan. Terpaksa laa minum sampai naik kembung perut. Hahahah

Disebelah tengah hari, kami bergerak ke Universiti Malaysia Sabah, UMS. Niat asalnya nak melawat Muzium Marin. Bayaran masuk RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak dan warga emas. Tempat dia tidaklah besar mana, tapi ok laaa. Budak-budak seronok la dapat tengok ikan, penyu segala. 


Penyu

Lintah Laut

star fish

cantik kan


Udang



Hiasan je ni

Ikan apa ntah

Disebabkan ujan je sepanjang hari, selepas tu kami memerap je dalam bilik. Kami duduk di Marina Court pula. Sebab famili mertua datang. Selesa di sana, ada 3 bilik dan sangat besar dan bersih. Ahad tu pun kami tak ke mana. Selepas breakfast terus pergi ke airport. Ternampak notice ni di airport. So lepas ni kalau nak borong seafood, hati-hati ya Cik Kiah.





Abis laa percutian kami ke KK. Nasib baik laa aku dah banyak kali turun KK. So, tak de la ralat sangat. Saja je pun nak bawak anak aku jejalan. Tunggu la ye nak, lain kali kita datang lagi. Kita terjah pulau ye. Sekian.