Haloooo
Rasa simpati pula pada trip ke Hatyai ini. Sebab trip ke Seoul UP dulu sedangkan dia yang patut didahulukan. hehehe.
Trip ke sini dah lama dirancang. Maksud lama tu, ia mengambil masa bermula Jun. Kemudian, ia hampir pasti menjadi kenyataan selepas tiket ETS dibeli pada Ogos 2017. Selepas itu, semua orang sibuk dengan pelbagai urusan masing-masing sehinggakan ia dianaktirikan. Nasib baik jugalah PM trip ini telah selesaikan segala urusan sebelum dia menjadi sotong kurita yang banyak sangat tangan dan tugasan. huhuhu. #lebiumisspm
Maka, akhirnya selepas cuti Deepavali hari tu, kamipun mula melangkah ke KL Sentral. Malam tu menginap di Aloft. Kawan sponsor. Tq Allah. Ada je kawan yang berhati mulia nak belanja.
Sesudah subuh kami terus ke KTMB sebab train pukul 7.05am kot. Perjalanan mengambil masa 5 jam untuk sampai ke Arau. Naik kematu jugaklah duduk dalam train tu. Kena rajin merayau-rayau nak hilangkan bosan dan sakit badan.
|
Dah tiba Arau. Ussshh panasnya |
|
Singgah makan kat kedai. Terus minum air pemberian kawan aku hausboom. Sedap! |
|
Imigresen. Van di balik cermin tu laa kenderaan kami sepanjang di Hatyai |
|
haaa ini dia. Malangnya aircord dia tak kuat. terbakar aku dalam kehangatan di utara |
|
Menginap di sini |
|
the room. satu bilik ada 2 katil. dan ada lagi satu bilik. macam apartment |
Kat hotel ni, korang jangan gatal-gatal ambil laundry bag dia. Laundry dia bukan plastik tapi kain. Aku selamba ambil dan bungkus baju busuk aku. Masa check-out, entah bila laa pekerja pi check dalam bilik kata laundry bag dah takde. So kena bayar 100baht. Apa??? 100??? Terus aku tertekan. Sebab aku malas nak bukak balik beg segala bagai makanya terpaksa laaa bayo. Hantu sungguh. Bencik tauuuu tapi pasrah je laaa.
|
Pusing-pusing area hotel dulu |
|
Petangnya melawat tempat ni, Municipal Park. Atas bukit. Ada patung buddha besar ni |
|
Dari sini boleh nampak seluruh bandar Hatyai. Memang niat nak tengok sunset. cantik sangat masa ni. aku guna henpon cabuk je, so hasilnya agak kesedihan la kan |
Selepas pusing-pusing Municipal Park, terus ke Restoren Grand Lazeez. Aku sebenarnya memang tak gemar makan steamboat. Nak tau kenapa? Sebab aku malas nak masak, nak kena pergi ambil sana sini. Panas laaa.. dah laa kebuluran. hahahhaah. Tapi sedap laa. Terasa fresh dan murah kalau dibandingkan dengan kat Kuala Lumpur.
|
Malamnya, kami makan di sini. Steamboat |
|
Antara menu yang ada |
|
Grand Lazeez Halal Restaurant |
|
nyummmm |
|
Kali pertama makan udang lipan ni. Sedap ok |
|
Ketam..aku paling malas nak layan kulit keras dia nie |
|
Kerabu yang sedap |
|
Kerabu kaki ayam. Kali pertama juga makan. Sedap rupanya. Cuma jangan bagi aku yang rupa kaki, memang tak lalu |
Kembali di hotel, kami mandi dan solat. Lepas tu keluar semula. Nak pergi massage. Tour guide tu yang rekemen kedai mana. Lupa dah nama kedai. Selesai je massage, boleh plak pekena pulut mangga dan ice cream coconut ni. Sebenarnya kawan-kawan aku yang beli ni. Aku kenyang makan tadi pun tak hilang lagi. Cuma cuit-cuit rasa laa jugak..hehehe
|
ala-ala sangkaya |
Keesokannya, tour guide tu pergi bawak shopping plak. Emmmm tak best plak aku rasa sebab dia bawak ke kedai yang agak mahal. Ye laa..tempat tumpuan pelancong. Kalau ko beli je kat kedai-kedai tepi jalan di Hatyai tu lagi murah rasanya. Tapi sebab dah dibawa, aku beli la jugak...kakakakah. Dasar!!!
Sebenarnya, napsu aku memang menurun dah time nie. Puncanya, panas ya amat. Serius panas. Masuk van pulak, aircond tak kuat. Ya Allah. Memang dugaan laa. Sampai aku jadi pendiam..hahah. Dalam napsu menurun tu katanyaaaa...tetap laa aku menyoping tak hengat dunia. Aku beli cenderamata. Masa beli jajan, macam kerepek nangka dan segala kerepek tuuu..duit aku dah abis. Kredit kad tak terima pulak.. masih tak sedarkan diri. Selamba je aku bayar guna RM...bengong aku nie.
|
Solat zuhur kat sini. Ala-ala masjid kristal. Tapi malang sekali lagi, kipas semua rosak. Ada satu je hidup. |
|
The Great Serpent NAG |
|
Cantik pemandangan di sini |
|
Singgah lagi membeli Sangkaya Hatyai kawan-kawan aku ni. Masa ni aku dah hampir meroyan. Maka duduk di dalam van je laa..hahaha |
|
Ni aku cilok gambar dari kawan aku. Lepas beli air, mereka merayap ke Samila Beach nak cari mermaid ni. Lawa pulak aku tengok. Tetiba teringat mermaid kat Copenhagen. |
Petangnya kami menuju ke floating market. Disebabkan masih kekenyangan, aku jadi malas nak mencuba makanan di sana. Issshh satu apa pun tak jadi laaa kat Hatyai nie. Lagi satu aku bayangkan macam happening giler. Tapi pendek je floating market dia. Sebab dia bukan setakat floating market, kat atas tu ada yang jualan biasa. Seberang jambatan ada jualan lagi. Kawan aku beli jagung albino tu satu. Rasa dia...biasa2 je. Lagi satu beli apa ntah. Ok laa..boleh layan.
|
sebelah jagung kuning tu laa jagung albino |
|
Comel mendalah nie...colorful sungguh |
|
berkenan pulak dengan kaler baju ni |
|
ikan laga pun ada |
Selesai di floating market, guide turunkan kami ke Asean Night Bazaar. Disebabkan aku dah rasa pening semacam kesan akibat panas. Kami memang sekejapan je di sini. Takde apa yang nak dicari. Lepas bincang dengan kawan-kawan, kami sebilik 4 orang buat keputusan balik dulu. Nak cari van, dia dah gerak. Naik tuk-tuk...Yeaaaahh..Akhirnya tercapai hasrat aku naik tuktuk di Thailand. Selama ni dok naik van kan. Fuhhhh baru laa sejuk sebab open air kan..hahahha. Selesai mandi solat semua, kami jalan kaki cari dinner. Pergi ke kedai Salma. Fuuuhh..ini baru telan air liur. Mengena dengan tekak aku. Alhamdulillah
|
Dinner di Restoren Salma. Penuh dengan orang Malaysia |
|
Teh Tarik dan Green Tea. Sedap |
|
Breakfast tu aku makan lagi kat Salma ni. Sedap bubur udang dia |
Dah nak balik KL dah. Pagi tu sempat laa jalan-jalan pusing pekan dia. Singgah market. Penyakit malas mengambil gambar tetap ada. Lunch dekat satu kedai ni...Kecik je kedai dia. Kawan aku order sup daging. Hoii sumpah sedap sehingga menjilat mangkuk. Nampak je macam bodoh simple gitu tapi percaya laaah. sedap bangat!
|
Ini lah sup yang menjadi igauan aku |
Dalam perjalanan tu, singgah di Padang Besar sebelah Malaysia. Sementara menunggu kawan-kawan ada yang solat/shopping, aku pekena cendol mangga. RM5 jek. Sedap. Dan hasil tinjauan mendapati harga disini lagi murah dari Hatyai...Kakakakakah
Maka, tamatlah trip singkat ke Hatyai kali ini. Kami sampai ke KL mengikut seperti yang dijadualkan. Cuma masa bertolak tu dia delay lewat 20minit rasanya. Maka, sampai KL pun lewat 20minit la. Lega sangat sebab ETS takde masalah. Aku baca kawan aku nye fb, dia nye ETS delay berejam-jam.
Esoknya, baca berita memang cuaca panas luar biasa di Semenanjung terutamanya di utara. Patut lah panas lain macam. Emmmmm memang rijiki dapat cuaca panas melampau kat sana. Sampai sekarang masih sun burn kulit aku.
Wattamat.
No comments:
Post a Comment