Showing posts with label Running. Show all posts
Showing posts with label Running. Show all posts

Monday, 15 January 2018

Pecah Rekod Peribadi - Running 10KM

Heeeee
Merajinkan diri menulis pagi ini sebab agak penting. hahaha. Sabtu lepas iaitu bersamaan 13.01.2018 saya telah berjaya menghabiskan 10km buat kali pertama. Adooiii.. penat dia tuhan saja yang tahu. Tapi dalam runkeeper saya set walking je sebab dapat dijangka banyak berjalan dari berlari. Jogging jalan...jogging jalan..Tapi ok la...pace saya paling elok time ni. Selalu lebih 10min/km. Rasanya mungkin faktor cuaca yang ala-ala spring. Saya sukaaaaaaaaaaaaa..


Tahniah kepada diri sendiri!!!

Mula di sini...Dah dekat magrib baru sampai

Pusing satu Putrajaya

Tuesday, 15 November 2016

Running vs Hiking

Nak berlari ke mendaki?
Ke nak dua-dua?

Aku sebenarnya bukan atlet pun. Tapi ok je la kalau nak pi berlari suka-suka. Mendaki suka-suka pun boleh. Tapi yang suka-suka je aku suka. Yang serius aku kurang suka masuk berlari ni. Kenapa?

Haaaa ini antara sebabnya:
  1. Fee untuk berlari sekarang dah macam hapaaa....fun run 5km pun dah cecah RM50. Grrrr...
  2. Bersesak-sesak ramai orang. Aku memang tak suka bersesak. Pening lemas. Ada plak bangsa yang nak berlari macamkan masuk olimpik. Kemain menolak orang. Dia nak cop depan sekali....Chill2 dah laaa
  3. Orang sesak haruslah parking pun susah. I dun like
  4. Rimas tengok orang tak beretika. Contohnya buang bekas air merata-rata. Tau laa ko penat berlari. Campak kat tempat yang disediakan boleh tak? dari aku nak berlari aman-aman. free-free je berdosa tengok perangai ko tuuu
  5. Ehhhh 4 je sebab aku x suka. Maka yang kelima ni...ko ingat ada orang kesah ke ko tak masuk berlari ...hahah puihhh. Blah la ko

Sekian bebelan mak limah hari ni.