Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Monday, 29 June 2020

Jalan-jalan Cari Pasal ke JEJU Part IV

ok meh sambung.
lepas shopping kat innisfree, kami singgah kat Gwangchingi Beach. Pantai ni dikatakan cantik dengan batu-baju hijau dan berlatar belakangkan Seongsan Ilchulbong. Hijau tu sebab lumut hahaha. Memang lawa laa pemandangan dia. Cuma akan lebih letop kalau langit biru. Ni masa kami sampai sini, renyai-renyai halus. Pasrah je laaa. Sekejap je kami singgah sini pun. Elok sampai sini sebelum 3 petang, sebab nanti air pasang, tenggelamlah batu-batu ni semua.

nampak tu semua batu menghijau

bukti kaki mak dah jejak sini..hehe

Seongsan Ilchulbong dari kejauhan

Kemudian, kami meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan tu nampak signboard macam pantai / coast gitu laaa. Tak termasuk dalam perancangan kami. Tapi dah macam lalu tu terjah je laaa. Aku pun tak pasti apa nama tempat ni. Tapi rasanya dalam jajahan Woljeongri beach gak kot. Sapa tau ni kat mana? Walaupun tak secantik woljeongri, tapi tetap lah sweet. Masa ni penuh dengan seaweed bertebaran kat pantai. Takde orang pun masa ni. Kami bertiga je menjoyah kat sini. Tak lama kemudian, baru laa ada 4-5 orang pelancong lain. 







Ok. Ini destinasi yang memang ada dalam perancangan, iaitu Manjanggul Cave. Masuk sini kena bayar KW4000 ye. Entrance fee paling mahal setakat ni. hahahha. Taman kat luar dia menarik juga. Nampak kemas dan terjaga rapi jek. Lepas bayar tiket, terus turun ke tangga dan masuk gua. Takde apa-apa lagi. Masa nak masuk tu dah heran gak, betul ke ni. Aku perati orang korea pakai selipar, pakai skirt bagai. Masuk je dalam tu terus gelap ye dan sejuk. Dan teruskanlah berjalan. Perjalanan dia sejauh 1km ye tuan/puan. Sepanjang perjalanan tu ada beberapa board yang penuh dengan informasi. Jangan lupa baca tau sebab dia ni Unesco World Natural Heritage sebab merupakan lava tube terpanjang di dunia. Dalam tu memang gelap walaupun ada lampu. Elok juga kalau korang bawah torchlight. Tak pun bukak je lampu handphone tu. Makin lama makin sejuk dalam ni. Kami terus pakai jaket / raincoat. Sebab ada jugak air menitik-nitik dari atas gua tu. Macam ujan tau. Suhu dalam tu 16C. Patut laa lain macam dia punya sejuk. Masa berjalan tu kawan aku tanya "apa kita nak cari jalan jauh-jauh dalam gua ni?" kakkakakah. Ko ghaser??? nampak benoooo x ambik kesah hal history kawan aku nieee.

Selepas penat berjalan 1km, penghujungnya kita akan bertemu dengan highest column in the world gituuu. Ia setinggi 7.6meter. Memang woww laa menengoknya. Lepas abis jeling, moh kita patah balik.

Gua sini elok je bersih, terjaga dan well maintain. Walaupun gelap, ada je lampu kecil-kecil sepanjang jalan tu. So, korang jangan risau. Takde nye busuk berkuap macam gua kat Malaysia. Faktor cuaca kot. Dan yang penting takde batman ok..hahahhaha


monumen kat luar

Beli tiket sini

Tunjuk tiket sini dan masuk

Terus turun tangga dan gelap

Baca jangan tak baca

ni la turtle rock

Map gua nie
Haaaa... ini laa matlamat utamanya.


Ni kedai jual-jual cenderahati, tandas dan gerai

Dari cave ni, kami terus memecut ke town Jeju menuju ke Jeju Masil GuestHouse. Guesthouse ni glamer laa kalau sapa yang follow Kina Omar. Sebenarnya dari mula plan nak datang Jeju, memang kami aim nak datang sini. Nak sokong laa orang kita nya business. Tapi disebabkan itinerary tak mengizinkan, kami x jadi booking. Nak dijadikan cerita, ada drama last minit, last minutes jugak kami book guesthouse dia. Nasib baik laa masih ada kosong dengan harga mampu milik.

Kembang kempis hidung tengok bahasa Malaysia

Bahagia giler toilet kat Jeju semua besar dan luas

Tapi bilik agak comei hihik

Muat laa untuk kami bertiga. Bag je dah abis penuh bilik

Awai sangat prep untuk Xmast

Painting Si Kina  ni

Shared Kitchen. Ada asing untuk muslim nye utensil



Meh aku sambung kat bawah ni. Setelah berkurun aku melupakan blog ini.
Setibanya kami di town Jeju, hujan mula lebat dan berangin. Agak mencabar laa masa ni. Sebab town kan. Selama ni kat tempat lain, kira pekan kecik je. Kami tiba town kira petang, jalan agak jam + hujan. Susahnya ya rabbi nak cari parking. Tapi memang dimaklumkan area guesthouse tu memang limited parking dia. Kami stop depan guesthouse, pastu turunkan segala luggage dan barang-barang lain. Kawan aku berdua sambung drive nak parking kat area stadium. Masa tu hujan weh.. Basah lencun. Tapiiiii, bagus betul staff guesthouse dia. Awek cun tu menolong dan kuat plak tu. Angkat bag terus ke dalam bilik. Bilik kami kat aras 1. Dah laaa baik, ramah plak tu. Lupa dah aku nama dia. 

Ok. Sambung lain kali laa pulak. Mungkin minggu depan atau tahun depan. Tengok la macam mana.


Tuesday, 28 January 2020

Jalan-jalan Cari Pasal ke JEJU Part III

Sambung balik.
1. Lunch di Seongsan.
Selesai je balik dari Udo, kami dah kebuluran. Misi seterusnya mencari kedai makan yang popular banget tu katanya. Tapi aku lupa bebeno nama kedai tu. Nasib baik laa terjumpa jugak kedai tu. Masa sampai depan kedai tu, hujan selebat-lebat alam. Fuhh sibbaek laa dah depan kedai. Kalau tak mau x jumpa kedai ni. Kami pun order laa sesedap rasa. Main menu dia adalah asam pedas seafood, ikan bakar dan abalone. Perghh abalone tu. Masa membayo nyeee terus pitam. hehehe. Jom tengok rupa dia

ikan bilis halus ni sedap

acar buah ni pun nyaman

aku x fan sangat kimchi. Tapi rasa dia ok 

kacang hitam ni pun sedap

ikan bako dan abalone sedap

asam pedas / tomyam seafood korea nie senduuu. tawar habiaqqqq. kalau aku bawak cili padi kompom ONSSSS
 2. Menginap di Sea Dragon Pension.
Hotel ni best. Besar, selesa dan pastinya bersih. Tapi memang best hotel di Jeju ni compare dengan Seoul. Seoul pekan besor, semua mende kecik dan sempit. Apa yang ada disini? TV (tak sempat nak bukak pun), peti ais dan lain-lain standard hotel. Tapi dia ada kitchen dan kitchenette, washing maching dan tiada katil. hahaha disediakan futon je. Mak suka. boleh guling2 sesedap rasa. Owner dia pun baik sangat walaupun x reti speaking london sangat. Bonus tambahan adalah walking distance ke Seongsan Illchulbong. 

Ada tingkap mengadap laut / pekan

TV Peti Ais dan kipas

Futon tu ala-ala toto laaa

Dapur. Dalam kabinet tu ada macam2 kitchenette

Tuala tetaplaa face towel. Sila bawak towel sendiri. Botol sabun menten beso siap ada colgate semua

washing machine ada kalau korang menetap lama sini

Halus sangat signboard dia.

Ini keluar di ig visitjeju pasal taufan
Ok. aku nak cerita pasal kes typhoon ni. Tetiba malam tu kawan aku merangkap bomoh ujan  (read: pegawai meteorologi) whatapps aku. Tanya macam mana keadaan jeju. Masa tu aku tepuk dahi. Kenapa aku boleh terlupakan dia. Sejak dapat info pasal thypoon ni kami memang tak berapa nak senang duduk. Sebab tak boleh nak fikir macam mana keadaannya. Selepas mendapatkan khidmat bantuan dan maklumat secara percuma (hehehe), kami sebulat suara membuat keputusan untuk cabut lari dari Seongsan ni. Kalau infografik tu nampak area Seongsan ni akan terdedah teruk. Iye laa..dia pun dekat dengan laut. Dari hotel kami tu pun nampak laut. Aku pun siap2 booking hotel di town jeju. Dah moh tidoooooooooo sambil berdoa semua nye dalam aman damai.

Esok paginya, selepas subuh kami tetap meneruskan aktiviti yang dirancang. Subhanallah. Elok cuaca pagi tu. Kami nak tengok sunrise di Seongsan Ilchulbong. Ilchulbong tu memang maksud dia sunrise peak. Tak ramai orang masa kami mendaki tu. Maka, aman-aman lah kami menunggu mentari muncul. Sambil bersyukur sangat sebab cuaca elok je pagi tu. 

Selepas mentari dah naik penuh, kami sambung mendaki tangga ke puncak dia. Kat sini la boleh nampak crater tu. Lawa sangat-sangat. Tapi kalau awek-awek Korea tu depa pakai selipar ngan skirt je memanjat..hehe. Kagum aku.

Balik bilik je, kami terus santai-santai sambil mengemas baju dan bilik. Masa bagitau ngan owner tu, dia macam terkejut kenapa kami check-out awal tapi tak kata apa la pun. Lepas kami check-out kami tak terus pecut ke town. Sempat lagi singgah shopping kat kedai innisfree ke apa depan starbuck. hahahha. Tu je satu-satu kedai yang ada rasanya kat area Seongsan ni. Lepas beli barang sikit tanya laa ngan awek tu, apa persiapan depa untuk menghadapi typhoon. Dia kata selalunya depa lepak je kat rumah. Tapi apapun, tengok langit dulu. Macam sekarang (merujuk kepada langit masa tu), ok je. Lambat lagi ni. Kalau dah gelap, atau hujan lebat, baru depa lepak rumah. PULAAAAKKKK... 

Menunggu mentari bersinar

Pemandangan dari atas

Haaa tu mentari mula menunjukkan diri

Sudut lain pulak

Cantik walaupun dah nampak ciri-ciri gelap langit

Sudut lain pulak

Ini area pintu masuk. Masa mula mendaki tadi tak nampak sebab gelap

dah jom kita turun. Tangga dia terjaga rapi. Tak perlu takut


Tuesday, 31 December 2019

Jalan-jalan Cari Pasal ke JEJU Part II - Udo Island

Hari Ketiga - Udo Island
Awal pagi selepas check-out terus menuju ke Udo Island yang terletak di Seongsan. Perjalanan dari Seogwipo mengambil masa dalam sejam setengah. Sampai sana isi borang, jangan lupa bawak passport dan boleh beli tiket berharga KW8500 return. Dekat je Udo ni dalam 15 minit je kot. Ke paling lama pun 30 minit. Sampai sana terus boleh pilih nak bawak scooter ke, basikal ke. Paling senang, beli je tiket bas HOHO berharga KW5500. Boleh naik dan turun sesuka hati je nanti. Tiket tu simpan. Kekadang ada driver yang nak tengok masa naik bas tu nanti.

Disebabkan aku sentiasa 'Rajin', maka sila layan gambar-gambar sendu kat sana. Hahah
Luang legar untuk beli tiket dan menuju ke kapal

Jom la kita naik kapal

Kerusi tak disediakan ye. Sila duduk bersila atau berdiri je

Welcome to Udo

turun je dari kapal, boleh nampak dah area untuk rental scooter ni

Sebelahnya deretan bas HOHO pulak

Apapun, beli tiket bas HOHO dulu ye

Ini route bas. Tapi jangan percaya sangat. Nama tempat yang ditulis ni selalunya tak sama pun dengan nama sebenar

Haaa baca sejarah ni dulu ye
Elok plak kami sampai, Haenyeo pun baru naik menyelam


Jom tengok apa hasil kutipan depa
Nampak lazat kan.. besar plak tuuuuu

Lupa nama tempat ni. Menapak naik bukit nak menuju ke rumah api

Bukit dan Laut

Salah satu rumah api yang kami sampai
Korean ni asyik touch-up je. Tak kira jate tinooo

fefeeling ahjumaa hahha

popcorn beach.. comel kan

Peanut Icecream jangan lupa try tau 

Banyak sampah merata-rata kat Udo ni (dan Jeju seluruhnya). Tak tau la pelancong ke atau rakyat tempatan yang buat nie

Haenyeo Statue merata-rata

Sebelum pergi Jeju, ramai yang kata tak ada apa kat Udo. Kalau nak pergi pun, mungkin dalam 2 - 3 jam jek dah cukup. Ini pendapat aku secara jujur ye (ikut tekak aku laaa), Udo ini ok jugak. Cuma aku datang time musim ujan, maka takde apa sangat la yang menerujakan. Sibuk mengirakan baju hujan je. Kejap pakai kejap bukak..hahahh kekusutan di situ. Kalau korang datang time spring / autumn, pasti Udo ni cantik. Tapi kalau 2-3 jam, macam tak cukup la aku rasa. Melainkan korang jenis celup-celup asal sampai je. Kalau jalan santai-santai, jeling kiri kanan sambil menikmati pemandangan perlu ambil masa separuh hari jugak. Bila dah sampai tempat orang tu jangan laa nak rushing tak tentu pasal. Tapi, kalau korang ke Jeju dalam tempoh yang singkat, boleh je skip Udo nie..hahahhaha. Takde terkilan sangat pun.

Haaa...settle separuh hari di Udo Island.