Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts

Tuesday, 19 December 2017

Menerjah Gunung Datuk, Rembau sekali lagi

Minggu lepas dah pergi Angsi, minggu ni ke Gunung Datuk pula.
Duluuuu...Datuk ni antara yang memang rasa nak mati bila hiking. Nasib baik laa minggu lepas dah prektis, maka minggu ini tahap kesusahan dia dapat dikawal. Alhamdulillah terasa OK kali ni. Takde la tahap sampai nak mintak nyawa sangat. Naik start pukul 8.55am. Sampai atas dalam pukul 10.50 gitu... dah 11.10 aku dah turun. Sampai bawah ngam-ngam pukul 12.30. Cuma masalah aku memang bila nak turun. Tak confident nak laju-laju...makanya sampai hari ni aku masih sakit kaki sebab menahan kan. Gunung Datuk ni tahap kecuraman dia agak menggila. Tu yang sakit kaki.

Alhamdulillah, masa pergi kali ni tak ramai orang. Maka, aman damai laa di puncak tu. Dan aku sangat best bila tengok tangga depa dah upgrade. Tahniah pada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan sebab menggantikan tangga yang lebih stabil. Aku pun konpiden laa nak naik situ. Masa pergi kali pertama tu, aku tak naik puncak dia sebab ramai orang beratur nak panjang campur agak gayat... korang kalau nak bayangkan tangga lama dia, tengok kat sini. Sereeeem.

Lagi satu, menda yang dah upgrade ADALAAAAAH.. parking dah kena bayo uollls. RM2 ke 3. aku tak ingat. Sebab aku parking bawah skit. Maka tak kena lah bayo..Tandas pun dah kena bayar... 50sen kalau ke toilet. Mandi kena RM1. 

Ok. Sekian je laaa. Boleh layan gambo kat bawah nie.




Tangga 3 : tangga baru yang best. Maaf dik, akak tersnap gambo cikVon ko..hahah

tangga 2

Tangga 1

Tuesday, 12 December 2017

Menawan Gunung Angsi Kali Ke-3 (Melalui Bukit Putus)

Asalnya Encik Suami ajak pergi PD. Lepas subuh tu, aku tukar fikiran. Ajak dia hiking laa lagi baik. Sebab aku tengah nak diet ni. Kot laa mau kurus. hahahhaa. Tempat yang senang adalah Gunung Angsi ikut Bukit Putus.

Jom.

Disebabkan ini kali ketiga, takde sebarang persiapan sangat la. Bawak air dengan beli roti je la. Sampai je sana, eeehhh dah lain. Ada tandas. Wowww ini terbaik. Ye laa..Kan Jabatan Perhutanan kutip bayaran RM5 seorang. Apa salahnya tambahkan kemudahan untuk pengguna. Tahniah!!!

Disebabkan lama gilerrr dah tak hiking, rasa nak muntah aku..hahhahah. Dulu rasa kacang giler Angsi ikut Bukit Putus ni. Ini..dah macam nak mintak nyawa jek. Apa pun, alhamdulillah selamat pergi dan kembali. Masa yang diambil 3 jam setengah. Cuaca elok je.. dan orang pun tak ramai. Aman damai rasanya hiking.

Sekian


new signboard

kat hujung tu laa tandas. ada 2

Puncak Gunung Angsi


Thursday, 26 January 2017

Menjelajah Bukit Batu Putih, Port Dickson

Banyak kali juga nampak orang post mendaki Bukit Batu Putih di Port Dickson. Eh...tapi kat signboard tulis Melaka. Sekarang ni PD ke Melaka? Hehehe. Sempadan sangat dah ni. Pembuka aktiviti mendaki tahun 2017 kami mulakan ke sana. Seperti biasa, memang tiada perancangan awal. Bangun subuh baru buat keputusan nak ke sana. Bila dah sampai PD baru buka waze sebab tak tau kat mana. Waze bawa kami ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Ooooh ramai yang parking tepi jalan. Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni bersebelahan dengan Ilham Resort.  Di kaki bukit tu, ada penjaga hutan rekreasi dan kena bayar RM1 seorang ye. 

Disebabkan aku takde buat kajian pun pasal Bukit Batu Putih ni, macam tak de apa-apa expectation pun. Layan kan je dan ikut je ramai-ramai makhluk kat sana tu. Permulaan tu, jalan berturap elok je. Tak sampai dalam 1km dah sampai ke rumah api Tanjung Tuan. Berkunci. Tengok-tengok dari luar je la. Lepas tu kami terus mara ke hadapan. Tengok sign-board tunjuk ke 'Rintis Ke Pulau Intan'. Emm jom la layan. dah separuh jalan, tanya-tanya laa orang lain yang dari bawah, ada apa di sana. Rupanya dia turun ke pantai. Trek yang ini agak sukar juga. Masa pergi menuruni tangga sebab nak ke pantai kan. Aku dalam hati tertanya juga di mana Bukit Batu Putih nya. Bila sampai ke sana, lawa juga pantainya tapi macam takde orang mandi manda.

Tengok-tengok lebih kurang kami naik semula. Haaa..part ni aku menyampah sebab kena mendaki. Nasib baik dah memang trek dia bertangga. Semput juga la mak. hehehe


Awal-awal masa mula masuk ke Tanjung Tuan
Ada gazebo sebelum naik ke Rumah Api

Haaa..ni la rumah apinya. Tutup ye.

Sepanjang laluan ke Pulau Intan

Kalau rajin baca ye..aku tak baca pun.heheh



Signboard yang aku susah nak baca..heheh
Dah boleh nampak pantai dari sini

Ada pemegang juga di kebanyakan trek

Tempat berehat sekejap pun ada

Sesetangah pokok ada bertanda. Dapat lah kenal jenis pokok

Laluan ke pantai


Curam sebenarnya laluan ini. 

Cuma seketul je kulat. Musim panas masa ni

Dah sampai area pantai

Cantik juga pemandangan pantai dia

Lawa kan

Air pun bersih. Cuma takde rasa nak mandi

Bila dah sampai atas, kami ingat nak sambung trekking ke sebelah kiri (semasa naik). Nampak ada laluan ke sana. Mungkin kat situ kot Bukit Batu Putih nya. Tapi depan gazebo Rumah Api tu, aku nampak orang keluar dari celah hutan tu. Aku pun tanya la adik-adik tu, ni laluan ke mana. Kata mereka ini la laluan ke Bukit Batu Putih. Laaaaaa..dengan takde signboard nya. Nasib baik aku gatal mulut tanya. Kalau tak sesia datang jejauh tak dapat ke sana. hehehe. Tapi jangan risau, memang ada laluan dia. Macam kebun getah je. Senang je. Kiranya tak mencabar langsung. Penat lagi turun tangga naik tangga ke Pulau Intan tadi. 

Laluan ke Bukit Batu Putih

Ehhh Dah sampai. Tu je tanda kita dah sampai. Kalau tak mendongak tak nampak tauuu

Pemandangan dari puncak Batu Putih

Banyak pokok bunga ni kat sana. Lawa...

Laluan balik dari Batu Putih

Ehhh Kami dah nak balik.


Kemudian, kami sambung balik ke laluan di sebelah kiri tu pula. Jalan dia elok je la. Separuh jalan jumpa orang. Tanya ada apa di sana. Dia kata ada pantai. Ramai orang mandi dan lawa. Emmmmm di sebabkan dah penat, kami decide balik je la. Hahahhaa. Sebab nampak macam jauh je lagi. Mau macam nak ke Pulau Intan tadi tuuu. Lain kali laa datang semula. Keseluruhan kami berjalan / trekking dalam 5km. lenguh juga la kaki nie. Sebenarnya cantik pemandangan di Batu Putih tu. Tapi disebabkan masa tu agak ramai orang di puncak tu, aku malas nak ambil gambar. Cantik sebab boleh nampak pantai dan laut kan. Ini masalah yang aku selalu hadapi bila hiking terutamanya di bukit-bukit yang menjadi tumpuan ramai ni (aka agak senang untuk hiking). Kebanyakkan mereka sangat suka bergambar. Sampaikan ambil 500juta kali gambar. Macam bukit tu mereka yang punya. Langsung tak sensitif dengan keadaan sekitar. Pada pendapat aku, bergambar la ala kadar. Tengok laa kiri kanan. Kalau nak ambil sampai 500 juta kali tu boleh. Kasi laa orang lain dulu, lepas tu korang sambung laa balik. Lagi satu, dah tau area puncak tu sempit, beringat lah. Jangan laa nak posing canggih-canggih sangat. Kang terjun gaung baru tau. Emmmm macam-macam manusia ni.

Sekian, adios.


Tuesday, 8 November 2016

Menawan Gunung Angsi Sekali Lagi (Melalui Bukit Putus)

Setelah 2 minggu berehat dari hiking, kini kami kembali. Dari awal ditanya mahu kemana. Sila fikir dan saya hanya menurut perintah. Di awal pagi, siap semuanya. Dalam kereta cakap jom ke Broga. Broga??? Apa kerlass..heheheh. Tak de la. Aku kurang gemar Broga sebab parking susah dan ramai sangat orang.  Jom laa kita ke Gunung Angsi sekali mahu? Cuba laluan Bukit Putus pulak. Kan hari tu renjer tu kata sana lagi senang dari Ulu Bendul. Maka ke Senawang la kami...

Hari ni cuaca suram-suram je. Harap jangan lah hujan. Masa dalam kereta tu renyai-renyai halus saja. Kami sarapan dulu di Taman Rekreasi Ulu Bendul. Nampak macam ramai orang. Settle semua terus menuju ke Bukit Putus. Kalau dari Senawang, akan ada sign-board ke Bukit Putus tunjuk ke sebelah kanan. Senang je cari. Di tepi jalan nanti ada pondok renjer dan banyak kereta parking.

Parking dan lapor diri di pondok renjer. Bayar sorang RM5. Masa tu pukul 8.10 pagi. Dia bagitau dah 100 mendaki. Hahhh!!!! 100? Biar betik. Dulu aku kat Ulu Bendul jadi orang pertama kot. Itu lah bezanya kalau naik di Ulu Bendul dan Bukit Putus.

Awal-awal terus naik tangga meninggi. Ok. Layankan jek. Lepas tu..ehhhh..ehhhhh...ok..jangan riak dan takabbur ye. Banyak rasa macam trekking la. Di sini, sebelah gaung mengadap jalan raya. Maka, tiada air terjun. Hutan dia pun tidak segelap mana. Track dia pun clear je. Dijamin tak sesat. So layan je laaa. Sedar tak sedar...2 jam kami dah sampai di puncak untuk 3.85km. Penat laa sebab 4km kan. Tapi tak sengsara laa berbanding naik ikut Ulu Bendul. Ikut sana, aku rasa nak menangis dah. Dengan cuaca yang sejuk-sejuk gitu, pertama kali air kami bawak tak abis. Sejuk kot campur dengan tak berapa penat. Kalau tak, berebut-rebut nak minum.

Memang ramai kat atas tu tapi terkawal. Kami masih boleh selfi2. Disebabkan ini kali kedua dan atas tu pun tak ada apa sangat pun. Kami bergambar ala kadar je la. 15 minit lepas tu kami pun turun semula. Masa turun tu, jumpa ramai lagi yang sedang nak mendaki. Ushh memang glamer la laluan ni. 

Sila bayar permit masuk ye. RM5 sahaja pun
Jom mendaki
Ni area yang mendaki sedikit..sedikit je tauuu
Laluan yang jelas dan terang. Jangan risau..takkan sesat punya

Ehhh ada pulak pondok kedai makan tapi tutup daaaaaa

Laluan pakis dan berpasir. Agak panjang jugak ni
Reservoir View...nampak gunung ganang yang cantik
Haaaa...nampak view ni. Cun kan.
Masih ada beberapa pokok tumbang di laluan ini
Part yang saya suka..tengok flora di sini. Cendawan oren
Cendawan putih
Bunga apa ntah

Pakis..paling banyak di sini
Comel kan bunga ni..membulat
Sapa tau ni bunga apa

Buah putih
Kulat putih. Geram je aku tengok

Laluan hutan pula
Lagi sudut pandang yang ada
Kulat lagi
Bunga ni banyak kat bawah kan. Aku x tau nama dia
6 minit tu tak tau laa ikut kaki sapa. Tapi memang happy nampak sign ni

Ehhh dah pun sampai puncak..yeaaah.

Anak aku dengki..sanggup dia tutup aku tengah nak posing
Mak acah-acah propa
Rhu dan pakis
laki aku kata buah kelubi..ye ke?
ni je air terjun yang ada..hahah bukan air terjun tapi mata air. ramai orang amik isi dalam botol
Disudahi dengan cik manis pepel.

Cuma saya nak cadangkan agar sign-board yang lebih boleh dipercayai diletakkan di sepanjang trail. Mungkin boleh ikut Gunung Datuk. Dari mula dah nyatakan berapa kilometer track. Dan dari masa ke semasa dia nyatakan KM nak sampai. Kalau main minit-minit ni payah laa. Sebab pace orang beza-beza kan.. Sekurang-kurangnya memberi motovasi kepada pendaki. 

Perjalanan turun mengambil masa sejam setengah saja. Kami sampai di bawah tepat pukul 12. Apapun kami happy dapat beriadah mendaki gunung. Sangat digalakkan bagi pendaki baru macam aku naik Gunung Angsi ikut laluan ini. Selepas laluan ini baru boleh cuba laluan Ulu Bendul. 

Ok. Selamat Mendaki!!