Showing posts with label Cycling. Show all posts
Showing posts with label Cycling. Show all posts

Monday, 27 August 2018

OBike / Ofo dah pupus?

Di Mana Basikal OBike dan Ofo nie?

Bulan lepas, saya ingin kembalik aktif setelah bercuti lama dari aktiviti luar sempena puasa dan musim raya. Ehem..aktif laa sangat kan

Tak de laa..saja-saja laa nak naik basikal pusing putrajaya kembali. Nak joging pun belum ada mood lagi. Tapi yang betulnya, badan dah semakin berat. Maka moh laa kita ke Putrajaya.

Kami pun parking di tempat biasa, sebelah masjid besi aka Masjid Sultan Mizan. Ehhhh mana semua basikal nie. Kosong. Pusing lagi sebelah kanan masjid. Selalu sini penuh...wowwwww kosong semua. Ehhh ada 2 buah basikal. Jom try...Teeettttt.. Rosak.

Ok..Jom cari kat Belon plak. Oh noooo...semua kosong. Mana pergi semua basikal ni? dah kena angkut rasanya nie. Kami pun masih cuba-cuba laa mencari di Bangunan Pejabat. Memang dah tak de. Kalau ada pun sebuah dua..kompom rosak.

Sedihnyaaa...aku dah jangka perkara ni berlaku. Sebab aku perati, ramai yang salah guna basikal ni. Tu tak termasuk yang merosakkannya, letak merata. ada yang tertanggal seat, cabut rantai. Adoiii.. Bila laa rakyat Malaysia ni nak maju. Ada kemudahan, disalahgunakan pulak.  Aku sedih sebab aku dah tak dapat naik basikal pusing Putrajaya lagi. Dah laa aku takde basikal..nak beli macam rugi sebab bukan hari-hari pun guna. Setakat sebulan sekali dua, memang best laaa naik Obike dan ofo nie..murah jek.

Sekian bebelan dipagi hari ni. Kisah ni dah sebulan lebih yang lalu. Baru sempat nak membebel. Bukan di Putrajaya je..Di Cyberjaya pun dah takde basikal nie. Pasrah

Wednesday, 17 January 2018

Kali Pertama Mencuba OBike

Dah lama Putrajaya ni ada basikal kuning hitam silver ni. Cuma aku tak berkesempatan nak mencuba. Sejak anak aku pandai naik basikal, jom laa kita cycling pusing-pusing putrajaya. 

Rupanya bukan ada satu je tau. Ada Obike, Mobike dan OFO. Aku pun baru tau...dok laa scan tak boleh baca. Sampai stress. Lepas tu baru perasan nama dia lain-lain. Ia adalah sejenis stationless bike sharing.

Kali pertama naik di Taman Tasik Cyberjaya. Lancar je dan free. Mungkin sebab kali pertama. Kali kedua di Putrajaya. Masa ini yang kelakar. Adoiii. Jenuh laa stop bila nampak basikal ni, semua reject. 3-4 tempat reject. Pelik juga sebab masa kat Cyber hari tu ok je. Masa di tasik P4 tu baru ok. Masa ni la baru perasan ada memacam cap dia. Nasib baik masih ada basikal Obike. Malas nak download macam-macam apps dah

Kalau berjaya scan terus lock dia tu terbuka. Dah boleh laa mula mengayuh. Kami pusing satu Putrajaya. Kalau buat satu pusingan dalam 10km gitu. Yang buat aku jatuh chenta dengan Putrajaya ni, pemandangan sangat best. Cantik, kemas dan memang ada laluan khas. Terasa selamat laa sebab anak aku baru je pandai bawa basikal. Nak-nak plak kami cycling masa musim ala-ala spring nie kan..huhuhu...nyaman je rasa. Tak terasa dah 10km.

Aku naik dalam 95 minit. Kena charge RM2. hehe. Tak merasa dah free. Cuma tak pasti apps dia kira macam mana. Ada ke patut 95minit aku parking je sebab dia tulis riding distance cuma 0.1km. huhuhu.

Secara peribadi aku suka konsep basikal ini. Ia ada di mana-mana. Kebiasaannya tempat tumpuan orang ramai. Macam di taman-taman awam, stesen LRT/MRT. Bila dah ambil pinjam dan guna, boleh pulangkan di mana-mana tempat yang dibenarkan. Selain menjalankan gaya hidup sihat, kita juga dapat menyelamatkan alam sekitar. #tetibaskema.

Tapi sayangnya, aku perati macam ramai yang salah guna. Terutamanya bila bab parking. Sebab banyak yang aku jumpa letak dan parking basikal ni merata-rata. Bawah pokok, tepi tasik. Awal tu aku macam bersangka baik je laa. Mungkin yang pinjam tu sedang berlari ke..atau main-main di taman. Tapi kalau ko jumpa beskal tu time malam buta???...macam sesuatu kan

Harapnya, rakyat Malaysia lebih bersikap terbuka dan bertanggungjawap. Ada juga aku baca kata banyak yang guna tu warga asing. Aku tak berani laa menuduh sebab tak pernah nampak orang yang letak merata-rata tu... kalau aku nampak boleh laa aku tuduh. Apapun, ia kena bermula dengan diri kita. Bila kita guna, guna secara berhemah. Kalau ternampak ia diletakkan merata-rata, apa kata kita cuba ambil dan letakkan ditempat yang sepatutnya. Senangkan? Boleh ke tak boleh nie? Macam jugak kita nampak sampah. Kita tolong kutip ke atau pandang je sebab bukan kita yang buang... tanya lah hati masing-masing ye

Ohhh nampaknya aku dah mula nak membebel. Baik stop sekarang. Maka, sekarang...dah boleh kayuh basikal kalau malas nak joging ye. Sekian.


Route pusing satu Putrajaya
Menggunakan apps OBike


Ini basikal saya pinjam

Cantikkan... i love u putrajaya...

Cantik juga

Sunset

Senja nan kurang merah..hehe