Monday 23 September 2019

[North Africa & Andalusia] Highlight di Granada

Kalau sebut Andalusia, pasti kita akan terkenangkan sejarah gemilang Islam yang lampau. Dan kalau sebut Granada, terus terbayang Al-Hambra. Istana Merah yang tersergam indah di atas bukit. Semua orang tau kehebatan dan keindahan buatan Al-Hambra. Maka, saya tak mau la cerita lagi. hihik. Sebab ia memang sangat memukau. Ternganga-nganga aku masa lawatan kat sana. Macam tak dijangkau dek akal akan kehebatan umat Islam dahulu. 

Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah salah satu perkara yang saya memang looking forward bila dah buat keputusan akan ke Sepanyol. Cuba teka apa dia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
FLAMENCO DANCE
.
Flamenco dance (baile) is a highly-expressive, Spanish dance form. The flamenco is a solo dance characterized by hand clapping, percussive footwork, and intricate hand, arm, and body movements. The dance is usually accompanied by a singer and guitar player.
.
Iye.. ini memang aku punya bucket list. Nasib kami baik sebab datang Spain masa low season. Booking tengah hari, pergi malamnya dengan harga yang mampu milik. Berapa? EU26 sorang. Yang penting, dia buat show dalam cave (rasanya cave buatan nak kasi feeel dia sama dengan yang asal) dan lokasi walking distance je dengan apartment kami. Kami tengok di El Templo Del Flamenco, Granada. Show dia sekitar sejam. Pakej tadi tu termasuk laa dengan welcome drink dan jajan. Jom tengok gambar. Aku ni tak reti nak upload video. Tak pernah berjaya. korang pi cari laa kat google, bersepah kot ada..hehe

Pintu masuk ikut dapur..haha sebab kami ikut waze bawak ikut jalan belakang

Lampu pun aku amik gambar..hihik


welcome drink dan jajan

Dia dah nak mula


Masa ni minah ni dah start meroyan


Mamat ni nampak cam selenge tapi bila dia bukak langkah, menganga aku


clap..clap..dah nak abisss...

Kesimpulannya, memang enjoy laa tengok tarian ni. Aku dah saspen je kalau dia ajak naik menari sama. hahahha. Ye laa..sebab penonton tak ramai sangat. Dan ketara laa hanya kami berempat yang bertudung.

So, korang kalau datang Spain / Granada jangan lupa masukkan Flamenco ni dalam list korang. Rugi tau kalau miss menda nie. Mana nak dapat feel dia tengok di negara asal dia kan. Sama macam korang pergi Turki tapi tak tengok Sufi Dance, atau Bali dengan Kechak Dance..gitttteww kekdahnyee.

Friday 20 September 2019

[North Africa & Andalusia] Sepanyol - RONDA

Setelah berkurun, mari kita sambung menulis. Tengok sel-sel otak masih boleh berhubung ke tak. hihik

Setelah sampai ke Algeciras, kami tercangak-cangak mencari kat mana si AVIS nie. Almaklumla, semua belum ada data lagi. Nasib baik laa jumpa jugak. Lupa macam mana boleh jumpa. Rasanya kawan aku terus roaming kot. hihi

Kami berniat akan drive sepanjang di Spain ini sebab tak sempat nak kaji public transport dia. Lagipun, kawan aku yang offer diri nak drive. Mudah je.. apply IDP bayar RM150 settle. Kami bagi sokongan padu je la. Lepas settle semua dengan Avis ni, dengan lafaz bismillah..tayar golek.

Pertama sekali cari simcard di Carrefour dan roti-roti sikit buat bekal. Lepas tu sambung mencari Ronda.

Ronda ni kategori tanah tinggi. Maka jalan ke sana makin menaik..menaik.. ditambah ujan renyai-berhenti-renyai je sepanjang jalan. Menambah dramatik, kami tak tau berapa jauh (sebab kami tak abis kaji), kami sampai kat atas tu pun sudah agak lewat dan gelap. Sebenarnya tau laa Ronda ni jauh, cuma dah kalut-kalut tak tentu hala kan.. semua jadi tak keruan. Bila dah sampai atas tu, kamipun terus terjah niat utama kami iaitu Puente Nueva. Tapi sayang, kami tak jumpa. Google/waze tak bawak ke tempat yang betul. Pasrah je la tengok bukit tu dari jauh.

"Ronda is a mountaintop city in Spain’s Malaga province that’s set dramatically above a deep gorge. This gorge (El Tajo) separates the city’s circa-15th-century new town from its old town, dating to Moorish rule. Puente Nuevo, a stone bridge spanning the gorge, has a lookout offering views. New town’s Plaza de Toros, a legendary 18th-century bullring, is one of the city’s most recognizable landmarks."

Lepas bergambar dan jeling sekeliling, kami rushing nak turun balik. Giler ko. Baru sampai negara orang, drive plak tu dengan dah nak gelapnya lagi. huhuhu

Bye Ronda!. Sekejapan sangat kita berkenalan. Harap ada peluang kita berjumpa lagi.


settlekan segala documen bagai

spot-check ok ke tak kete dia bagi nie

bismillah - pemandu dan co-pilot yang berhemah

teka amende ni? 

KIta beli data dulu

Cantikkan Rainbow ni

On the way ke Ronda.. highland ye korang

Dah mula nampak penempatan. Suram je petang nie.. ujan renyai2

yesss... Soy Ronda!

Comel-comel kedai dia

Niat utama nak tengok Puente Nuevo tapi nampak ini je

Lagi-lagi bangunan di sana

Tumpang melintas