Showing posts with label Book Review. Show all posts
Showing posts with label Book Review. Show all posts

Wednesday, 13 December 2017

[Book Review] Lost in Sekutland oleh Irwan Dahnil

Entah kenapa tiap kali aku sebut nama dia mesti nak tersebut Irwan Danhil (Dunhill). Ingat cap rokok plak aku ni.  Emmm apa nak cerita pasal buku ni ye? Aku beli sebab aku follow ID nye facebook. Tulisan dia di fb aku suka. Selalu ringkas dan focus. Makanya, buku ini pun aku suka sebab bahasanya mudah. Tak terlalu formal. Senang hadam. Buku ini fokus utama dia kepada orang yang nak berhijrah ke luar negara. Apa persiapan dan perkara yang perlu dilakukan, dipertimbangkan sebelum kita melangkah keluar dan berhijrah. Tapi cerita biasa, tentang travel pun ada terselit dalam tu. 

Kekadang ada perkara yang kita terlepas pandang atau terlupa semasa travel. Perkara paling mudah contohnya adalah semasa menginap homestay. Kita jangan lah bayangkan homestay tu macam hotel. Ada orang yang akan kemaskan setiap hari atau kita boleh call untuk room service. Bertimbang rasalah sedikit hanya untuk membersihkan pinggan mangkuk ataupun mengumpulkan sampah di tempat yang sepatutnya. Hehehe. rasanya yang ini selalu kita dengar komplen kan... kat FB pun ramai yang rajin viralkan. Janganlah sampai nama dan muka kita naik pulak. Malu sekampung kita nanti.

Kesimpulannya untuk buku ini, Nora kasi 4⭐️


Tuesday, 13 June 2017

[Book Review] Mat Jenin Sebenarnya Hero oleh Saiful Nang

Baru berkesempatan membaca buku Mat Jenin Sebenarnya Hero yang ditulis oleh Saiful Nang (SN). 
Ini buku beliau yang pertama saya baca. Itu pun beli masa sales MPH Black Friday tahun lepas. Ingatkan kisah mat jenin. Rupanya cerpen atau cerita/catatan pendek oleh beliau. Mostly banyak yang telah dipos di dalam facebook beliau. Memandangkan facebook pun saya dah jarang masuk, selalu terlepas bacaan / komen yang bagus-bagus. Asyik terpandang berita sampah je. Ehhhh... semacam dah melalut.

Cover depan buku Mat Jenin Sebenarnya Hero

Ok. Buku ini sangat best. Jika siapa yang dah biasa dengan tulisan Saiful Nang akan faham. Tulisan beliau terang, straight to the point. Eh kekadang ada jugak macam kiasan. Banyak cerita-cerita biasa yang kita jumpa hari-hari. Cuma bagaimana beliau mengolahnya dan menjadikan perkara tersebut sebagai bahan yang boleh dijadikan inspirasi.

Sebagai contoh. Beliau ceritakan bagaimana cikgu beliau memarahinya dengan mengatakan yang dia bodoh. Saya juga agak terasa. Sebenarnya, sebagai budak-budak ataupun sebagai manusia, kita memang ada perasaan yang kita tahu orang tersebut menghina ataupun memberi semangat. Jika tidak disalurkan dengan baik, kita mungkin akan memberontak. Sebaliknya, ia boleh dijadikan perangsang untuk membuktikan sesuatu. 

Dengan membaca buku ini juga, baru saya tahu yang SN pernah jadi pensyarah dan ada PhD..hehehe. Saya mengenali beliau sebab jadi wedding photographer je. Masa tu memang tengah top..Tetiba lepas tu, macam hilang dari radar. Rupanya beliau dah buka Rumah Pengasih Warga Prihatin pula. 

Saya bagi 9/10 bagi buku ini. Korang patut baca buku ini. Ayatnya mudah, kertas berwarna warni dan banyak gambar. Pasti tak bosan. Baca dengan mata hati tau..pasti ada sesuatu yang berkesan di hati.

Cuma yang ralat sedikit....sedikit ke banyak nie... Baru hari kedua saya membacanya, tiba-tiba.................. koyak pulak tepi buku ni.. Ishhhh benci tauuuu. Saya dah la jenis yang menjaga buku. Tak boleh terlipat, tak boleh bukak besar-besar. Sekali dah berbarai pulak.. Ai is frust. Kena gam dan bega-bega laa untuk pastikan ia tak jahanam....emmmmm 

Kenapa ko boleh terbarai macam ni...uwaaaaaaaaaa


Tuesday, 6 December 2016

Ulasan Buku: Cerita Korea Kami

Assalamualaikum

Ini buku yang ketiga aku baca. Cerita Korea Kami oleh Ummu Hani Abu Hassan, Norhayati Abu Bakar, Hanafi Sarif dan Ahmad Fouad. Iya. Buku ini mempunya 4 orang penulis yang pernah menetap di Korea.

Saya mengenali Ummu Hani secara maya dengan membaca tulisan beliau di Universiti MKI. Saya memang suka ceritanya di sana. Malangnya, mungkin beliau sibuk dengan tugasan seharian menyebabkan jarang tulisan beliau dipaparkan di sana. Disebabkan nama beliau ada di dalam buku tersebut, saya pun mencubalah untuk membeli. 

1. Penulis Pertama - Ummu Hani
Disebabkan perkara di atas, saya sangat menyenangi gaya bahasa dan penulisan beliau. Simple tetapi menyerap masuk ke dalam jiwa. Sesuatu cerita akhirnya dikaitkan dengan kebesaran Tuhan. Selain itu, saya dapat memahami sesuatu perkara dari sudut pandang yang berbeza. Kadang kala apabila bermusafir, kita selalunya melihat sesuatu perkara yang tersurat je. Jarang kita memikirkan perkara yang tersirat. Ini yang menyebabkan saya suka sangat dengan penceritaan beliau.

Sebagai contoh, beliau menceritakan pengajaran tentang sampah. Bagaimana sampah diuruskan di negara Kimchi ini. Mesti diasingkan mengikut jenis, di dalam plastik yang tentu juga. Malah, bagi barang tertentu seperti peralatan elektrik perlu mendapat kebenaran bertulis. Jika tidak, denda akan dikeluarkan. Dan pelbagai jenis peraturan/undang-undang lain yang mana ia membina bangsa itu sendiri. Pastinya apabila ada undang-undang, penguatkuasaannya juga agak tegas yang telah menyebabkan rakyatnya patuh kepada segala peraturan yang telah ditetapkan.

Rakyat Korea juga sangat berkiblatkan Amerika, atau sebenarnya lebih Amerika dari Amerika sendiri. Remajanya sanggup berhabisan melakukan pembedahan plastik untuk 'membesarkan mata'. Mereka tidak yakin bermata sepet. Bagi lelaki pula, sangat menjaga penampilan. Malah ramai yang memakai bb cream. Hehe

Sebenarnya banyak lagi cerita Korea dari sisi yang lain yang sedikit sebanyak dapat membuka mata dan hati kita untuk lebih memahami bangsa Korea. Walaupun saya tidak pernah menjejak kaki lagi ke sana, saya sudah dapat membayangkan betapa Korea di arus pembangunan yang sangat pesat.

2. Penulis Kedua - Norhayati
Penulisan Pn Yati ini hampir sama dengan Ummu. Mudah dan senang difahami lenggok bahasanya. Cumanya, dia datang melancong ke Korea melawat anaknya di sini. Maka, penulisan beliau adalah berdasarkan pembacaan/kajian sendiri dan pemandangan mata hati beliau. Di dalamnya, disertakan juga panduan yang berguna jika ingin melawat Korea.

3. Penulis Ketiga - Hanafi
Merupakan bekas pelajar di Korea. Beliau memang berminat dengan tulisan kreatif. Membacanya saya dapat mengetahui beliau masih baru dalam bidang ini tetapi tetap mempersonakan. Perkara yang melekat di hati saya adalah persepsi beliau terhadap pokok gingko. Di mana seorang wanita Korea menyatakan kepadanya "manusia hanya menilai sesuatu dari luaran saja. dari jauh, apabila melihat pokok gingko cantik, mereka hampiri. apabila mendapati baunya busuk, kamu tinggalkan. kemudian, apabila mengetahui buahnya yang berbau busuk itu mempunyai banyak khasiat, kamu dekati semula".
Mendalam bukan. Saya teringin sangat nak menikmati pemandangan pokok gingko yang dikatakan berada di seluruh Korea terutamanya pada musim luruh.

4. Penulis Keempat - Ahmad Fouad
Penulis yang seorang ini sangat istimewa. Beliau menyambung pengajian di Korea. Apa yang istimewanya? Tulisan beliau sangat humor. Kelakar habis..setidak-tidaknya saya lah yang terhibur. Dalam penuh humor pastilah terselit pandangan sinis beliau terhadap sesuatu perkara. Tidak berhenti saya ketawa sampai anak saya asyik bertanya kenapa gelak..kenapa gelak. Arrrghhh dia masih tak faham kenapa baca buku perlu ketawa.
"Bahu aku tersentuh bahu makcik di kiri aku. Sentuhan yang amat lembut ibarat pelepah burung jatuh ke atas bantal. Namun tindak balas makcik itu luar biasa. Ibarat pemain ragbi merempuh pemain yang cuba merampas bola darinya. Aku dikasari secara tidak langsung. Aku terasa diri aku begitu jijik sehingga diperlakukan sebegitu rupa".
Selepas membaca buku ini, saya cuba mencari buku tulisan beliau jika ada. Tetapi hampa. Sangat berharap beliau teruskan menulis sebab saya SUKAAAAAA.


Secara keseluruhannya, saya sangat menyenangi buku ini yang berharga RM25 (juga ada diskaun 15%) dengan 251 mukasurat. Rasa tidak puas membacanya. Saya mencadangkan anda membaca buku ini. Terbaik.

Muka depan buku - si comel itu la ummu hani
Kertas yang berkualiti dan cantik ada bunga-bunga

Muka belakangnya.

Monday, 5 December 2016

Travelog ET - Namastee India

Fuhhh
Semangat membaca sungguh berkobar-kobar. Buku kedua ini masih buku Travelog ET oleh Siti Noridah Ab. Rahman. Buku yang masih berharga RM25 tapi ada diskaun 15% dan setebal 184 mukasurat. Ehhhh lebih kurang sama dengan buku pertama.

Buku kedua ini nampak peningkatan yang agak ketara. Walaupun muka surat hampir sama, tapi spacing nya berbeza. Maka, Namastee India ini lebih padat penceritaannya. Gaya bahasa dan pengolahan cerita lebih menarik.

Buku ini menceritakan kembara ET ke daerah-daerah di negara India. Kebanyakannya di daerah yang kurang popular. Aku pun banyak tak pernah dengar daerah tersebut. Tapi daerah tersebut nampak sangat menarik (berdasarkan gambar yang disertakan). Macam terus semangat nak pergi India. Tapi kebanyakan kawan-kawan saya tak bagi pergi. Letaklah India dan China di akhir 'bucketlist'. Emmmmmm Kesiankan. Yang pasti setiap tempat ada baik buruknya masing-masing kan.

Berbalik kepada buku ini, saya sangat kagum ada perempuan yang sanggup bersusah-susah kembara seperti di negara India yang kebanyakkannya beliau menaiki bas. Dah la bas, banyak yang long distance pulak tu. 5 - 10 jam. Ishhh susahnya nak mengggambarkan keadaannya. Berpanas berdebu bersesak-sesak. Tapi beliau memang gigih. Setiap daerah diceritakan apa keistimewaan dan apa aktiviti yang dibuat oleh beliau.

Komen peribadi:
Masih mengekalkan konsep ada ruangan khas bergambar dan berwarna di dalam buku ini. Saya sangat suka. Sila teruskan untuk buku-buku yang akan datang ye.

Ada banyak plot yang ditulis secara berulang-ulang yang menyebabkan saya agak bosan. Motif ko nak bosan apa hal??? hahahhaha. Contohnya: saya terpaksa menutup muka dengan selendang untuk mengelakkan debu / habuk. Banyak sangat kot dalam buku ni.

Selain itu, beberapa cerita yang tidak dihabiskan. Kecil je sebenarnya tapi aku kan jenis kaki sebok. Nak la tahu apa jadi kat Nathan. Sebab macam dia ditinggalkan begitu saja. Hahahha. Nampak tak aku kecoh. Sebab walaupun sekejap watak dia muncul tapi banyak jasa dia pada penulis ketika itu. Sama juga dengan Jules. Penulis berjanji nak jumpa semula di Jules tapi langsung tidak diceritakan.

Secara keseluruhannya, boleh la buku ini. Mungkin penulis kena meningkatkan lagi kaedah pengolahan cerita agar ia menjadi lebih menarik. Dan mungkin juga tidak perlu diceritakan secara detail setiap perjalanan tersebut untuk mengelakkan rasa bosan dan berulang. Contohnya, beratur beli tiket. Angkat 'backpack'. Panjat katil. Cuba fokus kepada perkara yang menarik di sesuatu daerah dari mengulangi cerita yang sama.

Ehhh sukatik je aku nak komen kan. Cuba tengok apa yang ko tulis kat sini. Macam la best sangat pun kan..hahahhahahha. So, korang boleh dapatkan di pasaran jika berminat dengan buku travelog ini.
Muka depan buku 'Namastee India'

Antara mukasurat bergamba dan berwarna

Wednesday, 30 November 2016

Travelog ET - Kembara Afghanistan

Yeahhhh
Buku pertama yang diborong sempena Black Friday lepas telah selesai aku khatam. Buku Kembara Afghanistan oleh Siti Noridah Ab. Rahman. Buku yang berharga RM25 tapi ada diskaun 15% dan setebal 181 mukasurat.

Review aku:
Pertamanya...dennnng..Aku tak suka sebab nipis sangat. Aku tak puas baca dan tak dapat FEEEEEEEEL sedalam-dalamnya.

Pada pendapat aku, buku ini menggunakan bahasa yang mudah dan aku suka. Sebab senang faham. Aku ni kalau bahasa berbunga sangat payah nak hadam sebab tu la buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Huhuhuhu. Membacanya aku seakan-akan dapat memahami perjalanan dan pengalaman yang dialami oleh ET. Part yang paling aku kagum adalah kegigihan beliau berusaha untuk mendapatkan visa Iran bagi membolehkan dia ke Iran menggunakan laluan Islam Qala. Ia memang saat yang sangat berat, penat dan menguji kesabaran fizikal dan mental. Kalau lah aku, semua orang dah cakap bahaya, memang laju je aku tukar fikiran. 

Keduanya, aku kagum bagaimana seorang wanita berseorangan berjalan di negara yang 'bahaya' sambil cuba-cuba mendekati rakyat tempatan. Ia bukan calang-calang kerja aku rasa. Memang dia mempunyai azam yang sangat tinggi. Walau bagaimanapun, beliau bertuah kerana dikurniakan Allah orang yang baik-baik yang sentiasa membantu. Contoh semasa di airport. Beliau dapat menumpang wifi kedai dan dapat menyemak yang penerbangannya dibatalkan. Begitu juga pemuda yang membawanya ke tempat pembuatan jubin di kawasan masjid jama'.

Ketiga, disertakan sedikit gambar berwarna di Afghanistan yang membolehkan kita lebih memahami keadaaan di sana. Tak dinafikan ia sangat cantik dan istimewa.

Cadangan:
1. Seperti yang aku nyatakan di atas, aku tak suka sebab nipis sangat. Aku tak puas baca dan tak abis mendalami perjalanan beliau.
2. Penceritaan beliau kekadang terlampau 'surface'. Banyak persoalan semasa aku membacanya. Mungkin lebih elok kalau dia detailkan sedikit kisah tersebut.

Sekian saja ulasan berkenaan dengan buku ini. Kalau berminat, boleh cuba dapatkannya di MPH. Heheheh
cover depan buku Kembara Afghan

Antara gambar berwarna di dalam buku....i like

Dalam banyak-banyak buku travelog yang aku baca, buku HATIKU TERLUKA DI BUKHARA tulisan Wan Hashim Wan Teh adalah yang terbaik. Aku baca pada tahun 2008 kot atau 2009. Sehingga sekarang aku terbayang-bayang cerita di dalam buku tersebut. Aku boleh membayangkan bagaimana cantiknya tempat-tempat yang dilawati penulis sepanjang berada di Moscow dan menuju ke Bukhara. Selain itu sejarah di sesuatu tempat, seni budaya dicerita dengan agak detail. Ntah laaaa. Tapi buku tu sangat best. Nak beli di MPH dah takde stok. Rasanya penulis baru boleh cari buku tersebut untuk dijadikan ilham menulis travelog.

Monday, 5 October 2015

Book Review: Ulu Yam di Liverpool 2 by Nazali Noor

Assalam

Disebabkan teruja dengan buku UYDL, saya pun bawak balik buku UYDL2 balik umah masa wiken lepas. Niatnya nak baca la kan.
Alhamdulillah, bila niat baik dicampur pulak dengan buku yang OK, maka urusan pembacaan menjadi lancar..hehehhe.. poyo

Serius.
Last weekend kan jerebu.
Saya jadi lemau dan malas.
Maka memerap je di rumah.
Bukak buku..best plak tu
Terus sukar nak letak.
Kira wajib abiskan dengan kadar segera.


cover UYDL2

Review:
Buku UYDL2 ni super duper best dari yang UYDL
Sebab buku satu, banyak yang happy-happy..mungkin nampak agak normal dan biasa-biasa
dalam buku dua ni, saya macam tak percaya
sampai ke tahap itu dugaan yang ditempuhi oleh En Naz sekeluarga
saya boleh terima jika diuji dengan masalah kewangan, kesukaran sana sini
tetapi, bila difitnah, ditikam dari belakang oleh orang yang dikenali
agak menyentap jiwa
sakitnya tuh disini tauuuuuu
barulah saya nampak sisi lain dugaan di rantau ini
kebanyakan yang saya baca, yang saya dengar..semuanya indah-indah belaka
kiranya, cerita En Naz ini memang agak telus dan luar biasa sikit
alhamdulillah...mereka boleh hadapi dengan tenang dan terus melangkah ke depan.

walaupun tidak mengenali beliau, saya dapati beliau sangat bertuah kerana mempunyai isteri yang sangat cekal
dikurniakan anak-anak yang memahami walaupun mereka masih kecil
amazing giler rasanya
**tetiba rasa nak pi liverpool dok homestay depa dan kenal in-person..hehe (AMINNNN)

dalam buku ini ada banyak part yang saya suka
salah satunya kita kena percaya dan yakin apa yang kita mahu dalam hidup ini
walaupun ia kelihatan sukar dan menongkah arus, kena tekad dan teruskan
sebab kita yang tahu apa yang kita nak
orang luar hanya tahu kondem dan lihat kita gagal aje

isshh tetiba nak ulas pun tak reti...
korang baca la ye...
banyak cerita-cerita yang menyentuh hati dan pengajaran yang boleh kita ambil
kalau aku rajin..nanti aku update review ni.

maka dengan ini, saya bagi 4.5BINTANG!!!!
korang kena beli tau dan baca.
nak pinjam aku punya pun boleh..hehehe

Wednesday, 23 September 2015

Book Review: Ulu Yam di Liverpool by Nazali Noor

Assalamualaikum

Lama kan dah tak buat book review?
Asyik tak sempat nak baca buku
Ataupun bila nak baca je..si kecil nakkan perhatian
Maka terpaksa baca buku kanak-kanak dulu
emmmm ok..ok...
semua tu alasan
sebenarnya masa banyak ditaburkan membaca 'berita terkini' dari facebook, IG dan sebagainya
huhuhu

eh..dah kelaut pula
sambung citer buku ni dulu

alkisahnya beberapa minggu lepas
banyak pula newsfeed pasal En Nazali Noor di fb saya
memula buat tak kisah..tapi bila asyik masuk je, tetiba saya ter click dan baca
eh...macam best plak
baca lebih kurang je...asyik dok sebut pasal buku best seller UYDL
best sangat ke?
terus tangan gatal masuk MPHOnline...
ada diskaun..terus beli
beli dua sekali plak tu
harap-harap best laaa

Alhamdulillah
Buku ini memang best
Nora kasi 4.0 Bintang
Walaupun ada la kurang sana sini..tapi ok sebab aku masih boleh meneruskan sehingga abis
Gaya penulisan yang mudah dan bersahaja menyebabkan ia dekat dihati
Almaklum laa..kekadang tulisan yang berbunga atau sastera sangat memang cepat je mengantuk

Buku ini mengisahkan bagaimana En Nazali ni semasa kecil yang berangan nak ke UK
Ini disebabkan ayahnya pernah ke UK dan abangnya pun menyambung pengajian ke UK
Tapi sebab dia dok di Ulu Yam, kawan-kawan pun gelakkan dia
Pelajaran dia pun biasa-biasa saja
ikutkan macam tak berapa yakin yang impiannya akan tercapai
hehehe
Walaupun begitu, dia pernah juga mendapat 2kali tawaran menyambung pelajaran di UK
Tapi terpaksa ditolak kerana mak dia tak benarkan.
Untuk lebih lanjut korang kena baca sendiri ok..hehhe

Antara yang melekat di jiwa saya ialah bagaimana dia dilantik sebagai Penolong Pengurus Kanan di mana terdapat staff bawahan yang lebih senior. Sebenarnya memang sukar untuk menguruskan staf senior kerana mereka lebih berpengalaman dan agak sukar untuk mendengar arahan daripada orang muda. Kena ada skill untuk menguruskan orang sebegini. Sebab inilah yang saya sedang hadapi. sobss..sobsss..almaklumlah, communication skill saya lemah.

"Dalam hidup kita sering kali terpaksa membuat pilihan dengan dua komoditi penting - MASA dan WANG".... ia...memang inipun yang dilema semua orang. Nak masa bersama keluarga ataupun keluar mencari wang sehingga tiada masa untuk keluarga. Rasanya macam kalau orang biasa-biasa di KL ni...pasti masa untuk keluarga dikorbankan...dengan kerja nyaa...dengan jam nyeee...balik rumah dah lewat dan penat..lepas tu marah-marah sebab stresss...
Ntah bila laa nak jadi full housewife ni kan...


cover buku UYDL

Cuma, saya mengharapkan dalam buku ini diceritakan dengan lebih detail:
1. Bagaimana En Naz boleh menurunkan berat badan..huhuhu
2. Cabaran PhD yang kena sambung/tulis semula
3. Masa buku ini ditulis, En Naz dah abis PhD ke belum

Mungkin persoalan ini dah terjawap di fb. Tapi sebab saya baru follow dan belum membaca ke semua postnya, maka saya tak tau..hehhehe. Tunggu ada masa atau datang mood..nak selongkar umah orang ....tengok post2 dulu
hehehe

Ok Sekian
Nak sambung baca buku UYDL2 pulak

Thursday, 6 August 2015

Tanyalah Hati: Jawapannya ada di dalam hati

Assalamualaikum

Ok. dah lama tak buat book review kan
Maklumat buku:
   Tajuk: Tanyalah Diri - Jawapannya ada di dalam hati
   Penulis: Roza Roslan
   Penerbit: Galeri Ilmu
  

Cover Buku Tanyalah Diri

Buku ini mempunyai  banyak bab. Setiap bab mempunyai kisah pendek yang amat menyentuh hati. ini kerana setiap kisah tersebut kebiasaannya memang berlaku kepada semua orang. Yang paling menyentuh hati saya adalah di salah satu bab (maaf tak ingat sebab buku tiada kat tangan).

'Buanglah perasaan berputus asa. Teruskan mengajak diri dan mereka yang hampir. Berdoalah, agar mereka yang kita sayangi akan berubah hati. Akhirnya ia urusan Allah.
Berdoalah tanpa mengata. Berharaplah tanpa mencela. Insyaallah...mereka yang kelihatan sayup jauh tiba-tiba berada di sisiNya.' 


Ya Allah..betulkan. kita ini selalu perasan diri cukup solat, puasa, bertudung dah cukup bagus. Jika ternampak orang yang tidak menutup aurat..hati cuba mengata. kekadang mengumpat. Alangkah baiknya kita terus berdoa pada Allah semoga dibukakan pintu hati mereka. Dan yang paling penting jangan mengata, mencela, mengumpat dan seangkatan dengannya.

Bagi saya, ini buku terbaik dari Puan Roza. Saya bagiiiiiiii 4.5 Bintang. Korang pun mesti dapatkan buku ini tau. Selain itu, korang boleh baca blog Puan Roza, Prof MKI dan rakan-rakannya di muhdkamil.org. Banyak penulis-penulis yang hebat di sana.

Sekian.

Friday, 26 June 2015

DIAnogsis2: From HO to HO

Sapa sini dah baca buku DIAnogsis2?

aku dah..tapi ada dua tiga topik aku skip baca. bulan posa nie..kalau agak-agak macam berat je bahan bacaan, mata mudah terkatup..huhu

ok. meh aku ulas sikit mengikut citarasa aku #sukahatiakula
buku ini aku kategori kan ringan
dalam dia ada banyak cerpen - cerita pendek
cuma dia menggunakan pendekatan hospital / bidang perubatan di dalam memberi pengajaran
dah tu..semua penulisnya doktor kan
disebabkan mereka semua doktor, maka dengan itu..aku yang agak lemah bahasa canggih-canggih ini selalu kepeningan..hahahah
tapi jangan risau..ada footnote tau
maklamat dia..menyampaikan pengajaran dan mendekatkan diri kepada ALLAH.
ye laa...kerja mereka kan mengadap antara hidup dan mati manusia kan
kalau success, mereka dipuji..kalau tak success..mereka juga la yang kena sembur
di sini laa perlunya konsep redha dan pasrah
cakap memang laa senang kan..tapi kalau kita berada di situasi mereka..tak pasti apa tindakan kita.

Ok...dalam banyak-banyak cerita
aku paling terkesan dengan tulisan FL: From Ho to Ho
petikan dia:

"Satu perkara yang aku belajar ketika menjalani latihan housemanship adalah jangan bercakap buruk tentang senior (MO atau Specialist). Jauhkan diri mengumpat mereka di belakang. Adatlah apabila kita tak puas hati dengan boss. Tapi jangan sampai kita menyebarkan perkara yang tidak baik tentang mereka.

Allah kurniakan kita basic instinct. Biasanya, kalau orang tak suka kita, kita akan dapat 'rasa' that feeling. Begitu juga dengan mereka, mereka boleh 'rasa' aura negatif apabila bekerja dengan mereka. Hormat mereka sebagai senior yang lebih berpengalaman."

Ya Allah....
itu la yang aku alami sekarang
asek komplen je pasal boss aku
pastu kemana-mana jaja 'bos aku teruk'
isshh abis pahala aku asik mengumpat diaa
so..kena tabahkan hati supaya tidak mengata orang
kan sama seperti makan daging saudara sendiri...
semoga aku diberi kekuatan agar tidak suka mengata dan mengumpat orang lagi


Cerita yang paling touching pula..adalah Menanti Superman tulias AF
sweet sangat..dan aku syak ini macam kisah benar je
hahahahahha
watever laa..tapi memang sweet sangat cerita ini..korang kene baca.
aku malas nak ulas.

Kesimpulannya: saya bagi 4BINTANG

Cover DIAnogsis2