Di Mana Basikal OBike dan Ofo nie?
Bulan lepas, saya ingin kembalik aktif setelah bercuti lama dari aktiviti luar sempena puasa dan musim raya. Ehem..aktif laa sangat kan
Tak de laa..saja-saja laa nak naik basikal pusing putrajaya kembali. Nak joging pun belum ada mood lagi. Tapi yang betulnya, badan dah semakin berat. Maka moh laa kita ke Putrajaya.
Kami pun parking di tempat biasa, sebelah masjid besi aka Masjid Sultan Mizan. Ehhhh mana semua basikal nie. Kosong. Pusing lagi sebelah kanan masjid. Selalu sini penuh...wowwwww kosong semua. Ehhh ada 2 buah basikal. Jom try...Teeettttt.. Rosak.
Ok..Jom cari kat Belon plak. Oh noooo...semua kosong. Mana pergi semua basikal ni? dah kena angkut rasanya nie. Kami pun masih cuba-cuba laa mencari di Bangunan Pejabat. Memang dah tak de. Kalau ada pun sebuah dua..kompom rosak.
Sedihnyaaa...aku dah jangka perkara ni berlaku. Sebab aku perati, ramai yang salah guna basikal ni. Tu tak termasuk yang merosakkannya, letak merata. ada yang tertanggal seat, cabut rantai. Adoiii.. Bila laa rakyat Malaysia ni nak maju. Ada kemudahan, disalahgunakan pulak. Aku sedih sebab aku dah tak dapat naik basikal pusing Putrajaya lagi. Dah laa aku takde basikal..nak beli macam rugi sebab bukan hari-hari pun guna. Setakat sebulan sekali dua, memang best laaa naik Obike dan ofo nie..murah jek.
Sekian bebelan dipagi hari ni. Kisah ni dah sebulan lebih yang lalu. Baru sempat nak membebel. Bukan di Putrajaya je..Di Cyberjaya pun dah takde basikal nie. Pasrah
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Monday, 27 August 2018
Wednesday, 17 January 2018
Kali Pertama Mencuba OBike
Dah lama Putrajaya ni ada basikal kuning hitam silver ni. Cuma aku tak berkesempatan nak mencuba. Sejak anak aku pandai naik basikal, jom laa kita cycling pusing-pusing putrajaya.
Rupanya bukan ada satu je tau. Ada Obike, Mobike dan OFO. Aku pun baru tau...dok laa scan tak boleh baca. Sampai stress. Lepas tu baru perasan nama dia lain-lain. Ia adalah sejenis stationless bike sharing.
Kali pertama naik di Taman Tasik Cyberjaya. Lancar je dan free. Mungkin sebab kali pertama. Kali kedua di Putrajaya. Masa ini yang kelakar. Adoiii. Jenuh laa stop bila nampak basikal ni, semua reject. 3-4 tempat reject. Pelik juga sebab masa kat Cyber hari tu ok je. Masa di tasik P4 tu baru ok. Masa ni la baru perasan ada memacam cap dia. Nasib baik masih ada basikal Obike. Malas nak download macam-macam apps dah
Kalau berjaya scan terus lock dia tu terbuka. Dah boleh laa mula mengayuh. Kami pusing satu Putrajaya. Kalau buat satu pusingan dalam 10km gitu. Yang buat aku jatuh chenta dengan Putrajaya ni, pemandangan sangat best. Cantik, kemas dan memang ada laluan khas. Terasa selamat laa sebab anak aku baru je pandai bawa basikal. Nak-nak plak kami cycling masa musim ala-ala spring nie kan..huhuhu...nyaman je rasa. Tak terasa dah 10km.
Aku naik dalam 95 minit. Kena charge RM2. hehe. Tak merasa dah free. Cuma tak pasti apps dia kira macam mana. Ada ke patut 95minit aku parking je sebab dia tulis riding distance cuma 0.1km. huhuhu.
Secara peribadi aku suka konsep basikal ini. Ia ada di mana-mana. Kebiasaannya tempat tumpuan orang ramai. Macam di taman-taman awam, stesen LRT/MRT. Bila dah ambil pinjam dan guna, boleh pulangkan di mana-mana tempat yang dibenarkan. Selain menjalankan gaya hidup sihat, kita juga dapat menyelamatkan alam sekitar. #tetibaskema.
Tapi sayangnya, aku perati macam ramai yang salah guna. Terutamanya bila bab parking. Sebab banyak yang aku jumpa letak dan parking basikal ni merata-rata. Bawah pokok, tepi tasik. Awal tu aku macam bersangka baik je laa. Mungkin yang pinjam tu sedang berlari ke..atau main-main di taman. Tapi kalau ko jumpa beskal tu time malam buta???...macam sesuatu kan
Harapnya, rakyat Malaysia lebih bersikap terbuka dan bertanggungjawap. Ada juga aku baca kata banyak yang guna tu warga asing. Aku tak berani laa menuduh sebab tak pernah nampak orang yang letak merata-rata tu... kalau aku nampak boleh laa aku tuduh. Apapun, ia kena bermula dengan diri kita. Bila kita guna, guna secara berhemah. Kalau ternampak ia diletakkan merata-rata, apa kata kita cuba ambil dan letakkan ditempat yang sepatutnya. Senangkan? Boleh ke tak boleh nie? Macam jugak kita nampak sampah. Kita tolong kutip ke atau pandang je sebab bukan kita yang buang... tanya lah hati masing-masing ye
Ohhh nampaknya aku dah mula nak membebel. Baik stop sekarang. Maka, sekarang...dah boleh kayuh basikal kalau malas nak joging ye. Sekian.
| Route pusing satu Putrajaya |
| Menggunakan apps OBike |
| Ini basikal saya pinjam |
| Cantikkan... i love u putrajaya... |
| Cantik juga |
| Sunset |
| Senja nan kurang merah..hehe |
Monday, 15 January 2018
Pecah Rekod Peribadi - Running 10KM
Heeeee
Merajinkan diri menulis pagi ini sebab agak penting. hahaha. Sabtu lepas iaitu bersamaan 13.01.2018 saya telah berjaya menghabiskan 10km buat kali pertama. Adooiii.. penat dia tuhan saja yang tahu. Tapi dalam runkeeper saya set walking je sebab dapat dijangka banyak berjalan dari berlari. Jogging jalan...jogging jalan..Tapi ok la...pace saya paling elok time ni. Selalu lebih 10min/km. Rasanya mungkin faktor cuaca yang ala-ala spring. Saya sukaaaaaaaaaaaaa..
Tahniah kepada diri sendiri!!!
| Mula di sini...Dah dekat magrib baru sampai |
| Pusing satu Putrajaya |
Monday, 28 November 2016
Cendol mana paling sedap?
Cendol?
Orang Malaysia mesti suka minum cendol. Tak pun ABC. Kalau musim panas, dapat minum cendol..perrrghh nikmat giler kot. Aku paling suka minum cendol kat tepi-tepi jalan dan bawah pokok. Sekali dengan makan laksa / pasemboq.
Tapi sekarang ni, macam susah nak dapat cendol yang betul-betul sedap. Macam dulu glamer Cendol Bakar. Ingatkan dibakarnya cendol tu. Rupanya nama pemilik kedainya Bakar. Cisss...bedebah sungguh. Aku dah makan..ala-ala je rasanya. Tak tahu kenapa panjang sangat orang beratur. Aku sekali tu je laa. Rasa macam tak la mengelupor nak repeat. Cuma, hari tu aku ambil yang cendol durian. Serius OUT durian dia. Dia pakai pes tu tak pe laa..Faham sebab bukan senang nak cari durian fresh sepanjang masa. Tapi rasa dia memang tak termampu ditelan tekak akak ni haaa...Cendol biasa dia..ok je laa.
Hari tu. Aku try cendol kat Hero Putrajaya. Yang berhadapan dengan Masjid Besi. Satu bangunan dengan Dorsett Hotel. Nama dia Go Lokal Cafe. Kat sana ada cendol, laksa, mee-mee. Kecit je booth dia. Kawan aku kata sedap. Moh laa cuba. Aku amik Cendol Durian. Perrrghh tak sangka sedap. Walaupun dia guna pes, tapi berasa la durian dia. Semangkuk RM6. Boleh layan. So, kalau korang teringin cendol tetiba, boleh cuba terjah sana ye.
Hari tu. Aku try cendol kat Hero Putrajaya. Yang berhadapan dengan Masjid Besi. Satu bangunan dengan Dorsett Hotel. Nama dia Go Lokal Cafe. Kat sana ada cendol, laksa, mee-mee. Kecit je booth dia. Kawan aku kata sedap. Moh laa cuba. Aku amik Cendol Durian. Perrrghh tak sangka sedap. Walaupun dia guna pes, tapi berasa la durian dia. Semangkuk RM6. Boleh layan. So, kalau korang teringin cendol tetiba, boleh cuba terjah sana ye.
| nah..buat tatapan korang |
Monday, 21 March 2016
Muzium Alam Semula Jadi di Putrajaya
Sebenarnya di Putrajaya ni banyak tempat nak dilawat.
Selain dengan taman-tamannya yang memang popular, dicadangkan anda semua pergi ke Muzium Alam Semulajadi
Terletak di Precint Diplomatik
Kami dah pernah sampai sini dulu
masa tu free lagi..heheh
sekarang kene bayar RM2 untuk dewasa. kanak-kanak bawah 12 tahun percuma
ok...mampu bayar
anggapkan itu kos penyelenggaraan. tak kan semua nak free kan.
Jom tengok apa yang ada
Disebabkan malas hendak menaip..sila layan mata je ye
| burung cenderawasih |
| ada buaya darat..heheh, labi-labi, kura-kura, ciknyet dan rusa |
| ular, katak kodok...euuuuwwwwww |
| serangga yang rare..dulu pernah jumpa kat kampung. |
| serangga lagi...ni kalau letak kat kakak aku..dia meroyan satu kampung ni |
| binatang lagi |
| burung helang |
| contoh sarang burung pun ada...ke sarang ayam |
Sekian.
Ni cadangan tempat lawatan di putrajaya kalau korang dah tak tau nak kemana.
Thursday, 25 February 2016
MyMakan dan MeatBall & Co di Ayer@8
Ni entry pasal makan-makan
Sekarang di Ayer@8 dah banyak kedai bukak
tak macam dulu
terutamanya kedai makan dan juga ala-ala vendours tuuu
Jom try kat MyMakan
Kalau tengok menu..agak tercekik laaa
tu bagi orang yang gaji tahap aku laa
hehehhe
maka, kami pilih set lunch RM15.90
ada nasi, lauk, sup kosong dan air
aku pilih menu masak sambal baby lobster
sambal dia sedap..aku suka
disebabkan baby...daging dia cenonet je laaa
melekat kat celah gigi je..hehhehe
| set sambal baby lobster |
kawan aku order patin masak tempoyak
pun sedap
cuma patin dia tu..aku x la gemo..sebab aku kureng skit ngan patin
Dihari lain, kami singgah lagi makan sini
order set tomyam putih
yang itu agak out..not recommended..
sebab terasa sangat pakai kiub/instant
Kemudian
Kami try pulak MeatBall & Co
kemain ramai orang beratur masa tu...
elok plak kami datang hari jumaat
penuh ngan akak-akak gomen
aku tengok meatball dia macam ala-ala je
so, pilih laaa grill salmon apa ntah
macam gambar kat bawah ni
rasa??
emmm so-so
sebab dia macam defrost tak abis ke apa
dengan lemon pun sikit je bagi
sos dia pun tak menarik
harga? RM15.90 jugak rasanya..tapi tak de air
aku share ngan kawan aku air mineral
hehehhe
| grill salmon |
kawan aku amik meatball - ciken rasanya
OUT!!!
langsung tak juicy..kering je rasanyaaa
ini restoren yang kami nak tengok berapa lama dia bertahan
hehehhee
Sekian, cerita jalan-jalan cari makan di putrajaya kali ini.
daaaaaa
Thursday, 5 November 2015
Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya
Sejak dua menjak ni, kerap masuk dalam newsfeed facebook
pasal Pusat Penghayatan Alam, Taman Wetland Putrajaya
emmmm
kenapa aku boleh tak perasan eh
En Suami kata nanti kita pi sana
Ok..putrajaya je kot
last week,
takde apa nak buat, kami ke putrajaya
oohh..ni wetland biasa..
dulu hari-hari aku lalu jalan ni nak balik rumah
maka..ayoh
ussshh..banyaknye kereta
ni mesti penangan newsfeed kat fb nie
sama macam aku
jom masuk
sib baik percuma..sapa tak suka menda free kan
hehehhe
ni laaa pun tarikan utama dia
gambo kat lantai tu bergerak-gerak
cumaaa...ehhh
apsal kecit bebeno
dalam fb macam luas jek..
mak dah mula sentap
ni anak sapa x tau laaa
ramai umat..yang penting ambik gambo
dia cenggini
bila ko pijak / kijak lantai tuu
rama-rama pun berterbangan
nampak tak rama-rama tuu?
nunnn kat ujung tuuu
hahahhaha
ehhh
lupa nak cerita
NIC ni..dia jenis macam lorong..korang jalan ikut je haluan dia
masa tu korang jumpa la pokok bakau...skrin macam kat bawah nie..
ada masa gelap..ada masa terang
ikut seksyen laaa
dan dia ada 3 tingkat
korang jangan miss tauuu
pi la semua tingkat
Jalan-jalan lagi ada plak mende ni
Globe..pastu ada burung
aku sebenarnya tak sempat nak baca pun semua maklumat dalam ni
dah ramai orang
ngan anak aku pun tak mau dok diam
tapi aku syak dia berkenaan dengan migration flamingo
kan dia ikut musim..terbang sana terbang sini
salah satu tempat persinggahan dia nie..kat wetland laaa
opsss..
ni baru la seperti yang diriuhkan tuu
baru besar
yang ni lain skit
ikan-ikan tu berenang ikut timing kot
bila dia keluar..abis budak-budak kejar pijak-pijak dia
kesian ikan tu wehhhh
lantai macam ni ada 3 dalam NIC tu
satu yang rama-rama, satu lagi yang ikan nie..lagi satu aku lupa....aku tak amik pun gambar
rasanya ikan jugak. tapi saiz kecil macam rama-rama
di level paling bawah
ada macam pawagam..aku lupa nama dia
tapi sini ada tempat duduk
skrin dia ni melengkung..semi bulatan
ala-ala 3D macam kat planetarium hari tuuu
dia berkenaan dengan kepentingan bakau, tarian apa ntah
best laa
aku sukaa..sebab banyak info
yang tak suka anak aku
dia takut gamaknyaaa
pelik aku..wayang suka pulak
aku lalu jek..sebenarnya dia attach sekali ngan bangunan tadi
so..korang tak yah risau
boleh singgah makan dan solat
sebab aku dah solat dan makan sebelum datang
so aku x singgah laa
tak tau ok ke dak dalam nye
insyaallah ok
abisssss NIC
sekejap je kami singgah
tak sampai sejam kot..ke x sampai setengah jam
sebab ramai orang
tak focus aku
disebabkan masih awal
jom laa kita pi Menara Tinjau
dah lama aku aim bendalah ni
cuma tak berkesempatan nak panjat
haaaa..sini tak ramai orang
semua orang malas nak memanjat kot
hehehheeh
tu dia dari kejauhan
cantik dan menghijauuu
i likeeeee
Elok je sampai atas
dah start renyai
amik gambo lebih kurang
turun balik
yang best nya
anak aku giler kompiden panjat mende ni..sebab tangga dia lebar-lebar
dia pun tak takut
turun pun dia yang mula-mula
kemain ko yeee
sib baik renyai jek..tak ujan lebat
selamat laa kami sampai ke parking
maka..tamatlah perjalanan kami
semuanya percumaaaaa dan dekat dengan rumah kami
hahhahahahha
yang penting ada aktiviti luar kan
setelah sekian lama berjerebuuuuu
pasal Pusat Penghayatan Alam, Taman Wetland Putrajaya
emmmm
kenapa aku boleh tak perasan eh
En Suami kata nanti kita pi sana
Ok..putrajaya je kot
last week,
takde apa nak buat, kami ke putrajaya
oohh..ni wetland biasa..
dulu hari-hari aku lalu jalan ni nak balik rumah
maka..ayoh
ussshh..banyaknye kereta
ni mesti penangan newsfeed kat fb nie
sama macam aku
jom masuk
sib baik percuma..sapa tak suka menda free kan
hehehhe
ni laaa pun tarikan utama dia
gambo kat lantai tu bergerak-gerak
cumaaa...ehhh
apsal kecit bebeno
dalam fb macam luas jek..
mak dah mula sentap
ni anak sapa x tau laaa
ramai umat..yang penting ambik gambo
dia cenggini
bila ko pijak / kijak lantai tuu
rama-rama pun berterbangan
nampak tak rama-rama tuu?
nunnn kat ujung tuuu
hahahhaha
![]() |
| bila kupijak..engkau terbang..bila diam..hanya ada rumput hijau..heheh |
lupa nak cerita
NIC ni..dia jenis macam lorong..korang jalan ikut je haluan dia
masa tu korang jumpa la pokok bakau...skrin macam kat bawah nie..
ada masa gelap..ada masa terang
ikut seksyen laaa
dan dia ada 3 tingkat
korang jangan miss tauuu
pi la semua tingkat
![]() |
| Salah satu objek yang ada di NIC |
Jalan-jalan lagi ada plak mende ni
Globe..pastu ada burung
aku sebenarnya tak sempat nak baca pun semua maklumat dalam ni
dah ramai orang
ngan anak aku pun tak mau dok diam
tapi aku syak dia berkenaan dengan migration flamingo
kan dia ikut musim..terbang sana terbang sini
salah satu tempat persinggahan dia nie..kat wetland laaa
![]() |
| cantik lukisan nie |
![]() |
| haaa..ni diaaa..baru besar |
ni baru la seperti yang diriuhkan tuu
baru besar
yang ni lain skit
ikan-ikan tu berenang ikut timing kot
bila dia keluar..abis budak-budak kejar pijak-pijak dia
kesian ikan tu wehhhh
lantai macam ni ada 3 dalam NIC tu
satu yang rama-rama, satu lagi yang ikan nie..lagi satu aku lupa....aku tak amik pun gambar
rasanya ikan jugak. tapi saiz kecil macam rama-rama
![]() |
| pawagam..heheh |
ada macam pawagam..aku lupa nama dia
tapi sini ada tempat duduk
skrin dia ni melengkung..semi bulatan
ala-ala 3D macam kat planetarium hari tuuu
dia berkenaan dengan kepentingan bakau, tarian apa ntah
best laa
aku sukaa..sebab banyak info
yang tak suka anak aku
dia takut gamaknyaaa
pelik aku..wayang suka pulak
![]() |
| mengintai flamingo dari tingkap |
![]() |
| Surau dan cafe |
aku lalu jek..sebenarnya dia attach sekali ngan bangunan tadi
so..korang tak yah risau
boleh singgah makan dan solat
sebab aku dah solat dan makan sebelum datang
so aku x singgah laa
tak tau ok ke dak dalam nye
insyaallah ok
abisssss NIC
sekejap je kami singgah
tak sampai sejam kot..ke x sampai setengah jam
sebab ramai orang
tak focus aku
disebabkan masih awal
jom laa kita pi Menara Tinjau
dah lama aku aim bendalah ni
cuma tak berkesempatan nak panjat
haaaa..sini tak ramai orang
semua orang malas nak memanjat kot
hehehheeh
tu dia dari kejauhan
cantik dan menghijauuu
i likeeeee
![]() |
| Menara Tinjau Wetland |
![]() |
| nampak besar dan kukuh...dun worry ok |
dah start renyai
amik gambo lebih kurang
turun balik
yang best nya
anak aku giler kompiden panjat mende ni..sebab tangga dia lebar-lebar
dia pun tak takut
turun pun dia yang mula-mula
kemain ko yeee
sib baik renyai jek..tak ujan lebat
selamat laa kami sampai ke parking
maka..tamatlah perjalanan kami
semuanya percumaaaaa dan dekat dengan rumah kami
hahhahahahha
yang penting ada aktiviti luar kan
setelah sekian lama berjerebuuuuu
Wednesday, 20 May 2015
Festival Belia Putrajaya 2015
Festival Belia datang lagi!!!
Ooooohhh tidak
Agak terganggu sedikit emosi.
Apa taknye, banyak jalan dah mula ditutup sejak Isnin lagi
Mak dah la tak berapa pandai bab-bab jalan nie
Jalan yang biasa lalu tu tutup pulak..
Dengan kiri-kanan penuh khemah
Lori-lori besar berhenti tepi jalan nak buat kerja
Semua tu mengganggu jiwa mak
Uwaaaaaa....makin saspen tunggu hari Jumaat ni
Mesti lagi huru hara
Tekanan hokeh
Di doakan selamat dan baik-baik saja laluan aku
Tengokkan persiapan
macam lagi gah dari tahun lepas
Kali ni tengok banyak sangat stage/khemah sepanjang jalan tu
bebudak belia suka laaaa
mak dah tak sanggup laaa
kompom jam dan sesak Putrajaya hujung minggu ni
Mula 22 - 24 Jun
Dok tercongak-congak..berapa laa duit kerajaan abis
ke ada badan korporat yang sponsor
eeemmmmmmm
harap-harap dapat menyumbang sesuatu yang baik kepada belia
jangan melalaikan lagi sudahlaaa
Untuk info lanjut, boleh layari http://festivalbeliaputrajaya.com/
Macam best plak kan..banyak giler aktiviti..
tengok la kalau sanggup meredah lautan manuisia dan panas terik nanti
Korang nak datang ke? Datang laaaaa memeriahkan suasana ;)
Subscribe to:
Comments (Atom)









