Monday, 27 August 2018

OBike / Ofo dah pupus?

Di Mana Basikal OBike dan Ofo nie?

Bulan lepas, saya ingin kembalik aktif setelah bercuti lama dari aktiviti luar sempena puasa dan musim raya. Ehem..aktif laa sangat kan

Tak de laa..saja-saja laa nak naik basikal pusing putrajaya kembali. Nak joging pun belum ada mood lagi. Tapi yang betulnya, badan dah semakin berat. Maka moh laa kita ke Putrajaya.

Kami pun parking di tempat biasa, sebelah masjid besi aka Masjid Sultan Mizan. Ehhhh mana semua basikal nie. Kosong. Pusing lagi sebelah kanan masjid. Selalu sini penuh...wowwwww kosong semua. Ehhh ada 2 buah basikal. Jom try...Teeettttt.. Rosak.

Ok..Jom cari kat Belon plak. Oh noooo...semua kosong. Mana pergi semua basikal ni? dah kena angkut rasanya nie. Kami pun masih cuba-cuba laa mencari di Bangunan Pejabat. Memang dah tak de. Kalau ada pun sebuah dua..kompom rosak.

Sedihnyaaa...aku dah jangka perkara ni berlaku. Sebab aku perati, ramai yang salah guna basikal ni. Tu tak termasuk yang merosakkannya, letak merata. ada yang tertanggal seat, cabut rantai. Adoiii.. Bila laa rakyat Malaysia ni nak maju. Ada kemudahan, disalahgunakan pulak.  Aku sedih sebab aku dah tak dapat naik basikal pusing Putrajaya lagi. Dah laa aku takde basikal..nak beli macam rugi sebab bukan hari-hari pun guna. Setakat sebulan sekali dua, memang best laaa naik Obike dan ofo nie..murah jek.

Sekian bebelan dipagi hari ni. Kisah ni dah sebulan lebih yang lalu. Baru sempat nak membebel. Bukan di Putrajaya je..Di Cyberjaya pun dah takde basikal nie. Pasrah

Friday, 24 August 2018

Mendaki Ulu Semangkok, Bukit Fraser

Fuhhhh
Berzaman nak update ni. Semakin bizi semakin takde masa nak menceceh di sini. Ok quick update pasal hiking di Ulu Semangkok ni pada awal Ogos hari tu.

Dalam pukul 4am, kami bangun pagi dan terus memecut ke Bukit Fraser. Nak mengejar subuh kat atas tu. Tok laki kata solat kat bawah tak best. Tak tau laa apa masalahnya. Saya menurut perintah je. Sampai kat masjid atas tu pukul 6.30 gitu. Cepat-cepat solat subuh sebelum abis waktu. Terus breakfast kat kedai sebelah masjid tu. Ok..masa tu sejuk nak mati. 

Hari tu Bukit Fraser aman damai je. Macam takde makhluk je. Ok saya suka aman damai begini. Lepas je makan, kami bergerak turun semula. Aku dah mula heran. Tok laki kata..memang macam nie.. jauh gak turun semula tu..dalam 7km kot. apa-apa je laaa...kata tadi menurut perintah. hehe

Masa kami sampai kat kaki gunung tu, ada 2 buah kereta je. Ushh memang tak de makhluk ni. Terus parking kat tempat rumah kedai ni. Rasanya laa rumah kedai tapi tak laku kot...buruk je area sini. Memang sunyi sepi laa..agak sedih sebab tak de kemudahan apa pun. Ohhh ada tandas kat tepi tu. Tapi kata Tok Laki tak de air.. usshh terus mak tak berani nak dekat. So, kalau korang nak datang, settle kan laa apa-apa yang patut sebelum sampai sini ye.

Kami tak buang masa, terus panjat. Macam pelik tengok buluh ada kat utan. hehe.. bukit / gunung aku panjat xde jumpa buluh. Emm aku dah dapat rasakan kesentapan trek di sini. Dia macam Gunung Irau gak. Sat turun, sat naik, sat turun..Trek dia x de laa over sangat tapi kalau naik turun ni..hazab masa balik je nanti..masa kaki dah tak larat..ada plak kena menaik..menangisss.

Disebabkan cuaca ok, orang pun tak ramai..maka x de apa-apa masalah utama. Layan kan je laa. Memula sampai kat Gunung Gap, Ulu Tranum dan akhir sekali Ulu Semangkok. Perjalanan mengambil masa 2 jam ++ gitu. Kami orang pertama yang sampai. Sampai atas tu, sebelah dia ada Gunung Berembun...ohhh ini abang sorang tu yang dok bercerita. Aku dok pelik..ada gunung lagi ke. Rupanya dia sebelah je..kira macam ruang sebelah je...Memang ala-ala Mossy Forest kat Cameron. Boleh laa layan sekejap. 

Lepas setengah jam lepak, kami dah nak turun balik. Dalam perjalanan balik baru laa jumpa ramai orang yang mendaki. Ingatkan takde orang langsung tadi. Depa ni start lambat kot..ataupun jenis yang bergambar 500takes..hehhee.

Masa perjalanan balik ni, aku dah mula stress. Sebab memang dah lama tak hiking. Dah pancit..trek plak menaik menurun tu yang buat aku makin stress. Kaki pun dah mula sakit. Tapi sebenarnya, trek dia ok berbanding Gunung Datok tu. Dalam 2jam ++ kami sampai bawah..fuhh legaaaa. Dengan dahaganyaaa, air aku bawak tak cukup. Sibbaek tengah jalan tu tempat pelancongan kot.. Ada orang berjual. Beli laa air dan makanan sikit. Buat lapik perut.

Nak ke Kuala Kubu Baru tu pun jauh..Dalam 30 minit rasanya. Terus menuju ke masjid utama nak tumpang mandi. Lepas tu lunch dan terus balik rumah. Day trip je tapi puas hati. Ingat ada masa nanti nak lepak kat atas laaa. tapi tak tau laa zaman bilanyaa..heheh



rumah buruk ni boleh masuk kete untuk parking ok.


Disambut dengan pokok-pokok buluh

Cendawan bulat piring..comei

cendawan kuning...pertama kali jumpa


Ni kat Gunung Gap kot

Ulu Tranum pulak


Dah sampai puncak.

Gunung Berembun kata brader sorang tu


Pemandangan di atas Ulu Semangkok

Sekian.

Tuesday, 3 April 2018

Taman Tasik Cyberjaya

Dulu aku pernah bebel pasal tong sampah kecil di taman cyberjaya di sini. Bukan la salah tong sampah tu kecil cumanya ramai sangat makhluk datang semasa hujung minggu. Tong sampah tu tak mampu menampung sampah yang dibuang.

Kemarin, aku datang lagi ke sana. Alhamdulillah. Dah ada tong sampah besar punyaaaaa. Baru laa sejuk mata aku memandang. Tak de lagi sampah ditepi-tepi tong sampah tu. Ada lah jugak sikit. Tapi bukan sebab tong sampah kecil. Tu sebab orang yang buang tu otaknya kecil.


Terima kasih MPSP atas keperihatinan anda.

ps: MPSP bukan letak tong sampah tu sebab bebelan aku. hahahha korang jangan lah salah sangka pulak. Aku log report pun tak buat. Rasanya ia masalah sejagat. Mungkin ada orang lain yang terlebih dahulu log report.

Monday, 2 April 2018

Mendaki Gunung Lambak di Kluang Johor

Sempena ada kerja di Johor, kami plan nak terjah Gunung Lambak di Kluang. Aku baca gitu-gitu je sebab gunung ni selalu disebut-sebut masa Kursus Induksi di Intan Ikwas. Masa dulu aku tak terjebak pun dengan kes mendaki ni. Tido adalah lebih baik. hehe

Dengan tak cukup kelengkapan (aku x bawak kasut hiking aku), kami terus terjah. Sebab dalam kepala bayangkan mesti ala-ala Bukit Broga. Dah tinggi dia cuma 500m je kot. Lepas breakfast kat Kluang Railway kami terus menuju ke sana. Ramai jugak orang sebab Ahad tu rupanya Johor cuti ganti sempena apa ntah.

Emmm kelemahan pertama yang aku perasan di sini, kurangnya papan tanda. Macam kami kali pertama pergi, memang tak tau nak menuju ke mana. Sebab dia ada banyak route (macam laa banyak sangat)...hehhee..cuma ter-confuse. Tanya je orang yang jumpa kat sana...menapak laa kami ke menuju puncak.

Selepas jungle tracking sekejap, akan jumpa dataran. Di situ memang tiada papan arah. Masa ini tanya orang yang ada disitu. Dia cakap kalau ikut kiri, laluan susah. Kalau jalan terus, senang sikit. Emmmm disebabkan aku kekenyang baru lepas makan, aku suh ikut track senang je. Malas nak pikir. Awal-awal tu senang dia rasa macam Denai 3 Puteri. Acah-acah tracking. Tapi aku tetap laa slow ..macam nak pitam. Aku syak sebab dah lama tak hiking dengan aku kekenyangan. Dalam tempoh sejam lebih baru sampai puncak. Tengok...aku tak ambil pun gambar sebab sebokkan nak pitam. Dah laa air pun tak bawak..matiiiii

Lepas bergambar lebih kurang, kami amik laluan depan tu untuk turun. OK.. disini laaa silapnya..kakakkah.. Rupanya laluan tu laluan susah yang dikatakan mamat tu tadi. Dia punya susah tu macam Gunung Nuang + Gunung Datuk (dari segi kecuraman dia). Stress aku sebab aku pakai kasut x sesuai. Makin sakit rasa kaki.. Tapi apa nak dikatakan... pasrah

Masa ni..laki ngan anak aku dah lama tinggalkan aku. Aku jalan je pepelan akhirnya sampai juga ke dataran. Sepanjang perjalanan turun tadi, ramai gak budak-budak yang mendaki ke atas guna laluan ni. Ya Allah...kuatnye semangat korang dek.. Akak turun ikut laluan ni pun kesal tak abis lagi.. hahhahaha.

Sampai di dataran tu, terpandang je laki aku..terus aku menyerogeh..bangga sebab dapat gak selamat turun. Elok je aku melangkah...prappppppp.. dengggg kaki aku terpeleok kat jalan rata tu... menjerit aku. Sebab sakit giler.. punya laa aku menjaga jangan tercedera ..boleh plak kena kat jalan rata. huhuhu. Malam tu punya laa sengsara aku nak solat. Tapi nasib baik juga laaa 2 hari je sakit dia..tak laa kritikal sangat. Alhamdulillah.

Tempoh mendaki kali ni 3 jam.. slow sebab aku memang pancit masa naik tadi. 


Entrance - Free je masuk

Masuk sini dan ada parking banyak dalam ni. Kami dah terparking kat luar laa pulak

Jumpa Jambatan Gantung dulu

Besar kot gonggok niee. Tengok aku pakai kasut casual je... sakit kaki jadinye

ada laa mata air sikit.. ke sebab musim panas

Signboard yang kurang membantu..hehhe

Selepas menaiki tangga dan jalan sedikit, jumpa tempat ni sebelum kita mendaki yang lebih SUSAH. Ada 2 pilihan tau..jangan salah pilih.

Kulat

Ehhh terus sampai puncak..hahahha


Yee....tahniah kepada diri sendiri

Thursday, 8 March 2018

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Haaaaa
Pernah dengar tak muzium nie? Selalu kita dengar Muzium Negara je kan. Aku memang tak pernah dengar dan tak pernah tau akan kewujudannya. Satu hari tu, ada seseorang dalam group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) post berkenaan dengan muzium ni. Aku tengok macam menarik. Ditakdirkan Ahad tu memang aku nak ke KL sebab ada wedding. Maka teruslah aku ajak laki aku pergi terjah muzium ini.

Untuk pengetahuan:

Wakto Operasi: Dibuka setiap hari dari 10am - 6pm (tutup pada 3 hari pertama Aidilfitri)
Alamat: Sasana Kijang, 2 Jalan Dato' Onn Kuala Lumpur
Masuk: PERCUMA

Dia mempunyai beberapa galeri yang diletakkan di 4 aras:
Aras Bawah - Galeri Kanak-Kanak
Aras Satu - Galeri Kewangan dan Perbankan Islam
Aras Satu - Galeri Bank Negara Malaysia
Aras Satu - Galeri Ekonomi
Aras Dua - Galeri Numismatik
Aras Tiga - Galeri Seni

Boleh layari di sini:  http://www.museumbnm.gov.my/v2/welcome.html


Nak masuk ke sini, kita kena lalu dulu pengawal keselamatan yang akan check kita sama macam di airport. Scan bag semua ye. 

Serius tempat ini sangat bersih, cantik, luas dan selesa. Semua bahan yang dipamerkan sangat interaktif, kreatif dan berwarna-warni. Korang memang akan teruja nak membaca (tapi ada juga yang aku malas nak baca hhuhuhu). Yang paling menarik perhatian adalah terowong 1Juta Ringgit. Aku lupa plak nak ambil gambar terowong tu. Penuh dengan duit. Lepas lalu terowong ini, kita akan masuk ke Galeri Kanak-kanak yang sangat FUN. Anak saya 2 kali dia ulang. Ada cara nak buat duit, kerja di bank, pengiraan perbelanjaan dan lain-lain lagi. 

Mungkin juga tempat ini kurang menjadi tumpuan berbanding Pusat Sains Negara (yang sangat padat masa cuti sekolah tempoh hari), maka anak saya pun boleh enjoy dengan pameran di sini.

Parking pula, kami belasah je parking tepi-tepi jalan tu sebab memang tak ramai orang. Tapi sebenarnya disediakan parking berbayar disini. Ok, jom kita layan gambar lah. 

Bangunan Sasana Kijang ni. 

Tak boleh bawa beg masuk galeri. Cantik kan tempat simpan beg dia. Transparent!

Duit Syiling dulu-dulu - namanya Batu Yap

haaaa...ini kesah batu yap.. sila baca

Antara yang ada di Galeri Kanak-kanak

Kreatif kan?

Ni kalau nak kerja di bank

Bahan buat wang kertas

Dinding WANG !!!

Bahagian Atas pula

Semuanya berwarna-warni dan cantik







INi pun paling best. Kayuh sambil dengar cerita. Wajib cuba ye






Galeri Seni


Sebenarnya banyak lagi bahan pameran yang menarik. Untuk mengalaminya sendiri, korang kena la pergi.


Sekian.

Monday, 19 February 2018

Denai Tiga Puteri, Kota Damansara

Cuti Chinese New Year haritu kami tak kemana. Selain memang selalunya kami tak kemana pun masa CNY sebab malas nak layan jam, toklaki pun tak berapa sehat. Selsema ngan batuk. Disebabkan boring je duduk rumah, jom laa buat aktiviti sikit. Yang simple2 je. Maka, jom laa ke Denai Tiga Puteri di Hutan Simpan Kota Damansara. 

Jalan lengang je dan tempat tu pun agak lengang juga. Semua masih mood bercuti panjang. Elok juga. Aman damai laa kami nanti. Cuma agak seksa nak mencari breakfast sebab semuanya tutup. Pasrah.

Ikut je waze, kompom sampai. Senang je pun direction nak ke sana. Kalau ditakdirkan sesat, cari je Sek. Keb. Seksyen 10, KD. Sebab dia betul-betul depan sekolah nie. Dalam pukul 8 kami dah start. Jalan awal-awal dia macam trail / trekking biasa je. Sila tengok signboard atau tanda-tanda sepanjang jalan tu. Sebab dia ada 2-3 trail/laluan untuk ke puncak. Tapi still menuju ke tempat yang sama. Dalam sejam kami dah sampai puncak.  

Ikut pengalaman aku, Denai 3 Puteri ni kategori mudah sangat. Sebab dia memang untuk trekking kot. Cuma 500 meter terakhir tu je laa yang ada 'agak sukar' sikit. Bagi yang tak biasa trekking, mungkin laa dia rasa susah. Jarak perjalanan pergi dalam 3.5km. Tapi baguslah ada hutan simpan cenggini. Boleh dijadikan aktiviti keluarga. Masa aku pergi tu, ada satu famili tu dia bawak anak-anak dia kecik je semua. Macam below 6 years je. Kan best kalau area Puchong / Putrajaya pun ada hutan simpan cenggini. 

Lepas ambil gambar lebih kurang, kami turun. Ambil masa sejam lebih kurang sebab pukul 10 dah ada kat bawah. Masa tu baru ada abang jual air bagai. Aku tengok sekeliling, ok juga kemudahan kat sini. Nampak macam tandas sedang dalam pembinaan. Ada gazebo besar untuk orang lepak dan menunggu. Lepas ada bangunan baru tak pasti apa dia. Nampak cantik laaa. Tempat ini juga bersih. Nasib baik aku tak jumpa orang buang sampah merata-rata. Tapi masa turun tu, nampak ada sorang mamat ini bawa plastik dan dalam dia ada sampah (botol2 kosong). Aku syak dia kot kutip. Bagus ada orang macam nie.

Signboard kat area situ
Pintu masuk. Ada map trek sini.

Ini lah bangunan baru yang tak pasti apa dia. Masih berkunci. Belakang tu ada toilet

Gazebo besar..boleh berehat sementara tunggu geng lain turun bukit
Signboard macam ni kena perhatikan selalu.



Ini laa trek yang 'agak sukar' tadi.. huhu

Ini laah spot wajib posing ye tuan puan :P. Mengadap highway. Jangan melompat ke bawah sudah laa

Pemandangan di atas 

Pemandangan lagi

dan lagiii

Sekian laaa trip kami hari tu. Ok laaa..ada juga aktiviti ringan di hari cuti. Tempat ini sangat dicadangkan bagi keluarga. Saya bagi 5 bintang.
ps: tak tau kenapa di panggil denai 3 puteri.. x nampak pun tuan puterinya. tapi kalau nampak, mau aku kot yang fitam nanti..hahah