Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Monday, 31 December 2018

Taman Eko Rimba, Kuala Lumpur

Ada yang panggil Taman Eko Rimba.. Ada yang panggil Hutan Simpan Bukit Nanas. 
Panggil lah apa saja, sama je tempat dia.

Disebabkan dia terletak betul-betul tengah bandar KL, agak susah kami warga yang jauh nak terjah. Disebabkan cuti Krismas hari tu, jalan semua kosong, maka moh laa terjah.

Masuk percuma je. Kami sampai pukul 8. Nak parking mencabar sikit sebab tak jumpa tempat parking. Disebabkan KL lengang je hari tu, kami belasah je parking belakang Maybank (dalam kotak parking la ye). Kalau bukan musim cuti, mau meraung nak pusing-pusing mencari parking. So kena laa berjalan jauh sikit nak ke sini. 

Rasanya tarikan utama dia adalah canopy walk tu. Ok laa..panjang juga canopy walk dia dan dijaga dengan elok. Ada juga denai-denai yang simple. Dah siap berturap, berkayu dan mudah untuk dilalui. Kat area tu ada juga tempat untuk berkhemah. Luas juga laa kawasan tu. 

Nanti-nanti akan nampak Menara KL. Sebab memang sebelah je pun Menara KL tu. Dan akan nampak juga Sek Men Keb Convent Bukit Nanas. Almaklum laa tengah bandar kan. hihihik

Masa balik tu kami singgah laa Galeri Interaktif kat pintu masuk utama sini. Percuma juga. Dah percuma tu, paham-paham laa..Tak de la besar mana. Cukup laa untuk berehat sekejap lepas penat berjalan tadi... heheh Penat ke? Keseluruhannya kami ambil masa sejam je untuk pusing-pusing semua denai tu. Canopy walk tu kami ulang sampai 2x. Masa balik tu baru ramai orang datang. 

Maka, ayoh warga kota kalau tak tau nak ke mana atau dah bosan joging kat keliling tasik, mai laa datang sini ambil udara segar sikit.


Pintu masuk utama

Signboard nak p mana dulu. Pilih je. Jangan risau...x kan sesat punya..insyaallah
Denai Penarahan

Denai Merawan

Area berkhemah

Area berkhemah

Oh I love this

Denai Bamboo rasanya

Denai Suboh

Cak... Menara KL

SMK Convent Bukit Nanas

laluan ke canopy walk

Tinggi juga tapi sebab dia tegap dan tak goyang-goyang ..maka x takut



Galeri Interaktif

Antara dalam galeri tu


Thursday, 8 March 2018

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Haaaaa
Pernah dengar tak muzium nie? Selalu kita dengar Muzium Negara je kan. Aku memang tak pernah dengar dan tak pernah tau akan kewujudannya. Satu hari tu, ada seseorang dalam group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) post berkenaan dengan muzium ni. Aku tengok macam menarik. Ditakdirkan Ahad tu memang aku nak ke KL sebab ada wedding. Maka teruslah aku ajak laki aku pergi terjah muzium ini.

Untuk pengetahuan:

Wakto Operasi: Dibuka setiap hari dari 10am - 6pm (tutup pada 3 hari pertama Aidilfitri)
Alamat: Sasana Kijang, 2 Jalan Dato' Onn Kuala Lumpur
Masuk: PERCUMA

Dia mempunyai beberapa galeri yang diletakkan di 4 aras:
Aras Bawah - Galeri Kanak-Kanak
Aras Satu - Galeri Kewangan dan Perbankan Islam
Aras Satu - Galeri Bank Negara Malaysia
Aras Satu - Galeri Ekonomi
Aras Dua - Galeri Numismatik
Aras Tiga - Galeri Seni

Boleh layari di sini:  http://www.museumbnm.gov.my/v2/welcome.html


Nak masuk ke sini, kita kena lalu dulu pengawal keselamatan yang akan check kita sama macam di airport. Scan bag semua ye. 

Serius tempat ini sangat bersih, cantik, luas dan selesa. Semua bahan yang dipamerkan sangat interaktif, kreatif dan berwarna-warni. Korang memang akan teruja nak membaca (tapi ada juga yang aku malas nak baca hhuhuhu). Yang paling menarik perhatian adalah terowong 1Juta Ringgit. Aku lupa plak nak ambil gambar terowong tu. Penuh dengan duit. Lepas lalu terowong ini, kita akan masuk ke Galeri Kanak-kanak yang sangat FUN. Anak saya 2 kali dia ulang. Ada cara nak buat duit, kerja di bank, pengiraan perbelanjaan dan lain-lain lagi. 

Mungkin juga tempat ini kurang menjadi tumpuan berbanding Pusat Sains Negara (yang sangat padat masa cuti sekolah tempoh hari), maka anak saya pun boleh enjoy dengan pameran di sini.

Parking pula, kami belasah je parking tepi-tepi jalan tu sebab memang tak ramai orang. Tapi sebenarnya disediakan parking berbayar disini. Ok, jom kita layan gambar lah. 

Bangunan Sasana Kijang ni. 

Tak boleh bawa beg masuk galeri. Cantik kan tempat simpan beg dia. Transparent!

Duit Syiling dulu-dulu - namanya Batu Yap

haaaa...ini kesah batu yap.. sila baca

Antara yang ada di Galeri Kanak-kanak

Kreatif kan?

Ni kalau nak kerja di bank

Bahan buat wang kertas

Dinding WANG !!!

Bahagian Atas pula

Semuanya berwarna-warni dan cantik







INi pun paling best. Kayuh sambil dengar cerita. Wajib cuba ye






Galeri Seni


Sebenarnya banyak lagi bahan pameran yang menarik. Untuk mengalaminya sendiri, korang kena la pergi.


Sekian.

Tuesday, 27 December 2016

An Evening In Bandaraya Kuala Lumpur

Di Malaysia sekarang, jangan ada cuti yang bersambung. Pasti akan sesak terutamanya di jalan raya. Sempena hujung tahun ini dan cuti krismas serta tahun baru jatuh pada ahad, maka Isnin adalah hari cuti. Disebabkan ia hanya berselang empat hari, ramai yang ambil cuti panjang. Dicampur pula dengan cuti sekolah. Kesannya, jalan raya di bandaraya Kuala Lumpur agak lengang dan terasa sangat ohsem. 

Kami mengambil keputusan untuk ronda-ronda di Kuala Lumpur sempena hari Krismas yang lalu. Jalan di KL memang lengang. Sehinggakan kalau tersesat dan terasa nak buat illegal u-turn pun boleh. haaaaa cenggitu sekali kesan lengangnya kan. 

Destinasinya simple-simple sahaja:

1. Masjid Negara
Memang ingin menunaikan solat zohor di sana. Parking pun senang dicari. Hahahah parking staff sebenarnya. Lama giler tak solat sini. Masih cantik dan tesergam indah seperti dulu. Selesai solat, ternampak pula Makam Pahlawan. Ehhh sebelah sini je rupanya. Disebabkan memang tak ramai orang, tanpa segan silu saya menjenguk makam pahlawan tersebut. Terdapat 7 tempat makam disediakan. 4 daripadanya telahpun mempunyai penghuni. 2 bekas Perdana Menteri dan 2 bekas Timbalan Perdana Menteri. Allahyarham Tun Abdul Razak, Tun Ghaffar Baba, Tun Dr Ismail dan Tun Hussin On. Al Fatihah kepada mereka. Di sebelah kanan Makam Pahlawan, terdapat pusara lain. Tidak terdapat papan tanda maka saya tidak pasti ianya pusara siapa. Pastinya orang kenamaan dan pembesar negara juga.


Menara Masjid Negara

Simple je hiasan dalaman masjid tapi stunning kan

Makam Pahlawan

Label posisi makam

Pusara yang berada di sebelah Makam Pahlawan..tersusun rapi

2. Dataran Merdeka
Dari Masjid Negara, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke Dataran. Ini kerana cuaca yang agak redup serta jalan yang tenang. Perjalanan lebih kurang 1km sahaja. Kami dapat melewati Bangunan Dayabumi. Masih kukuh seperti dahulu. Semasa melalui salah satu terowong ke sana, terdapat lukisan mural di dinding. Cantik dan simple sahaja. Saya juga terjumpa penutup tangki septik yang cantik sangat. Kalau berjalan ke luar negara, saya memang sukakan penutup tersebut. Terdapat pelbagai corak mengikut negara. Tak sangka Malaysia pun ada. Cantik pulak tu. Memang tak sia-sia kami menapak..hehehe. Dataran macam kami yang punya. Senang nak berposing sesuka hati. Tiada gangguan. 


Dari jauh dah nampak Menara Dayabumi

Mural di salah satu laluan terowong

Ohhh saya sukaaa..saya sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Cantik sangat
Sekitar Dataran Merdeka. Apapun fahaman mereka selepas mentadbir negara, tidak sepatutnya jasa mereka dilupakan begitu sahaja

360degree - Dataran Merdeka yang aman tenang

Tiang Bendera setinggi 95 meter mengibarkan Jalur Gemilang

3. Muzium Muzik
Bersebelahan dataran, terdapat Muzium Muzik. Saya pun baru tahu kewujudannya. Tak pasti bila kali terakhir menjejak kaki di Dataran. Apatah lagi merayau-rayau di sekitarnya. Hehehehh. Masuk adalah percuma. Kecil sahaja muzium ini. Di dalamnya memaparkan alat-alat muzik tradisional dan moden yang ada di Malaysia. Tiada pula gambar di ambil. 

4. KL City Gallery
Ini pun aku baru tau kewujudannya. Puncanya terdapat sign I <3 KL. Di sini rupanya tempat dia. Sebelahnya pejabat KL City Gallery. Nak bergambar di situ kena beratur. Moh ler beratur sementara tak ramai orang. Nak tunggu lain kali, entah zaman bila pulak kan. Jangan segan-segan nak posing ya. Sebab orang yang sedang beratur memang akan tengok kome posing. Hahahahhaha. Percuma je pun. 

kalau korang rajin, boleh masuk ke bangunan dia. Dalam tu tempat macam promosi nak pergi mana, tempat-tempat menarik di KL/Selangor. Nak beli tiket Hop On Hop Off pun di sini. Dah lama teringin naik HOHO di KL cuma tak berkesempatan. Disebabkan dah petang, malas laa nak beli HOHO nie.

Baca dulu sementara menunggu giliran bergambar

Gambar: ikhsan dari google

5. Muzium Tekstil
Muzium ini pun baru tau kewujudannya. Sederet dengan KL City Gallery tu. Disebabkan ianya percuma juga, jom la terjah. Memang dalam perjalanan balik ke Masjid Negara pun. Muzium ini memaparkan segala jenis tekstil yang popular di Malaysia. Seperti batik canting, songket, kain pua dan pelbagai lagi. Cantik susun atur dalam dia. Muzium ini dua tingkat di mana tingkat atas lagi banyak galeri kain/tekstil yang dipaparkan. Terdapat juga tayangan video bagi yang berminat.

Tekad Benang Emas

Aku suka kebaya nyonya dan mesin jahit tuuuu..nampak klasik sangat


6. Tugu Negara
Akhir sekali, jom singgah Tugu Negara. Saja nak tunjukkan askar / pejuang negara kat hero sorang ni. Budak lelaki kan suka main tembak-tembak. Kasi dia semangat sikit. Di sini agak ramai orang. Penuh dengan bas pelancong tapi masih terkawal. 
Baca sikit sejarah pejuang negara yang gugur

Yeahhhh..Ini lah Tugu Negara

Baca ini untuk senarai nama yang gugur di medan juang

7. Tea Time di RSMY House of Real Beriyani, Medan Tunku
Setelah penat, jom la mengisi perut di sini. Kasi pekena nan cheese dia. Ramai yang kata sedap. Meh cuba dulu. Kami order nan cheese dan garlic butter. Wehhhh serius sedap laa wehhhhh. Cheese dia sepenuh-penuh roti. Rotinya lembut. Tapi sayangnya, saiznya sangat la kecil berbanding nan yang aku pernah makan...Dengggg tak cukup laaa. Nak order lagi dah rasa malas plak. Lagi pun langit semakin gelap. Apapun, syukur sebab sedap. Oh yaa...Garlic butter dia pun sedap tau.

Garlic Butter Naan


Maka, tamatlah acara jalan-jalan di Kuala Lumpur kami. Lega sangat sebab cuaca aman nyaman sahaja. Asalnya takut juga hujan akan turun, tapi ianya hanya turun semasa kami dalam perjalanan pulang ke rumah. Begitu juga dengan kurangnya kenderaan di jalan raya serta makhluk lain yang semuanya pergi bercuti atau bersantai dirumah. Ia menambahkan lagi keseronokan aku berjalan-jalan di sini. Sebenarnya banyak lagi kawasan yang ingin kami lawati seperti stesen KTM, Central Market tetapi memandangkan membawa budak kecil. Banyak lah ragamnya. 

Semasa perjalanan balik, kami dapati jalan agak sesak di tempat tumpuan orang seperti shopping mall (KLCC, Pavi, Bukit Bintang). Fuuuhh nasib baik kami tak terniat nak ke sana.

Sekian, Tammat.