Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Thursday, 8 March 2018

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Haaaaa
Pernah dengar tak muzium nie? Selalu kita dengar Muzium Negara je kan. Aku memang tak pernah dengar dan tak pernah tau akan kewujudannya. Satu hari tu, ada seseorang dalam group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) post berkenaan dengan muzium ni. Aku tengok macam menarik. Ditakdirkan Ahad tu memang aku nak ke KL sebab ada wedding. Maka teruslah aku ajak laki aku pergi terjah muzium ini.

Untuk pengetahuan:

Wakto Operasi: Dibuka setiap hari dari 10am - 6pm (tutup pada 3 hari pertama Aidilfitri)
Alamat: Sasana Kijang, 2 Jalan Dato' Onn Kuala Lumpur
Masuk: PERCUMA

Dia mempunyai beberapa galeri yang diletakkan di 4 aras:
Aras Bawah - Galeri Kanak-Kanak
Aras Satu - Galeri Kewangan dan Perbankan Islam
Aras Satu - Galeri Bank Negara Malaysia
Aras Satu - Galeri Ekonomi
Aras Dua - Galeri Numismatik
Aras Tiga - Galeri Seni

Boleh layari di sini:  http://www.museumbnm.gov.my/v2/welcome.html


Nak masuk ke sini, kita kena lalu dulu pengawal keselamatan yang akan check kita sama macam di airport. Scan bag semua ye. 

Serius tempat ini sangat bersih, cantik, luas dan selesa. Semua bahan yang dipamerkan sangat interaktif, kreatif dan berwarna-warni. Korang memang akan teruja nak membaca (tapi ada juga yang aku malas nak baca hhuhuhu). Yang paling menarik perhatian adalah terowong 1Juta Ringgit. Aku lupa plak nak ambil gambar terowong tu. Penuh dengan duit. Lepas lalu terowong ini, kita akan masuk ke Galeri Kanak-kanak yang sangat FUN. Anak saya 2 kali dia ulang. Ada cara nak buat duit, kerja di bank, pengiraan perbelanjaan dan lain-lain lagi. 

Mungkin juga tempat ini kurang menjadi tumpuan berbanding Pusat Sains Negara (yang sangat padat masa cuti sekolah tempoh hari), maka anak saya pun boleh enjoy dengan pameran di sini.

Parking pula, kami belasah je parking tepi-tepi jalan tu sebab memang tak ramai orang. Tapi sebenarnya disediakan parking berbayar disini. Ok, jom kita layan gambar lah. 

Bangunan Sasana Kijang ni. 

Tak boleh bawa beg masuk galeri. Cantik kan tempat simpan beg dia. Transparent!

Duit Syiling dulu-dulu - namanya Batu Yap

haaaa...ini kesah batu yap.. sila baca

Antara yang ada di Galeri Kanak-kanak

Kreatif kan?

Ni kalau nak kerja di bank

Bahan buat wang kertas

Dinding WANG !!!

Bahagian Atas pula

Semuanya berwarna-warni dan cantik







INi pun paling best. Kayuh sambil dengar cerita. Wajib cuba ye






Galeri Seni


Sebenarnya banyak lagi bahan pameran yang menarik. Untuk mengalaminya sendiri, korang kena la pergi.


Sekian.

Wednesday, 21 June 2017

[Funweh Europe] Pengalaman Naik Saudi Arabian Airlines (Saudia)

Selepas destinasi telah ditetapkan, kini masa untuk mencari tiket kapal terbang yang murah-murah pulak. Murah tu maksudnya agak fleksible. Ikut tafsiran memasing la ye.

Elok bulan 10 ke 11 ada sales Emirates. Tapi masa tu ding dong ding dong macam-macam hal. Maka, tamat tempoh begitu saja. Emirates ke Paris cuma RM2400++ je kot. Lepas tu, bila semangat kembali membara, ada sales Saudia. Murah sikit dari Emirates. Terus je sebat sebab malas nak fikir. Tukang belinya aku lah. Seperti biasa, aku suka panik dan fikir macam-macam selepas selesai pembayaran. Denggg sangat. 

Website Saudia ni berbeza dengan Emirates. Kalau Emirates, boleh pilih-pilih seat lagi bagai. Saudia, lepas dah confirm, dah tak boleh tukar fikiran. Aku rasa sebab aku pilih seat yang free. Kalau yang kena bayar tu mungkin boleh tukar-tukar kot. Hehehe

Saudia punya mobile apps pun sangat la senang untuk guna. Macam aku beli sekali jalan 3 orang, takde plak dia mintak asing-asing mobile number. Emmm airlines mana ke yang tak boleh. Tapi sumpah senang.

Masa hari kejadian, kami pun saing-saing laa orang yang nak mengerjakan Umrah. Sampai orang lain ingat kami pun nak ke sana. Dalam hati aminkan saja. Mana tau ada rezeki nak buat umrah lagi. Kami transit di Jeddah. 

Kesimpulannya, OK je flight dia. Toilet dia siap ada bidet. Saya teruja giler. Hahaha. Makanan ok, seat pun luas. Cuma...cumaaa... flight attendant dia agak lorat sikit. Sekali tu aku minta apa ntah...sampai ke sudah tak dapat. Dah laa muka depa ketat jek. Emmmm pasrah je laa.

Dia nye entertainment channel dia tidak lah terlampau banyak tapi masih ok. Cuma dia ada subtitle arab saja. Maka tak dapat laa nak layan korea ke hindi ke sebab tak paham. Maka, kena ler tengok citer omputeh. Aku layan Moana je..sebab malas nak pikir. Masa balik tengok citer Me Before You. Denggg sangat. Sebab cerita nya best. Macam tak sangka. Dah lama tak layan citer romance2 nie.

Menunggu di Airport Jeddah memang kena banyak bersabar. Dengan kecilnya....dengan ramai orang nyaaa.... Toilet ada 5 pintu je kot..Surau pun tak proper. Emmm pasrah sekali lagi. 

Masa balik Paris-Jeddah-Kuala Lumpur, ada flight yang dah takde bidet. Lepas tu, aku dok pelik laaa kenapa tak siang-siang. Sebab dari Jeddah-Kuala Lumpur, sepatutnya tengah hari kami sampai. Rupanya tingkap dia ada macam tinted panggil apa ntah. Memang gelap je sokmo..tapi kalau pegang cermin dia memang panas. Hhihihik. Jakun sekejap.

Lepas tu, kawan aku niat nak rembat sudu saudia.. ehhhh masa MAS sediakan sudu besi dulu pun ko rembat kan..dah tua pun masih ada hobi suka merembat sudu airlines..kakakah. Tapi aku pun terjebak..3 kali makan makanya aku dapat 3 set sudu laa. Masa transit kat Jeddah, kawan aku kena tahan dan kena keluarkan pisau dia..hahah. Sibbaek aku lepas. Makanya, lengkaplah ketiga-tiga set dakuuuu...

Secara umumnya, ok je Saudia ni. Tak laa terlampau teruk. Cuma kalau transit lama sangat, cuba elakkan la naik dia. Sebab boleh mati kutu melanguk kat airport dia. Sakit kepala sebab serabut. Kalau setakat sejam dua, boleh je layan.

Nak drop luggage

Haaa tu dia katobangnya

Cantikan sudu ngan pisau dia...kakakakah

Dalam ni ada stokin, yang tutup mata tu dan ubat/berus gigi

Gelap dah langit masa nak pergi tu

Tak lama lepas tu ujan..delayed laa dalam sejam kot


Sepanjang dari Jeddah ke Paris, aku dok tengok keluar je sebab cantik sangat terutama masa lalu Banjaran Alps

Ngopi kat Airport Jeddah. Not bad rasanya
Salah satu menu..Simple je..
Terserempak dengan Zakir Naik kat Airport Jeddah

Tuesday, 27 December 2016

An Evening In Bandaraya Kuala Lumpur

Di Malaysia sekarang, jangan ada cuti yang bersambung. Pasti akan sesak terutamanya di jalan raya. Sempena hujung tahun ini dan cuti krismas serta tahun baru jatuh pada ahad, maka Isnin adalah hari cuti. Disebabkan ia hanya berselang empat hari, ramai yang ambil cuti panjang. Dicampur pula dengan cuti sekolah. Kesannya, jalan raya di bandaraya Kuala Lumpur agak lengang dan terasa sangat ohsem. 

Kami mengambil keputusan untuk ronda-ronda di Kuala Lumpur sempena hari Krismas yang lalu. Jalan di KL memang lengang. Sehinggakan kalau tersesat dan terasa nak buat illegal u-turn pun boleh. haaaaa cenggitu sekali kesan lengangnya kan. 

Destinasinya simple-simple sahaja:

1. Masjid Negara
Memang ingin menunaikan solat zohor di sana. Parking pun senang dicari. Hahahah parking staff sebenarnya. Lama giler tak solat sini. Masih cantik dan tesergam indah seperti dulu. Selesai solat, ternampak pula Makam Pahlawan. Ehhh sebelah sini je rupanya. Disebabkan memang tak ramai orang, tanpa segan silu saya menjenguk makam pahlawan tersebut. Terdapat 7 tempat makam disediakan. 4 daripadanya telahpun mempunyai penghuni. 2 bekas Perdana Menteri dan 2 bekas Timbalan Perdana Menteri. Allahyarham Tun Abdul Razak, Tun Ghaffar Baba, Tun Dr Ismail dan Tun Hussin On. Al Fatihah kepada mereka. Di sebelah kanan Makam Pahlawan, terdapat pusara lain. Tidak terdapat papan tanda maka saya tidak pasti ianya pusara siapa. Pastinya orang kenamaan dan pembesar negara juga.


Menara Masjid Negara

Simple je hiasan dalaman masjid tapi stunning kan

Makam Pahlawan

Label posisi makam

Pusara yang berada di sebelah Makam Pahlawan..tersusun rapi

2. Dataran Merdeka
Dari Masjid Negara, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke Dataran. Ini kerana cuaca yang agak redup serta jalan yang tenang. Perjalanan lebih kurang 1km sahaja. Kami dapat melewati Bangunan Dayabumi. Masih kukuh seperti dahulu. Semasa melalui salah satu terowong ke sana, terdapat lukisan mural di dinding. Cantik dan simple sahaja. Saya juga terjumpa penutup tangki septik yang cantik sangat. Kalau berjalan ke luar negara, saya memang sukakan penutup tersebut. Terdapat pelbagai corak mengikut negara. Tak sangka Malaysia pun ada. Cantik pulak tu. Memang tak sia-sia kami menapak..hehehe. Dataran macam kami yang punya. Senang nak berposing sesuka hati. Tiada gangguan. 


Dari jauh dah nampak Menara Dayabumi

Mural di salah satu laluan terowong

Ohhh saya sukaaa..saya sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Cantik sangat
Sekitar Dataran Merdeka. Apapun fahaman mereka selepas mentadbir negara, tidak sepatutnya jasa mereka dilupakan begitu sahaja

360degree - Dataran Merdeka yang aman tenang

Tiang Bendera setinggi 95 meter mengibarkan Jalur Gemilang

3. Muzium Muzik
Bersebelahan dataran, terdapat Muzium Muzik. Saya pun baru tahu kewujudannya. Tak pasti bila kali terakhir menjejak kaki di Dataran. Apatah lagi merayau-rayau di sekitarnya. Hehehehh. Masuk adalah percuma. Kecil sahaja muzium ini. Di dalamnya memaparkan alat-alat muzik tradisional dan moden yang ada di Malaysia. Tiada pula gambar di ambil. 

4. KL City Gallery
Ini pun aku baru tau kewujudannya. Puncanya terdapat sign I <3 KL. Di sini rupanya tempat dia. Sebelahnya pejabat KL City Gallery. Nak bergambar di situ kena beratur. Moh ler beratur sementara tak ramai orang. Nak tunggu lain kali, entah zaman bila pulak kan. Jangan segan-segan nak posing ya. Sebab orang yang sedang beratur memang akan tengok kome posing. Hahahahhaha. Percuma je pun. 

kalau korang rajin, boleh masuk ke bangunan dia. Dalam tu tempat macam promosi nak pergi mana, tempat-tempat menarik di KL/Selangor. Nak beli tiket Hop On Hop Off pun di sini. Dah lama teringin naik HOHO di KL cuma tak berkesempatan. Disebabkan dah petang, malas laa nak beli HOHO nie.

Baca dulu sementara menunggu giliran bergambar

Gambar: ikhsan dari google

5. Muzium Tekstil
Muzium ini pun baru tau kewujudannya. Sederet dengan KL City Gallery tu. Disebabkan ianya percuma juga, jom la terjah. Memang dalam perjalanan balik ke Masjid Negara pun. Muzium ini memaparkan segala jenis tekstil yang popular di Malaysia. Seperti batik canting, songket, kain pua dan pelbagai lagi. Cantik susun atur dalam dia. Muzium ini dua tingkat di mana tingkat atas lagi banyak galeri kain/tekstil yang dipaparkan. Terdapat juga tayangan video bagi yang berminat.

Tekad Benang Emas

Aku suka kebaya nyonya dan mesin jahit tuuuu..nampak klasik sangat


6. Tugu Negara
Akhir sekali, jom singgah Tugu Negara. Saja nak tunjukkan askar / pejuang negara kat hero sorang ni. Budak lelaki kan suka main tembak-tembak. Kasi dia semangat sikit. Di sini agak ramai orang. Penuh dengan bas pelancong tapi masih terkawal. 
Baca sikit sejarah pejuang negara yang gugur

Yeahhhh..Ini lah Tugu Negara

Baca ini untuk senarai nama yang gugur di medan juang

7. Tea Time di RSMY House of Real Beriyani, Medan Tunku
Setelah penat, jom la mengisi perut di sini. Kasi pekena nan cheese dia. Ramai yang kata sedap. Meh cuba dulu. Kami order nan cheese dan garlic butter. Wehhhh serius sedap laa wehhhhh. Cheese dia sepenuh-penuh roti. Rotinya lembut. Tapi sayangnya, saiznya sangat la kecil berbanding nan yang aku pernah makan...Dengggg tak cukup laaa. Nak order lagi dah rasa malas plak. Lagi pun langit semakin gelap. Apapun, syukur sebab sedap. Oh yaa...Garlic butter dia pun sedap tau.

Garlic Butter Naan


Maka, tamatlah acara jalan-jalan di Kuala Lumpur kami. Lega sangat sebab cuaca aman nyaman sahaja. Asalnya takut juga hujan akan turun, tapi ianya hanya turun semasa kami dalam perjalanan pulang ke rumah. Begitu juga dengan kurangnya kenderaan di jalan raya serta makhluk lain yang semuanya pergi bercuti atau bersantai dirumah. Ia menambahkan lagi keseronokan aku berjalan-jalan di sini. Sebenarnya banyak lagi kawasan yang ingin kami lawati seperti stesen KTM, Central Market tetapi memandangkan membawa budak kecil. Banyak lah ragamnya. 

Semasa perjalanan balik, kami dapati jalan agak sesak di tempat tumpuan orang seperti shopping mall (KLCC, Pavi, Bukit Bintang). Fuuuhh nasib baik kami tak terniat nak ke sana.

Sekian, Tammat.