Di Malaysia sekarang, jangan ada cuti yang bersambung. Pasti akan sesak terutamanya di jalan raya. Sempena hujung tahun ini dan cuti krismas serta tahun baru jatuh pada ahad, maka Isnin adalah hari cuti. Disebabkan ia hanya berselang empat hari, ramai yang ambil cuti panjang. Dicampur pula dengan cuti sekolah. Kesannya, jalan raya di bandaraya Kuala Lumpur agak lengang dan terasa sangat ohsem.
Kami mengambil keputusan untuk ronda-ronda di Kuala Lumpur sempena hari Krismas yang lalu. Jalan di KL memang lengang. Sehinggakan kalau tersesat dan terasa nak buat illegal u-turn pun boleh. haaaaa cenggitu sekali kesan lengangnya kan.
Destinasinya simple-simple sahaja:
1. Masjid Negara
Memang ingin menunaikan solat zohor di sana. Parking pun senang dicari. Hahahah parking staff sebenarnya. Lama giler tak solat sini. Masih cantik dan tesergam indah seperti dulu. Selesai solat, ternampak pula Makam Pahlawan. Ehhh sebelah sini je rupanya. Disebabkan memang tak ramai orang, tanpa segan silu saya menjenguk makam pahlawan tersebut. Terdapat 7 tempat makam disediakan. 4 daripadanya telahpun mempunyai penghuni. 2 bekas Perdana Menteri dan 2 bekas Timbalan Perdana Menteri. Allahyarham Tun Abdul Razak, Tun Ghaffar Baba, Tun Dr Ismail dan Tun Hussin On. Al Fatihah kepada mereka. Di sebelah kanan Makam Pahlawan, terdapat pusara lain. Tidak terdapat papan tanda maka saya tidak pasti ianya pusara siapa. Pastinya orang kenamaan dan pembesar negara juga.
Menara Masjid Negara |
Simple je hiasan dalaman masjid tapi stunning kan |
Makam Pahlawan |
Label posisi makam |
Pusara yang berada di sebelah Makam Pahlawan..tersusun rapi |
2. Dataran Merdeka
Dari Masjid Negara, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke Dataran. Ini kerana cuaca yang agak redup serta jalan yang tenang. Perjalanan lebih kurang 1km sahaja. Kami dapat melewati Bangunan Dayabumi. Masih kukuh seperti dahulu. Semasa melalui salah satu terowong ke sana, terdapat lukisan mural di dinding. Cantik dan simple sahaja. Saya juga terjumpa penutup tangki septik yang cantik sangat. Kalau berjalan ke luar negara, saya memang sukakan penutup tersebut. Terdapat pelbagai corak mengikut negara. Tak sangka Malaysia pun ada. Cantik pulak tu. Memang tak sia-sia kami menapak..hehehe. Dataran macam kami yang punya. Senang nak berposing sesuka hati. Tiada gangguan.
Dari jauh dah nampak Menara Dayabumi |
Mural di salah satu laluan terowong |
Ohhh saya sukaaa..saya sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Cantik sangat |
Sekitar Dataran Merdeka. Apapun fahaman mereka selepas mentadbir negara, tidak sepatutnya jasa mereka dilupakan begitu sahaja |
360degree - Dataran Merdeka yang aman tenang |
Tiang Bendera setinggi 95 meter mengibarkan Jalur Gemilang |
3. Muzium Muzik
Bersebelahan dataran, terdapat Muzium Muzik. Saya pun baru tahu kewujudannya. Tak pasti bila kali terakhir menjejak kaki di Dataran. Apatah lagi merayau-rayau di sekitarnya. Hehehehh. Masuk adalah percuma. Kecil sahaja muzium ini. Di dalamnya memaparkan alat-alat muzik tradisional dan moden yang ada di Malaysia. Tiada pula gambar di ambil.
4. KL City Gallery
Ini pun aku baru tau kewujudannya. Puncanya terdapat sign I <3 KL. Di sini rupanya tempat dia. Sebelahnya pejabat KL City Gallery. Nak bergambar di situ kena beratur. Moh ler beratur sementara tak ramai orang. Nak tunggu lain kali, entah zaman bila pulak kan. Jangan segan-segan nak posing ya. Sebab orang yang sedang beratur memang akan tengok kome posing. Hahahahhaha. Percuma je pun.
kalau korang rajin, boleh masuk ke bangunan dia. Dalam tu tempat macam promosi nak pergi mana, tempat-tempat menarik di KL/Selangor. Nak beli tiket Hop On Hop Off pun di sini. Dah lama teringin naik HOHO di KL cuma tak berkesempatan. Disebabkan dah petang, malas laa nak beli HOHO nie.
Baca dulu sementara menunggu giliran bergambar |
Gambar: ikhsan dari google |
5. Muzium Tekstil
Muzium ini pun baru tau kewujudannya. Sederet dengan KL City Gallery tu. Disebabkan ianya percuma juga, jom la terjah. Memang dalam perjalanan balik ke Masjid Negara pun. Muzium ini memaparkan segala jenis tekstil yang popular di Malaysia. Seperti batik canting, songket, kain pua dan pelbagai lagi. Cantik susun atur dalam dia. Muzium ini dua tingkat di mana tingkat atas lagi banyak galeri kain/tekstil yang dipaparkan. Terdapat juga tayangan video bagi yang berminat.
Tekad Benang Emas |
Aku suka kebaya nyonya dan mesin jahit tuuuu..nampak klasik sangat |
6. Tugu Negara
Akhir sekali, jom singgah Tugu Negara. Saja nak tunjukkan askar / pejuang negara kat hero sorang ni. Budak lelaki kan suka main tembak-tembak. Kasi dia semangat sikit. Di sini agak ramai orang. Penuh dengan bas pelancong tapi masih terkawal.
Baca sikit sejarah pejuang negara yang gugur |
Yeahhhh..Ini lah Tugu Negara |
Baca ini untuk senarai nama yang gugur di medan juang |
7. Tea Time di RSMY House of Real Beriyani, Medan Tunku
Setelah penat, jom la mengisi perut di sini. Kasi pekena nan cheese dia. Ramai yang kata sedap. Meh cuba dulu. Kami order nan cheese dan garlic butter. Wehhhh serius sedap laa wehhhhh. Cheese dia sepenuh-penuh roti. Rotinya lembut. Tapi sayangnya, saiznya sangat la kecil berbanding nan yang aku pernah makan...Dengggg tak cukup laaa. Nak order lagi dah rasa malas plak. Lagi pun langit semakin gelap. Apapun, syukur sebab sedap. Oh yaa...Garlic butter dia pun sedap tau.
Garlic Butter Naan |
Maka, tamatlah acara jalan-jalan di Kuala Lumpur kami. Lega sangat sebab cuaca aman nyaman sahaja. Asalnya takut juga hujan akan turun, tapi ianya hanya turun semasa kami dalam perjalanan pulang ke rumah. Begitu juga dengan kurangnya kenderaan di jalan raya serta makhluk lain yang semuanya pergi bercuti atau bersantai dirumah. Ia menambahkan lagi keseronokan aku berjalan-jalan di sini. Sebenarnya banyak lagi kawasan yang ingin kami lawati seperti stesen KTM, Central Market tetapi memandangkan membawa budak kecil. Banyak lah ragamnya.
Semasa perjalanan balik, kami dapati jalan agak sesak di tempat tumpuan orang seperti shopping mall (KLCC, Pavi, Bukit Bintang). Fuuuhh nasib baik kami tak terniat nak ke sana.
Sekian, Tammat.
No comments:
Post a Comment