Showing posts with label Jeddah. Show all posts
Showing posts with label Jeddah. Show all posts

Tuesday, 12 March 2019

[North Africa & Andalusia] Saudi Airlines 2019

Dulu kan aku pernah cerita pengalaman naik Saudia tahun 2017 ke Paris.
Boleh baca kat sini 

Kali ni kami lebih yakin nak naik Saudia. hahaha
bukan la sebab apa. sebab offer dia je yang murah masa tu. 
mana yang murah kita mesti pilih.

Destinasi kali ini adalah ke Casablanca, Morocco.
yeeeehuuuuu. Masa pergi tu, kami singgah dulu Madinah dalam sejam. Tak keluarpun dari kapal. lepas tu baru pergi Jeddah untuk transit 3 jam. 
Masa balik tu, singgah Jeddah je dan terus ke KL.

Oh yeee. Kali pertama jugak aku try solat kat ruang belakang kapal. Best plak dapat solat berdiri. Selalu solat di tempat duduk je. Ruang solat dia boleh muat dalam 3-4 orang jugak.

Apa yang bezanya naik Saudia kali ni dengan dulu?
1. Ada FREE wifi
yesssssssssssss
serius ada free wifi. tapi basic je laaa. tak leh hantor gambar, tengok gambar ke apa
jadi la  kan. boleh laa berwhatapps ringan2 kalau ada orang nak layan.hahaha
Ada yang berbayar jugak. Tapi tak perlu laa untuk aku. baik aku tido je atau layan movie.
Boleh start guna bila 

2. Tingkap dia auto / boleh tekan-tekan nak setkan gelap dia
Ok. ini serius jakuness. Tingkap dia dah xde yang tarik-tarik untuk bukak tutup. Dia main button je. So korang boleh setkan tahap kegelapan yang korang nak. Ada 4 level kot. hehehe

3. Makanan
Macam biasa..best. Sedap!

Tu je laa yang terkini kot pasal Saudia.
Yang lain tu biasa je laaa. Ramai orang pi Umrah masa pergi dan balik tu. Kena bersabar je laa dengan tetamu Allah nie. 

Di airport Jeddah pun tiada perubahan. Sama je dengan 2 tahun lepas. 

Sekian. 
Tetap suka nak amik gambar kapal




Antara makanan yang dihidangkan



Ni Jeddah nie


Ni niat nak tayang lanbang wifi..kakah




Kabus tebal masa sampai Casablanca


On the way balik. Casablanca lagi ni


Tak pasti petang ke pagi. 

Layan cerita yang ada subtitle english je. malas nak pakai earphone


Friday, 8 March 2019

[North Africa & Andalusia] The Beautiful Colors of Morocco

Pejam celik pejam celik
Berjaya juga trip ke Morocco.
Ada yang tak biasa dengo Morocco. Magribi lagi laaaa
Ada yang ingat Sahara Desert je. Depa ingat panas terik.
Macam-macam laa korang ni. Cuba laa google dan baca dulu dari teka bukan-bukan. hihihik.

Apapun. Alhamdulillah. Semuanya selamat dan berjalan seperti dirancang.
Rasanya ini trip yang paling stress memikirkan perjalanannya.
Dengan membawa kawan yang tak diketahui sangat ciri-cirinya.
Maka, hanya mampu berdoa semoga dipermudahkan.

Kesimpulannya, trip kali ini adalah:
KUL-JEDDAH-CASABLANCA-FEZ-MEKNES-CHEFCHAOUEN-TANGIER-ALGERICAS-RONDA-GRANADA-CORDOBA-SEVILLA-FEZ-MERZOUGA-OUARZAZATE-MARRAKECH-CASABLANCA-KUL

Oh yaa... kami selit skit Spain belah Andalusia. Dah dekat seberang laut je kan. hihihik.

Ok laa..tayang gambar sikit dulu. Kalau rajin buat cerita sikit nanti.


Fez


Chouara Tannery Fez

Volubilis Meknes

Colorful Carpet

Chefchaouen

Tarifa - Spain

Ronda

Al-Hambra

Patio of Lion - Nasrid Palace


Alhambra view from Albaicin

Flamenco Dance

Cordoba Mosque

Sevilla

Sahara Desert Tour

Waiting for sunrise


Todgha Gorge

Ait Ben Haddou

Mount Atlas

Marrakech

Wednesday, 21 June 2017

[Funweh Europe] Pengalaman Naik Saudi Arabian Airlines (Saudia)

Selepas destinasi telah ditetapkan, kini masa untuk mencari tiket kapal terbang yang murah-murah pulak. Murah tu maksudnya agak fleksible. Ikut tafsiran memasing la ye.

Elok bulan 10 ke 11 ada sales Emirates. Tapi masa tu ding dong ding dong macam-macam hal. Maka, tamat tempoh begitu saja. Emirates ke Paris cuma RM2400++ je kot. Lepas tu, bila semangat kembali membara, ada sales Saudia. Murah sikit dari Emirates. Terus je sebat sebab malas nak fikir. Tukang belinya aku lah. Seperti biasa, aku suka panik dan fikir macam-macam selepas selesai pembayaran. Denggg sangat. 

Website Saudia ni berbeza dengan Emirates. Kalau Emirates, boleh pilih-pilih seat lagi bagai. Saudia, lepas dah confirm, dah tak boleh tukar fikiran. Aku rasa sebab aku pilih seat yang free. Kalau yang kena bayar tu mungkin boleh tukar-tukar kot. Hehehe

Saudia punya mobile apps pun sangat la senang untuk guna. Macam aku beli sekali jalan 3 orang, takde plak dia mintak asing-asing mobile number. Emmm airlines mana ke yang tak boleh. Tapi sumpah senang.

Masa hari kejadian, kami pun saing-saing laa orang yang nak mengerjakan Umrah. Sampai orang lain ingat kami pun nak ke sana. Dalam hati aminkan saja. Mana tau ada rezeki nak buat umrah lagi. Kami transit di Jeddah. 

Kesimpulannya, OK je flight dia. Toilet dia siap ada bidet. Saya teruja giler. Hahaha. Makanan ok, seat pun luas. Cuma...cumaaa... flight attendant dia agak lorat sikit. Sekali tu aku minta apa ntah...sampai ke sudah tak dapat. Dah laa muka depa ketat jek. Emmmm pasrah je laa.

Dia nye entertainment channel dia tidak lah terlampau banyak tapi masih ok. Cuma dia ada subtitle arab saja. Maka tak dapat laa nak layan korea ke hindi ke sebab tak paham. Maka, kena ler tengok citer omputeh. Aku layan Moana je..sebab malas nak pikir. Masa balik tengok citer Me Before You. Denggg sangat. Sebab cerita nya best. Macam tak sangka. Dah lama tak layan citer romance2 nie.

Menunggu di Airport Jeddah memang kena banyak bersabar. Dengan kecilnya....dengan ramai orang nyaaa.... Toilet ada 5 pintu je kot..Surau pun tak proper. Emmm pasrah sekali lagi. 

Masa balik Paris-Jeddah-Kuala Lumpur, ada flight yang dah takde bidet. Lepas tu, aku dok pelik laaa kenapa tak siang-siang. Sebab dari Jeddah-Kuala Lumpur, sepatutnya tengah hari kami sampai. Rupanya tingkap dia ada macam tinted panggil apa ntah. Memang gelap je sokmo..tapi kalau pegang cermin dia memang panas. Hhihihik. Jakun sekejap.

Lepas tu, kawan aku niat nak rembat sudu saudia.. ehhhh masa MAS sediakan sudu besi dulu pun ko rembat kan..dah tua pun masih ada hobi suka merembat sudu airlines..kakakah. Tapi aku pun terjebak..3 kali makan makanya aku dapat 3 set sudu laa. Masa transit kat Jeddah, kawan aku kena tahan dan kena keluarkan pisau dia..hahah. Sibbaek aku lepas. Makanya, lengkaplah ketiga-tiga set dakuuuu...

Secara umumnya, ok je Saudia ni. Tak laa terlampau teruk. Cuma kalau transit lama sangat, cuba elakkan la naik dia. Sebab boleh mati kutu melanguk kat airport dia. Sakit kepala sebab serabut. Kalau setakat sejam dua, boleh je layan.

Nak drop luggage

Haaa tu dia katobangnya

Cantikan sudu ngan pisau dia...kakakakah

Dalam ni ada stokin, yang tutup mata tu dan ubat/berus gigi

Gelap dah langit masa nak pergi tu

Tak lama lepas tu ujan..delayed laa dalam sejam kot


Sepanjang dari Jeddah ke Paris, aku dok tengok keluar je sebab cantik sangat terutama masa lalu Banjaran Alps

Ngopi kat Airport Jeddah. Not bad rasanya
Salah satu menu..Simple je..
Terserempak dengan Zakir Naik kat Airport Jeddah