Showing posts with label Europe. Show all posts
Showing posts with label Europe. Show all posts

Monday, 21 October 2019

[North Africa & Andalusia] RyanAir dan AeroPort Fes Saiss

Perjalanan dari Sevilla ke Fez kami adalah menerusi udara. 
Masa tu ada promo Ryanair. Bukan Rayani ye. Rayani tu hampeh. Aku claim refund sampai laaa ni tak dapat-dapat.. ehhh melalut sudah aku. Geram pulak kalau teringat kes Rayani ni walaupun aku dah redhooooooo (redho ke kalau masih marah-marah. hihik)

Haa.. Ryanair ada promo. Mengelupur tengah-tengah malam aku book tiket flight. Lega bila sukses. Kami ambil pakej 2 cabin bags seorang. So dapatlah 55euro untuk 5 orang. Hoi mana nak dapat harga cenggitu weh naik katobang. Naik ferry hari tu pun dari Tangier ke Tarifa kena 4kali ganda kot. Dapat jimat masa lagi. Sebenarnya kami memang berniat nak naik flight untuk ke Spain haritu. Cuma tak banyak flight yang turun ke Sevilla. Dia banyak turun ke Madrid / Portugal. So tak kena timing dia dengan time kami. Tapi ok laa..dapat merasa naik ferry dan juga flight. Kami semua OK je. 

Walaupun dah book ryanair, hati tetap gentar sebab banyak cerita-cerita buruk pasal dia. Berdoa je dalam hati semoga dipermudahkan lah urusan kami. Sebenarnya ok je Ryanair ni. Rezeki kami kot. semuanya lancar dari mula kami masuk airport sampai laa keluar airport. Lega. Cuma biasa laa. Bila sampai airport suka kalut-kalut tak tentu hala. Urusan immigration dia laa strict sikit di Sevilla. Abis semua dia scan dan kena susun/pack barang elok2 ikut peraturan dia. Masalah bahasa lagi. Hadap je laaa. 

Lagi satu, kerusi dia super nipis aku rasa. hahaha. Nasib baik la sekejap je dari Sevilla ke Fez tu. Kalau tak, mau menipis jugak punggung aku ni haaa. Dari segi ruang kaki dia, rasanya terkawal. Tidak terlalu sempit. Tapi secara ringkasnya, perjalanan kami lancar laa. Tiada delay atau perkara yang tidak diingin berlaku.

Bila tiba di Fez, WOWWWW. Cun giler kot airport dia. Kalah Casablanca airport. Supir kami kata airport ni dikira baru. Tapi memang cantik pun design dia, interior dia. Terpesona aku tengok. 


Ini pun aku nak amik gambo. hehe

Kerusi dia sangat ramping dan kurus. Kalau lama duduk, mau nipis punggung 
Syok tengok luar. dari benua eropah menerjah ke benua afrika



haaa. dah sampai afrika

Hello Fez.. again

Aeroport Fes Saiss

Lawoooo giler kot airport Fes ni. Baru katanyaa


dan lagiiii.

Tuesday, 8 October 2019

[North Africa & Andalusia] Warna Warni Andalusia

Holaaa....

Bersambung cerita Andalusia nie.
Macam yang aku tulis sebelum ini, highlight aku di Spain ini adalah flamenco. Ini tak bermakna Al-Hambra tidak penting ye. Tidak lah bermakna jika korang pergi ke Andalusia jika tidak melawat Al Hambra dan Masjid Cordoba. Kira rugi besau tauuuuuu. 

Sebab apa? Sebab ia adalah sejarah kegemilangan Islam berada di sini.

Ok. Saya nak tulis pasal sejarah sangat pun tak berapa pandai. Lagipun dah ramai yang tulis berkenaan dengan Alhambra dan Masjid Cordoba ni. Hihik. aku tulis ringkas2 je laaa

1. Istana Alhambra - Granada
Kami beli tiket siap-siap dari malaysia. Korang jangan buat perangai nak beli kat sana. Kalau abis tiket, sesia je korang pi Spain. hahahhaa. Kalau tengok kat website dia http://www.alhambra-granada-tickets.com/, ada macam-macam pakej.   Maka sila pilih ikut kesesuaian dan poket masing-masing laa. Ada yang murah ada yang mahal. Masa paling sesuai beli tiket adalah sekurang-kurangnya sebulan sebelum pergi. Macam kami haritu dah banyak tiket yang sold-out terutama lawatan waktu malam punya. Paling penting lawatan ke nasrid palace tu. Sebab kena ikut timing dia. Yang ini kena patuhi ye. Jangan lambat datang pula.

Kami agak kesedihan laaa. Ujan pada hari kejadian. Makanya, gambar agak suram. Tapi tidak lah mematikan semangat kami untuk melihat sendiri keindahan AlHambra ini. 

Sebenarnya kalau korang masuk nasrid palace tu, subhanallah cantik dan halus sangat binaan dia. Kagum aku tengok. Terfikir macam mana laa depa buat mende ni dulu-dulu. Berseni sangat. Di kawasan nasrid ni, kita tak boleh sentuh dinding tu, bawak bagpack pun sentiasa ada pengawal yang ingatkan jangan terkena dinding dan segala. Kena extra careful ye.

Datang Alhambra ni kami naik kereta. Mahal jugak parking dia. 10eu. huhuhu. 

Alhambra dari Generalife

La Ghalib illa Allah (Tiada kemenangan/penguasaan selain Allah)

Ujan... kesuraman je
Sejarah singa yang unik
2. Istana Alhambra - Albayzin
Kami berjalan kaki je dari guesthouse ke Albayzin nie dengan berpandu kan waze / map. Nasib baik petang tu cuaca macam cerah walaupun langit nampak gelap. Alhamdulillah sempat jugak kami sampai sebelum sunset. Aku memang suka berjalan kaki kalau travel ni. dapat jumpa macam-macam sepanjang jalan tu.

Comei je rumah / kedai depa nie.

Kalau tempat bersejarah / penting ada signboard rupa nie. Nak baca memang tak pafam la..hihik

Merenung Alhambra dari Albayzin
Cafe pun macam tak berapa meriah. Mungkin sebab winter dan dah nak malam

Sun set

Sekitar Albayzin 

Lalu pekan masa nak balik tu. Meriah sikit kat sini
3. Masjid Cordoba
Yang ini kami main terjah je. Sebab ntah kenapa tak beli awal-awal. Nasib baik laa mudah juga nak dapat tiket dia. Harga cuma 10eu. Lega sangat cuaca di Cordoba sangat terang setelah semalam dilanda ujan je di Granada. Lawatan ke masjid ini syahdu sikit laa. Sebab dulu ianya masjid. Lepas runtuhnya kerajaan Islam di Sepanyol, ia ditukar kepada gereja dan ia masih aktif sehingga sekarang. Tapi hanya satu sudut je laaa. Yang lain menjadi muzium / tempat lawatan la. Ini berbeza dengan Aya Sofea di Turki yang bermula dengan gereja dan ditukar menjadi masjis sebelum menjadi muzium.

Rupanya yang seiras masjid nabawi. Memang terbayang masjid nabawi laa sepanjang masa. Hanya ada 2 seksyen yang dikekalkan. Iaitu mihrab yang asal. Cantik sangat ukirannya.


Yeah dapat tiket masuk dah

Menara masjid dari kejauhan
Penuh dengan menda2 macam ni laa keliling dalam masjid ni

mihrab asal masjid 

Sebijik masjid Nabawi kan

Pintu luar masjid

Sekitar luar masjid

Tetiba lalu pulak perarakan ni. tak tau apa mendanya
Perarakan tadi

Comei HOHO dia. Sesuai la dengan jalan depa yang comei tu..huhu

Roman Bridge

Sekitar mosque. Suka tengok deco depa
4. Sevilla
Apa yang menarik di Sevilla? Disebabkan kami sekejapan je di sini, tak banyak tempat pun kami explore. Malam tu jalan-jalan kejap. Pastu esoknya kami sambung semula jalan-jalan. Ni memang jalan-jalan kaki je semua. heheh. Petang tu dah ke airport sebab nak kembali ke Fez. Antara yang sempat kami jeling adalah:

La Giralda
i. "The Giralda is the bell tower of Seville Cathedral in Seville, Spain. It was built as the minaret for the Great Mosque of Seville in al-Andalus, Moorish Spain, during the reign of the Almohad dynasty, with a Renaissance-style top added by the Catholics after the expulsion of the Muslims from the area" - wiki

ii. Puente de Isabel II
"The Puente de Isabel II, Puente de Triana or Triana Bridge, is a metal arch bridge in Seville, Spain, that connects the Triana neighbourhood with the centre of the city. It crosses the Canal de Alfonso XIII, one of the arms of the River Guadalquivir that isolate Triana as an almost-island.

It was built during the reign of Isabella II of Spain and completed in 1852 as the first solid bridge in Seville, replacing an earlier floating bridge consisting of boats (a pontoon bridge). First built by the Moors in the 12th century, the pontoon bridge managed to exist for seven centuries due to later repairs" - wiki

iii. Torre del Oro
"The Torre del Oro is a dodecagonal military watchtower in Seville, southern Spain. It was erected by the Almohad Caliphate in order to control access to Seville via the Guadalquivir river. Constructed in the first third of the 13th century, the tower served as a prison during the Middle Ages" - wiki

Sebenarnya malam tu banyak jugak menda yang ada. Cuma sejuk sangat. Aku malas dah nak amik gambo. Masa datang tu, abam teksi tu dah ceritakan apa nama-nama bangunan tu semua. Cepat sangat aku mengdelete info tersebut. hihihik. Sevilla ni menurut kata tuan rumah kami, bandar mati. Malam dia tak banyak aktiviti. Weekend pula banyak yang tutup. Patut kami jalan malam tu dan esok pagi nye aman damai jek. Tapi ada laa bar / cafe yang ramai orang, cuma tidak laa menakutkan.

On the way ke Sevilla
Hello Ferdinand!
Hantar kereta kat sini

Jalan-jalan sekitar pekan Sevilla

La Giralda

Puente de Isabel II

Monumen / arca di sepanjang Arenal

Pemandangan dari atas jambatan de Isabel II tadi

Lepas tu lepak minum kat tepi jalan. Churros kat sini ala-ala jek

Tak pasti apa ni

Torre del Oro

ni pun ntah apa.. spring dah nak mulaaaaa

Monday, 23 September 2019

[North Africa & Andalusia] Highlight di Granada

Kalau sebut Andalusia, pasti kita akan terkenangkan sejarah gemilang Islam yang lampau. Dan kalau sebut Granada, terus terbayang Al-Hambra. Istana Merah yang tersergam indah di atas bukit. Semua orang tau kehebatan dan keindahan buatan Al-Hambra. Maka, saya tak mau la cerita lagi. hihik. Sebab ia memang sangat memukau. Ternganga-nganga aku masa lawatan kat sana. Macam tak dijangkau dek akal akan kehebatan umat Islam dahulu. 

Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah salah satu perkara yang saya memang looking forward bila dah buat keputusan akan ke Sepanyol. Cuba teka apa dia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
FLAMENCO DANCE
.
Flamenco dance (baile) is a highly-expressive, Spanish dance form. The flamenco is a solo dance characterized by hand clapping, percussive footwork, and intricate hand, arm, and body movements. The dance is usually accompanied by a singer and guitar player.
.
Iye.. ini memang aku punya bucket list. Nasib kami baik sebab datang Spain masa low season. Booking tengah hari, pergi malamnya dengan harga yang mampu milik. Berapa? EU26 sorang. Yang penting, dia buat show dalam cave (rasanya cave buatan nak kasi feeel dia sama dengan yang asal) dan lokasi walking distance je dengan apartment kami. Kami tengok di El Templo Del Flamenco, Granada. Show dia sekitar sejam. Pakej tadi tu termasuk laa dengan welcome drink dan jajan. Jom tengok gambar. Aku ni tak reti nak upload video. Tak pernah berjaya. korang pi cari laa kat google, bersepah kot ada..hehe

Pintu masuk ikut dapur..haha sebab kami ikut waze bawak ikut jalan belakang

Lampu pun aku amik gambar..hihik


welcome drink dan jajan

Dia dah nak mula


Masa ni minah ni dah start meroyan


Mamat ni nampak cam selenge tapi bila dia bukak langkah, menganga aku


clap..clap..dah nak abisss...

Kesimpulannya, memang enjoy laa tengok tarian ni. Aku dah saspen je kalau dia ajak naik menari sama. hahahha. Ye laa..sebab penonton tak ramai sangat. Dan ketara laa hanya kami berempat yang bertudung.

So, korang kalau datang Spain / Granada jangan lupa masukkan Flamenco ni dalam list korang. Rugi tau kalau miss menda nie. Mana nak dapat feel dia tengok di negara asal dia kan. Sama macam korang pergi Turki tapi tak tengok Sufi Dance, atau Bali dengan Kechak Dance..gitttteww kekdahnyee.