Tuesday, 1 October 2019

Travel Insurance

Siapa yang biasa pergi travel (tak kisah sebab kerja ataupun berjalan), mesti biasa ambil travel insurance kan. Tapi ada juga yang kedek (read: kedekut) tak mau amik insurans. Tu yang bila jadi sesuatu, baru nak riuh sana sini kan.

Ok. Tapi aku bukan nak cerita tentang kebaikan travel insurance ni. Part ni korang pi la google kat mana-mana. Banyak je orang tulis hal ini.

Yang aku nak kongsikan kat sini, baru je berlaku kat aku. So kira aku jakun ala peghak laa..hahah. mungkin korang dah lama tahu kot.

Alkisah.
Aku baru je balik dari Jeju. Masa kat sana, ramalan kata akan berlaku taufan lingling. Malam kejadian, kami menerima notification daripada AirAsia tentang flight delay. Sepatutnya pukul 3.30 pm tunda ke pukul 7pm. Disebabkan menda ni memang dah expected, tak de la kami meroyan ke apa. Pasrah je gitu.

Dan...kami pun selamat laa sampai ke tanah air.

Tiba-tiba.
3 hari selepas aku sampai ke tanah air, aku perasan ada duit masuk ke dalam akaun aku (sikit je la tapi.. hihik. Tapi masih duit ok). Aik..ni apa plak ni tetiba duit masuk. Dia tulis XXXX XXX General Takaf XXXX. Aku terus syak takaful nie. Dia tau ke flight aku delay? Delay aku sekejapan je pun, layak ke dapat? haaa macam-macam persoalan dalam kepala. Tapi memandangkan aku bz, aku tak buat apa-apa tindakan pun.

Baru-baru ni, ada kelapangan, aku pun call la bank. Tanya berkenaan dengan perkara tu. Dia pun sahkan memang tu travel insurance punya claim sebab fight delay. Masya-Allah. Kagum giler aku. hahahhahahha. Suka aku kalau sistem semua integrated macam ni. Tak payah aku susah-susah nak submit sana sini nak claim. Syukur sangat.

Tapi. Kawan aku still tak dapat. Tak tau apa masalahnya. Sebab kami beli insuran yang sama. Aku syak mungkin depa tak isi detail masa beli tu. Aku memang masukkan flight no segala masa nak beli tu. So, aku dah suruh depa call insuran tu untuk kepastian.

Tu je laa aku nak cerita. hahahaha
Nampak tak keterujaan aku pasal sistem dah integrated nie. Aku memang suka semua mende online dan integrated. memudahkan semua orang. nak-nak melibatkan flight. Sebab semua orang tau flight tu delay. So memang sepatutnya la dia terus je bank-in tanpa perlu nak submit borang-borang mengarut nie kan. Sepatutnya refund pun boleh implement menda yang sama (T&C la ye).

Sekian.

No comments:

Post a Comment