Wednesday, 23 October 2019

[North Africa & Andalusia] Chefchaouen Morocco

Chefchaouen Morocco
"Chefchaouen, or Chaouen, is a city in the Rif Mountains of northwest Morocco. It’s known for the striking, blue-washed buildings of its old town. Leather and weaving workshops line its steep cobbled lanes. In the shady main square of Place Outa el Hammam is the red-walled Kasbah, a 15th-century fortress and dungeon, and Chefchouen Ethnographic Museum. The octagonal minaret of the Great Mosque rises nearby." - wikipedia

Kenapa dia biru?
"There are several theories as to why the walls were painted blue. One popular theory is that the blue keeps mosquitos away, another is that Jews introduced the blue when they took refuge from Hitler in the 1930s. The blue is said to symbolize the sky and heaven, and serve as a reminder to lead a spiritual life." - wikipedia

Masa buat perancangan ni, semua semangat nak terjah Chefchaouen ni. Konon instaworthy laa bagai.. hihi. Memandangkan kami memang nak menuju ke Tangier, maka marilah kita singgah sebentar. 

Hari tersebut agak suram. Mendung-renyai-mendung je sepanjang dalam bas. Dari Fez ke Chef makan masa dalam 4 jam. Kami naik bas CTM, dikatakan bas paling reliable. Tapi memang tu je yang ada. Kalau naik kereta sewa, mahal nak mampos. Maka, pasrah je laa naik bas. Sorang kena 75MAD. Kami naik bas yang pertama tau. Dia singgah sekali je untuk rehat. Dapatlah mengopi dan makan sekejapan. 

Setibanya di Chef tu, kami terus ambil petite taxi menuju ke sana. Bayar dalam 15-20MAD. Kena pandai tawar menawar di sini. Itu pentingnya buat kajian sebelum pergi. So kalau kita dah tau berapa rate dia, dapatlah kita elakkan dari kena tipu. Sebab kat sini x pakai meter. 

Kami sampai sekitar pukul 12 tengah hari. Dah sampai bus station dia, kami terus beli tiket untuk ke Tangier. Masa ni macam pening nak decide, sebab tak mau sampai lambat. Maka, terpaksa korbankan lawatan di sini. Kami ambil bas pukul 3.30pm. Apaaa???? Sekejap sangat singgah kat Chef niee..adudududuh..kesedihan.

Apa yang menarik di Chef selain warna biru? Pada pendapatan aku, sini syurga shopping. Hahahaha. Serius weh. Banyak mende murah di sini berbanding kat tempat lain. Dan banyak sangat pilihan. Tapi hati-hati cikkiah. Kita nak ke Spain lepas ni. Jangan terlebih muatan ye. hihihik. Aku tak beli apapun sangat. Cuma beli souvenir je. Mostly aku beli kat sini laaa sebab memang murah.

Sempat laaa solat zohor kat masjid sini, sebab tak lama lepas tu azan. Aku decide malas nak jalan jauh-jauh sebab faktor masa. So, aku pusing-pusing area yang berdekatan je. Dengan cuaca yang agak-agak suram, terbantut laa aku nak berposing sakan. Hahahaha. Pasrah je la kan.


bus station depa canggih jugak kan.

haaa..dah nampak pemandangan biru kota Chef. hehe

Bus station di Chef. Operasi mencari tix ke Tangier

Pilihan yang ada mengikut masa pilihan kami - Nejme

Ni tempat simpan luggage. Berapa sen ntah..korang boleh ke baca apa dia tulis tu?

Semua mende pun biru

Pokok pun ko cat biru kan

Biru

Labu ni beso sebenarnyaaa

dan biruuuu

Painting ni ok jugak

NI kira macam dataran pekan nie

Ini balai polis dan public toilet sebenarnya
Ehhh tersesat pulak warna hijau kat sini. 


Kami pilih bas Nejme Chamal ni untuk ke Tangier. Terpaksa laa sebab beza time dia ngan CTM agak jauh jugak. Sekali... menyesal naik bas ni. Patutnya dari Chef ke Tangier dalam 2-3 jam gitu je. Bas Nejme ni dah macam bas henti-henti bukannya express. Semua tempat dia singgah nak amik orang. Siap jerit-jerit ajak orang naik. Stressssss. Sampai jadi 4-5 jam nak sampai ke Tangier tu. Sampai sana dah gelap dan renyai-renyai. 

Nejme Chamal - Bas Chef - Tangier

Buruksss skit bas Nejme ni


Hello Tangier!

No comments:

Post a Comment