Perjalanan dari Sevilla ke Fez kami adalah menerusi udara.
Masa tu ada promo Ryanair. Bukan Rayani ye. Rayani tu hampeh. Aku claim refund sampai laaa ni tak dapat-dapat.. ehhh melalut sudah aku. Geram pulak kalau teringat kes Rayani ni walaupun aku dah redhooooooo (redho ke kalau masih marah-marah. hihik)
Haa.. Ryanair ada promo. Mengelupur tengah-tengah malam aku book tiket flight. Lega bila sukses. Kami ambil pakej 2 cabin bags seorang. So dapatlah 55euro untuk 5 orang. Hoi mana nak dapat harga cenggitu weh naik katobang. Naik ferry hari tu pun dari Tangier ke Tarifa kena 4kali ganda kot. Dapat jimat masa lagi. Sebenarnya kami memang berniat nak naik flight untuk ke Spain haritu. Cuma tak banyak flight yang turun ke Sevilla. Dia banyak turun ke Madrid / Portugal. So tak kena timing dia dengan time kami. Tapi ok laa..dapat merasa naik ferry dan juga flight. Kami semua OK je.
Walaupun dah book ryanair, hati tetap gentar sebab banyak cerita-cerita buruk pasal dia. Berdoa je dalam hati semoga dipermudahkan lah urusan kami. Sebenarnya ok je Ryanair ni. Rezeki kami kot. semuanya lancar dari mula kami masuk airport sampai laa keluar airport. Lega. Cuma biasa laa. Bila sampai airport suka kalut-kalut tak tentu hala. Urusan immigration dia laa strict sikit di Sevilla. Abis semua dia scan dan kena susun/pack barang elok2 ikut peraturan dia. Masalah bahasa lagi. Hadap je laaa.
Lagi satu, kerusi dia super nipis aku rasa. hahaha. Nasib baik la sekejap je dari Sevilla ke Fez tu. Kalau tak, mau menipis jugak punggung aku ni haaa. Dari segi ruang kaki dia, rasanya terkawal. Tidak terlalu sempit. Tapi secara ringkasnya, perjalanan kami lancar laa. Tiada delay atau perkara yang tidak diingin berlaku.
Bila tiba di Fez, WOWWWW. Cun giler kot airport dia. Kalah Casablanca airport. Supir kami kata airport ni dikira baru. Tapi memang cantik pun design dia, interior dia. Terpesona aku tengok.
|
Ini pun aku nak amik gambo. hehe |
|
Kerusi dia sangat ramping dan kurus. Kalau lama duduk, mau nipis punggung |
|
Syok tengok luar. dari benua eropah menerjah ke benua afrika |
|
haaa. dah sampai afrika |
|
Hello Fez.. again |
|
Aeroport Fes Saiss |
|
Lawoooo giler kot airport Fes ni. Baru katanyaa |
|
dan lagiiii. |
No comments:
Post a Comment