Holaaa....
Bersambung cerita Andalusia nie.
Macam yang aku tulis sebelum ini, highlight aku di Spain ini adalah flamenco. Ini tak bermakna Al-Hambra tidak penting ye. Tidak lah bermakna jika korang pergi ke Andalusia jika tidak melawat Al Hambra dan Masjid Cordoba. Kira rugi besau tauuuuuu.
Sebab apa? Sebab ia adalah sejarah kegemilangan Islam berada di sini.
Ok. Saya nak tulis pasal sejarah sangat pun tak berapa pandai. Lagipun dah ramai yang tulis berkenaan dengan Alhambra dan Masjid Cordoba ni. Hihik. aku tulis ringkas2 je laaa
1. Istana Alhambra - Granada
Kami beli tiket siap-siap dari malaysia. Korang jangan buat perangai nak beli kat sana. Kalau abis tiket, sesia je korang pi Spain. hahahhaa. Kalau tengok kat website dia
http://www.alhambra-granada-tickets.com/, ada macam-macam pakej. Maka sila pilih ikut kesesuaian dan poket masing-masing laa. Ada yang murah ada yang mahal. Masa paling sesuai beli tiket adalah sekurang-kurangnya sebulan sebelum pergi. Macam kami haritu dah banyak tiket yang sold-out terutama lawatan waktu malam punya. Paling penting lawatan ke nasrid palace tu. Sebab kena ikut timing dia. Yang ini kena patuhi ye. Jangan lambat datang pula.
Kami agak kesedihan laaa. Ujan pada hari kejadian. Makanya, gambar agak suram. Tapi tidak lah mematikan semangat kami untuk melihat sendiri keindahan AlHambra ini.
Sebenarnya kalau korang masuk nasrid palace tu, subhanallah cantik dan halus sangat binaan dia. Kagum aku tengok. Terfikir macam mana laa depa buat mende ni dulu-dulu. Berseni sangat. Di kawasan nasrid ni, kita tak boleh sentuh dinding tu, bawak bagpack pun sentiasa ada pengawal yang ingatkan jangan terkena dinding dan segala. Kena extra careful ye.
Datang Alhambra ni kami naik kereta. Mahal jugak parking dia. 10eu. huhuhu.
|
Alhambra dari Generalife |
|
La Ghalib illa Allah (Tiada kemenangan/penguasaan selain Allah) |
|
Ujan... kesuraman je |
|
Sejarah singa yang unik |
2. Istana Alhambra - Albayzin
Kami berjalan kaki je dari guesthouse ke Albayzin nie dengan berpandu kan waze / map. Nasib baik petang tu cuaca macam cerah walaupun langit nampak gelap. Alhamdulillah sempat jugak kami sampai sebelum sunset. Aku memang suka berjalan kaki kalau travel ni. dapat jumpa macam-macam sepanjang jalan tu.
|
Comei je rumah / kedai depa nie. |
|
Kalau tempat bersejarah / penting ada signboard rupa nie. Nak baca memang tak pafam la..hihik |
|
Merenung Alhambra dari Albayzin |
|
Cafe pun macam tak berapa meriah. Mungkin sebab winter dan dah nak malam |
|
Sun set |
|
Sekitar Albayzin |
|
Lalu pekan masa nak balik tu. Meriah sikit kat sini |
3. Masjid Cordoba
Yang ini kami main terjah je. Sebab ntah kenapa tak beli awal-awal. Nasib baik laa mudah juga nak dapat tiket dia. Harga cuma 10eu. Lega sangat cuaca di Cordoba sangat terang setelah semalam dilanda ujan je di Granada. Lawatan ke masjid ini syahdu sikit laa. Sebab dulu ianya masjid. Lepas runtuhnya kerajaan Islam di Sepanyol, ia ditukar kepada gereja dan ia masih aktif sehingga sekarang. Tapi hanya satu sudut je laaa. Yang lain menjadi muzium / tempat lawatan la. Ini berbeza dengan Aya Sofea di Turki yang bermula dengan gereja dan ditukar menjadi masjis sebelum menjadi muzium.
Rupanya yang seiras masjid nabawi. Memang terbayang masjid nabawi laa sepanjang masa. Hanya ada 2 seksyen yang dikekalkan. Iaitu mihrab yang asal. Cantik sangat ukirannya.
|
Yeah dapat tiket masuk dah |
|
Menara masjid dari kejauhan |
|
Penuh dengan menda2 macam ni laa keliling dalam masjid ni |
|
mihrab asal masjid |
|
Sebijik masjid Nabawi kan |
|
Pintu luar masjid |
|
Sekitar luar masjid |
|
Tetiba lalu pulak perarakan ni. tak tau apa mendanya |
|
Perarakan tadi |
|
Comei HOHO dia. Sesuai la dengan jalan depa yang comei tu..huhu |
|
Roman Bridge |
|
Sekitar mosque. Suka tengok deco depa |
4. Sevilla
Apa yang menarik di Sevilla? Disebabkan kami sekejapan je di sini, tak banyak tempat pun kami explore. Malam tu jalan-jalan kejap. Pastu esoknya kami sambung semula jalan-jalan. Ni memang jalan-jalan kaki je semua. heheh. Petang tu dah ke airport sebab nak kembali ke Fez. Antara yang sempat kami jeling adalah:
La Giralda
i. "The Giralda is the bell tower of Seville Cathedral in Seville, Spain. It was built as the minaret for the Great Mosque of Seville in al-Andalus, Moorish Spain, during the reign of the Almohad dynasty, with a Renaissance-style top added by the Catholics after the expulsion of the Muslims from the area" - wiki
ii. Puente de Isabel II
It was built during the reign of
Isabella II of Spain and completed in 1852 as the first solid bridge in Seville, replacing an earlier floating bridge consisting of boats (a
pontoon bridge). First built by the
Moors in the 12th century, the pontoon bridge managed to exist for seven centuries due to later repairs" - wiki
iii. Torre del Oro
"The Torre del Oro is a dodecagonal military watchtower in Seville, southern Spain. It was erected by the Almohad Caliphate in order to control access to Seville via the Guadalquivir river. Constructed in the first third of the 13th century, the tower served as a prison during the Middle Ages" - wiki
Sebenarnya malam tu banyak jugak menda yang ada. Cuma sejuk sangat. Aku malas dah nak amik gambo. Masa datang tu, abam teksi tu dah ceritakan apa nama-nama bangunan tu semua. Cepat sangat aku mengdelete info tersebut. hihihik. Sevilla ni menurut kata tuan rumah kami, bandar mati. Malam dia tak banyak aktiviti. Weekend pula banyak yang tutup. Patut kami jalan malam tu dan esok pagi nye aman damai jek. Tapi ada laa bar / cafe yang ramai orang, cuma tidak laa menakutkan.
|
On the way ke Sevilla |
|
Hello Ferdinand! |
|
Hantar kereta kat sini |
|
Jalan-jalan sekitar pekan Sevilla |
|
La Giralda |
|
Puente de Isabel II |
|
Monumen / arca di sepanjang Arenal |
|
Pemandangan dari atas jambatan de Isabel II tadi |
|
Lepas tu lepak minum kat tepi jalan. Churros kat sini ala-ala jek |
|
Tak pasti apa ni |
|
Torre del Oro |
|
ni pun ntah apa.. spring dah nak mulaaaaa |
No comments:
Post a Comment