Selalunya aku memang rajin ambil gambar hotel/hostel penginapan. Tapi kali ini macam tak sempat. Tak tau laa kalut pasai apa. Hehe. Mungkin sebab aku acah-acah project manager yang bizi. Selalunya aku follower je. So aku tak fikir apa. Sampai je terus sebok ambil gambo. Makanya, gambar banyak yang tak berapa cun (macam la selama ni cun sangattt kan..hihik).
1. Dar Bab Guissar, Fez
Dia ada 2 bilik tapi tak berpintu. Ada 1 bilik air dan toilet. Bilik air dia comei sangat. Bila dah berlima, agak memakan masa laa untuk urusan mandi segala bagai. Kerjasama ahli rombongan sangat baik. Tambahan pula ada 2 kategori utama iaitu yang on-time bangun subuh dan yang suka lewat-lewat dan memberi laluan kepada orang lagi..hihi. Maka, tiada konflik toilet di sini.
Di sini dapat free breakfast. Suka aku breakfast style Maroc ni. Penuh meja. Sedap-sedap pulak tu.
Dia tak de lift ye. Kami dapat pulak tingkat paling atas iaitu tingkat 3. Jenuh laa abang2 tu nak angkat beg. Tangga depa pula kurus dan curam. Memang kena berhati-hati.
Sila pandang ke atas |
Nampak x kepala orang tu? tu laa bilik kami |
Bilik berdua |
Pandang ke bawah pulak. Ni la tempat makan |
2. Apartamento Completo Parra de Granada
Antara bilik yang mewah untuk trip kali ini. Sebab dia berupa apartment. Lengkap dengan 3 bilik. 2-2-4 katil dia. Yang 4 tu bunk bed la. Semua bilik ada heater. Maka seronok laa sangat kami ni. Sebab selama ni macam ada tak ada je heater dia sebab tak mau panas. Apartment ni juga ada kitchen lengkap dengan kitchenette. Cuma kami tak laa memasak beria sangat. Ada meja makan juga, ruang tamu. Sama je macam apartment kita kat sini. Cuma..cuma..cumaa..dia tak de free wifi. Rasa masa booking kata ada. Ntah laa.. Malas nak banyak songeh sebab sakit jiwa nak bercakap kat sini. Macam ayam itik. hahahhah. Nak masuk setting semua main password je. Maka korang jangan lupa atau main-main. Kang jenuh nak call sana sini. Dan sekali lagi. Aku syak belah-belah sini memang toilet dia bersekali dengan shower dan ada satu je. Maka kena laa beratur take turn nak ke toilet ye.
Sedeh bebeno laa ngan gambo yang aku amik niee..kakakah
Ruang tamu |
Ruang tamu dan juga tempat makan |
Pintu utama nak masuk ke dalam apartment. Maka ada 2 pswd kena ingat |
3. Deluxe apartment Arco del Postigo, Seville
Apartment ini paling kusut. Hahahah. Dia sebenarnya 3 tingkat. Ground ada sofa bed, kitchen dan kitchenette dan toilet (tak de shower ye). Juga meja makan yang agak comei. Ada juga tv dan portable heater yang langsung tak panas. Nasib baik laa cuaca di Seville tidak terlampau sejuk dan cuaca tak ujan. Kalau tak, mau terbunuh rasanya. 2 orang tido kat bawah nie.
Naik ke tingkat 1, ada 1 katil queen dan 1 bunk. 3 orang kami tidur di kat sini. Ada Toilet + shower. Orang yang tido bawah, kena naik atas kalau nak mandi..heheh.
Naik ke tingkat atas lagi, adalah ruang utiliti. Ada washing machine, beranda. Aku naik sekali je masa dia ceritakan pasal apartment dia. Lepas tu tak pernah aku jeling lagi.
Keseluruhan rumah ini kurus dan tinggi. Kalau bawak budak kecik, jangan laa sewa kat sini. Agak kekusutan.
Tapi dari segi lokasi, sangat bagus. Dekat dengan semua main attraction di Sevilla. Boleh walking distance je semua.
Toilet bawah |
Bilik kat atas |
Toilet kat atas |
beranda |
Pemandang di luar. |
4. Hotel Atlas. Marrakech
Ini satu-satunya hotel yang tiada bilik berlima. Maka, kami terpaksa booking 2 bilik berasingan. 2 katil dan 3 katil. Bilik kat sini sangat sempit. Nak letak bag pun hazab. Nak solat pun sama hazab. hahaha. Harga dia agak mencengkam jiwa jugak. Mungkin sebab terletak di lokasi yang strategik. Disebabkan kami pun semalam je di sini, maka tak perlu banyak songeh. Menumpang tido je pun. Reception dia baik sangat. Banyak tolong kami dan tak berkira. Hotel ini cantik sebenarnya. Kami sempat juga pusing-pusing kat rooftop.
Abang potter yang bawak ni. Kalau cari sendiri x tau laa jumpa ke dak. |
Reception area |
Bilik bertiga. Sempit wehhhh |
Pandang ke bawah |
Lobi |
5. rue d'Aix Oasis, Maarif, Casablanca
Ini pun antara hotel yang agak mahal. Dia sebenarnya macam bangunan rumah banglo yang sangat besar. Tuan rumah pun stay dalam ini. Berciri agak mewah juga. Basement ada kitchen dan kitchenette. Boleh share guna peralatan. Dapat free breakfast. Malam tu kami masak maggie dan juga nasik segera. Hahahaha. Berselera laa sikit panas-panas kan. Selalu rendam dalam air panas je (kurang laa sikit feel dia).
Bilik kami kat aras 3 rasanya. Lenguh juga laa kaki turun naik nak pergi ke dapur tu. Akhirnya kami banyak melepek kat bilik je. Nasib baik memang nak balik pun esok pagi nye.
Ok bilik pulak ada 2. Katil bertiga dan berdua. Kami bertentangan. Kami banyak bukak je pintu sebab depan tu macam bilik tuan rumah. Tak pernah nampak pulak dia keluar-keluar. Tapi yang lecehnya kat sini, toilet dia sharing. Disebabkan masih ada pintu bilik tuan rumah kat depan tu, kami kena laa pakai proper jugak nak ke tandas tu. Takut tetiba ada makhluk lain pulak kan.
Lokasi rumah ni agak jauh dari train station. Jauh tu dalam 1km dan agak mendaki. hahahah. Kami dah malas nak naik teksi sebab konsider dekat laa kan. Subuh-subuh tu kami dah booking teksi untuk terus ke airport. Bag semua dah berat dan kamipun dah penat. Malas nak naik train. Naik teksi senang dan murah.
Lobi Utama |
Ada tv. tak terliur langsung..hahaha |
Bilik bertiga. Luas dan selesa |
Pemandangan dari tepi tingkap |
Ini bilik berdua pulak |
Ada je sudut ni kat semua tingkat. So nak minum air kosong boleh amik. |
6. Hotel Royal, Tangier
Ehhh ada lagi hotel yang kami dok lain-lain bilik. hahahahha. Ini adalah laporan tidak bergambar. Sebab sampai dah magrib + penat + ujan. Terus mengelupur menguruskan diri. Langsung tak de gambo dalam bilik. Hotel ni simple je cuma dia paling best. Nak tau kenapa? Sebab dia ada water host. hahahahh. Gumbira giler ada host. Cuma harga dia pun agak mahal. Mungkin sebab faktor dekat dengan port kot. Tapi harga makanan laut dan coklat agak murah compare ngan tempat lain. Nak ke tempat makan pun walking distance je pun. Mudah la hotel ni.
Kesemua hotel di atas ni, aku book guna booking.com je. Aku tak berapa pandai nak guna airbnb. Ntah laa..mungkin dah selesa guna booking.com. Cuma macam biasa, kena rajin-rajin survey. Sebab kekadang harga naik, ada masa turun. So aku memang perati menda tu selain location dia ngan train station / poi sesuatu tempat. So far, kawan-kawan aku berpuas hati laaa dengan pilihan aku dan bajet yang telah ditetapkan. hihik.
No comments:
Post a Comment