Friday, 20 September 2019

[North Africa & Andalusia] Sepanyol - RONDA

Setelah berkurun, mari kita sambung menulis. Tengok sel-sel otak masih boleh berhubung ke tak. hihik

Setelah sampai ke Algeciras, kami tercangak-cangak mencari kat mana si AVIS nie. Almaklumla, semua belum ada data lagi. Nasib baik laa jumpa jugak. Lupa macam mana boleh jumpa. Rasanya kawan aku terus roaming kot. hihi

Kami berniat akan drive sepanjang di Spain ini sebab tak sempat nak kaji public transport dia. Lagipun, kawan aku yang offer diri nak drive. Mudah je.. apply IDP bayar RM150 settle. Kami bagi sokongan padu je la. Lepas settle semua dengan Avis ni, dengan lafaz bismillah..tayar golek.

Pertama sekali cari simcard di Carrefour dan roti-roti sikit buat bekal. Lepas tu sambung mencari Ronda.

Ronda ni kategori tanah tinggi. Maka jalan ke sana makin menaik..menaik.. ditambah ujan renyai-berhenti-renyai je sepanjang jalan. Menambah dramatik, kami tak tau berapa jauh (sebab kami tak abis kaji), kami sampai kat atas tu pun sudah agak lewat dan gelap. Sebenarnya tau laa Ronda ni jauh, cuma dah kalut-kalut tak tentu hala kan.. semua jadi tak keruan. Bila dah sampai atas tu, kamipun terus terjah niat utama kami iaitu Puente Nueva. Tapi sayang, kami tak jumpa. Google/waze tak bawak ke tempat yang betul. Pasrah je la tengok bukit tu dari jauh.

"Ronda is a mountaintop city in Spain’s Malaga province that’s set dramatically above a deep gorge. This gorge (El Tajo) separates the city’s circa-15th-century new town from its old town, dating to Moorish rule. Puente Nuevo, a stone bridge spanning the gorge, has a lookout offering views. New town’s Plaza de Toros, a legendary 18th-century bullring, is one of the city’s most recognizable landmarks."

Lepas bergambar dan jeling sekeliling, kami rushing nak turun balik. Giler ko. Baru sampai negara orang, drive plak tu dengan dah nak gelapnya lagi. huhuhu

Bye Ronda!. Sekejapan sangat kita berkenalan. Harap ada peluang kita berjumpa lagi.


settlekan segala documen bagai

spot-check ok ke tak kete dia bagi nie

bismillah - pemandu dan co-pilot yang berhemah

teka amende ni? 

KIta beli data dulu

Cantikkan Rainbow ni

On the way ke Ronda.. highland ye korang

Dah mula nampak penempatan. Suram je petang nie.. ujan renyai2

yesss... Soy Ronda!

Comel-comel kedai dia

Niat utama nak tengok Puente Nuevo tapi nampak ini je

Lagi-lagi bangunan di sana

Tumpang melintas

No comments:

Post a Comment