Tuesday, 21 May 2019

[North Africa & Andalusia] Menuju Al-Andalusia Sepanyol Dengan Ferry

Disebabkan Morocco dan Spain berjiran dan hanya dipisahkan oleh Selat Gibratar, maka wajiblah diusahakan untuk sampai. Memula aku macam dah give-up sebab jadual flight murah yang hanya ada hari-hari tertentu sahaja. Dicampur dengan lokasi dari Morocco tu pun jauh-jauh.

Sebenarnya, bandar-bandar di Morocco banyak yang ada airport. Tapi yang operate adalah dari Spain / Portugal. Maka dia akan turun ke Madrid ataupun Lisbon/Porto. Kalau ada murahpun, time perjalanan dia makan bertahun (read: banyak jam).

Setelah kajian dibuat, kami memilih naik bas saja dari Chefchauoen menuju ke Tangier. Dari Tangier, kita naik ferry ke Tarifa, Spain. Nanti dari Spain baru naik flight kembali ke Fez. Beginilah kalau nak berjimat ye tuan puan. Semua kena kaji sendiri dan buat sendiri.. heheheh. Nak senang, bayar je upah kat agent.

Kami beli ferry FRS. Banyak lagi operator lain. Tapi sebab dia glamer dan good review dan kena dengan timing kami, kami beli la ngan dia. Harga ferry dia boleh makan hati tau (lebih kurang RM170). tapi terpaksa laa...huhuhu. 

Ferry kami dijangka bertolak pukul 9am. Tapi diminta datang awal 90minit. Seawal 7am kami dah keluar dari hotel. Malam tadi dah survey dah jauh ke tidak port tu. Rasa macam tak berapa jauh, maka kami jalan kaki saja lah. Ditakdirkan lepas kami keluar tu je...dah separuh jalan, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Dah tak tau nak lari mana. Pasrah je basah kuyup. Lepas tu menumpang sekejap di balai polis berhampiran. Sekali sampai port, kami dapat tau ferry postpone. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Kesedihan giler nak mati. 
Ok. Sebenarnya, lewat malam sebelumnya, aku dapat emel kata retime jadual ferry ke pukul 11am. Tapi disebabkan kurang yakin dan ragu-ragu sendiri, tu yang kami terjah juga keluar subuh. Udah laa keluar subuh, dpat mandi ujan pulak. Memang dugaan sungguh. huhuhuhuhu
Maka, marilah membunuh masa di port yang takde apa ni. Kawasan dia seluas alam tapi macam baru operate. Takde restoren or kedai. Kecuali vending machine je. Tu pun dah cukup bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Toilet dia semua A++ laa. So, tiada masalah. Baring-baring laa kami di sana kebuhsanan dan kebasahan..kekeh

Sebelum pergi tu, memang dah baca review kata memang ferry bergerak mengikut cuaca. Kiranya bukan perkara pelik laa dia retime. Maka, di masa akan datang, sila percaya ye.

Bila ferry sampai, kami pun melangkah masuk. Dia akan bagi yang naik kenderaan naik dulu. Yang pejalan kaki sila tunggu dulu. Nanti bag boleh pilih samada nak letak di bawah atau bawa je naik atas. Kalau luggage, elok letak bawah je. Backpack kecik bawak naik atas. 

Sekali melangkah masuk, mulut memasing melopong. Wowwwwwwwwwwwwwwwwwww... besarnyaaaa...canggihnyaaaaaa...Dia ada 2 tingkat. Tingkat 1, biasa je. Ada restoren, toilet, kedai duty free. Tingkat 2 untuk 1st Class ye..hehhe. Haritu, kosong je atas tu. Yang kat bawah ni pun tak penuh pun.

Kami tak tau nak buat apa dalam feri tu. Bersembang dan bergambar je laa. Kawan aku order piza. Piza dia agak out. hehehe. Oily skit. Aku tak de rasa nak makan ke minum pun. Sorang lagi bukak laptop tengok cerita 'Memories of the Alhambra'. Nak amik mood katanya. 

Disebabkan cuaca agak suram dari pagi tadi, terasa sangat feri tu bergelombang. Memang kuat laaaa. Kawan aku sampai pening. Nasib baik aku masih terkawal. Agak-agak dah nak sampai, baru berani pergi keluar feri. Nak posing laa satu dua. 

Dalam tempoh sejam, sayup-sayup dah nampak Sepanyol. OLA!!!!
Alhamdulillah, dipermudahkan perjalanan kami walaupun cuaca agak suram-suram.


Isi borang sekeping

Merenung luar pintu yang sedang basah kuyup

Pemandangan sekitar port. 

Heii... Ferry kami nie

Ok. Jom masuk kapal

babai Morocco

Ola Spain!

Antara seat yang ada

Atas tu untuk 1st Class ye. Kami duduk kat bawah ni je

OK. Alhamdulillah. Dah sampai

Salida dari kapal ke imigration

Babai FRS

OLA!!

No comments:

Post a Comment