Tuesday, 8 November 2016

Menawan Gunung Angsi Sekali Lagi (Melalui Bukit Putus)

Setelah 2 minggu berehat dari hiking, kini kami kembali. Dari awal ditanya mahu kemana. Sila fikir dan saya hanya menurut perintah. Di awal pagi, siap semuanya. Dalam kereta cakap jom ke Broga. Broga??? Apa kerlass..heheheh. Tak de la. Aku kurang gemar Broga sebab parking susah dan ramai sangat orang.  Jom laa kita ke Gunung Angsi sekali mahu? Cuba laluan Bukit Putus pulak. Kan hari tu renjer tu kata sana lagi senang dari Ulu Bendul. Maka ke Senawang la kami...

Hari ni cuaca suram-suram je. Harap jangan lah hujan. Masa dalam kereta tu renyai-renyai halus saja. Kami sarapan dulu di Taman Rekreasi Ulu Bendul. Nampak macam ramai orang. Settle semua terus menuju ke Bukit Putus. Kalau dari Senawang, akan ada sign-board ke Bukit Putus tunjuk ke sebelah kanan. Senang je cari. Di tepi jalan nanti ada pondok renjer dan banyak kereta parking.

Parking dan lapor diri di pondok renjer. Bayar sorang RM5. Masa tu pukul 8.10 pagi. Dia bagitau dah 100 mendaki. Hahhh!!!! 100? Biar betik. Dulu aku kat Ulu Bendul jadi orang pertama kot. Itu lah bezanya kalau naik di Ulu Bendul dan Bukit Putus.

Awal-awal terus naik tangga meninggi. Ok. Layankan jek. Lepas tu..ehhhh..ehhhhh...ok..jangan riak dan takabbur ye. Banyak rasa macam trekking la. Di sini, sebelah gaung mengadap jalan raya. Maka, tiada air terjun. Hutan dia pun tidak segelap mana. Track dia pun clear je. Dijamin tak sesat. So layan je laaa. Sedar tak sedar...2 jam kami dah sampai di puncak untuk 3.85km. Penat laa sebab 4km kan. Tapi tak sengsara laa berbanding naik ikut Ulu Bendul. Ikut sana, aku rasa nak menangis dah. Dengan cuaca yang sejuk-sejuk gitu, pertama kali air kami bawak tak abis. Sejuk kot campur dengan tak berapa penat. Kalau tak, berebut-rebut nak minum.

Memang ramai kat atas tu tapi terkawal. Kami masih boleh selfi2. Disebabkan ini kali kedua dan atas tu pun tak ada apa sangat pun. Kami bergambar ala kadar je la. 15 minit lepas tu kami pun turun semula. Masa turun tu, jumpa ramai lagi yang sedang nak mendaki. Ushh memang glamer la laluan ni. 

Sila bayar permit masuk ye. RM5 sahaja pun
Jom mendaki
Ni area yang mendaki sedikit..sedikit je tauuu
Laluan yang jelas dan terang. Jangan risau..takkan sesat punya

Ehhh ada pulak pondok kedai makan tapi tutup daaaaaa

Laluan pakis dan berpasir. Agak panjang jugak ni
Reservoir View...nampak gunung ganang yang cantik
Haaaa...nampak view ni. Cun kan.
Masih ada beberapa pokok tumbang di laluan ini
Part yang saya suka..tengok flora di sini. Cendawan oren
Cendawan putih
Bunga apa ntah

Pakis..paling banyak di sini
Comel kan bunga ni..membulat
Sapa tau ni bunga apa

Buah putih
Kulat putih. Geram je aku tengok

Laluan hutan pula
Lagi sudut pandang yang ada
Kulat lagi
Bunga ni banyak kat bawah kan. Aku x tau nama dia
6 minit tu tak tau laa ikut kaki sapa. Tapi memang happy nampak sign ni

Ehhh dah pun sampai puncak..yeaaah.

Anak aku dengki..sanggup dia tutup aku tengah nak posing
Mak acah-acah propa
Rhu dan pakis
laki aku kata buah kelubi..ye ke?
ni je air terjun yang ada..hahah bukan air terjun tapi mata air. ramai orang amik isi dalam botol
Disudahi dengan cik manis pepel.

Cuma saya nak cadangkan agar sign-board yang lebih boleh dipercayai diletakkan di sepanjang trail. Mungkin boleh ikut Gunung Datuk. Dari mula dah nyatakan berapa kilometer track. Dan dari masa ke semasa dia nyatakan KM nak sampai. Kalau main minit-minit ni payah laa. Sebab pace orang beza-beza kan.. Sekurang-kurangnya memberi motovasi kepada pendaki. 

Perjalanan turun mengambil masa sejam setengah saja. Kami sampai di bawah tepat pukul 12. Apapun kami happy dapat beriadah mendaki gunung. Sangat digalakkan bagi pendaki baru macam aku naik Gunung Angsi ikut laluan ini. Selepas laluan ini baru boleh cuba laluan Ulu Bendul. 

Ok. Selamat Mendaki!!

No comments:

Post a Comment