Ini adalah projek memasang tingkap di balkoni. Sepatutnya projek kecil-kecilan je la. Dah lama ia disebut-sebut dan diwirid-wirid semacam nak renovate satu rumah. Ruangnya sepanjang tingkap 3 panel dan selebar daun pintu je pun.
Panggil orang datang sukat. Nyatakan nak tingkap jenis sliding dan grill melintang-melintang biasa tu je. Order hari khamis, ahad dah siap. Pukul 10 pagi dia datang dan pasang. Memula dia pasang tingkap. Ok laa..agak lama juga dia buat. Naik bosan plak menunggu nya. Kenalah tunggu sebab balkoni ni di master bedroom.
Bila tiba dia pasang grill..dia letak kat luar. Apa!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kenapa kat luar? Sebab aku tengok semua rumah orang grill letak kat dalam. Dia pun terangkan. Kalau tingkap biasa, memang grill letak di dalam. Tapi disebabkan ini sliding, kena letak diluar. Nanti kalau tinggap tu tertolak, maka dia tak kan jatuh. Adoiiii dah cenggitu pulop. Ishh memacam laa. Aku ingatkan semua letak di dalam. Mana laa aku tau. Aku tengok orang taman aku semua pun letak kat dalam. Melainkan sliding door. Ehhh sejenis sliding laa tu..Denggggg!!! Baru aku nampak logicnya disitu. Menyampah tauuu. Memula tu paksa juga dia pasang kat dalam. Tapi memang tak boleh sebab dia sukat extra. Tak muat nak masuk dalam.
Dah..aku malas nak pening-pening. Pasang je laaa. Dah laa nak pasang ni pun makan tahun. Nanti tertangguh lagi. Belasah je laa labu. Aku selalu macam ni. Masa renovate dapur pun cenggitu. Aku terangkan sikit-sikit je kat kontraktor. Hasilnya tak sama seperti yang diharapkan. GRrrrrr...
Moral of the story: Kita yang tak pandai dalam bidang ini, kena terangkan secara detail. Jangan anggap dia faham niat kita. Jangan ingat apa yang kita nampak tu kiranya standard untuk semua. Walaupun tak nampak macam penting, tapi mak sentap ok. Maka, jangan jadi seperti saya. :P
Tingkap sliding di dalam |
Kecil je balkoni ni..niat nak buat stor je pun |
Nampak tak tu...grill di luar. Jiran sebelah elok je grill di dalam..dengggggg |
No comments:
Post a Comment