Pernah dengar pasal kuih keria antarabangsa yang popular di Melaka?
Pernah? Apaa....tak pernah?? ok ini pelik.
Dulu masa pergi Melaka, aku main singgah je sebab ternampak di tepi jalan. Dah tulis Kuih Keria Antarabangsa Limbongan...Masa tu dah petang dalam pukul 5 lebih. Dah abis. Ok takpe..Kali ini, aku ke Melaka lagi. Memandangkan jadual agak kosong, jom laa pusing-pusing Melaka. Terus ajak suami pergi cari kuih keria tu. Masa tu baru pukul 2 petang. Mak aihhh punya la panjang beraturnya. Aku pun join sekaki. Mana tau kot laa laju. Setengah jam berlalu..aku tak nampak sebarang perubahan. Lepas tu ada budak belakang aku tu, dia pergi riki2 ke depan. Katanya dia tak buat keria untuk yang jual. Sebab tempahan dah terlampau banyak. Tak tau betul ke tak tapi aku memang dah tak sanggup. Panas + panjang. Boleh pitam aku cenggini. Moh ler kita belah. Sesia je aku berpanas selama 30minit.
Jalan lagi ke depan. Niat nak pergi Klebang. Sebenarnya aku malas sebab macam tak larat. Lain macam pulak panas Melaka hari ni. Masa lalu tu nampak orang beratur lagi. Eh..ada lagi ke kuih keria. Kali ni dia tulis Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah pulak... Ahhhh sudah. Bila masa ko wujud. Tidak lah aku perasan. Aku tengok barisan tak la terlampau panjang dan kedai dia agak redup berbanding yang di Limbongan tadi. Laki aku offer nak singgah ke tak. Dalam keadaaan tak berapa sedia..jom laa..alang-alang dah melintas area nie. Beratur laa aku buat kali kedua. Memula laju gak bergerak...lepas tu stop agak lama. emmmmmm
Dia punya lama tu sampai aku bergaul mesra dengan awek di depan dan belakang barisan aku tu. Yang di depan tu kata..dia pernah datang dan sedap katanya. Laksa dia pun sedap (katanya). Awek belakang aku pulak, datang daytrip saja. Depa sengaja singgah sebabkan viral kuih keria ni laa. Happy go lucky je depa. Syok plak aku tengok. So..dia sanggup beratur laa demi memastikan kuih keria dapat dirasa..hahahha. Sementara menunggu tu, kami siap buat analisis sedikit. Sekali keluar kuih keria tu 2 talam. Seorang pelanggan hanya boleh beli 10 biji je sebab nak pastikan semua orang dapat. So kalau ko nak beli untuk sekampung, elok laa bawak 3-4 orang dalam kereta beratur sama. Satu talam tu boleh cover untuk 10orang pelanggan kot. Kira punya kira..kami trip talam ke-4. hahahah betul pulak tu kiraan kami.
Masa dah hampir-hampir time kami..giler nebes sebab kot la salah kira ke apa..fuuuhh..sibbaik laa lepas. Itupun setelah beratur hampir 2 jam... 2JAM OKEH!!!! Mak rasa nak pitam sebenarnya. Dengan tamak aku beli 2 bungkus = 20 biji sebab teringatkan kawan mak yang menginap di hotel yang sama. Alhamdulillah dapat jugak membeli kuih viral ni. Lega sebenarnya sebab masa ni laki dan anak aku aman-aman je lepak dalam kedai sambil beli air tak tau berapa puluh kali. Kalau depa meragam kompom laa mak x sanggup nak meneruskan usaha beratur ni.
Dah dapat..jom laa ngap...emmmm ... emmmmm...cenggini eh rasa diaaa...macam mana nak cakap eh. Dia ok rasanya tapi tak laa terlampau sedap. Kiranya tak berbaloi aku beratur 2 jam untuk kuih yang cenggini rasanya. Adehhh serius pasrah. Kira selepas ni aku dah tak teringin laaa untuk membeli kuih ni melainkan aku sampai kedai terus dapat. Kalau kena beratur panjang..mak mintak ampun dan maaf laaaa... Sebijik rega dia 60 sen. Harga tu ok laa..xde masalah pun. Cuma aku tak pasti yang Limbungan punya rasa macam mana. Tapi aku syak lebih kurang je kot..hahahahha. Ehhhh kalau korang teringin laksa dia..ok. walk in jek..tak perlu beratur panjang. Sedap kata deme...mak tak makan pun lagi laksanya. Sebab masih kenyang.
Masa turn aku dah dapat tu..masih panjang q. Memang kagum laa semangat orang nak makan kuih viral nie. Good luck diucapkan pada semua termasuk aku yang gigih beratur. Tapi aku rasa aku ini kali pertama dan terakhir kot. Hahahah.
Ni kat masjid limbungan tu..tengok dia punya panjang q nyaa |
Ni tempat kedua - Hajah Rahmah..panjang jugak aku q |
Waktu ni dah hampir niee...berdebar rasa jantung |
Ni dah turn aku..cenggitu besar talam dia dan kuih kerianyaa |
Zoom In skit rupa kuih keria nyaaaa |
No comments:
Post a Comment