Wednesday, 28 September 2016

Trans Siberian eehhh... Trans Borneo (The North Borneo Express)

Yeaaahhh
Tajuk tak menahan. Berangan nak naik trans-siberian. Dapat trans-borneo pun jadi lah dulu. hheheh. Trip yang sangat saya looking forward akhirnya menjadi kenyataan. Iyeee...The North Borneo Express. Express ni bukan laa maksudnya laju yeee..hehehe. Ok laa..ikut suka hati la nak panggil apa. Yang penting ia perkhidmatan keretapi yang disediakan di Sabah. Dan ia masih bersifat tradisional. Bukan laju macam KTMB di Semenanjung ni ya. Tapi dari pembacaan di laman web Jabatan Keretapi Negeri Sabah, dah terdapat koc yang moden tapi untuk perjalanan dari Tanjung Aru ke Papar. 

Ok takpe.. Aku tak mahu sentuh yang keretapi moden tu sebab aku pun tak pasti dan tak tahu. Meh kita bercerita yang perjalanan dari Beaufort ke Tenom. Perjalanan ini memang akan menyelusuri Sungai Padas. Ia masih tradisional dan bersifat perkhidmatan rakyat bagi memudahkan mereka membawa hasil pertanian dari kampung mereka ke bandar Tenom mahupun Beaufort. 

Disebabkan kampung suami dekat dengan Beaufort, elok sangatlah kami menaiki keretapi ini dari Beaufort menuju Tenom. Keretapi pertama dijadualkan pada pukul 7.30 pagi. Kami sampai tepat pukul 7.30 pagi. Termengah-mengah kami membeli tiket. Abam kaunter kata, pukul 7.50 baru gerak. Fuhhh.. Ada lah masa aku nak bernafas sekejap. Boleh beli air, roti dan posing-posing sekejap. Jadual perjalanan keretapi pun korang boleh rujuk kat web yang aku sebut kat atas tadi. Kebiasaannya dia akan ikut jadual tersebut. Melainkan terdapat masalah teknikal, cuaca ke yang akan menyebabkan perjalanan terganggu. Eh..korang tahu tak berapa harga tiket dia? 

Untuk Beaufort -Tenom:
- Dewasa: RM2.75 sehala
- Kanak-kanak: RM1.40 sehala

Giler murah kan...terkejot aku. Dah la untuk perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam. Ushhh ini memang perkhidmatan untuk rakyat ni. Syabas!!!

Semasa beli air di kedai tersebut, abam tu beritahu. Kalau hari Rabu dan Sabtu ada tamu. Maka, keretapi akan penuh sesak dengan orang kampung yang berniaga ataupun ingin membeli belah di tamu. Begitu juga jika musim water rafting. Aku kira aku bernasib baiklah juga sebab pergi bukan masa peak season. Banyak tempat kosong dan keretapi tak padat dengan orang. 

Lagi 10 minit nak gerak aku masuk koc. Walaupun tak ramai orang, nak la cop tempat kan. Aku naik keretapi ni dengan anak aku yang 5 tahun. So kesian la dia kalau dok kat tempat yang tak best. Ok..Kami pilih koc depan sekali..ala-ala first class..heheheh.. Koc penuh dengan seat. Tips yang aku baca dari blogger lain yang korang kena simpan dalam hati ni tau. Tengok kepala keretapi dan duduk seat sebelah KANAN. Ini untuk perjalanan Beaufort ke Tenom tauuuu. Wajib duduk sebelah kanan. Kenapa? Sebab, sebelah kanan nanti, korang akan menikmati pemandangan Sungai Padas yang cantik ittewww..Siap ada bukit bukau, perkampungan dan ladang-ladang. Ok..kalau sebelah kanan penuh dan terpaksa duduk di sebelah kiri, apa jadi? Heheh tiada apa-apa yang terjadi. Cuma anda akan dapat melihat dinding bukit lebih banyak dari pemandangan hutan / perkampungan. Dan tiada langsung sungai ya. 

Dan lagi satu...diingatkan yang keretapi ni tiada aircond. Semua tingkap terbuka macam tu jek. Makanya, memang agak panas laa. Nasib aku agak baik sebab cuaca hari tu redup je. So tak la panas mengelegak. 

Jom tengok pemangangan sepanjang perjalanan ini:


Di Stesen Keretapi Beaufort, sebelum ia bergerak

Tak pasti keretapi apa...rasanya dah jadi musium kot

Haaa..dia kepala keretapi..Tu yang nampak hitam2 tu asap dia

Ni koc 1st class ye. Seat dia mengadap satu dengan lain
Ni tiket dewasa
Ni tiket kanak-kanak

Merenung keluar jendelaaaa

Sekolah Keb. apatah..tapi nampak kemas tersusun je landskap sekolah ni

akan banyak laluan cenggini..muat2 keretapi jek. Kiri kana hutan / ladang
Sungai Padas

Dan lagiiiii
Tak pasti apa..macam kawasan generator jek

Pintu JDT...hehehe

Perkara yang penting untuk diberi perhatian adalah Stesen Keretapi Halogilat. Kenapa ye? Ohhh sebab di sini tempat pertukaran keretapi. Sesiapa yang ingin meneruskan perjalanan ke Tenom, sila turun dan ambil keretapi lain. Bagi yang ingin kembali ke Beaufort boleh terus duduk dalam keretapi. Dia akan bergerak bergantung kepada keretapi dari Tenom tu. Kekadang yang dari Beaufort tu sampai dulu, kekadang yang dari Tenom sampai dulu. Macam aku hari tu...dari Beaufort sampai dulu. Menunggu laa dalam 15 minit kot. Aku suka stesen di Halogilat tu. Cantik, aman damai jek. Cuma...cumaaaa..yang aku tak berapa berkenan..banyak sangat anjing. Ada 4 -5 ekor anjing yang besar-besar berkeliaran. Adehh...Nasib baik laa juga anjing tu bukan jenis menyalak tak tentu hala. Buat bodoh je laa. Tapi ada amoi tu, baik hati bagi roti..haaa amik ko..dia ikut ko ke hulu ke hilir. errrkkk. Di sini juga ada tandas awam, jualan sedikit bagi yang memerlukan. Heheh. Masa ni perjalan baru je sejam lebih sikit.


Ingat stesen ni tau..tempat pertukaran keretapi

Pemandangan kepala keretapi nak berpusing ke arah Beaufort kembali

Kaler JDT sungguh. Ini yang akan kembali ke Beaufort

Tengok anjing ni ikut amoi tuuu..

Rumah di sekitar stesen. Lawa kan

Penumpang yang nak ke Beaufort dah boleh naik train

Bila keretapi dari Tenom dah sampai, kami naik dan kembali menyambung perjalanan. Ohhh rupanya koc dari Tenom ni tak de yang 1st class laa..hehehhe...dia hanya ada 4 kerusi di dalam 1 koc. Lupa plak aku nak ambil gambar. Banyak yang gerabak kosong je...di mana tiada kerusi langsung. Aku masa train kedua  ni, aku nak duduk kat belakang sekali pulak. Sebab tadi dah dok depan kan. Tapi ada kakak tu (warga tempatan) kata..jom..jom dok depan. Dulu dia pernah dok belakang, sekali keretapi terputus dari kepala dia. So koc dia tertinggal di belakang. Adehhhh...memacam plak ceritanya. Boleh la duk memana pun. 

Pemandangan dari Halogilat ni lagi superb tau dari yang pertama tadi. Seperti biasa, cop sebelah kanan tau! hehehe. Kali ni aku tekad, mesti duduk di pintu. Memang aku bersidai depan pintu tu. Anak aku pun sekali terjebak. Wowwww best giler. Korang jangan risau dan takut. Keretapi ni berjalan pelahan je..aku rasa dalam 20-30km/j. Lepas tu jalan dia macam rata je. Maka macam xde gegaran yang menyebabkan ko rasa nak jatuh ke apa. Maksudnya, katakan aku berdiri depan pintu. Takde pun rasa pening, nak tumbang ke apa. So no worries ok. 

Syok-syok aku lepak ngan anak aku di pintu. Datang konduktor train tu sound bahaya budak dok kat pintu. Ok fine..sib baik anak aku mau dok atas kerusi. Haaaa..kasi peluang mak ko ni nak fefeeling ye. hehehe. Tapi aku macam pelik sebenarnya. Tingkap semua terbuka..pintu pun terbuka luas. Entah kenapa tak rasa angin. Macam angin tak masuk dalam train. Macam aku dok depan pintu pun tak rasa angin. Kena keluarkan kepala sikit baru dapat merasa angin. Emmmm

Oh lagi satu, bagi yang nak buat water rafting, nanti korang kena tukar baju di stesen Rayoh. Masa tu agak lama jugak laa train berhenti sebab nak tunggu orang-orang ni tukar baju. Pastu tinggal barang kat sini. Dan teruskan perjalanan sampai ke Stesen Pangi. Di Pangi mereka akan turun dan buat lah aktiviti tu menurun semula ke Rayoh. Ni akak tadi la yang cerita. Mungkin lain agen lain caranya. Tapi masa aku pegi tu, aku tengok air macam cetek je. Macam tak berapa best nak buat water rafting pun. hehehhe. Sebab bukan season ni.

Sungai Padas lagi...


Ada track baru nampak gayanya

Merenung keluar pintuuuu
Tengok..ramai yang bersidai depan pintu. Tak buat rugi wehhh





Train Stop dia. Tengok senang je penduduk tempatan nak melompat masuk heheh
Sekolah lagi...mesti best persekitaran sekolah dia ni
Tenom In a Nut Shell..hehehhe

Teringat Flamway kat Norway..jadila kan


Jaga-jaga kaki..kang terkena batuu
Empangan
Pemandangan Empangan dari sudut lain pula
Salah satu rumah penduduk tempatan
Ehhh dah sampai Tenom
Posing mahal aku dan anak aku...heaven
Video Khas kasi korang makan hatiiii...huhuhu

Kami sampai di Tenom pukul 10.45. Awal sikit dari yang dijadualkan. Sebab dia bergantung pada berapa lama berhenti di stesen-stesen tadi kan. Ada 2 stesen (hagoligat dan Rayoh) yang akan berhenti lama sedikit. Yang lain tu stop sekejap sekejap jek. Kalau ada orang kat train stop tu, dia akan berhenti laa..kalau tak dia jalan terus.

Maka berakhirlah trip The North Borneo Express aku. sob..sobbb... ikutkan hati. Aku nak balik pun naik train. Train gerak pukul 1.30 petang. Tapi memandangkan ada anak aku dan mertua aku, aku pendamkan je la niatku ittew. Oh ye..dari kampung ke beaufort laki aku hantar naik kereta. Lepas tu dia terus drive sorang-sorang ke Tenom. Di Tenom, kami berjumpa kembali. hehehe. So senang sikit lah nak merayap tu.

Meh laa aku citer sikit apa yang ada di Tenom ni. Secara generalnya, aku suka pekan Tenom ni. Dia macam aman, damai, bersih je. Pekan kecil je kot. Memang tak sesak langsung. Sesuailah Tenom dinobatkan pekan agro...penuh dengan pokok terutamanya kopi. Sapa yang tak tau kopi tenom kan. Jom laa kita jengok kilang kopi di Tenom ni. Ntah kenapa Kilang Kopi Yit Foh yang aku pilih. Kilang ni dalam 3 km dari pekan. Sebab sini belambak kot kedai kopi. Kedai minuman pun wajib laa minum kopi kan. Tapi pada pendapat peribadi aku la...biasa je kot kopi tenom ni..hehehhe. Tak de la sampai rasa nak ketagihan pula.

Aku beria mencari kilang kopi ni kot laa boleh tengok dia proses kopi..tapi dia tak kasi..huhuhu. tak pe laa..sebelah kilang dia ada kedai. kita shopping je laaa sebab kawan aku ada pesan. 

Depan kilang kopi Yit Foh

Dalam kedai..amik..ada macam-macam jenis..pilih je
Dan lagiiii
Kopi merupakan perusahaan utama tenom selain getah

Abis shopping kami menuju Taman Pertanian Sabah. Agak jauh dari pekan iaitu 15km. Jalan masuk ke TPS tu dah rasa nyaman je. Bersemangat aku nak terjah. Nampak lengang jek. Sekali dia tutup daaaaa....uwaaaaaaaaaaaaaaaaa. Benci..kenapa aku lupa nak google jadual dia nie...denggg.



Nak..pahat dalam hati yeeee jadual ni

Pintu masuk

Maka, berakhirlah kembara kami hari ni. Sangat puas hati (ehhh tak sebenarnya sebab TPS tutup). Tak pe..ada alasan kukuh untuk datang lagi. Apapun Tenom tetap dalam ingatan.

Byeee



No comments:

Post a Comment