Assalamualaikum
Plan untuk holiday ni dah lama. Lama sangat. Sebab tahun 2016 patutnya ada holiday dengan geng aku ni. Tapi disebabkan macam-macam kekangan, makanya aku membawa diri join trip Scandinavia. Hehehehhe.
Selepas beberapa kali perancangan tak jadi. Akhirnya menjadi jugak. Di atas tema short and budget vacation, haruslah ke negara yang kita menjadi kaya. Makanya....destinasi yang dipilih adalah Banda Acheh, Indonesia.
Disebabkan flight kami pagi...pukul 7.50am, kawan-kawan aku tidur di rumah aku. Sorang dari JB sorang lagi kat Kota Damansara je. Dia parking kat rumah aku. Pukul 5pagi kami dah bangun, mandi bersiap. Target nak keluar rumah pukul 6am selepas solat. Aku dah janji ngan teksi untuk pick-up pukul 6. Lepas bersiap tengok jam 6.10am. Awat teksi tak mai lagi ni..aku dah tak sedap hati sebab selalunya teksi ni ontime. Aku call..rupa-rupanya dia tak bangun lagi..Adehhhh..Masa ni dah start gelabah. Nasib baik semalam kali pertama mencuba Uber. Aku pun terus buka Uber. Fuhh nasib baik ada yang berdekatan. Lagi 10 minit dijangka sampai. 10 minit ni rasa lama giler. Tekanan aku tengok kat skrin dia macam tak bergerak jek.
Uber sampai pukul 6.30am. IKutkan waze..dijangka tiba KLIA2 pukul 7. Boarding time 7.10am. Giler ko tak cemas. Walaupun dah buat online check-in, tetaplah aku risau sebab ini internasional kan. Dicampur dengan KLIA2. Kalau KLIA, aku dah tau selok belok dia.
Kami sampai di KLIA2 betul-betul pukul 7. Tetiba aku tengok jam airport pukul 6.55am..Eh ehhhh. Cis..rupanya jam Uber tu cepat skit. Tapi elok la pun, ada la masa bernafas lagi. Kawan aku lagi sorang tu, dia pun baru sampai KLIA2. Kami Gate L9. Terus bukak langkah. Rasanya sempat cuma risau kan. Bila sampai gate tu, tak bukak pun lagi. Sambung lagi bernafas dengan aman. Hehehe. Siap flight delayed sedikit. Patut gerak pukul 7.50 tapi dalam 8.30am baru take-off. Semuanya berjalan lancar.
Tiba di BTJ airport, OK bersih dan terkawal. Cumanya kaunter ada 2 jek. Satu untuk warganegara dan satu lagi foreigner. Dah laa kapal tadi penuh. Panjang laa beratur. Naik lenguh kaki beratur. Settle semua dalam pukul 9.30am waktu tempatan. Banda Acheh lewat sejam dari Malaysia ye. Keluar je dah nampak nama aku..huhuhu. Pak Supir dah menunggu. Terus masuk avanza. Kena cepat sebab sekarang dah pukul 9.45am. Kapal cepat pukul 10 baru gerak. Ishh dalam hati kata macam tak sempat je. Tapi aku dah wirid semua suh berdoa supaya sempat. Kalau tak sempat, kena tunggu pukul 4 baru ada kapal lagi tau.
|
BTJ Airport |
Eh..cerita pasal kapal ni nak kemana bagai. Kami akan ke Pulau Weh dulu selama 2 hari. Lepas tu baru pusing Banda Acheh.
Sampai je Jeti Ulee Lheue (sebut Ulele), kami terus berlari ke jeti. Sekali dengan pak supir pun berlari. Sebab semua orang di jeti tu jerit 'cepat..cepat'. Dengan beg beratnya, dengan pening nya. Sabo je laa.. Tapi Alhamdulillah sangat2. Sempat kami naik kapal cepat tu. Dalam 10.30 dia bergerak.
|
Tiket Kapal Cepat |
Serius rasa penat sangat. Bot pun bergerak. Ingatkan dugaan dah abis dah. Baru nak bersantai-santai sekejap. Rupanya tidak. Bot ni bergerak macam pelesit tau. Agaknya ombak kuat sangat sampai rasa pening kepala aku. Dia macam terhentam-hentam dengan air. Macam mana ntah nak cerita. Disebabkan situasi cenggitu, haaa sudah...ada yang muntah. Dia punya sound muntah tu..sangat kuat. Memang mengerikan. Aku dah start berdebar. Kot saka tu datang kat aku. Aku pejam je mata sambil berdoa supaya aku dapat tido. Leganyaa..alhamdulillah memang aku tidur lena. Jaga bila dah nak sampai. Perjalanan mengambil masa 45 minit.
Keluar je..punya la ramai orang termasuk laa teksi sapu ni. So, kalau korang tak buat arrangment lagi..jangan risau. Memang ada je. Van kaa becak ka motor kaaa..boleh pilih. Tak nampak pulak nama aku. Tetiba ada mamat ni tegur. Hahahah supir kami. Dia telek muka aku dalam wasap ni. Siap tunjuk gambo profile wasap aku..hahhaha. Makanya..jom laaa naik avanza.
|
Jeti Balohan, Pulau Weh |
Supir kami namanya Mas Agus ye. Gerak je terus aku rasa nyaman giler Pulau Weh ni. Dia macam kampung yang aman damai. Memang aman. Ditambah dengan cuaca hari tu yang tak panas tak ujan.
Jom tengok tempat yang kami pergi.
1. I Love Sabang
Tempat ni tak de apa sebenarnya. Ada sign I Love Sabang je. Disebabkan tempat tu kira memang kena duduk kat situ baru boleh ambil gambar, maka kenalah tunggu orang abis baru ko masuk line. Ada makcik sorang ni kelakar. Dia macam stone je tak nak bergerak. Sedangkan anak-anak laki dia dah blah dia. Dia menten panjat dan berdiri tegak kat situ juga. Dalam kamera aku penuh gambo dia. Takpe la kak...I is pasrah. Tapi area seberang jalan dia..ada tasik yang cantik. Ada menara tinjau jugak.
|
Tasik di hadapan Sign I Love Sabang |
|
Sudut yang berbeza |
2. Freddie's / Pantai Sumur Tiga
Tempat kedua kami singgah adalah Freddie's. Sini merupakan salah satu resort yang glamer jugak. Pada mulanya kami plan nak dok sini tapi disebabkan aku tak sanggup tengok tangga dia maka kami pilih Iboih Inn. Freddie's ada pantai yang cantik. Iboih ada laut yang menawan..heheh pros and cons sentiasa ada kan. Posing laa jugak seround dua kat pantai dia.
|
Pemandangan dari atas ke pantai Sumur Tiga |
|
Cantikkan Sumur Tiga ni |
3. Benteng Jepang / Pantai Anoi Hitam
Masa mula sampai di parking dia, aku rasa tempat ni ala-ala je. Dah la nak tengok benteng yang Jepun tinggalkan. Agak semak juga tangga masa nak naik tu. Tapi bila dah sampai, masya-allah!!! Serius lawa tempat dia. Terus kami fefeeeeling berada di oversea. Ehhh plis laa..Memang kat oversea kan. Hahahhaha. Hover semua. Terus sebok berposing sakan. Dengan rumput dia macam rumput karpet. Angin sepoi bahasa. Best lah. Dari situ boleh nampak Pantai Anoi Hitam. Kira macam Langkawi laaa. Disebabkan pasir hitam dia sedikit saja, maka kami malas la nak turun ke bawah semata-mata nk tengok pasir hitam. Boleh gitu? heheheh
|
Penuh belukar nak menuju ke Benteng Jepang |
|
Lorong yang unik dipenuhi akar pokok di Benteng Jepang. Tu dah nampak sikit bentengnya |
|
Salah satu spot di atas |
|
Ini lah bentengnya. |
|
Dari sini boleh nampak Pantai Anoi Hitam |
|
Pemandangan di Benteng Jepang |
4. Ntah apa nama tempatnya
Hahahahha. Kami singgah di tepi benteng apa ntah. Untuk lihat pemandangan laut lah. Biasa-biasa je aku rasa. Masih lawa cuma tak cukup wowww. Mungkin sebab tengah pembinaan di situ. Tapi dah tak ingat nama dia apa
|
Rujuk Keterangan No. 4 - aku lupa nama apa |
5. Makan - Kencana Cafe
Ya Allah. Memang dah lapo giler dah. Pukul 12 lebih waktu sana. Kira dah pukul 1 lebih laa timing Malaysia. Kami suh Agus bawa kat kedai yang sedap dan dia bawa ke sini. Cafe ni kira macam nasi campur. Kena ambil sendiri lauk dia. Lauk dia tak lah banyak sangat. So-so je laaa. Lapar + Pening = aku main amik je apa yang aku nampak. Bila makan..Ya Allah!!! Serius sedap. Cuma tak pasti sedap sebab kebuluran ke apa. Tapi rasanya memang sedap. Aku makan licin. Air je aku agak frust sebab lemon tea ice dia kurang enak. Hahahah. Tapi Jeruk Limau dia terbaik...Sedap (kawan aku yang order). Sedang elok kami dah selesai amik laut, ada satu bas rombongan Malaysia datang. Sib baik..kalau tak, trafic jam laa nak amik lauk. Dah abis nasik, aku nak order la air Jeruk Limau tu..abis pulak..frust. Restoren ini aku sangat recommended.
|
Ini depan cafe |
|
Lunch @ Kencana Cafe - Sebelum |
|
Selepas ..hihihi |
|
Comel kan info kat botol air dia |
6. Masjid Agung Babussalam, Sabang
Selesai mencekik kami solat. Ingat ya..kalau pegi Acheh sila bawa kain / skirt. Sebab sana tak leh pakai seluar masuk masjid. Dan masjid sana jenis open. Ala-ala kat Mekah la...tak de tempat wanita yang tertutup. So, pakai telekung elok2 kat tempat wuduk. Nak mekap pakai tudung pun sila ke tempat wuduk.
7. Sabang Hill
Kat atas ni ada resort. Cuma aku tengok macam tak berapa hidup je area ni. Kata Mas Agus, dia dibawah kerajaan. So apa kaitan dia aku pun tak tahu..hahaha. Tapi memang ketara kesuraman area ni. Ikut logik pun, memang tak akan hidup sebab dah alang-alang datang pulau haruslah dok tepi lautkan. heheh. Kami menumpang singgah ambik gambo sekejap pastu Chowwww
|
Resort kat Sabang Hill |
|
Pemandangan di sekitar resort |
8. Sabang Fair
Setiap tahun, akan diadakan fair di dataran sekitar sini. Sebab tu nama dia Sabang Fair. Kecik je pun dataran dia. Sesuai laa dengan rakyat dia yang cuma 36K ++ jek. Ada sign Pulau Weh. Ambik la jugak gambar buat syarat. Masa ni aku macam tak de mood sebab ada plak orang memerun / bakar rumput betoi2 tepi sign nie. Pening aku nak posing
|
Salah satu monumen kat sini..apa ntah. takde mood lagi nak baca. |
|
Tugu Sabang Meurauke |
|
Baca ni untuk faham Pulau Weh |
9. Tak tahu apa nama tempat ni
Ok. Tempat yang ini sangat cantik. Lereng bukit yang nampak pulau kecil. Siap ada pokok kelapa melintas. Kami singgah di sini untuk minum dan makan rojak buah. Ok laa rojak dia. Sama je ngan kita punya. Angin sepoi2 bahasa je kat sini. Lama juga kami lepak sini.
|
Suka sangat... |
|
breathtaking |
10. Pria Laot Waterfall
Masa ni macam dah penat skit. Agus tanya nak pergi tak Gua Sarang, Hot Spring dangan volcano. Kami semua macam malas dah. Agus kata jom pi tengok air terjun. Dekat je dia kata. Kami pun kata boleh laaa. Masa masuk tu, nampak signboard kata 500m. Ok la kot. Sedih plak aku tengok penduduk kat sini. Masih basuh baju tepi parit / sungai. Terang-terangan ada signboard tulis tak boleh membasuh. Tapi selalunya sapa kesahkan. Air kaler teh susu sebab semalam ujan kata Agus. Syukur sangat sebab hari ni cuaca elok je nyaman. Disebabkan memang ada laluan / jalan khas untuk ke sana, senang je la kami melangkah. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Adeh...banyak jalan yang dah pecah-pecah runtuh dan tak dibaiki. Dah susah nak melangkah. Masalahnya, kami semuanya ayu-ayu je datang. Aku lagi laa..siap pakai kasut pejabat. Kalau pakai sport shoe lain la. Dengan licin sebab batu berlumut bagai. Kena panjat batu, ada terendam kaki aku dalam air. Sentap mak tauuuu. Ada sekali tu...memang agak mencabar laa. Sampai kawan aku masuk je dalam air. Abis basah seluar jeans ngan baju dia. Selepas setengah jam..kami sampai ke air terjun dia. Subhanallah. Cun. Cantik. Cuma spoil dia air laa teh susu. Kalau jernih sure lagi debooom. Aku lencun jugak laa satu badan. hahah kerja giler buat tracking pakai ayu-ayu cenggini. Nasib baik laa kawan aku semuapun selamat tanpa cedera. Tapi jangan risau. Tahap kesukaran dia cuma level 2 je kot..hahahhaah
|
Pemandangan di tempat parking |
|
dah nampak sungai dia |
|
Disediakan jalan / laluan untuk ke air terjun |
|
Tapi ada juga yang dah pecah / runtuh. Tapi tak dibaiki |
|
Pokok hutan |
|
Cantik daun ni betul-betul terletak atas batu |
|
Ini la Pria Laot nyaaa... |
|
Ada lagi cik kak kita membasuh pakaian |
|
Agak dhaif rumah dia ..kecil je |
11. Pantai Gapang
Kawan aku baru bagi tau nama dia. Aku dah lupa dah nama dia. Kami singgah sini minum sekejap. Penat dan peluh tak abis lagi pi trekking Pria Laot tadi. OK la pantai dia.
|
Minum Teh Botol yang ada perisa jasmin..sentap |
12. Kilometer Nul
Ok. Tempat ni wajib pergi. Tapi nak pergi ke sana tuu..kusss semangat. Macam nak ke Cameron Highland ikut jalan lama / Tapah. Yang ini lagi ngeri lah. Dengan jalan dia mostly satu lorong je. Lepas tu, ada area sedang contruction lagi. Adehhhh... Senak perut mak. Masa balik dari sini, ada satu van jatuh / keluar dari landasan jalan. Isshh nauzubillah. Oh ya..untuk masuk ke kawasan ni, kena bayar 2000rp seorang ye.
Sebenarnya, sign Kilometer 0 tu sama je macam I LOVE SABANG semua tu. Takde apa pun yang teruja. Yang terujanya, pemandangan laut lepas tu. Laut tu mengadap Andaman Sea dan Indian Ocean. Air yang ditepi pantai tu warna turquoise. Lawa sangat. Tempat ni memang disarankan pergi untuk lihat sunset. Memandangkan cuaca tak berapa panas, tapi ada la sikit-sikit matahari pun masih nampak menawan. Aku suka.
Cuma agak sedih laa area ni. Ada menara tinjau yang tinggi tapi rasanya terbengkalai. Lepas tu, bahan binaan dia campak-campak je tepi tebing tu. Sampah pun bersepah kat tepi tebing tu. Walaupun tak banyak sangat tapi masih menyakitkan mata. Tembok tepi tu pun ada yang dah pecah-pecah dan ada pelancong yang panjat keluar untuk ambil gambar. Jangan ko terjun ke bawah sudah. Ada juga tempat jualan dan tempat minum di tepi area tu.
|
Sunset |
|
Menara tinjau yang macam terbengkalai |
|
Sign wajib selfie |
|
Tengok laut andaman |
|
tengok lautan india pulak..heheh memandai je aku |
|
aku suka view ni |
Abis..dah jom balik. Kami kena sampai jeti sebelum pukul 6. Abis dah lawatan kami ke sekitar Pulau Weh nie. So far puas hati. Ehhh kita kena naik bot lagi ke ni?
|
Eh lawanyaaaaa..apakah tempat ini? |
Bersambung.
No comments:
Post a Comment