Good Morning
Bangun pagi dengan semangat berkobar. Eh bercampur sedih. Dah nak balik. Kemain awal kami bangun. Solat dan bersiap. Pukul 6.15 pagi dah terjah cafe..hahah korang mampu? Pukul 6.30 baru depa sedar kot kami dah sampai. Terus bukak lampu segala bagai. Siap tanya, kenapa datang awal? Risau dia kot kami salah dengo ke atau nak apa-apa. Aku cakap laa saja sebab dah siap awal. Dapat guna wifi. Hehehe
Disebabkan masih awal, kami hanya dihidangkan roti pisang dan air sahaja. Ok laa. Syukur alhamdulillah. Dapat juga alas perut. Dalam pukul 6.45 kami dah tata Iboih Inn. Alaaa...sedih laa pulak. Budak-budak sini semua nya peramah dan baik-baik.
Tiba je di jeti, Mas Agus dah tunggu. Saja dia melawak kata janji pukul 6.30 pagi. Alahhhh bukan salah kami pun kan. Dah memang bot bergerak lambat. Kecoh..hehehe. Naik je avanza, ada 2 orang menumpang. Katanya gabenor sabang. Tak tau betul ke x. Tapi gaya bercakap nye siap boleh speaking londong, mungkin laa dia 'seseorang'. Sorang lagi yang menumpang tu mat salleh. Kami jumpa dia masa pergi ke Pria Laot Waterfall kemarin.
Kami tiba awal di Jetty Balohan agak awal. Sebab kapal cepat tu bergerak pukul 8 pagi. Sempat laa kami ke tandas, jalan lenggang lenggok. Oh dah babai hai-hai dengan Mas Agus. Hehehe. Agus kata kalau nak lihat pemandangan laut, naik lah kapal biasa. Tapi dia lama weh...dalam 2 jam lebih. Ishhhh tak kuasa la. 45 minit ni pun rasa nak pitam. Terkenang peristiwa masa datang hari tu..issh tak sanggup. Harap-harap hari ni aman lah.
My breakfast |
Morning view |
babai Iboih Inn..panjang umur kami datang lagi |
Di Jeti Balohan |
Pemandangan di jeti Balohan |
Ok. Ini Kapal Cepat Kami, Express Bahari |
Ramai penjual makanan keluar masuk kapal. Beli buah salak - 1000 sebijik. |
Alhamdulillah. Perjalanan balik kali ni lancar dan terasa cepat pulak. Hehehe. Takde drama, takde muntah-muntah. Semuanya berjalan lancar sampai aku tak sedar dah sampai. Sampai je, Kami disambut oleh Pak Khaidir (kawan kepada pak syaiful). Jom ...kita teruskan perjalanan.
Ehhh dah sampai Perlabuhan Ulele |
Pertama: Situs Tsunami - Zero Point Tsunami Banda Aceh
Pelabuhan Ulele tempat yang pertama sekali kena hentaman tsunami. Nanum, masjid ini terselamat dari kerosakan teruk akibat hentaman tersebut. Dikatakan rosak sekitar 20% sahaja sedangkan bangunan lain semuanya musnah terus. Tapi kalau pergi sekarang, tiada kesan ketara yang boleh kita perhatikan. Sebab semuanya telah dibangunkan semula.
Kedua: Eh Kedai Makan Warung Pak Rasyid
Tetiba je singgah kedai makan. Tak pasti kenapa. Hahahahhaah. Yang pastinya ia bukan situs tsunami. Kami makan nasi guri. Sama lebih kurang nasi lemak kita la. Yang hitam tu daging dendeng. Sedap bangat tapi dah kenapa ko bagi sejemput jek... ihetttchuuuu.
Kita kasi 4* untuk nasi guri nie.
Warung Pak Rasyid |
Ini lah Nasi Guri |
Ketiga: Situs Tsunami - Perahu Atas Rumah, Lampulo
Ini merupakan kesan tinggalan sejarah yang ketara. Dengan ketinggian rumah ini dua tingkat, boleh bayangkan bagaimana hebatnya gelombang tsunami tersebut. Pelabuhan nelayan berapa 3km dari kawasan ini. Dilaporkan 59 orang menumpang di dalam perahu ini dan semuanya selamat. Sebahagian rumah ini juga masih diduduki oleh tuan rumah. Tiada bayaran dikenakan. Cuma sumbanglah seikhlas hati bagi membolehkan mereka memelihara tinggalan sejarah ini.
Tingkat dua rumah ini, ada galeri iaitu sedikit gambar-gambar sekitar kawasan Lampulo. Juga disenaraikan penduduk kampung Lampulo yang meninggal semasa kejadian.
Boleh baca nota di sini, untuk refreshment |
Pemandangan perahu dari jalan. |
Disediakan tangga untuk melihat pemandangan dari atas |
Keempat: Makam Syeikh Abdurrauf.
Pak Khaidir kata wajib pergi tempat ni. Ok laa..layan la je la. Aku bab-bab cenggini agak kurang selesa sikit. Makan tersebut disediakan atap. Berkain hijau dan kuning pada batu nesan. Kiranya kubur di dalam bangunan dan tersusun elok la. Teringat aku makam yang hampir sama dengan makam yang aku pernah pergi di Tanjung Pinang, Indonesia. Kalau nak baca lebih lanjut berkenaan dengan syeikh ni, boleh baca di sini. Kat luar ni ada macam gazebo. Kata pak supir, hari minggu ramai yang datang untuk belajar agama.
Sekitar makan syeikh |
Singgah ke Muzium Rumah Aceh. Sekali dia tutup daaaaa. Makanya, kami posing-posing kat luar je la. Cantik senibina rumah ni. Ada bayaran masuk dikenakan tapi tak ingat berapa. Disebabkan kami bercanda kat luar je, sudah tentu lah percuma.
Ala-ala transformers kan hehhe |
Inilah Rumah Aceh |
Keenam: Taman Sari Gunongan
Aku baru tahu kewujudan tempat ini. Sebelum pergi adalah google-google baca pasal Aceh, takde plak aku terbaca.
Makanya, sila baca maklumat dari wiki ni ye:
"Taman Putroe Phang (Taman Putri Pahang) adalah taman yang dibangun oleh Sultan Iskandar Muda (1607-1636) untuk permaisurinya Putroe Phang yang berasal dari Kerajaan Pahang. Taman ini dibangun karena sultan sangat mencintai Putri Pahang dan agar sang permaisuri tidak kesepian bila di tinggal sultan menjalankan pemerintahan.
Pembangunan taman dikisahkan merupakan permintaan dari Putroe Phang, putri raja yang dibawa ke Aceh oleh Sultan Iskandar Muda setelah kerajaan Pahang ditaklukan.
Di dalam taman ini terdapat Pinto Khop yaitu gerbang kecil berbentuk kubah yang merupakan pintu yang menghubungkan taman dengan istana. Pinto Khop ini merupakan tempat beristirahat Putri Phang, setelah lelah berenang, letaknya tidak jauh dari Gunongan, di sanalah dayang-dayang membasuh rambut sang permaisuri. Di sana juga terdapat kolam untuk sang permaisuri keramas dan mandi bunga."
Tempat ini pun berkunci. Tapi boleh je ronda-ronda kawasan sekitar. Dia cantik. Stunning sangat. Warna putih kan. Lawa laaa..cuma tak de apa pun sebenarnya. Heheh. Masuk sini pun percuma saja.
Sekitar Gunongan |
Boleh baca disini |
Stunning sangat kan!!! |
Ketujuh: Muzium Tsunami
Ok. Ini tempat wajib pergi. Gratis kecuali tayangan 4D tapi tutup pulak dah. Masuk-masuk je nampak notis ni. Gelap plak lorong tu. Aku dah saspen. Tak berani aku lalu area tu sorang-sorang. Tunggu semua geng ada baru lalu. Jeng..jeng..jeng....Ada bunyi air..gelap...tapi...tapiiiii...takde apa lah. Buat penat je aku berdebar. Lorong tu dalam 5 meter je kot ke kurang..hehe
Kemudian, nampak kiosk ni. Banyak....tapi memaparkan bahan yang sama. Maka, jangan berebut ya. Ambil masa dan baca dengan sepenuh hati ye.
Kiosk yang memaparkan maklumat tsunami Acheh |
Ok. Yang ini serius rasa 'sesuatu'. Ruang Sumur Doa. Dipaparkan nama mangsa tsunami yang mengandungi 200K ++ . Sentiasa dipasangkan ayat al-quran kawasan ini. Masa ini pun, elok kita sedekahkan Al-Fatihah kepada si mati.
Ruang Sumur Doa |
Bilik ni gelap..pandang di atas ada tulisan Allah |
Selebihnya, dipaparkan sejarah tsunami dunia, tsunami aceh, bahan tinggalan semasa tsunami. Boleh ambil masa membaca dan melihat sendiri bahan tinggalan tersebut. Cuma apa yang boleh saya katakan, Muzium ini kurang penyelenggaraan. Banyak bahan yang tidak terpelihara dengan baik. Contohnya gambar yang diambil oleh fotografer. Bagi mengekalkan kualitinya, seeloknya di frame atau ditutup dengan kaca. Begitu juga dengan bangunan muzium itu sendiri. Banyak bocor sana sini. Mungkin tiada bajet dari kerajaan. Bukan apa, risau nanti lagi 10 tahun, banyak bahan yang akan memakan diri. Tetapi secara keseluruhannya, saya suka konsep muzium ini.
6 November - Hari Tsunami Dunia |
Banda Aceh - Sebelum Tsunami |
Banda Aceh - Selepas Tsunami |
Pemandangan di atas - Sila dongak ye |
Kelapan - Situs Tsunami: PLTD Apung
Adoiiii...tutup jugak. Frust tauuuu. Makanya, kami turun van hanya untuk ambil gambar je laa. Nasib...nasib...Kapal seberat 2600 tan ini berada di Pelabuhan Ulele. Ia terseret sejauh 5 km ke tengah Banda Aceh semasa tsunami. Bayangkan la betapa kuatnya gelombang tsunami tersebut. Sayang aku tak dapat masuk ke dalam kapal tersebut. Dikatakan ada 11 orang awak-awak dalam kapal ini tetapi hanya seorang saja yang selamat.
Kesembilan - Situs Tsunami: Kubah Masjid
Ini antara peninggalan tsunami yang aku tak perasan. Aku tau masa aku datang sini la. Terukkan aku ni...huhuhu. Diceritakan ia terseret sejauh 2.5km dari tempat asalnya. Masjid asalnya musnah sama sekali. Kubah bersaiz 4x4 meter dan berat menghampiri 80 tan ini juga dijadikan kapal dan menyelamat 7 orang yang berpaut padanya. Masuk gratis tetapi disediakan tabung untuk sumbangan seikhlas hati.
Untuk ke sini, jalan dia macam lorong kecil saja. Kalau bas tak lepas masuk. Di simpang jalan ada banyak motosikal menunggu di bawah pokok. Kalau ada rombongan yang naik bas, bolehlah upah motosikal yang ada di situ ye. Berapa upahnya saya tak perasan pulak. heheh.
Hanya kubah saja yang terselamat. |
Ada pondok kecil yang memaparkan gambar berkenaan dengan peristiwa |
Musola di sebelah kubah tersebut. |
Sekeliling kubah tersebut adalah sawah padi. Cantikkan! |
Destinasi seterusnya, kami ke Pantai Lampuuk untuk makan tengahari. Hajatnya untuk makan ikan bakar. Sampai-sampai je dah nampak tempat bakar ikan ni. Maka, kena pilih ikan dulu. Menu lain order kat gazebo masing-masing. Kami pilih 2 ekor ikan. Masa tu agak kebuluran. Amik ikan yang beso. Ikan apa eh...Kerapu ngan siakap kot. 2 ekor tu kena dalam 125K rasanya. Selain itu, kami order lah sotong, sayur dan tempe.
Kedai ikan bakar |
Ikan yang kami pilih |
Gazebo tempat makan. Pilihlaa mana yang suka |
Sementara tunggu ikan bakar siap, kami posing lah dulu sekitar pantai Lampuuk ni. Ya Allah. Sebenarnya pantai dia cantik sangat. Cuma berombak agak kuat. Diceritakan pantai ni suka makan orang. Maka, sila berhati-hati ye. Dikatakan, tempat peranginan ini juga musnah teruk semasa tsunami.
Apa yang menariknya di sini, tiada kucing liar yang sibuk mengacau kita semasa makan. Lalat pun kami jumpa seekor saja. Kira dapat makan ikan bakar dengan aman damai. Cumanya, masa kami datang tu, cuaca kurang berangin. So, panas la sikit. Tapi masih terkawal. Disebabkan ketamakan mengambil ikan 2 ekor yang besar, kami tidak berjaya menghabiskannya. Ohh rasa sangat ralat. Napsu syaiiiton sangat. Maafkan saya. Keseluruhan kami makan adalah sekitar 300K.
Pemandangan sekitar pantai |
Dan lagiiii |
Eh...gambar makanan semulaa..haha |
Sepanjang perjalanan keluar dari wisata ini, banyak kelihatan homestay di pinggir jalan. Boleh dikatakan sepanjang jalan. Kata Pak Khaidir, Mat Salleh suka lepak sini. Logik lah. Sebab sini banyak acara surfing dan memang pantainya sangat indah.
Kesebelas - Situs Tsunami: Masjid Rahmatullah
Setelah kekenyangan yang amat sangat sehingga membuatkan perut saya meletop, marilah kita menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Rupanya kami ke masjid yang menjadi sangat fofular semasa tsunami melanda. Aku ni memang teruk. Tak tau lokasi dan nama masjid tersebut. Aku ingatkan masjid di Banda Aceh - Zero Point tuuu. Rupanya bukan. Adehhhhhh.
Seperti biasa, masuk masjid kena pakai kain ya. Jangan pakai seluar jeans. Selepas solat, baru lah aku melihat-lihat peninggalan kesan tsunami di sini. Sebahagian kerosakan tersebut dikekalkan sebagai ingatan kepada semua. Sudut berkenaan dipagari dengan dinding partition selain terdapat gambar-gambar yang berkenaan dengan bencana tersebut. Kita boleh lihat kemusnahan sehingga ke bahagian atas masjid. Betapa tingginya ombak tsunami melanda. Masjid ini dekat je dengan pantai kira-kira 500m tetapi dia tetap teguh berdiri. Itu yang membuatkan masjid ini sangat mendapat liputan yang meluas.
Semasa aku solat dalam tu, ramai juga pelawat dari Malaysia. Mereka mengambil peluang bersembang dengan penduduk tempatan yang selamat. Mereka sudi je bercerita berkenaan dengan peristiwa tersebut. Sama juga semasa lawatan di Perahu Atas Rumah. Aku je yang emosional. Tak boleh nak bayangkan nak bercerita semula peristiwa yang meragut ahli keluarga. Uwaaaaa...semoga mereka diberi kekuatan menempuhinya.
Sebahagian peninggalan tsunami yang dikekalkan |
Pameran bergambar |
Lantai yang dibiarkan untuk bahan sejarah |
Pemandangan luar Masjid Rahmatullah |
Ini gambaran semasa selepas tsunami - ambil di Muzium Tsunami |
Keduabelas - Lhoknga
Kami singgah di tepi jalan untuk melihat Pantai Lhoknga dari jauh. Lhoknga tu katanya bermaksud simen putih ke batu kapur kata pak supir. Ke aku salah dengo. heheheh. Tapi memang banyak bukit yang ditarah pun. Aku memang ada masalah untuk mengingati dan menghayati sejarah ni. hehehe. Takde apa pun kat area ni. Tapi dah pak supir kata wajib singgah dan amik gambo, maka layankan je laa. Kalau google, Pantai Lhoknga dan Lampuuk kedua-duanya lawaaa sangat. Dah kami sekejap je di Banda Aceh, tak dapat laa nak menghayati semua tempat dengan aman damai.
Dari sini boleh nampak pantai Lhoknga |
Ketigabelas - Pasar Adjeh Shopping Centre
Tempat yang ditunggu-tunggu adalah shoppingg!!!!!!!!!!!!!!!! Jangan tak percaya. Kami hanya ada masa 2 jam je untuk shopping. Betapa shopping tidak diberi perhatian yang sepenuhnya dalam trip ini. Tahniah kawan-kawanku...hahahha..niat kita memang nak bersantai di pantai telah tercapai. Ok. Sekarang 2 jam je kita ada. Mari kita terjah. Disebabkan kawan aku dah tidur rumah aku, mereka dah terbekenan dengan telekong yang mak aku hadiahkan aku masa dia pergi Aceh hari tu. Dah satu hal pulak nak mencari kedai mana. Ini pasal, hampir semua kedai yang kami singgah, semuanya tak sama dengan yang aku punya. Tapi memang pun. Ia memang fail kat area muka tu. Dah la peniaga kat sana macam paksa beli. Naik geram jugak aku. Akhirnya ada lah satu kedai ni, macam hampir sama dengan telekong aku. Kami pun borong kat sana. Tapi tak dapat murah mana sebab kawan aku dah terlepas cakap. Pasrah. Asalnya aku nak beli 5 pasang telekong, sekali tengok duit ada 700K je..emmmm...Tak dapek laa nak borong. huhuhuhu. Ingatkan jutawan sangat rupanya orang kebanyakan je..hahahha. Aku beli 3 pasang telekong dan 1 telekong travel. Ok laa..sebab aku memang ada 1M je untuk shopping dan lain-lain. Maknanya aku dah belanja ke lain laa duit tu masa kat Pulau Weh.
Keempatbelas - Masjid Raya Baiturrahman
Pak supir singgahkan kami di sini. Disebabkan disini majoriti penduduknya muslim, memang masjid ada di mana-mana. Tak boleh nak dibandingkan dengan Bali. Tapi bila dah banyak sangat, aku jadi kurang penghayatan dan apa keistimewaannya. Agak dangkal sunggulkan pemikiran aku. Dia singgah maka aku pun masuk je laa. Sekali lagi, jangan lupa pakai kain sarung. Dari luar, masjid ni nampak OK. Cantik dan besar. Bismillah, aku melangkah masuk. Tetiba...terus aku melopongggg. Masya-Allah!!! Bukan setakat cantik hiasan dalaman dia. Tetapi memang berada di Taman Sorga. Seluruh sudut penuh dengan kanak-kanak belajar agama. Suasana masjid riuh rendah. Ada kanak-kanak yang bermain tapi hampir keseluruhannya belajar agama. Masjid yang penuh dengan tiang mengingatkan aku dengan Masjid Nabawi. Bestnya laaa...aku tak jumpa lagi masjid di Malaysia macam ni. kalau ada pun, ia dibuat di kawasan luar solat. Ini betul-betul dalam ruang solat.
Pemandangan luar masjid Baiturrahman |
Ruang Solat...cantikkan |
Setiap sudut penuh dengan pelajar menuntut ilmu |
Di sini juga |
Kelimabelas - Mee Razali
Boleh dikatakan semua review dari Malaysia kata wajib try. Moh ler kita try walaupun perut aku tak la kebuluran lagi. Aku order Alpukat dan Mee Ketam (Kepiting nama localnya). Walaupun tak lapar, masih order sepinggan sorang. Ishhh isshh macam tiada keinsafan. Sekali datang..amik ko..penuh pinggan dengan mee dan ketam seekor. Ohh sebenarnya servis dia agak lambat. Lama jugak lah menunggu mee dia siap.
Komen? Rasanya?
Sejujurnya untuk tekak aku, aku bagi 2 bintang je mee dia. Ntah laaa. Rasa dia macam tak best. Mee dia macam berempah kari sikit. Dan memang aku x makan abispun. 90% berbaki. Nasib baik laa ketam dia fresh dan rasa manis. Habis aku telan walaupun agak malas nak melayannya. Selalu laki aku je yang uruskan ketam-ketam ni. Aku syak sebab aku kenyang..hehe. Bukan aku sorang laa tak abis. Kawan-kawan aku pun sama.
Dah penat melayan ketam ni, jom kita balik. Dah letih rasanya. Ohhh sebenarnya baru je azan magrib. Rupanya di sini (atau mungkin kedai ini saja), semua staf dia solat sampai kedai xde orang. Sesapa yang baru datang tu, memang berkurun laa dia nak tunggu order dia sampai. Ok. Jom kita sambung borak sementara depa abis solat. Tunggu punya tungggu..aduuuh terasa lama la pulak. Tak lama kemudian, ada laa staff dia yang dah turun ke kedai semula. tapi tak semua boleh akses kaunter bayaran. Ok. Tunggu lagi...tunggu lagi....Hampir 30minit sebenarnya kami menunggu. Bertabahlah wahai hatiiii.
Kami terus pergi ke hotel. Walaupun niat asalnya nak try Rumah Kupi bagai. Dah tak mampu nak masuk apa lagi ni....
all time fav - alpukat |
Awat huduss sangat aku amik gambo nie...(aku keluarkan ketam dia) |
Asalnya ketam dia menyorok daaaa |
Kelimabelas - Pade Hotel
Salah seorang kawan kami sponsor dok kat hotel ni. Ikutkan kami nak dok bajet hotel je sebab tau memang akan duduk sekejap je. Dah dia sponsor haruslah bersyukur dan bergumbiraaa. Cuma tak dapat menikmati hotel je sebab sekejap sangat..hahahahha. Masa check-in ada plak nampak perkhidmatan urut / massage. Dan ia sangat murah. Terus teruja sebab kaki dah lenguh-lenguhkan. Hotel plak kata boleh, apa lagi terus gumbira.
Masuk bilik je terus bersiram..wah bersiram kauuu. Macam puteri raja gitu...lepas tu lepak sambil tunggu tukang urut datang. 9.15 kot depa datang. Aku pilih urut kaki je. Tambahan kepala dan muka. Total kena 160K untuk tempoh masa sejam lebih. Sib baik memang sedap urutan dia tu. Terus aku lena tido malam tu. heheh.
Keesokkan harinya
Kami bangun awal sebab pak supir nak datang amil kami 6.30 pagi. Aku dah suruh dia datang lewat sebab kami dah buat pun web check-in di samping airport dia kecil je pun. Tapi dia beria kata jam la jauh laa. Whateverrrrrrrrrrrrrr. Nasib baikla breakfast buffet start pukul 6 sempat lah kami mencekik. Dalam pukul 6.45 jugak kami gerak. Ehh sekejap je kami dah sampai airport. Dekat je pun. saja je ye pak supir nie. Takpe laaa. Dapatlah kami menganga di sana. Heheheh.
Dan proses untuk check-in terbang segalanya berjalan dengan lancar.
Ambil gambo masa breakfast |
Baru ada cahaya nak tengok kawasan sekitar |
Tinggalkan tapak kaki di airport |
Ni pintu masuk ke tandas je pun..lawa kan. heheh dan bersih |
Terima kasih AA sebab bagi tiket murah. |
Maka, tamatlah percutian kami di Banda Acheh. Kesimpulannya aku sangat berpuas hati dengan trip kali ini. Walaupun singkat tapi fullest bak kata mak aku. Hehehehe. Alhamdulillah.
Wa - tammat.
No comments:
Post a Comment