Tuesday, 4 October 2016

Mendaki Bukit Tabur, Hulu Kelang

Sempena cuti panjang Maal Hijrah yang lepas, saya pergi ke Bukit Tabur. Dah lama tak hiking kan. Lepas subuh kami bertolak. Lewat lah sebenarnya. Pukul 7 pagi gerak..sampai sana dalam pukul 8. Nasib baiklah tak ramai sangat makhluk. Ramai pergi holiday atau balik kampung kot. So ok laa..tenang.

Kami pergi ikut waze je. Makanya, kami pergi Bukit Tabur East. Jalan masuk dia...selepas giant Taman Permata tu, korang belok kanan terus masuk ke area Taman Melawati.

Awal-awal kami dah tersesat. Hahaha. Terawal mendaki..patut lah rasa pelik je track dia. Turun balik dan follow orang depan. Depan kami tu rasanya student. Ramailah...dalam 20 orang kot. Awal-awal pendakian je terus curam. Tapi nasib baik lah banyak akar kayu. Boleh la berpaut dan buat tempat pijak kaki. Trail Bukit Tabur ni, lorong dia agak kecil. Boleh muat sorang atau dua saja pada satu-satu masa. Maka, kesabaran para pendaki amat diharapkan. Adalah di sesetengah tempat yang boleh ramai sikit. Tapi kenalah bertolak ansur supaya kita jangan nak naik juga ke atas. Kena bagi masa orang yang kat atas tu lepas dulu. Memang, ada orang yang kali pertama mendaki. Maka, dia lambat lah sikit. Tu belum termasuk yang takut laa gayat laa. So bersabar ye. Bila dah semakin kat atas, curam dia penuh dengan batu-batu pula. Elok kalau korang bawa glove. Walaupun tak teruk mana, tapi I kan manja-manja kucing...hahahah sakit tau jari jemari I ni. 

Bila dah sampai atas tu, masya-Allah. Cantik sangat pemandangan empangan dia. Sebelah lagi pemandangan perumahan. Tapi bila dah sampai atas, akan nampak pemandangan Kuala Lumpur. 

Apa beza Bukit Tabur dan Broga?
Emmm pada pandangan aku yang bukan kaki hiking ni, aku suka Broga lagi. Sebab dia ala-ala ada padang rumput dan kawasan dia luas. Tabur ni, agak sempit dan curam sepanjang jalan. Memang boleh terbayang kalau tergelincir kompom masuk gaung. Memang kena berhati-hati. Tapi yang magiknya, tak de plak aku buat drama swasta sepanjang hiking tu. Heheheh almaklumlah. Aku ni ada asma. Suka buat drama.

Korang ikut je trail dia tu. Kejap naik kejap menurun. Nanti sampai satu peringkat, korang macam menurun tapi ada bukit tinggi kat depan. Tu dah sampai puncak Bukit Tabur la tu maknanya. Korang boleh belok kanan untuk turun ke bawah. Bila turun ni, korang akan lalu kawasan kebun. Penuh pokok-pokok. Kiranya dah tak de kawasan berbatu tu. Cumanya tetaplah cerun tapi terkawal. Dipenghujung jalan, korang akan lalu belakang rumah rumah orang yang ada bela ayam la apa la. Selepas itu, baru melintas kawasan perumahan baru (rumah 4 tingkat / banglo). Kena jalan dalam 500meter untuk sampai ke parking semula.

Dah, jom layan gambar pula.


Signboard bila mula-mula nak mendaki

Di awal pendakian

Empangan. Cantik sangat pemandangan di sini

Dan lagi
Ni puncak Bukit Tabur..jauh lagi nie

Suka sangat pemandangan nie

Contoh trail yang landai dan besar sikit 
My travel feet
Boleh korang nampak KLCC?
Ini la puncak Tabur. Korang nampak tak orang sedang panjat tu dengan trail dia? Serem

Pemandangan bukit tabur dari jauh
Total perjalanan kami cuma 2 jam untuk 2.5km. Ketinggian dia 275meter. Cumanya aku tak panjat la sampai ke puncak dia. Aku bawa anak dan aku malas nak perjudikan nyawa dia pulak. Dah la dia macam tak larat je pagi tu. 

Cuma ini nasihat makcik pada semua ya. Tau korang suka bergambar berselfi bagai. Tapi safety first OK. Sebab ni aku perhatikan sendiri dengan mata aku. Anak muda pi amik kat batu cerun tu sebab nak nampak gempak gambo. Serius makcik tak berani. Amik gambo ala kadar je la. So, korang pepandai laa jaga diri sebab malang tak berbau. Makcik membebel ni sebab malamnya, masa nak tidur terbaca plak berita kat bawah ni. Errkkkk sama tarikh dan masa makcik panjat. Iye..memang dah ajal dia tapi kita kena lah beringat ya. 

Berita menyayat hati

Sekian saja laporan aktiviti mendaki Bukit Tabur. Insyaallah panjang umur dan ada kederat lagi, nak laa try sampai ke puncak dia.

No comments:

Post a Comment