Tuesday, 27 September 2016

24 Jam di Miri Sarawak

Dah banyak kali aku singgah Miri. Selalunya disebabkan transit la sebelum ke Lawas, kampung suami. Dan selalunya tak keluar pun dari airport tu. Cuma pernah sekali masa baru kawen dulu pusing-pusing Miri dengan sedara nya. Pergi ke shopping mall je pun. Menumpang tinggal kat rumah dia.

Memandangkan anak aku dah besar dan aku perati laki aku tak berapa boleh diharap untuk plan (huhuhu), maka marilah kita yang plan. Dia kena ikut je. Aku terus kata kat dia, kita stay Miri satu hari eh. Esoknya baru balik kampung. Seperti diduga, dia ON jek. Aku survey la lebih kurang pasal Miri. Tapi disebabkan aku agak sibuk akhirnya tak berapa sempat juga. Minggu nak balik kampung tu, laki aku bagitau yang adik dia ada kursus. Baru niat nak menumpang tidur. Hahahah. Hotel pun aku x sempat cari, kereta sewa pun tak dan. Laki aku kata kita rempuh je laaa. Miri je kot. Hahaha

Memang betul. Kami pergi dengan zero. Turun je airport terus cari kereta sewa di sama. Terkejut sungguh aku yang harga di sana lebih murah dari kat luar. Selama ni aku ingatkan sewa di airport tu mahal. Kami dapat RM70 sehari untuk Myvi. Dah laa myvi tu baru. Alhamdulillah. Ada beberapa pilihan lain macam kembara RM100, dan apa ke lagi satu RM150. Tapi dia punya deposit RM500 kauuu.. Ye laaa untuk keselamatan kalau ada kemek ke eksiden ke apa kan. Lepas settle terus kami pecut ke Niah. Matlamat utama kami. Kami gerak dari airport pukul 12 lebih. Perjalanan ke sana dalam sejam setengah untuk 120km. Yang ini sempat aku baca sebelum ini. Jalan memang lengang, dengan macam tak de penempatannya. Memang sunyi. Masa ni korang hati-hati tau sebab memang tak jumpa signboard kata Taman Negara Niah. Kami guna waze je ni.

Yeah dah sampai dalam pukul 1.50 gitu. Macam sunyi je area ni. Dah la hari jumaat. Harap-harap la jangan kaunter tutup. Ok nasib baik bukak. Masa tunggu turn tu, aku jelingla notice board kat depan kaunter tu. Ehhh aku baca kata tiket masuk RM10, kenapa tulis RM20. Emmmm. Lepas tu ada notis kata tutup pukul 3. Risau gak ni..Sekarang dah pukul 2. 

Tiba giliran kami. Fuhhhh. Boleh lap peluh. Masih boleh masuk ke taman negara. Beberapa perkara yang diingatkan beliau:
1. Tiket RM10 untuk dewasa. Anak aku masih percuma. 
2. Dia tutup pukul 5 (bergantung pada cuaca)
3. Ada map dia akan bagi. Jangan buang sebab dalam tu ada nombor telefon kecemasan. Penting tu.

Pintu gerbang Taman Negara Niah. Hijau tu kereta sewa kami

Dah siap semua. Jom kita ke jeti pula. Di sana, sebelum masuk, ada lagi satu kaunter. Di kaunter ni kita boleh sewa headlamp kalau nak. RM5 satu. Kaunter di sini tutup pukul 4. So, kalau lambat turun dari gua, boleh tinggalkan pada abang bot ni nanti. Oh. Bagi bayaran bot ni, sila bayar pada abam bot ye. Masa naik bot ni, jeling-jeling juga sekitar, tak nampak pula. Ramai yang kata ada tanda Hati-hati buaya. Dah takde agaknya buaya ni. Alhamdulillah. 

Kena naik bot dulu. Bayar RM1 per trip. Pergi balik RM2 la
Ok. Dah sampai seberang terus nampak ni. Ok..ok...harap bertabahlah kaki. Aku tengok langit sebab dari bandar Miri tadi nampak macam mendung je. Aku berdoa sangat jangan hujan. Tak buat persediaan untuk menghadapi hujan ni. 

Niah ini secara keseluruhannya, OK je. Sebab dia dah siap ada track. Awal-awal tu jalan bersimen. Ikut je track tu. Kemudian tu jalan jambatan berkayu. Nampak macam dijaga elok jambatan kayu dia. Kiranya tak de la rupa macam mereput ke patah ke. Memang cantik je la. 

Kita layan gambar je laa. Sebab aku berjalan je ikut track dia  nie. 

Papan tanda awal beritahu apa yang kita akan lalui

Buah hutan. Macam sengaja diletakkan disitu. Tapi tak nampak pula monyet ke binatang lain ke

Track Jambatan Kayu

Peringatan jangan buang sampah berada di mana-mana
Gazebo macam ni pun banyak tapi agak sereeem je rupa dia. Langsung tak berani nak masuk
Musim ulat gonggok rasanya. Sepanjang jalan nampak dia. Lebih 50 ekor kot
Fungus
Dah mula nampak batu kapur
Sungai dan batu kapur
Hai siput!

Tapi masih ramai yang buang sampah....ishhh geramnya

Ni pintu masuk bila dah nak sampai area gua
Dah mula kawan mendaki. Jangan risau..semuanya ada track
Baca dulu cerita di sini
Gua Arkeologi


Ni pula Gua Dagang
Di dalam Gua Dagang



Rasanya ini dalam Great Cave...Serius aku dah lupa
Bermula episod masuk ke dalam gua yang gelap, berbau. Terus rasa nak kena asma




Dah abis trip gua. Jom balik
Bila tengok semula map ni, rasanya aku tak sampai Painted Cave

Kalau tengok map di atas tu, persimpangan kedua tu, ada kedai jual minuman. So boleh lah berehat dan minum-minum sekejap bagi yang tak bawa bekal. Tapi harga dia agak mahal laa. Bukan agak sebenarnya, memang mahal. Hehehe. Coke je harga RM5 setin. Bila tengok balik, agak kecewa laa sebab aku tak sempat nak pegi tengok rumah panjang dan sampai ke painted cave tu. Ye laa..datang dah lewat. Dengan pakaian yang kurang sesuainya lagi. Berpeluh lencun aku tau. Rasanya sebab dalam gua tu. Macam kena repeat lagi laaa. Syok gak jalan-jalan dalam hutan tengok gua batu kapur. Cuma bab bau tahi kelawar / burung layang-layang tu yang nak pitam sikit. Memang menyengat bau dia. 

Kami sampai ke ferry tu lebih kurang pukul 5 petang. Ok la juga dalam 3 jam. Walaupun penat, tapi aku rasa happy la. Cuma agak sedih tengok banyak chalet/resort yang agak terbiar. Rasanya Tourism Sarawak kena fikirkan kaedah untuk majukan Niah National Park ni. Macam perkara asas, signboard pun susah nak nampak sepanjang jalan raya besar tu. Sayang tempat begini tak dipromosikan dengan betul.

Balik tu kami singgah di area semacam R&R la. Ada food court, surau dan kedai kecil. Menumpang solat je. Walaupun agak dhaif, tapi OK laa dari takde langsung. Makan pula kurang berselera. Kami terus pecut ke Miri semula.

Dalam perjalanan balik tu, henfon aku abis bateri. Henfon suami pun sama. Adeh..punya la susah rasa hidup ni. Hahahaha. Dah terbiasa bergantung pada waze, agak susah mencari tempat makan mana yang sesuai. Main agak-agak je tapi akhirnya sesat. Akhirnya kami makan di tengah pekan tu. Masa makan menumpang cas henfon dengan pekedai. Agak terkejut dengan harga di Miri. Serius mahal. Kami makan makanan biasa je pun, harga meningkat hampir 50% dari Kuala Lumpur. 

Selesai makan, kami pusing-pusing Miri nak cari hotel bajet. Ada la terjah satu dua hotel, fully booked. Emmm aku dah start saspen. Ye laa. Esok sabtu (weekend), kot laa ramai orang balik kampung sebab Isninnya raya haji. Aku cakap ngan laki aku, kalau ada harga bawah RM100 ada towel dan toilet dalam bilik, ON je. Malas dah nak pikir. Badan dah belengas, penat segala macam rasa. Nak cecepat je mandi. Jumpa Venice Inn. Laki aku cakap, OK bawah seratus. Terus aku ngan anak aku keluar pergi ke reception area. Lepas tengok apa pilihan yang ada, aku pilih katil queen dan tiada tingkap. RM65 sahaja. Heheh. Tak yah la tingkap bagai. Dah malam dah pun ni. Memang niat nak menumpang tidur je. Semua hotel kat sini attached bathroom. Ok senang. Tak yah pening-pening kepala. Deposit RM25 je dia ambil. Angkut bag dan terus masuk bilik. Eh OK sangat bilik ni. Kemas, bersih dan simple. Dah agak besar untuk harga 65 tu. Mungkin sebab Miri belum lagi penuh dengan pelancong. TV flat screen, ada air-cord. Toilet dia pun ok. Bestnyaaa..terus aku baring. Lega sesangat dapat baring. 

Lepas mandi solat semua, laki aku ajak pusing Miri. Alaaaa...baru nak baring-baring. Dia kata kalau travel mana leh lepak dalam bilik. Ok fineeeee... jom. Aku kata malam pergi Grand Old Lady la. Dari situ boleh nampak Bandar Miri pada waktu malam. Tadi dah cas henfon kan, senang lah mencarinya. Dekat sangat dengan hotel kami tu...2KM je. eeehhh dah sampai. Ya Allah. Gelap gulita tau kat atas ni. Rasanya ada sebatang je lampu jalan. Tapi kereta penuh. Aku pun jengok laa apa yang ada. Sana couple..sini couple..nun couple..oh sini ada mat motor...sana ada group perempuan. Emmmmmmmm...... pusing la sikit area sebelah sana. Ok. Tak berminat nak teruskan. Kenapa la pihak berwajib tak pasangkan lampu jalan sekeliling Grand Old Lady ni. Kalau lah nak jadi tempat tarikan pelancong, kenalah tambah lampu. Kalau gelap gelita cenggini, jadi tempat maksiat la jawapnya.

Bandaraya Miri waktu malam
Bandaraya Miri waktu pagi
Lepas tu, kami pusing-pusing bandar Miri tanpa arah tujuan. Lastnya, singgah food court mengopi. Lepak je laa minum-minum tengok gelagat orang Miri. Masa nak membayar tu, terkojot lagi. Harga minum 3 jenis air biasa (teh tarik, teh o ais dengan milo) pun mencekik darah. Kesiannya laa orang Miri. Berjiran dengan Brunei yang memang turun Miri hari minggu untuk shopping. Sama kes dengan Johor Bharu. Dah..dah..jom kita balik bilik tidur.


Ohhh satu yang agak ketara berkenaan dengan Venice Inn ni, dia takde sound-proof. Hotel bajet lain ada keeewww??? hehehhe. Dan aku tak tau ada event apa malam tu, bising ya amat kat luar. Rasanya budak-budak muda bersuka ria kot. Terganggu tidur aku. Tapi anak aku pun sama. Malam tu dia mengingau teruk. Aku rasa bergema satu hotel tu..hehhehe

Keesokan paginya, kami terus bersiap-siap dan check-out. Target utama adalah mencari breakfast. Malam tadi sempat aku google. Katanya ada mee jawa tersedap di Miri ada di Kampung Pulau Melayu. Tapi memang mee jawa ni popular rasanya di Miri. Boleh dikatakan semua restoren/gerai ada jual mee jawa. Yang katanya tersedap ni dekat dengan Kelab Golf Miri. Mari gunakan encik waze. Nak mencari Hole 9 tu yang pening. Sampai kena tanya orang yang berada di tepi jalan tu. Gerai tu memang ke dalam sedikit. Kena tengok bebeno signboard Hole 9 tu laa.

Gerai dia kecil je. Macam gerai tepi jalan biasa. Cuma di dalam kawasan kampung dan di belakang rumah dia. Jom la kita order. Mee jawa 1, Mee jawa special 1 dan mee sup kosong 1. Emmmm mari kita try test. Emmmm rasanya biasa je kot. Tak la kempunan sampai nak repeat. Tapi paling aku terkejut harga mee sup kosong tu. Sekosong-kosong alam pun harga RM5. Dah la sup dia x sedap pun. Anak aku x abis pun makan. Dia selalu suka je sup-sup ni. 

Mee Jawa Biasa RM6.50

Whatttt...mee kosong bodo ni RM5???

Dah abis makan, kami sambung pusing-pusing bandar Miri. Pergi semula ke Grand Old Lady. Boleh baca berkenaan dengan Grand Old Lady kat link tu ye. Nak posing waktu siang pula. Tapi muzeum dia buka lewat..Pukul 10. Malas nak tunggu. Pagi tu tengok ramai yang berjoging, trekking. Penuh kereta di parking. Ishh rugi plak check out awal tadi. Kalau tak boleh jugak join berjoging pepagi ni kat Bukit Canada ni...Amboii..nama bukit kemain...heheh

Arca depan Grand Old Lady

Menara Grand Old Lady

Kemudian, kami pergi ke Tamu Kedayan / Tamu Muhibah di Miri ni. Aku memang suka ke tamu di Borneo ni. Sebab aku suka tengok menda-menda pelik / rare yang ada. Tamu Kedayan ni memang tamu yang paling bersih aku rasa. Lantainya kering, bersih dan tersusun. Kagum giler aku. Depan Tamu Kedayan ni Tamu Muhibbah. Sini lebih besar sikit kot dan tidak sekemas Tamu Kedayan. 


Bunga pun ada dijual

Sayuran dan ubi-ubi

Pisang Merah


Semasa meneruskan perjalanan, ternampak pula Taman Awam Miri. Jom laa singgah kejap. Taman nya besar sangat. Siap ada jambatan gantung ni. Panjang plak tu. Mak is suka. Bawah tu ada kolam untuk kanak-kanak mandi. Adeh..ini langkah kiri. Terus anak aku meroyan nak mandi kolam. Aku malas dah nak layan. Issshh tekanan terus. Tapi sebenarnya kalau ada banyak masa, best rasanya jalan / joging area nie. Bersih dan tersusun je taman dia. Masuk percuma




Laki aku teringin plak nak makan laksa sarawak. Guna waze je kami pergi ke restoren apa ntah. Boleh plak aku lupa nama kedai dia. Walaupun sebenarnya perut aku masih kenyang lagi ni. Jom laa makan jugak. Laki aku order laksa sarawak. Aku pula order mee kolok. Ntah laa..tekak aku memang tak berapa mengena laa dengan masakan orang miri ni. Semua nye rasa biasa je. Tak la sesedap mana. Mee Kolok paling fail. Selalu sedap je kalau makan kat Lawas atau Kuching. 

Laksa Sarawak yang so so

Mee kolok yang kering dan so-so


Dah kekenyangan, kami decide nak pergi ke airport. Sebab jam pun dah nak masuk pukul 12. Nak pulangkan kereta. Senang je urusan pemulangan kereta. Lepas tu terus ke kaunter MASWing untuk check-in. Aduuuuiiiii... Frust sangat masa tu. Sebab awek tu bagitau yang flight delay dan retime ke pukul 3.30. Mereput laa kami kat airport. Kalau laa dia emel/sms bagitau retime, boleh lah kami checkout lambat dan pi jalan-jalan miri lagi. Emmm pasrah je laa menganga kat airport.

Maka, berakhirlah perjalanan kami ke Miri. Walaupun aku tak berapa happy dengan makanan dan harganya, tapi aku masih boleh terima Miri ni..hehehhe. Mungkin akan datang lagi untuk repeat Gua Niah ataupun taman negara yang lain.

Sayonara Miri.

No comments:

Post a Comment