Banda Acheh - Itinerary, Budget dan Tips

Hehehe
Trip kali ni macam simple je. So aku terajin buat summary.

Tarikh / Masa
Perkara
IPR
MYR
D1 7.45 am
KUL – BTJ

135

Bandara ke Pelabuhan Ulele
150K per trip
37500


Kapal Cepat (45 minit)
80000


Full Day Island Tour
500K full day
125000


Semua gratis kecuali KM0
2000

D2
Snorkeling
Rental mask n life jacket
30000


Half day island hoping (all in)
300000


Iboih Inn 2Hari
287500

D3
Iboih to Balohan Jetty
200K per trip
50000


Kapal Cepat
80000


Full Day Banda Aceh Tour
550K full day
137500


Massage
160000

D4 8.50 am
BTJ – KUL
100K per trip
25000


Jumlah Keseluruhan
1314500
135

IDR1,314,500 = RM407 + RM135=RM542

Trip kali ni aku cuma tukar RM800 sahaja. Duit pool untuk makan minum transport dan lain-lain adalah 1.8M. Duit belanja 1M. Sebenarnya kami kira bermewah juga kali ini. Abis tu bila lagi kan. Kalau pi negara kaya, siap bawa brahims sesiap. Nak belanja pun makan croissant ngan kopi je. Tu pun sentap kalau convert. Dah alang-alang jadi jutawan, apa salahnya bermewah kan. hehehe. Setiap kali makan kena dalam 300K. Kira ok la kalau bahagi 4. 

Pak Supir
Haa...sapa yang nak pegi Pulau Weh boleh hello Mas Agus kita  +6281360014721. Very recommended. Baik budaknya. hehe. Untuk kat Banda Aceh pula kami gunakan perkhidmatan Pak Syaiful. Namapun pak, so dia agak tua laaa. Nombor telefon dia +6285260180318. 

Kenapa kami guna asing-asing?? Banda Aceh ni macam pelik sikit. Agak stress masa nak mencari pak supir. Kalau di Bali atau Bandung, senang jelas je macam mana deal kita. Ini ada yang mobil saja, parking tak termasuk. Ada yang nak mintak makan laa apa laaa. Ada pula yang nak tau kita ke mana supaya dia senang nak agak jauh dekatnya. Memang rungsing. Pilih punya pilih akhirnya inilah pilihan kami. Tak tau laa murah ke mahalnya tapi kami pilih yang tak merungsingkan. Semuanya dah jelas masa deal dibuat.

Flight Ticket
Selain korang gigih nak tunggu Airasia buat promosi 0 Seat, yang selalunya setahun lagi nak travel. Korang boleh pertimbangkan untuk beli kat fb / ig travelers Malaysia. Mengambil contoh Imran Idris, Faiz Najmi dan ramai lagi. Depa ni selalu juga buat promotion. Ok laa..tidak terlalu mahal dan tidak juga murah giler. Apa yang penting selalunya promo depa ni, untuk current month atau sebulan dua lagi. Bagi yang tak sure boleh cuti ke tak atau malas nak pikir lelama untuk travel, ini pilihan sangat terbaik pada aku la. 

Waterproof Bag
Masa kawan aku cakap nak bawak bag ni aku macam pelik. Dah kenapa nak bawak. Kita bukannya nak masuk sungai ke apa. Setakat snorkeling, letak je la tepi pantai / atas boat. Masa kejadian, baru lah aku nampak bag ni sangaaaaaaaaaaaaaaaaat berguna. Kan masa dalam boat tu, berombak kuat laa..ujan renyai ke. So bag ni selamatkan harta kita dari basah. So, jangan lupa beli ye. Kawan aku kata murah je kat DIY. Ingat nanti dan beli la satu. Kat Sabang, aku tumpang barang aku kat dia laaa.hahahahhah


Tetiba aku tergoogle pasal Aceh lagi nie...rupanya banyak lagi tempat best kat Banda Aceh tu sendiri. Nantilah, mana tau boleh repeat boleh try jeling tempat ni:

  1. Air Terjun Blang Kolam
  2. Air Terjun Suhom
  3. Kuala Merisi
  4. Pantan Terong


Itu je laa yang aku boleh sharekan dengan korang. Sekian.
Ohhh aku dah start rindu Sabang Pulau Weh ni weeeehhhhh






Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

MyMakan dan MeatBall & Co di Ayer@8