Showing posts with label Kuantan. Show all posts
Showing posts with label Kuantan. Show all posts

Monday, 29 June 2015

Cherating

sambung cerita pahang sekejap

pagi ahad tu..selepas subuh enchik suami dah pegi mengayuh.
saya bersantai-santai je di bilik
dah buhsan...tetiba ternampak posting kawan lama di fb
baru teringat..terus wasap dia
kot-kot free boleh dating
alaa..dia tak free..ada free dua jam
dia suh datang kuantan mall kot
mak is penakut nak drive ngan jalan di kuantan yang banyak one way
fikir punya fikir...cakap ngan dia sorry laa
aku tak segigih mana..kalau aku sorang mungkin gigih
ni ada si kenit ni..malas aku nak peningkan kepala

maka..jom la nak..kita pusing-pusing kat bawah
pening dah aku dok bilik nie
tetiba..kawan aku sanggup datang
yeaaaayyyy
lepas grad 1999 dulu..nie baru first time jumpa kot
sib baik kami masih ayu ..sama seperti dulu
tiada masalah pengencamam
heheh

minum kat restoren arab daaaa

dating dalam sejam lebih gitu
sebab dia ada kelas
so..kita dating area-area hotel aku menginap tu je laaa
janji boleh borak-borak
seronok tengok dia ada bisness homestay

dah abis dating, naik semula ke bilik
nak packing barang ...
tak lama kemudia laki mak pun habis mengayuh
lega...x la lama sangat aku nak menunggu

dah siap semua..kami pun menuju ke cherating
sampai sana dalam pukul 3 kot
just nice...maka mari lah kita check in
nanti aku story pasal tempat aku menginap eh

lepas solat..kami terus keluar minum petang
menuju ke kemaman..
kemain jauh demi nak minum kopi yang dikatanya sedap tuu
Hai Peng Kopitiam...
kecik je kedai nya...duduk dah terus order

roti bulat tu gebuss sangat

hiasan dalam kedai

apa yang ko tangkap ni mek

Kami tanya je terus orang kedai tu apa yang sedap
pastu order..
kedai dia kecik jek..tapi hiasan dia comei-comei..
tetiba aku segan nak amik gambo..main tekan je laaa
buat kenangan
ok laa..nak kata sedap giler tu tak laa..ok jek..

lepas makan..pecut balik
boleh tak kami malas nak makan satar
sebenarnya kami minum petang dalam keadaan tak kebuluran sangat
sebab tu terkawal je semua
lepas makan roti..terus rasa penuh perut
hehhehe

balik hotel..yeahhhh mari mandi

Wednesday, 17 June 2015

Kuantan

Tujuan asal ke kuantan adalah menemani encik suami
Dia masuk kuantan century ride 2015
Payah betul kalau ada hobi nak melibatkan mak jugekkkk
Nasib baik mak plan boleh holiday sekali..layankan je laaaa

Selepas lunch kami terus pecut ke kuantan
Cari-cari hotel ..sesat
Waze ni..sesat lagi menyesatkan
Ke..sebab jalan banyak under construction
Semua jadi sehalaaa
Sampaikan laki aku yang pakar jalan pun terkandas...
Akhirnya jumpa jugak..setelah tawaf tak tau berapa kali
Nama hotel Signature...dekat je dengan Padang MPK..dalam 2.5km...eh jauh laaa
Masa kat KB harituuuu 200m jek...
Kali ni laki mak yang booking..memang tak boleh diharap..huhuhuh
Lepas tu ada niat suh mak buat lawatan sosial ke padang tu esok.
Mintak ampun laaaa..tengok kan jalan dengan parkingpun mak dah tak sanggup

Ok..hotel signature ni kira bajet hotel
satu malam RM100..yang standard punya
kata ada wifi..tapi sedih..signal pun yilek
bila call recep dia..kata selalu ok
hello..dah aku call tu maksudnya tak ok laaa...
sampai ke sudah tak ok
nasib baik mood mak enchek tak ke laut..
kalau tak pepasal aku sengseng lengan kat kaunter tuuu

Lepas settle semua, niat nak minum petang
masa tu dalam pukul 4 kot
sebenarnya, aku baru je baca blog khatyjem
dia baru je pergi kuantan..so boleh katakan 60% aku tiru je itinerary dia..
hehehhee...
ini contoh blogger yang bagus...banyak input dia kasi
senang kerja saya..tq ye

ok..maka..moh la ke Kula Cakes
ikut je waze...yang ini betul..terus sampai ke depan pintu kedai
sebab aku dah baca dalam blog kathyjem tu..so tak laa perak dan terperanjat sangat
iye..kedainya sangat chomeiiiiii
ada dua meja dengan dua kerusi je kot dalam tu..
orang beratur sampai ke pintu dengan buat lingkaran ular
nasib baik juga laaa pantas kaunter dia
tak la rasa nak flip meja
aku order mango cheese dengan pavlova dan air pandan cooler
emmm betoi ka nama dia..belasah laa labu

kami duduk kat luar
ohsem hokey...cuaca pun ok masa tuuuu
makan laa kami dengan aman
anak pulak tetiba suka pavlova diaaa
aku rasa sikit..memang sedap
tak terlalu manis..just nice
air pandan pun sedap..nyumm..nyummm

hiasan dinding, mango cheesecake and pavlova


lawakan...hiasan dinding dia
basikal tu betul tau..bukan lukis
surrounding dia lawa
tapi gambo telah dihapuskan oleh anak bertuah sayaaaa


habis makan, ingat nak pergi Teluk Cempedak
separuh jalan, nampak dah jam nak masuk ke pantai
terus corner patah balik
kami terus pergi waterfront
nampak pulak Spongebob..anak aku dah tak keruan
layan kan aje laaaa

ni laa BOB yang dia menjerit-jerit nak
Sekali masuk RM8...ok masuk la nak
lompat la ko sampai bosan
lepas penat melompat pi playground pulak
lepas tu dia nak naik boat
haaa..yang ini mak tak setuju
buang duit jek..tak de mende
hahahhaha
dalam Rm20 kot sekepala
issshh..rasa tak de apa sepanjang sungai tu nak ditengok

dah penat
terus kami pergi dinner
kedai apa ntah..tapi sedap laa
sedap dari Ana Petai
dia dok kat simpang jalan nak ke tanjung lumpur tuu
ramai giler kot orang datang
nasib baik kami datang awal
udang ketak masak pedas

Ikan siakap 3 rasa

Ok....semua menu puas hati
harga pun ok..ada lagi sup sayur ngan lala goreng kot
Harga RM85

dah kenyang matapun mengantuk
maka mari lah pulang