Showing posts with label Cherating. Show all posts
Showing posts with label Cherating. Show all posts

Tuesday, 30 June 2015

Casa Titik, Cherating

Ok
Mari kita cerita pasal di mana saya menginap di Cherating

Macam yang aku cerita sebelum ni
itinerary ke kuantan ni, aku tiru sejibik je Khatyjem punya blog
termasuk laa resort ni.

Memang laa aku kemaruk dengan cerita Teman Lelaki Upahan tu
tapi tak de la sampai aku minat sangat ngan resort ni
aku minat kat EL je..huhuhuhuhu
disebabkan aku pening tak tau nak stay mana dicampur perasaan malas nak menggoogle
memula aku emel..tanya ada bilik kosong ke tak
dalam sejam ke dua jam, tak de response..mak dah saspen
terus aku call Casa Titik ni..adoii
perasss..dia kata fully booked
adoi..macam mana nie..macam terpaksa google jugak ni
tetiba..ting...emel masuk
kata ada kosong tapi family room
errkkk..ok mak sentap
kalau standard rege dalam 170++. Bila family room kene 280++
banyak tu beza
aku dah la 3 beranak jek
emmmm
disebabkan mak mood anibeseri plus jarang holiday
pasrah je laaa
kang lambat pikir, orang lain ambil, satu hal nak menggagau mencari bilik kosong

semasa baru tiba tu..ehhhh
macam biasa je (dari luar) tapi memang standard private villa laa
dia je kan..xde bangunan lain
masuk dalam..ok..unik tapi tak de la mengelejat kerana taksub
mak boleh layan

mari kita tengok kawasan keliling.

Bilik dia simple jek..katil queen dua bijik..side table..tv and dressing table

toilet...i likeee sesangat lantai dia

vespa..rasanya untuk disewa..takpe laa..kasi orang lain je sewa

waktu siang 

waktu malam..terbayang EL ngan KL lepak luar...hikhikhik

Pagar untuk pergi ke pantai

tadaaa... suka sangat pantai dia..bersih, pasir halus, landai...terbaek

sebelum sampai pantai kena lalu kandang kuda dulu..busyukkkkk

kuda melepak dalam kandang
rumah kuda...
area kolam renang



kolam renang dari tingkat atas resort..ada 3 seksyen. puas hati. tak terlalu besar dan tak la kecil. 

Ruang makan..ni baru lepas kemas..semua kerusi naik atas

suka konsep dia..rasa macam duduk rumah sendiri

Ok tak?
ok la kan..simple tapi sangat sesuai untuk yang bawak anak macam aku
aku boleh lepak baca buku sambil dia pi berenang
*baca buku tu tipuuuu
ada jakuzi tauuuu

cumaa..cumaaaa
yang kureng sikit adalah...kat parking tu dia tabur batu
lebih elok kalau dia tar ataupun letak batu comei-comei
sebabnya...jadi habuk batu tu masuk ke dalam resort..
nampak tapak kaki putih area lobby tuuu
tu je laa
yang lain ok..

kesimpulannya..anak aku sukaaaa sangat
puas dia mandi laut yang landai tuu
berani dia pi ketengah jauh-jauh
mandi kat pool sampai tak mo naik
kecut dia dalam tuuuu

kan best kalau aku ada tanah kat cherating
boleh tiru idea macam ni..hehhehehe
sebelah resort ni..ada rumah yang kecik skit
aku tanya pekerja-pekerja kat situ kata..tu rumah owner
owwwwhhhhh man...I is jeles
aku syak mesti rumah hinggap dia

ok laa...sekian laa percutian kami ke pahang
isnin tu kami balik KL...disebabkan lambat check out..bertembung orang balik kerja
sudah..mengadap jam teruk di Tol Gombak
dengan ujan lebatnya..kata ada banjir kilat
kami sampai rumah dah malam da...lupa pukul berapa..
esok nya keje...emmmmmmmmmmm...letih

wa-tammat

Monday, 29 June 2015

Cherating

sambung cerita pahang sekejap

pagi ahad tu..selepas subuh enchik suami dah pegi mengayuh.
saya bersantai-santai je di bilik
dah buhsan...tetiba ternampak posting kawan lama di fb
baru teringat..terus wasap dia
kot-kot free boleh dating
alaa..dia tak free..ada free dua jam
dia suh datang kuantan mall kot
mak is penakut nak drive ngan jalan di kuantan yang banyak one way
fikir punya fikir...cakap ngan dia sorry laa
aku tak segigih mana..kalau aku sorang mungkin gigih
ni ada si kenit ni..malas aku nak peningkan kepala

maka..jom la nak..kita pusing-pusing kat bawah
pening dah aku dok bilik nie
tetiba..kawan aku sanggup datang
yeaaaayyyy
lepas grad 1999 dulu..nie baru first time jumpa kot
sib baik kami masih ayu ..sama seperti dulu
tiada masalah pengencamam
heheh

minum kat restoren arab daaaa

dating dalam sejam lebih gitu
sebab dia ada kelas
so..kita dating area-area hotel aku menginap tu je laaa
janji boleh borak-borak
seronok tengok dia ada bisness homestay

dah abis dating, naik semula ke bilik
nak packing barang ...
tak lama kemudia laki mak pun habis mengayuh
lega...x la lama sangat aku nak menunggu

dah siap semua..kami pun menuju ke cherating
sampai sana dalam pukul 3 kot
just nice...maka mari lah kita check in
nanti aku story pasal tempat aku menginap eh

lepas solat..kami terus keluar minum petang
menuju ke kemaman..
kemain jauh demi nak minum kopi yang dikatanya sedap tuu
Hai Peng Kopitiam...
kecik je kedai nya...duduk dah terus order

roti bulat tu gebuss sangat

hiasan dalam kedai

apa yang ko tangkap ni mek

Kami tanya je terus orang kedai tu apa yang sedap
pastu order..
kedai dia kecik jek..tapi hiasan dia comei-comei..
tetiba aku segan nak amik gambo..main tekan je laaa
buat kenangan
ok laa..nak kata sedap giler tu tak laa..ok jek..

lepas makan..pecut balik
boleh tak kami malas nak makan satar
sebenarnya kami minum petang dalam keadaan tak kebuluran sangat
sebab tu terkawal je semua
lepas makan roti..terus rasa penuh perut
hehhehe

balik hotel..yeahhhh mari mandi