Menikmati Musim Luruh di Seoul (11.11 hingga 16.11.2017)
Disenaraikan aktiviti mengikut tahap kegembiraan aku. Yang bawah-bawah tu perkara penting yang korang kena pergi / buat kalau melawat Seoul.
1. Ganchong Railbike
Sumpah gembira dan teruja. Pemandangan superb. Jangan risau, tak perlu kayuh sangat pun sebab kebanyakan route dia menurun bukit ataupun mendatar. Masa turun bukit tu, silalah menjerit riang ria. Hahaha
entrance rail park |
Bersusun railbike dia |
Salah satu terowong di sepanjang jalan railbike tu |
Wow sangat... |
2. Bukchon Hanok Village
Kampung tradisional ini bertambah meriah kalau korang sewa hanbok dan jalan-jalan sambil fefeeling rakyat tempatan. hahahhaha. Sumpah gumbira kalau jalan-jalan dengan geng sekepala. Disarankan datang awal sebab korang akan jadi orag pertama di kampung tersebut yang vogeh de vass. Nak posing pun senang sebab tak ramai orang.
Kat sini, ada tourist guide pakai baju merah. Mereka pandai speaking english in case korang sesat ke apa. Tiada kerisauan sebab mereka selalu ada je di sekitar kampung.
Tetiba fefeeling puteri raja |
Lawa kan fesyen baju depa nie |
3. Autumn Foliage
Kalau korang memang target nak tengok autumn, sila rujuk jadual ramalan autumn foliage sebagai garis panduan. Macam kami, asalnya nak ke Mount Seorak. Tapi sebab dah abis musim, kami pusing pergi ke Naejangsan. Agak jauh dari bandar Seoul tapi sangat berbaloi. Tapi kalau korang jenis malas nak travel jauh-jauh, sekitar Seoul pun masih banyak pokok berwarna warni. Rambang mata nak berposing. Ntah kenapa gambar kat sini tak berapa banyak plak. Maka, sila google untuk lihat gambar yang meletop-letops
Dari atas bukit |
Salah satu tempat yang sangat cantik |
4. Haneul Park
Yang ini memang diluar imaginasi saya. Ingatkan ala-ala je. Sekali...amik kauuuu. Seluas-luas alam taman dia. Penuh dengan silver grass atau nama sebenar dia, Eulalias. Dia punya cantik bercahaya bila kena mentari tuuuu....pergggghhh. Hanya yang pernah pergi je tau macam mana dia punya perasaan semasa memandang tuuu.
Nampak zig zag tangga tuuu |
5. Ewha Womans University
Memang disarankan pergi ke sini semasa autumn. Cantik bangat. Kalau ada masa, elok korang jalan ke serata tempat. Macam kami agak rushing. Tak sempat nak cover semua tempat.
On the way masuk universiti |
Di hadapan |
Karerfullll |
6. Nami Island
Sebenarnya, kalau korang dah pusing-pusing bandar Seoul (termasuk pergi ke Istana Gyeongbokgung / Ewha U), Nami ni tak de apa la sangat. Mungkin sebab pokok-pokok dia tersusun kemas dan aura drama Winter Sonata akan menyebabkan anda teruja. Ataupun kena pergi masa peak autumn, confirm meletops laa gambar korang. Aku pergi yang tak berapa peak ni pun, masih meroyan..hahahaha.
Atas bot |
Wajib cuba kalau pergi Nami, Nasi Goncang |
Fav spot |
7. Gyeongbokgung Palace
Kawasan istana ni punya laa luas. Tapi ada satu pokok ni, sangat-sangat stunning. Daun dia kuning keemasan. Tengok lantai dia pun penuh dengan daun-daun yang berwarna kuning. Semua orang meroyan posing di sini termasuk lah kami.
Terpaku terpukau masa tengok pokok ni |
Dalam istana ni kosong je. Nak baca malas...emmmmm |
8. Namsan Tower
Ini macam kita melawat KL Tower la. Nak tengok seluruh bandar Seoul boleh laa naik ke atas. Kami cuma pusing-pusing kawasan bawah je. dari bawah ni pun dah boleh nampak pemandangan bandar Seoul.
9. I SEOUL U
Tempat ini asalnya takde dalam senarai kami dan kami pun tak tau kewujudannya. Disebabkan ada sorang adik yang satu flight dengan kami pergi, maka kami pun terjah sama. Alaaa..takde apa pun kawasan ini. Taman biasa-biasa je. Masalahnya, taman di Korea ni semua nye CANTIK. Nak-nak autumn nie. Ramai yang berkelah dan berkhemah di padang yang disediakan.
10. Makanan
Disebabkan harga makanan di Seoul ni agak mencekik darah, kami memang dah siap sedia lauk pauk dari tanahair. Makanan ruji adalah maggie. Tambahan lain adalah sambal, bubur nasi, kari ayam, daging dan lain-lain. Korang pepandai laa cari di Tesco ataupun hypermarket lain. Sekarang dah banyak pilihan makanan segera selain Brahims. Korang pilih ikut tekak memasing. Kalau tekak melayu korang nak nasi, jangan risau. Ada banyak nasi segera dijual di sana. Rasanya harga dalam 5k dapat 3/4pek bergantung pada saiz.
Banana Uyu
Sebelum aku pergi, aku baca semua kata sedap giler laaa..terbayang-bayang laa apa laa. Bila aku try, emmmmmmmmmmmmmm rasa biasa jek. kakakkaah. Kenapa tekak aku tak sama dengan orang lain nie. Ok. Sebenarnya sedap jek. Cuma tahap kesedapan dia tu takde laa tahap dewa sangat. Terkawal je laaa. Sebotol harga 1300won. Yang set 3 ni, aku beli ada promo. Beli 2 percuma 1. Di airport harganya 1500won. Ada juga yang dalam kotak. In case korang nak bawak balik ke tanah air kan. Dah kata sedap giler.
Coffee, banana, honeydew |
Ikan Bakar Dongdaemon
Gigih kami mencari kedai ini. Kami refer kepada blog AzieKitchen. Fuhhh terbaik laa dia punya direction. Insyaallah tak sesat. Ahjuma ni siap dah pandai cakap melayu. Dia pun siap rekemen apa yang orang Malaysia suka makan. Bila makan, ya alllah..nikmatnya. Serius sedap wehhhh. Dan menambah perisa. Harga dia sumpah murah. Lauk cenggini hanya 21000 won sahaja.
Sotong, Mackerel dan tenggiri |
Egg Bun Myeongdong
Sebenarnya banyak street food yang boleh dicuba. Cuma nasib kami bila lalu sini je, baru lepas makan. Tak berapa mampu nak isi banyak. Tapi yang ini, kami paksa-paksa cuba juga agar tiada kekesalan nanti...
Eggbun ini rasanye ok je. Pastikan makan semasa panas.
Rice Cake Myeongdong
Macam lempeng kot. Kenyal-kenyal gitu. Makan sikit pun dah rasa kenyang. Dia tambah susu pekat manis rasanya.
Paris Baguette
Katanya mesti cuba. Aku rasa samaaa je dengan coffee shop lain. haha. Yang pasti cawan dia punya la comel.
11. T-MONEY
Kad paling penting kalau korang naik public transport. Kad ini boleh beli di airport di mana-mana convenience store. 4000won deposit dan boleh masukkan nilai yang dikehendaki. Macam kami reload 20Kwon. Tambang dari airport ke Chungmuro je dah 15Kwon kalau naik bas. Selain guna untuk subway, boleh guna naik bas, teksi, dan beberapa kedai terpilih. Kira kad ini wajib dibeli laa bila korang pi Korea.
12. Myeongdong
Seperti yang korang google, dia memang tempat membeli kosmetik. Katanya murah banyak berbanding di Malaysia. Cth: Nature Republic, Etude, FaceShop, InnisFree dan ntah apa-apa lagi. Aku bukannya tau sangat bab-bab ni. Masa kami pergi ada sales sempena 11.11. Macam-macam sales. Tapi satu pun aku tak beli sebab macam tak de keperluan.
Kat sini juga banyak street food di jual. Sepanjang-panjang jalan tu ada macam-macam. Pilih laa mana yang berkenan dan diyakini halal.
13. Namdaemon
Tempat jualan barang-barang cenderamata seperti fridge magnet, baju, beg dan segalanya. Harganya lebih munasabah dari tempat lain. Semasa pegi tu dah sejuk sangat. Semua bawah 10 Celcius. Dah nak masuk winter, maka winter coat dijual dengan harga yang sangat WOWWW...hingga boleh merusuh. hahaha. Syaratnya pandai-pandai laa korang pilih. Ada yang ok macam baru, ada yang ala-ala saja. Cuma, pastikan beli yang longgok di luar kedai. Dalam kedai kaluuuuu, harga ekon dan sewa kedai je dah berapa. hihihik.
14. Kenderaan Awam
Nak naik teksi ke subway ke bas?
Sebenarnya semua kenderaan di atas ada baik buruknya bergantung pada lokasi kita. Macam kami, dari airport nak ke hostel, memang digalakkan naik bas. Sebab dia stop memang depan hostel. Kena jalan kurang dari 500m dan jalan pun rata je..takde bukit bukau. Lagi satu, airport shuttle ni depa panggil airport limo. Maka perkhidmatan dia pun ala limo. Ko letak beg, kelam kabut dia angkat masuk kat bawah tu. Masa turun pun laju je dia turun bas dan angkat beg kita.
Tapi kalau nak merayau sana sini yang jauh-jauh macam ke Nami Island, kami naik subway je. Sebab kami malas nak beli tiket IRX tu. Memang dia dah confirm ada seat, tapi cuma rushing sikit laa. dah laa kekadang station kat sana tu label dia tak sekata. Kejap kat tiang, kejap kat lantai. Kalau dalam keadaaan panic, memang payah nak jumpa.
Teksi pula, memang digalakkan untuk destinasi yang dekat. Naik je dah kena 3K. Kalau korang naik subway bertiga (1250*3=3750). Kan dah jimat tu. Tapi subway tu pun kalau guna kerap, kekadang dia charge 1k je. Ntah macam mana dia kira. Tapi ada laa diskaun yang dia bagi.
Masa nak balik tu, ada laa drama sikit. Disebabkan flight kami pagi, maka kena la ke airport awal pagi. Information counter kata 1st bas pukul 6. Ishh senak perut. Nak naik teksi, bila jeling uber harga dalam 150K. Kalau convert, mau meratap hiba. Bila dah kaji di bas stop, 1st bus pukul 4.30. So jiwa dah tenang sikit. Pagi tu kami keluar awal sebab nak kejar 1st bas. TIBA-TIBAAAAA.....
Ada pakcik teksi ni offer harga yang sama macam bas. Terus kami WOWWWW. 50juta kali kami tanya sebab takut kena tipu ke apa. Sedap laa kami boleh lena dalam teksi dan kena bayar cuma 15k seorang. Alhamdulillah.
15. Star Hostel Myeongdong Family
Walaupun namanya ada Myeongdong, sebenarnya dia paling hampir dengan station Chungmuro. Saya sangat sukakan hostel ini sebab memang dekat sangat dengan subway station. Tiada berbukit bukau. Station Chungmuro pulak antara yang terbesar aku rasa dan banyak transfer boleh buat di sini. Macam kami, nak ke mana-mana, selalu transfer kat sini. So, kekadang balik bilik kejap untuk solat, ke toilet ke apa. Memang terasa sangat heaven laa. Dan kat station ni memang ada wifi. Sebab kat station lain selalu tipu jek. hahaha.
Oh berbalik kepada hostel. Walaupun kecil tapi masih selesa. Siap ada dapur, pinggan mangkuk, washing machine. Tapi tak sempat pun kami nak pakai. Cumaaaaaaaaaaaa...cumaaaaaaaa... dia tak bagi tuala. Walaupun dalam emel kata ada tuala, sebenarnya dia bagi face towel 2 helai sorang..adehh pitam aku. Maka, kalau korang nak book hostel ini, sila lah bawa tuala sendiri.
Dan, ada lagi satu kelemahan. Dia langsung takde reception area. Sebab semua dah automatic. Masuk bilik ada password. Berhubung melalui whatapps je. Kekadang payah jugak kan. Tapi pasrah je laaa.
Dan, lagi satu kelemahan...berapa banyak daaaa kelemahan. Ini sebenarnya tak tau nak dikategorikan kelemahan ke apa. Dia takde room service ye. Maka, kalau 5 malam ko menyewa, makanya 5 malam laa dia tak datang kemaskan bilik ke buang sampah ke. Pepandai laa korang uruskan diri. Macam kami, bila tong sampah penuh je, kami pindahkan sampah kat tong sampah yang disediakan di luar bilik. Takde isupun kan. Jangan laa nak service macam 5 bintang tapi nak bayar macam hotel bajet. Apa yang penting, kerjasama dengan room mate.
16. Berapa bajet?
Sorang kena dalam RM3K. Tapi...kalau laaa kami dapat beli tix masa free seat... kalau lah kami tak beli bagasi...kalau lah kami tak add-ons makanan..kalau lah kami dok hostel yang lagi murah...kalau lah kami tak makan mewah sangat...kalau laaa kami tak shopping... kalaaauuu..kalauuuu....mungkin kosnye cuma 1K je...hahahahhaahahaktuiiiii...
Tak de laa..lawak jek. Memang kena dalam RM3K sorang. Bagi kami dah ok laa tu. Tak bajet sangat dan tak laa have-have sangat.
Sekian
No comments:
Post a Comment