Wednesday, 12 October 2016

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

Macam kemaruk hiking pula aku ni. Sebenarnya bukan kemaruk. Asalnya kawan aku ajak naik Gunung Angsi. Laki aku macam nak tak nak. Sebab dia malas kalau ramai-ramai. Leceh. Tetiba kawan aku tak sihat, dia tak jadi pergi. Disebabkan kami takde apa-apa aktiviti hujung minggu tu, dia kata pergi je la. 

Aku agak naif ni, buat persediaan macam naik broga je. Siapkan air, baju anak aku. Tu je. Gunung Angsi ni terletak kat area Senawang, Negeri Sembilan. Betul bersebelahan dengan Taman Rekreasi Ulu Bendul. Kami singgah sarapan di R&R Ulu Bendul tu. Pukul 8 pagi, mendaftar dengan Renjer Hutan, Jabatan Perhutanan Negeri. Sila bayar RM5 seorang ya. Nanti dia akan bagi nombor telefon dan maklumkan pada dia kita selamat sampai puncak ataupun tidak. Kami menjadi orang pertama mendaftar dan mendaki. Untuk makluman, coverage line celcom memang teruk kat sini. line lain aku tak pasti. Memang dah sampai puncak baru ada line E. Hehe

Sebenarnya ada dua pintu masuk untuk mendaki Angsi ni. Satu di Ulu Bendul ni dan satu lagi di Bukit Putus. Mengikut renjer ni, ramai yang naik di Bukit Putus sebab trail dia pendek sikit. Dalam 4km. Kalau ikut Ulu Bendul ni 7km. Disebabkan perasan hebat, jom kita naik dari Ulu Bendul ni.

Awal-awal dah terasa agak kesentapan dengan trail dia. hahahahhaa. Jalan dia naik turun. Biasa la hutan kan. Ko nak rata macam jalan tar ke weh....3km pertama, memang mendatar je (walaupun turun naik atas faktor bukit kan). Menyelurusi air terjun memang rasa best. Tak sangka plak aku Ulu Bendul ni macam best pula air terjun dia. Ni pertama kali aku datang. Yang tak tahannya, disebabkan awal-awal dah jumpa air terjun, aku terpaksa dengo rengekan anak aku yang dia nak mandi dari mula sampaiiiii la ke sudah. 

Sepanjang jalan, banyak pokok-pokok berlabel yang boleh kita kenali. Begitu juga dengan cendawan / kulat yang pelbagai warna dan rupa. Yang menariknya, ada gonggok besar sangat. Terkejut mak. Besar ibu jari kot..isshhh geli mak. Selain itu, banyak pacat ye. Aku kena gigit sekor. Yang nampak sepanjang jalan tu jangan cakap la. Mungkin sebab semalam hujan. Maka pepagi semua dah keluar cari makan.


Permit memasuki hutan simpanan kekal
Di awal perjalanan, ikut paip air ni

Air terjun sepanjang jalan.

Air terjun lagi
batu besar
Kebanyakkan pokok berlabel. Boleh baca dan kenal ye

Petai pun ada
Merbau
Ehhhh nama kolej aku dulu - Kempas
Ni pun nama kolej pertama aku dulu - Meranti
Aku suka sangat area ni - semua pokok menegak lurus

Gonggok besar giler ok. Besar ibu jari dan panjang

Cendawan/Kulat banyak sangat ok. Musim hujan kan

Pelbagai jenis cendawan

Dan lagi
dan lagiiiiiii
Setelah berjalan kira-kira 3km, kami sampai ke Kem Tangga Batu.  Laaaa cenggini je ka. Aku ingatkan macam gempak hehehe. Ada gazebo di sini juga. Aku lupa nak snap. Tapi takde sebarang kemudahan pun. Rehat sekejap di sini. Nak amik nafas. Lepas tu kena teruskan usaha. Perjalanan selepas Kem Tangga Batu ni lagi mencabar ye tuan puan. Banyak pendakian tetapi masih terkawal. Boleh je naik pepelan. Trail pun besar dan selesa. Jalan sikit rehat..jalan sikit rehat. Bertabahlah wahai jantung dan kakiku.



Kem Tangga Batu....Batu je la yang ada

Tunggul pokok sebab banyak pokok yang tumbang


Untong laa sangat ada orang dukung dia

Aku paling tak tahan nak melepasi pokok yang melintang ni

Lagi 27 minit?? Ukuran kaki sapa la tuuuu?

Bukit Botak katanya. Ni yang kena bertali. Agak susah sebab takde tempat nak berpaut tapi tidak lah terlampau susah

Ehhh dah sampai puncak. 825meter ye korang
Dan lagiiii
Pemandangan di puncak

Sampai di puncak pukul 11.50 pagi gitu. Kami sekejap sahaja di puncak. Sekitar 10-15 minit je. Puncak dia agak kecil tapi selesa. Cuma atas tu tak de apa pun. Pemandangan pun biasa je. Tak macam Broga / Tabur. Pemandangan di sana ohsem sangat. Disebabkan itulah kami sekejap je kat atas tu. Pukul 12 tepat dah mula turun. Heheheh. Aku ajak laki aku turun lalu Bukit Putus. Dia tak nak pulak. Adeeehhh.

Perjalanan pulang terkawal. Cuma...cumaaa...kaki aku dah tak larat sangat. Rasa nak menangis je. Lepas tu kaki aku dah mula sakit. Sebab aku pakai stokin nipis. Sakit sangat rasanya. Dalam hati rasa bengkek jeeee sebab membayangkan kena menapak jauh lagiii...uwaaaaa..Dengan rasa sabar...akhirnya pukul 2.30 kami sampai di parking. Ya Alllah..rasa nak baring je terus. Tapi jangan haraplah. Sebab anak aku kan dah wirid nak mandi. Terus singgah kat tepi tu kasi dia mandi. Aku pun amik masa rehat je la kat situ. Nasib baik laa air terjun dia jenis selamat je kat situ. So, minimum supervise je laaa. 

Time ni aku rasa macam dah tak larat sesangat. Baju lencun. Baju extra pula tak bawa. Kalau tak mau aku terjun sama ngan anak aku. Ajak naik tak nak plak anak aku tu. Logik la kan...dari pagi dia wirid nak mandi..baru mandi dah suruh naik. Dalam pukul 3.30 baru dia nak naik. Tu pun sebab dah kecut kesejukan. Legaaaa

Maka, berakhirlah cerita hiking Gunung Angsi. Satu pengalaman yang tak disangka-sangka sebab aku ni bukan boleh dengan ketinggian. Dulu naik Broga pun rasa nak putus nyawa. Ni naik Angsi masih terkawal. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment