Tuesday, 19 July 2016

Scandinavia Trip 2016 - Part 15 - Selamat Tinggal Dubai...Abis dah holiday ...uwaaaaaaa

Hari ni agak sentimental
Perasaan bercampur-campur. Seronok sebab nak balik rumah..yahuuuu. dah rindu sangat kot dengan si kenit ngan bapak si kenit tu. Tapi yang tak syok nya, nak kene kembali ke alam realiti. Masuk kerja dan menerusi hidup seperti biasa. Uwaaaaa

Maka, hari ini marilah kita membeli belah barangan sedikit di samping membuat lawatan ke Dubai Mall sekali lagi. Tujuannya adalah untuk mengambil gambar Burj Khalifa ni. Haritu kan malam. Ni kita cuba siang pula. Nak makan atau melawat ke atas tu, dah tak mampu dah. Kekeringan tahap maksimum. Pasrah je laa. 

Selesai ambil gambar di Burj Khalifa, kami ke Naif untuk membeli abaya Dubai. Seperti yang aku maklumkan sebelum ini, kekurangan bajet menyebabkan aku shopping ala kadar sahaja. 6 Abaya sahaja. Tiada yang lain. Kain-kain, shawl ke apa ke memang tiada. Disebabkan kawan aku ni dah lama duduk di Dubai dan kenal dengan beberapa peniaga di sana, harga yang diperolehi agak murah juga. Tetapi disebabkan currency duit Malaysia agak teruk, maka faham-faham je la. Hehehe. Jadi lah, untuk buat kenangan diri sendiri dan orang terdekat. 

Kemudian, kawan aku bawa makan kat Visitors. Sedap!!! Harganya boleh tahan..mampu milik. Kami makan nasi, air, dan tapaukan makanan untuk anak dia kena dalam 70AED kot. Balik je dari shopping, sempat membuta seround. 

Siap-siap kemas bag, kawan aku dan suaminya hantar aku ke airport. Kurang sikit rasa berdebar sebab nak balik ke negara sendiri kan..heheh. Semuanya berjalan dengan lancar dari segi urusan check in semuanya. Sampai aku naik bosan melepek lama kat airport. Shopping perfume juga kat sana. Bila kira-kira, tak de la murah mana. Ntah kenapa aku sesak nak menyoping perfume. Ada balance duit AED, aku pergi minum air starbuck bagai...dengan beli coklat sikit. Ishhh lama sangat laa pulak rasanya.

Dalam flight, aku tidur jek. Kurang semangat nak tengok tv ke apa. Geng pun tak de nak bersembang. Sedar-sedar je dah nak sampai. Alhamdulillah. Perjalanan balik berjalan lancar. Maka, tamatlah bercutian kami ke negara Scandinavia untuk tahun 2016.

Sekian. 

Burj Khalifa

All time fav - alpukat

nasik beriyani. Sedap!

Sepanjang jalan ke airport

Suka tengok pemandangan ini

Alaa..sudah sampai.

Bye bye Dubai.sob..sob

Post terdahulu:
  1. Introduction
  2. Persiapan
  3. Part 1
  4. Part 2
  5. Part 3
  6. Part 4
  7. Part 5
  8. Part 6
  9. Part 7
  10. Part 8
  11. Part 9
  12. Part 10
  13. Part 11
  14. Part 12
  15. Part 13
  16. Part 14

Tammat!!!

No comments:

Post a Comment