Monday 18 July 2016

Scandinavia Trip 2016 - Part 14 - Singgah Di Dubai 2

Hai...
Hari kedua di Dubai, kawan aku bawa berjalan ke Dubai Miracle Garden dan juga Desert Safari. 

Dubai Miracle Garden
Tiket masuk dia 30AED seorang. Besar sangat kawasan dia. Aku rasa aku tak melawat habis kot. Disebabkan cuaca nyaman, sangguplah aku berjalan-jalan menikmati pemandangan indah. Masa ini teringat Floria di Putrajaya. Konsep yang hampir sama tetapi rasanya Floria laaaaagiii happening. Cuma masalahnya adalah cuaca. Di Malaysia, selalu Floria macam tidak kena dengan masa ataupun takdirnya begitu. Pernah sekali masa jerebu, musim hujan lepas ataupun panas berdenting. Tapi ia tidak mematahkan semangat pelawat datang. Aku pun pernah 2-3 kali datang Floria masa awal-awal tu. Lepas dah ada anak, aku tak kuasa sebab susah nak cari parking dan terlampau ramai sangat orang. Ehhhh menceceh ke Floria plak aku ni. Nak citer pasal apa sebenarnya ni...heheh

Tapi nak cerita apa ye...Jom laa layan gambar je la. 






Burj Khalifa pun ada


Kami singgah ngopi-ngopi di sini. Patutlah masa summer mat salleh suka melepak sebab sangat nyaman..huhuhu



Yang ini fav saya

Bunga ni kat Malaysia pun banyak



Saujana mata memandang





Sebenarnya banyak lagi rekaan dan design bunga-bunga di sini. Tak larat nak tempek. Pencinta bunga dan seni hias taman mesti berminat.

Desert Safari
Di sebelah petangnya, kawan aku dah booking untuk desert safari. Aku bagi kawan aku cuma 100AED. Harga sebenar aku tak tau laa..tapi banyak je package kat internet. Rate lebih kurang sama je. Yang ini dia jemput terus di depan rumah kawan aku. Disebabkan di Dubai ini ada kawan aku, makanya aku tak buat pun kaji selidik apa yang menarik. Tapi kawan aku kata WAJIB pegi desert safari..layankan aje laa..aku membayangkan ada safari (unta-unta, rimau singa bagai). Hehe..ini tipu saja. Tapi sebenarnya aku bayangkan pergi padang pasirun saja dan ada show. Bersama kami ada pasangan dari India dan anak dia. Aku duduk di belakang.

Bila tiba di tempatnya, kami kena tukar kereta. Dan mamat tu bersungguh-sungguh cek samada kami pakai seat-belt ke tidak. Layankan je laa.. Bila dia gerak jek..tak lama kemudian, terus kereta tu menggila. Melompat-lompat sana sini. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Benci aku. Kalah naik roller coaster ni. Adeh..sakit badan aku sana sini. Patut la kawan aku tak bagi makan minum sebelum pergi. Kalau tak..mau muntah hijau aku. Serius berdengung kepala aku..hahahhaha

Tiba di kawasan tersebut, ada beberapa ekor unta. Boleh naik kalau nak. Free je. Ada juga jualan cenderahati, lukis tattoo. Kalau ada bawak board sendiri boleh buat sand sliding. ATV pun ada juga ye..yang tu kena bayar la. Tak tau berapa.

Bila dah gelap sikit, baru show mula. Ada 3 show. Pertama abam api..dia dok main api je. Lepas tu abam turki. Dia menari sufi yang pusing-pusing tu ataupun Whirling Dervishes. Tapi ini yang moden sikit laaa dan happening. Penuh lampu satu badan dia. Dan yang terakhir yang paling happening. Tarian gelek arab gitu. Bersorak-sorak laa semua orang. Layankan je laa...hahahha.

Di antara persembahan tu, ada buffet makanan. Boleh ambil bila-bila masa. Tapi jangan la lewat sangat. Takut abis. heheh. Macam aku pun, rasa macam banyak yang dah abis...ambil je la memana yang ada..cukup sebenarnya pun..heheh.

Di sana ada disediakan tandas. Aku memula risau gak nak masuk. Mana la tau kan...tandas tetengah padang pasirun ni..Tapi disebabkan macam kena juga terjah, aku tawakal je la..Fuhh giler OK tandas dia..OK maksud di sini bukan lah macam tandas kat hotel 5 bintang. Tapi ok laa..bersih ada paip lagi. Tisu semua lengkap.

Tamatlah aktiviti aku malam tu di Dubai. Aku tak tengok pun jam pukul berapa balik. Rasa letih bebeno plak rasanya.   

Banyak kereta dah memulakan tugas


Posing dulu sebelum sunset



Boleh duk dalam khemah kalau nak masa show nanti

Ni open air untuk tengok show


Kembar kat sebelah ni sangat baik melayan parent dia. Kami dok jeling je hehe


Makanannya..free sebab dah termasuk dalam kos tadi

Dessert



Post terdahulu:
  1. Introduction
  2. Persiapan
  3. Part 1
  4. Part 2
  5. Part 3
  6. Part 4
  7. Part 5
  8. Part 6
  9. Part 7
  10. Part 8
  11. Part 9
  12. Part 10
  13. Part 11
  14. Part 12
  15. Part 13

No comments:

Post a Comment