Wednesday 13 July 2016

Scandinavia Trip 2016 - Part 13 - Singgah Di Dubai 1

Assalamualaikum


Hello UAE - Dubai

Nak sambung cerita di Dubai. Saya tiba di airport Dubai dalam pukul 11 lebih malam. Dengan rasa dag dig dug nye sebab keseorangan kan. Aku ikut je semua orang dengan beranggapan semua nak check-out. Dah laa dari tempat aku berpisah dengan kawan aku tadi..kena naik turun lif, escalator bagai baru laa sampai ke tempat check-outnya. Fuhhhh #lappeloh. Punyalah ramai makhluk. Semua dari kapal yang sama gamaknya. Ni laa masalah kalau naik Airbus A380. Merenyut manusia. Terus masuk q yang panjang. Lepas tu aku macam tak berapa paham sistem airport sini. Macam ada 2 seksyen. Tetiba aku assume sendri yang side sebelah warganegara dan lagi satu untuk foreigner. Tapi..selepas lama aku beratur, aku tengok kiri kanan..macam bukan je. Masalahnya, yang sebelah sana agak laju..comparekan dengan lane aku ni. Ishh benci betul lah cenggini. Tetiba teringat masa check-out kat jeddah...penyakit sama jugak. Serius aku pening masa beratoq ni, dah laa couple mat salleh depan aku niee..meleset je ngan awek dia. Kejap-kejap comolot..kejap-kejap ulang lagi..deng..gangguan perasaan betoi laa.

Setelah hampir 2 jam, settle. Berjaya aku check-out. Masalah kedua adalah aku kena pergi terminal 1 ke 2. Sekarang aku kat terminal 3. Kawan aku kata kena naik bas nak ke sana. Ok takpe..mari kita beranikan diri. Aku buat muka poyo dan jalan terus. Baca signboard semua tak de tulis Terminal 2. Denggg..Bila aku dah keluar dari bangunan, aku tanya je sesapa yang ada (yang ada rupa pekerja airport). Tunjuk ke kanan..aku pergi ke kanan..suh jalan terus sampai jumpa lif lepas tu naik..aku ikut jugak. Sebenarnya ada sekali dua tu aku macam sesat...petuanya hanya kembali ke pangkal jalan dan tanya semula. Agak ngeri sebenarnya masa ini. Dengan aku kene jalan kaki sorang-sorang dalam suasana yang agak gelap di luar bangunan airport, akhirnya aku jumpa shuttle bus. fuuuh #lappelohlagi.  Syukur sangat sebab jumpa bas dan ada penumpang lain jugak. Macam tetiba je ko ada..tadi kome ke manaa....errrhhhkkk

Selepas sampai Terminal 2, aku macam biasa follow je orang, akhirnya aku sampai laa. Terus cari Arrival Area. Tengok notice board. Selepas yakin baru aku duduk. Arrrrrrrggggggg leganya dapat duduk dari memikul beg berat di belakang aku nie. Lama lagi nak mereput kat airport ni sebab kawan aku sampai pukul 3 lebih. Wahai mata, bertabah laaa. Jiwa bertambah kusut sebab tak dapat wifi. Benci tau airport ni. Kedekut sebab bagi 1jam free jek. Masalahnya, bila aku on wifi, dia masih ingat lagi dan terus kira dari hari sampai dulu kot. Sebab terus detect ada balance lagi 5 minit. Jahanam giler. Punyala besar airport ni dengan ramai orang..Boooo

Aku dah pilih port kerusi baik punya. Maka aku pun main je la games dalam henpon aku nak buang masa. Sekali ada minah ni..aku tengok rupa macam budak lagi. Sebok dok tanya macam-macam. Walaupun aku dah tunjuk muka tak mesra alam ataupun hanya hangguk-hangguk, masih lagi menempel dan bertanya macam-macam dengan aku. Ishhh rimas giler dah kot. Lama-lama aku tak tahan...aku pikul beg letak tepi divider. Tunggu kawan aku kat situ. Lama lagi kot...ada lagi sejam aku kene berdiri. Nasib laa..dari semak kepala aku. Aku tengok je gelagat orang yang menunggu dan orang yang sampai. Seronot jugak. Macam-macam ragam.

Akhirnya kawan aku sampai..lega sesangat. Terus naik teksi balik ke rumah dia. Dah lewat sangat pun. Rumah kawan aku ni dekat sangat dengan Dubai Mall / Burj Kalifa. Apa nama area dia entah. Lepas cuci muka bagai..terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. Ini Serius punya tido. Sampai dekat tengah hari kot baru bangun. Macam tak boleh bukak mata. Tak senonoh giler tido umah orang buat perangai cenggitu. 

Lepas zohor baru kami keluar rumah pusing-pusing Dubai. Cuaca sangat nyaman sebab masih winter. Dalam 18-22 darjah jek. Best sangat. Jom layan gambar je lepas ni.


Kite Beach

Kite Beach

Kite Beach. Siap ada track..kalau aku ada kederat..mau gak try jogging kat sini

Macam best je kan taman depa nie

Ada lambang bunga tu maksudnya ada free-wifi. 

HOHO pun ada

Burj Al Arab

Singgah kat Madinat Jumeirah. cantik!

Dalam Jumeirah..Mampu tengok je laaa

Sekitar Dubai

Hanya mampu bergambo di depan pintu pago je la - Atlantis The Palm

Nampak macam unik plak

Under constuction

eh..ada lagi

tengok je la rupa kereta yang masuk ke situu..huhu

Ada heli melintas

Man Made

lunch kami..sedap (kebuluran nasik sebenonya)

Di sebelah malamnya kami merendek ke Dubai Mall...nak tengok fountain..

Aku suka waterfall ni...rasa aku nak melompat cenggitu gayanya

Ada aquarium terbesar...di dalam shopping mall

Burj Khalifa di waktu malam

Aku suka lagu dan fountain dia..terpegun

dan lagi

Diakhiri dengan supper @ roti boy..ke Mr Papa

Abis program di Dubai pada hari pertama.

No comments:

Post a Comment