Hai
Saya baru je pulang dari Sabah. Jalan-jalan kat Kota Kinabalu. Agak mencabar juga perancangan dia ni. Bukan mencabar sebab apa tapi lebih kepada sakit hati. Hehehe. Suami dan kawan-kawan dia mendaki gunung Kinabalu. Dia ajak saya dan anak ikut sekali. Elok pula masa tu Rayani Air buat promosi. Perjalanan pergi balik dalam RM199. Kira ok la untuk ke KK. Lagipun boleh merasa naik airlines baru.
Dipendekkan cerita, Rayani Air tu muflis pulak daaaaaah. Adeeehhh..Rugi duit aku RM400. Pasrah je la. Rupanya masih ada rezeki. Call MAS dan dia bagi promosi bagi pembeli tiket Rayani tu. Murah sangat. RM139. Tapi jadi mahal sebab aku tak pasti bila Rayani nak pulangkan duit aku. Huhhuuhu. Rasa macam tiada harapan je.
Seminggu sebelum pergi, cuaca dilaporkan ujan saja. Agak sedih. Tapi nak buat macam mana kan. Dah takdir Ilahi. Masa kami sampai pun, mendung dan hujan sekejap-sekejap di sepanjang jalan dari KK - Kundasang. Hari pertama takde apa aktiviti sebab laki aku baru turun dari hiking. Semua geng dia penat. Pukul 5 kami check in di Mile 36 Lodge ni. Dekat je dengan Kinabalu Park. Harga tak pasti sebab semua diuruskan group mereka. Cuma kami dapat macam rumah tingkat atas. Dalam tu ada 4 bilik. 2 bilik dengan 2 katil 2 tingkat. Boleh masuk 4 orang la kan setiap bilik. Bilik lagi satu, katil queen. Aku dengan laki aku dapat bilik tu. Dan satu bilik kosong. Ada 2 bilik air (siap ada lelaki dan perempuan). Sebenarnya rumah tu best. Tapi memandangkan cuaca ujan je petang dan malam tu, dicampur pula dengan penat dan tiada persiapan rapi pun untuk duduk situ kan. Cuma menumpang tido je la. Dia ada dapur, periuk, dapur gas. Set bbq. Boleh masak memasak la kiranya. Ada fridge juga. Cuma tiada tv. Dan kipas dan aircond (standard di Kundasang). Lagi satu, untung nya duduk sini, ada satu port untuk lihat gunung kinabalu secara dekat. Nanti boleh tanya dekat Recep di mana nak tengok tu ye.
|
Nampak tak rumah kat belakang tu..kat situ la nak tengok gunung kinabalu |
|
Tak tau pokok apa..tapi ada kat depan rumah aku tu. Naik tangga tu ke rumah kami. |
|
Ni buat dia masa kecil |
|
Boleh membesar sehingga macam ni..kekadang lagiiii besar (aku jumpa di Desa Cattle) |
|
Kat area depan |
|
Reception Area |
|
Sib baik laa x dapat rumah kat bawah2 tu. Kesian laki aku ngan kawan2 dia |
|
Dalam area reception. Ada buku boleh pinjam |
|
Hiasan dalaman area reception |
|
Bilik aku |
|
Jumpa bunga ni area lodge |
|
Eeeehhh tersesat gambo sayap fav anak aku |
Alhamdulillah. Syukur sangat sebab pagi jumaat tu, cuaca cerah. Kami dapat lihat kinabalu dengan jelas. Lega sangat cerah dari pagi sampai ke petang. Memang rezeki sesangat.
|
Hi Gunung KInabalu...(di ambil di kawasan lodge) |
|
Sekitar lodge |
|
Acah-acah berseni |
|
Kawasan lodge lagi |
|
dan lagiiii |
|
Pemandangan indah sepanjang jalan menuju ke Poring ni |
|
Jumaat memang ada tamu khas. Aku teringin nak singgah tapi tak berani nak cakap sebab semua sakit kaki |
Destinasi pertama selepas check-out adalah Poring Hotspring. Masuk je kena bayar RM3 (dewasa) dan Kanak2 (RM2). Nak naik canopy walk..kene bayar lagi RM3 seorang dan RM5 untuk camera. Ni semua untuk warganegara ye. Ni kali kedua aku panjat canopy walk ni.
|
Eh dah sampai Poring. Jom pi canopy walk dulu |
|
Balak |
|
Sukanya dapat tengok langit membiru dan hutan menghijau |
|
Sungai pun masih bersih |
Dah abis di Poring, kami ke Kampung Luanti, Ranau nak buat Fish Spa. Sorang kena bayar RM5 untuk tempoh masa 15 minit. Dia limitkan orang yang turun ke sungai tu. Elok jugak..kalau tak jenuh pening ikan tu tengok banyak kaki nak gigit. Sebelum dapat turun, kami naik jambatan gantung kat situ. Boleh nampak group lain tengah buat fish spa. Tapi agak sayang sebab jambatan tu macam tak dijaga dengan elok je. Ada kayu yg dah berlubang. Anak aku hampir terselit kaki sebab kayu tu dah reput.
Kalau lihat gambar di bawah, ikannya gomok2 kot. Mau tak ramai yang meroyan bila kena gigit dengan ikan tu. Termasuk lah anak aku..langsung dia tak mau masuk dalam air.
|
Pemandangan dari atas jambatan |
|
Ikan Kelah yang sangat sihat |
|
Ikan kecil tu tak tahu nama..rasanya dia la yang rajin menggigit |
|
grrrrrr |
Selesai buat fish spa, kami pergi ke Desa Kattle Dairy Farm. Banyak dah berubah area ni. Dulu pagar dia xde bercat putih rasanya. Dan sangat berbau 'wangi'....naik pitam aku rasa. Tapi sesekali je laa..masa angin bertiup. Elok masa kami datang tu, selepas pukul 2 petang. Memang masa memerah susu. Syok laa anak aku tengok lembu.
|
Pemandangan sekitar Desa Kattle..dah tak sesejuk dulu |
|
Hello...mana susu saya? Pandai dia ni posing kalau nampak kita nak ambil gambar |
|
Lembu beratur tunggu q nak perah susu |
|
suasana petang itu |
|
macam kurang je lembu-lembunya |
|
fefeeling berada di NZ jek :P |
Ok. Ini penginapan kedua kami apabila tiba di Kota Kinabalu, Stay-In Lodge. Betul-betul di area Gaya Street. Kalau memang niat nak tawaf pasar pagi dia (aka TAMU), elok sangat la dok sini. Tapi ni lodge murah je ni. Kalau nak selesa, aman damai, sila lah book hotel. Area sini agak 'happening' memalam. Nasib baik laa kami keletihan seharian berjalan di Kundasang / Ranau. Baring je terus lena. Aku dapat bilik yang ada 1 queen bed, 1 double decker. Kiranya boleh muat 4 orang. Harga cuma RM60/semalam. Bilik air di luar, sharing basis. Dalam bilik ada kipas, aircond. Dapat juga free breakfast yang simple, roti dan tea. Not bad laaa.
Asalnya kami dah book the Bunk Hostel. Rupanya dia tak terima kanak-kanak. Tu yang aku terpisah dengan geng lain. Tapi elok juga. Sebab di sana cuma katil double-decker yang ditutup tirai kain. Aku tak boleh imagine laa terperangkap atas katil dan susah nak keluar masuk. Dah la campur laki perempuan. Tapi murah laaa cuma RM25/semalam. Boleh laa kalau nak mencuba. Bila aku tanya geng aku tu, depa ok je sebab depa pun penat kan. Mandi. Naik katil terus tido.
|
Lodge kami. Dalam bilik lupa nak snap gambar |
Hari sabtu tu, nasib kami agak malang. Sebab ujan sepanjang hari. Niat asalnya nak pergi pulau. Dah bersiap elok semua. Elok nak check-out, ujan turun dengan lebatnya. Uwaaaaa...Kecewa sungguh rasanya. Terus simpan bag semula dan keluar breakfast dengan geng kami. Hujannya tak menentu. Kadang-kadang lebat, kekadang renyai. Tapi makin lama makin lebat, sampai kami terperangkap di kedai makan. Terpaksa laa minum sampai naik kembung perut. Hahahah
Disebelah tengah hari, kami bergerak ke Universiti Malaysia Sabah, UMS. Niat asalnya nak melawat Muzium Marin. Bayaran masuk RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak dan warga emas. Tempat dia tidaklah besar mana, tapi ok laaa. Budak-budak seronok la dapat tengok ikan, penyu segala.
|
Penyu |
|
Lintah Laut |
|
star fish |
|
cantik kan |
|
Udang |
|
Hiasan je ni |
|
Ikan apa ntah |
Disebabkan ujan je sepanjang hari, selepas tu kami memerap je dalam bilik. Kami duduk di Marina Court pula. Sebab famili mertua datang. Selesa di sana, ada 3 bilik dan sangat besar dan bersih. Ahad tu pun kami tak ke mana. Selepas breakfast terus pergi ke airport. Ternampak notice ni di airport. So lepas ni kalau nak borong seafood, hati-hati ya Cik Kiah.
Abis laa percutian kami ke KK. Nasib baik laa aku dah banyak kali turun KK. So, tak de la ralat sangat. Saja je pun nak bawak anak aku jejalan. Tunggu la ye nak, lain kali kita datang lagi. Kita terjah pulau ye. Sekian.
No comments:
Post a Comment