Wednesday, 5 July 2017

[Funweh Europe] Hotel

Hotel atau tempat penginapan adalah perkara yang penting masa travel. Nak-nak di europe. Kalau last minutes, semuanya akan mahal. Tapi bergantung jugaklah pada tawaran yang diberikan. Macam kalau guna booking.com, ada masa-masanya dia buat offer masa dah dekat nak pergi. Tapi kan, aku perasan, booking.com ni macam jahat juga. Sebab aku dok cari-cari, booking pastu cancel, booking lagi, dah makin payah nak dapat offer yang menarik 😒 . Ke aku sorang je yang kene macam ni? emmmm

Ok. Syarat utama untuk memilih hotel kami adalah:
1. mesti dalam bajet yang ditetapkan (yang akhirnya dilanggari juga haha)
2. lokasi yang dekat dengan train station
Tapi bab bajet tu, kami agak fleksibel juga jika kena tambah sikit-sikit. Ye laa...mana laa larat nak jalan jauh-jauh sambil pikul beg. Sudah tua maaaaa..hihihik.

Untuk trip kali ini, tugas aku adalah mencari hotel. Nampak macam senang. Tapi untuk orang yang buta maps dan imagination, jadi agak mencabar jugak laa..Hasilnya, asyik laa kena bebel dengan Project Manager 😃

Jom tengok di mana kami menginap. Kot-kot boleh kasi korang idea kalau nak ke sana nanti:

1. Hotel Angleterre Hotel, Paris. 
Yang ini bukan aku yang book. Sebab Paris aku langsung tak paham route dia. Dari Gare Du Nord, kena naik lagi satu train. Lepas tu, kena jalan dalam 500 meter. Masa kami sampai tu agak pagi lagi. Dalam pukul 9 - 10 pagi kot. Disebabkan bilik tak ready lagi dan kami dah nak siap berjalan, kami mintak tumpang guna toilet. Nak bersihkan sikit diri dan mekap2..hahah. dah lebih 20jam melemuihh dalam katobang kan. Nasib baik dia bagi. Lega. 

Kami pilih bilik triple room. Maka adalah 3 katil sekali dengan bilik air. Di Paris ni, semua serba sempit / padat. Lif dia memang muat aku sorang je kalau aku bawak backpack. Kalau badan je, boleh laa muat 2-3 orang. Bilik dia OK. Kemas, bersih dan selesa la untuk kami bertiga. 

Owner dia pakcik tua yang sangat garang. Eh owner ke? Ntah laa..aku agak je owner. Asyik marah-marah. Nak-nak kat staff dia. hahahh sampai aku pening. Tapi aku tak pernah la kena marah. Masa aku turun malam tu minta air panas, dia OK je. Boleh juga booking airport transfer dengan hotel. Kami dapat 15eu sorang.

Ada free wifi. Tak de cerek. So, kalau nak bancuh milo atau masak maggie, kena turun bawah dan mintak dengan pakcik garang tadi ye.




Asalnya kami dah book Ibis. Tapi mengenangkan semua dah kepenatan dan tak larat nak pikul beg serta turun naik train, maka kami tukar hotel. Syarat dia sangat mudah. Mesti walking distance dengan Gare Du Nord. Cari punya cari punya cari..akhirnya kami pilih New Hotel. Memang betul-betul depan GDN. Keluar je pintu (x tau pintu berapa) terus nampak hotel ni. Anggaran dalam 100m kot. Masa book tu dah tulis nak triple, sekali dapat quad. Nasib laaa. Maka, memang selesa lah nak menabur barang. Biliknya memang luas berbanding Angleterre. Harganya? Pastilah mahal sedikit tapi tak pe laa..demi kemaslahatan sejagat. Kaki pun dah lenguh menyukat jalan.

Cumanya, heater kami tu rosak. Bila komplen, dia kata mana sejuk..hahaha..baru 20-25 depa dah happy dan kata panas. Masa kami pusing-pusing area tu, semua bersidai kat luar cafe menikmati matahari. Macam kita, nyaman je laa. Cuma malam agak sejuk. Tu yang mintak heater.

Di sini pun ada wifi tapi macam sewel sikit. Sakit hati..Tak tau laa pasal apa, tapi memang payah nak dapat walaupun full bar. Ramai orang ataupun dah patut beli wifi baru kot. hihihik. Sini takde cerek, tapi boleh pinjam dengan deposit 10eu. 

Oh yaa..rupanya hujung blok ini baru aku nampak Ibis. hahahhaha. kiranya tambah dalam 50m je kot. Adoiii laaa..tak pe la. Sebab bilik Ibis memang agak sempit. Sesekali belanja aa hotel best sikit untuk diri sendiri kan. 







3. Meininger Hotel Berlin Central Station
Nama pun dah ada Central Station, memang dekat dengan train station. Cuma nya, masa datang, kami ikut betul-betul apa yang google maps cakap. Belok kanan, belok kiri...belok kiri lagi..sampai. dalam 400m. Tapi sebenarnya...kalau belok kiri..terus nampak hotel ni. Dalam 100m jek..hahahhaa. 

Hotel ni ada free wifi yang super laju. Mak sukaaa. Attached Bathroom dan shared kitchen. Kitchen dia open. Maksudnya boleh masuk keluar sesuka hari. Maka, senang lah kami nak masak / makan bebila masa. Dapatlah masak maggie dan bancuh air dengan aman damai. Di sini lah, kami shopping telor bagai. Kira gempak laa sikit makannya. hihik

Hotel ini sangat-sangat dicadangkan. Saya memang suka dengan hotel ni.






4. ATS Hostel Jednota, Prague
Ini kawan aku yang book. Hotel yang aku book jauh dari train station. huhuhu. Hotel ini adalah hotel terpaling murah untuk trip ini. Murah gilerrrs. Dapatlah cover hotel lain yang terlebih bajet tu. 

Bilik kat sini antara yang terbesar. Tapi dia sangat simple dan kosong. Dah nama hostel, takkan nak harap macam hotel plak kan. Tilam pun agak nipis, bantal kecik. Hahah

Baru laa merasa shared bathroom. Jauh plak tu. Sebab bilik kami hujung sekali dan bilik air hujung sana. Jarak dalam 8 bilik laa gitu. Oh..tuala tidak disediakan ye kawan-kawan. Bilik air dia macam kat asrama...shower ada 3, tandas ada 2. Sinki banyak juga..rasa dalam 4 kot gituu. Jangan risau. Sangat bersih semua tandas dan bilik air dia.

Katanya ada shared kitchen. Tapi asyik berkunci. Bila mintak kunci, punya laa payah nak dapat. Katanya ada guest dah amik. Serius aku tak paham kenapa laa ko kunci. Biar je la terbukak. Sampai ke sudah aku dapat masuk tengok macam mana kitchen dia. 

Lagi satu... dari lobby, kita boleh masuk ke hotel lepas kaunter tekan button. Ada lif dan tangga. Tapi sebab 1st floor je, kami naik turun tangga je la. Tapi, bila nak  keluar, boleh je keluar. Sebab tu, masa check-in, semua guest akan dapat satu kertas menunjukkan kita guest. Bila nak masuk, tunjuk je kad tu dan dia akan bukakan pintu. Ada satu pagi tu, aku turun laa ke bawah sebab nak mintak kunci dapur. Aku turun cenggitu je laa..cuma bawak henfon. Mamat tu ajak naik ke atas sebab dia kata tak kunci sedangkan aku masa nak turun tu memang dah check bilik tu berkunci. Masa tu, aku sebok tengah berwassap pulak. Maka suruh dia naik dulu. 
**kat sini wifi dapat kat lobi je ye..sedihhhh
**kat atas ada juga..tapi ikut nasib..kekadang dapat kekadang tak

Bila aku dah abis whatapps, aku pun nak naik la. Tapi pintu dah terkunci. Aku mintak pakcik lagi sorang tu (rasanye dia hostel lain) bukakkan pintu. Dia suh tunjukkan kad. Arggh sudah. Aku memang tak bawak. So aku kata tak pe laa..aku tunggu je laa mamat tadi tu turun balik. Tetiba pakcik tu macam tak puas hati. Sebok dia suh tunjuk kad ataupun dia nak panggil polis. Sebenarnya dia cakap bahasa Czech. Dan dia tak paham English. Lantak ko laa. Nasib baik tak lama lepas tu, mamat tu turun dan cakap kunci tak de...lerrrrr. Benci tauuu

Hostel ni dekat dengan tram station. 20m gitu. So memang mudahlah kami nak merayap sana sini. Kalau ke central station, dalam 500m kot. Lokasi terbaik. Apapun hostel dia, kami sangat happy dan rindu Czech Republic terutamanya Prague. 





5. Kolbeck Hotel, Vienna
Ok. ini adalah hotel paling best, paling mewah. Besar, selesa, cantik. Ishh semua laaa. Ehemmm..harga dia pun boleh tahan sebenarnya. Toilet dia pun luas giler. Rasa sayang nak tinggalkan hotel ni. Macam best je kalau dapat melengkar lama-lama dalam bilik. 

Pakcik yang jaga kaunter tu sangat lah baik dan bersabar. Sebab masa proses check-in tu ada group pakcik2 ni..ntah apa laa masalah mereka. Tapi muka pakcik kaunter tu tetap cool. Takde menunjukkan ciri-ciri rimas. 

Kami happy sebab dapat masuk bilik awal. Masuk bilik terus meroyan sebab tak sangka bilik lawa. Al maklumlah, sebelum-sebelum ini, bilik ala-ala je kan. Kami solat, makan sekejap dan terus keluar. Oh yaa...kami pinjam kettle dan pakcik tu siap nak kasi cawan. Oh kat sini juga aku mendobi sebab heater dia je ada dalam 5-6 bijik. hahaha #opssterasasangatvillagepeople

Macam biasa, ada free wifi dan laju. Memang tak target nak kitchen sebab tidur sini semalam jek. Di sini kami diberi akses kad. Sebab pintu utama akan tutup dalam pukul 8/9mlm cenggitu dan mungkin xde staff di depan. 

Kedudukan hotel pula, macam biasa je. Sekitar 500m dari main train station. Alhamdulillah, Pergi time spring tak la terasa sangat berjalan. Masa di Vienna, aman damai je..so tak la terasa panik berjalan kalau orang padat sangat. Nak ke mana-mana pun, station tram depan tu je. Tapi kami tak merasa naik tram. Naik train jek.


ada ekstra sofa bed



lobi yang cantik

bukak tingkap nampak pemandangan yang cantik



Woww..aku rasa hotel di Austria ni semua nya best belaka. Kami sampai sini awal juga dan tak dapat masuk bilik awal sebab tak sedia lagi. So, tinggalkan luggage di kaunter dan kami pun pergi ke Hallstatt.

Perempuan di kaunter tu (tak pasti owner ke apa) sangat baik dan membantu. Ehhh..rupanya aku tak ambil gambar dalam bilik. Dan hotel ni tak de lif ye. Nasib baik laa dapat tingkat 1. Masa aku naik turun tu, terjumpa tourist Korea/China pikul beg yang 29" tu kot dari tingkat atas. Ushh kalau aku fitam. Setingkat ni pun rasa penat aku pikul backpack aku. 

Bilik dia cantik, terutama interior design dia. Lampu chandelier dia..fullamak. Saiz bilik dia kecil sedikit compare dengan hotel di Vienna. Toilet dia pun agak sempit. Di sini pun, kami dapat pinjam kettle. Masa ni kawan aku batuk agak teruk. Perempuan tu kasi madu dan apa ntah. Selain itu, kami juga dapat late check-out for free. Mungkin sebab kawan aku sakit. Dia tak sampai hati. Maka, kami yang sihat ni dapatlah peluang meneroka Salzburg dengan aman damai. huhuhu

Eh lupa plak nak cerita. Lokasi dia agak jauh jugak dari central station. Rasa macam 600-700m sebab terasa kepenatan menapak ke hotel. Dah la macam kena cross jalan 2-3 kali. Fuhhh




7. Pension Locarno, Munich
Ini hotel kedua yang bukan attached bathroom. Tapi nasib baik bukak je pintu bilik, terus pintu shower. Sebelahnya pula tandas. Sebenarnya kat level kami tu, cuma ada 3-4 bilik jek. Tak pernah terserempak dengan guest lain. Ataupun berlaku perebutan tandas/shower. 

Lokasi hotel ini amat strategik. Keluar dari central station, dalam 300m dah nampak hotel ni. Walaupun nampak macam buruk tapi sebenar nya ok je hotel nie. Cuma dia agak saspen. Sebab reception dia bukan di bawah. Kena naik lif dulu baru jumpa reception. 

Dalam bilik cuma ada sinki. Ok laa..boleh gosok gigi dan ambil wuduk kat sini. Katil dia agak terpisah. 2 di sebelah sana dan satu di depan sinki. Kesian kawan aku yang sakit tu. Dia dok yang katil single. Dia kata terasing sorang-sorang. Dah laa sakit. Lepas tu kami berdua menjongket ke Fussen.

Di sini, kami beli / tapau je food. Nak air panas pun kena minta ulang-ulang dengan depa. Mintak kettle dia tak bagi. Sudahnya muka kami je ulang alik ke cafe. hehe

Opocot terus gambar sinki

Katil single

Ni 2 katil side lagi satu

8. Hotel Ibis Budget Luzern City
OK. Ini adalah hotel TERPALING jauh dari central station. Dalam 1.2km kot. Serius penat nak mati..di saat-saat tenaga dah semakin menipis. Memang rasa nak menangis semasa menapak tu. Penat giler ok. Walaupun begitu, rupanya depan hotel tu, tram station. Dan memang kerap dia bergerak dan pendek dia nye trip. So tak perlu risau. Nak ke mana pun memang mudah. Dah laa dapat free tix tram. Makin seronok lah kami berjalan sana sini.

Akhirnya merasa laa tidur bunk bed. Hahaha. Masa trip ke Scandinavia dulu sokmo ada bunk bed. Namapun budget, memang simple je la bilik dia. yang penting wifi laju. hehehe

Boleh makan di cafe dia. Walaupun x de dapur, setakat nak minum air, masak maggie guna air panas, boleh mintak. Guna microwave pun boleh. Cuma lepas tu kemaskan la sendiri. Aku perati, budak-budak reception tu jugak yang kemaskan dapur meja bagai. Senang macam tu kan.

Masa balik tu, kami keluar awal pagi. Memang betul-betul lepas subuh. Manager yang kerja pagi tu kasi free croissant. hahhah hepi dapat makan free. sedap plak tu. Menda free haruslah sedapkan.




Sebelah hotel ada supermarket. Harga agak boleh fitam. Kata negara termahal di dunia

Kesimpulannya, semua hotel yang kami menginap ini memuaskan hati. Ehhh mau tak puas hati...akak yang pilih kan..hahahah. takde laa.. memang ok laa semua hotel ini. Cuma JedNota laa yang agak kureng sikit. Sebab wifi kena di lobi dan toiletnya yang agak jauh. Dari segi lokasi, ok dah tu. Tapi ok je pun. Sebok sangat nak ber wifi kan. hihihik.

Sekian. Harap dapat memberi idea kalau-kalau korang nak menjongket ke sana.

Wednesday, 21 June 2017

[Funweh Europe] Pengalaman Naik Saudi Arabian Airlines (Saudia)

Selepas destinasi telah ditetapkan, kini masa untuk mencari tiket kapal terbang yang murah-murah pulak. Murah tu maksudnya agak fleksible. Ikut tafsiran memasing la ye.

Elok bulan 10 ke 11 ada sales Emirates. Tapi masa tu ding dong ding dong macam-macam hal. Maka, tamat tempoh begitu saja. Emirates ke Paris cuma RM2400++ je kot. Lepas tu, bila semangat kembali membara, ada sales Saudia. Murah sikit dari Emirates. Terus je sebat sebab malas nak fikir. Tukang belinya aku lah. Seperti biasa, aku suka panik dan fikir macam-macam selepas selesai pembayaran. Denggg sangat. 

Website Saudia ni berbeza dengan Emirates. Kalau Emirates, boleh pilih-pilih seat lagi bagai. Saudia, lepas dah confirm, dah tak boleh tukar fikiran. Aku rasa sebab aku pilih seat yang free. Kalau yang kena bayar tu mungkin boleh tukar-tukar kot. Hehehe

Saudia punya mobile apps pun sangat la senang untuk guna. Macam aku beli sekali jalan 3 orang, takde plak dia mintak asing-asing mobile number. Emmm airlines mana ke yang tak boleh. Tapi sumpah senang.

Masa hari kejadian, kami pun saing-saing laa orang yang nak mengerjakan Umrah. Sampai orang lain ingat kami pun nak ke sana. Dalam hati aminkan saja. Mana tau ada rezeki nak buat umrah lagi. Kami transit di Jeddah. 

Kesimpulannya, OK je flight dia. Toilet dia siap ada bidet. Saya teruja giler. Hahaha. Makanan ok, seat pun luas. Cuma...cumaaa... flight attendant dia agak lorat sikit. Sekali tu aku minta apa ntah...sampai ke sudah tak dapat. Dah laa muka depa ketat jek. Emmmm pasrah je laa.

Dia nye entertainment channel dia tidak lah terlampau banyak tapi masih ok. Cuma dia ada subtitle arab saja. Maka tak dapat laa nak layan korea ke hindi ke sebab tak paham. Maka, kena ler tengok citer omputeh. Aku layan Moana je..sebab malas nak pikir. Masa balik tengok citer Me Before You. Denggg sangat. Sebab cerita nya best. Macam tak sangka. Dah lama tak layan citer romance2 nie.

Menunggu di Airport Jeddah memang kena banyak bersabar. Dengan kecilnya....dengan ramai orang nyaaa.... Toilet ada 5 pintu je kot..Surau pun tak proper. Emmm pasrah sekali lagi. 

Masa balik Paris-Jeddah-Kuala Lumpur, ada flight yang dah takde bidet. Lepas tu, aku dok pelik laaa kenapa tak siang-siang. Sebab dari Jeddah-Kuala Lumpur, sepatutnya tengah hari kami sampai. Rupanya tingkap dia ada macam tinted panggil apa ntah. Memang gelap je sokmo..tapi kalau pegang cermin dia memang panas. Hhihihik. Jakun sekejap.

Lepas tu, kawan aku niat nak rembat sudu saudia.. ehhhh masa MAS sediakan sudu besi dulu pun ko rembat kan..dah tua pun masih ada hobi suka merembat sudu airlines..kakakah. Tapi aku pun terjebak..3 kali makan makanya aku dapat 3 set sudu laa. Masa transit kat Jeddah, kawan aku kena tahan dan kena keluarkan pisau dia..hahah. Sibbaek aku lepas. Makanya, lengkaplah ketiga-tiga set dakuuuu...

Secara umumnya, ok je Saudia ni. Tak laa terlampau teruk. Cuma kalau transit lama sangat, cuba elakkan la naik dia. Sebab boleh mati kutu melanguk kat airport dia. Sakit kepala sebab serabut. Kalau setakat sejam dua, boleh je layan.

Nak drop luggage

Haaa tu dia katobangnya

Cantikan sudu ngan pisau dia...kakakakah

Dalam ni ada stokin, yang tutup mata tu dan ubat/berus gigi

Gelap dah langit masa nak pergi tu

Tak lama lepas tu ujan..delayed laa dalam sejam kot


Sepanjang dari Jeddah ke Paris, aku dok tengok keluar je sebab cantik sangat terutama masa lalu Banjaran Alps

Ngopi kat Airport Jeddah. Not bad rasanya
Salah satu menu..Simple je..
Terserempak dengan Zakir Naik kat Airport Jeddah

Tuesday, 13 June 2017

[Book Review] Mat Jenin Sebenarnya Hero oleh Saiful Nang

Baru berkesempatan membaca buku Mat Jenin Sebenarnya Hero yang ditulis oleh Saiful Nang (SN). 
Ini buku beliau yang pertama saya baca. Itu pun beli masa sales MPH Black Friday tahun lepas. Ingatkan kisah mat jenin. Rupanya cerpen atau cerita/catatan pendek oleh beliau. Mostly banyak yang telah dipos di dalam facebook beliau. Memandangkan facebook pun saya dah jarang masuk, selalu terlepas bacaan / komen yang bagus-bagus. Asyik terpandang berita sampah je. Ehhhh... semacam dah melalut.

Cover depan buku Mat Jenin Sebenarnya Hero

Ok. Buku ini sangat best. Jika siapa yang dah biasa dengan tulisan Saiful Nang akan faham. Tulisan beliau terang, straight to the point. Eh kekadang ada jugak macam kiasan. Banyak cerita-cerita biasa yang kita jumpa hari-hari. Cuma bagaimana beliau mengolahnya dan menjadikan perkara tersebut sebagai bahan yang boleh dijadikan inspirasi.

Sebagai contoh. Beliau ceritakan bagaimana cikgu beliau memarahinya dengan mengatakan yang dia bodoh. Saya juga agak terasa. Sebenarnya, sebagai budak-budak ataupun sebagai manusia, kita memang ada perasaan yang kita tahu orang tersebut menghina ataupun memberi semangat. Jika tidak disalurkan dengan baik, kita mungkin akan memberontak. Sebaliknya, ia boleh dijadikan perangsang untuk membuktikan sesuatu. 

Dengan membaca buku ini juga, baru saya tahu yang SN pernah jadi pensyarah dan ada PhD..hehehe. Saya mengenali beliau sebab jadi wedding photographer je. Masa tu memang tengah top..Tetiba lepas tu, macam hilang dari radar. Rupanya beliau dah buka Rumah Pengasih Warga Prihatin pula. 

Saya bagi 9/10 bagi buku ini. Korang patut baca buku ini. Ayatnya mudah, kertas berwarna warni dan banyak gambar. Pasti tak bosan. Baca dengan mata hati tau..pasti ada sesuatu yang berkesan di hati.

Cuma yang ralat sedikit....sedikit ke banyak nie... Baru hari kedua saya membacanya, tiba-tiba.................. koyak pulak tepi buku ni.. Ishhhh benci tauuuu. Saya dah la jenis yang menjaga buku. Tak boleh terlipat, tak boleh bukak besar-besar. Sekali dah berbarai pulak.. Ai is frust. Kena gam dan bega-bega laa untuk pastikan ia tak jahanam....emmmmm 

Kenapa ko boleh terbarai macam ni...uwaaaaaaaaaa


Tuesday, 6 June 2017

[Funweh Europe] Nak mula dari mana dulu

Ini masalahnya bila balik travel. Gambar beribu-ribu..Lepas tu susah nak move on. Lepas tu malas nak susun gambar. Makanya, aku main ambil je mana-mana gambar secara random. Nak tulis semua cerita pun tak tau zaman bila. Jom layan (tapi gambarnya biasa-biasa je la. tak la cantik macam saiful nang punya kakakakah)


Lucern : Kapellbrucke - Iconic winding bridge lined with art

Lucern - Mount Pilatus

Lucern - Pemandangan pada salah satu sudut di Mount Pilatus

Paris - Kali pertama merasa macaroons

Paris Disneyland

Besar 7.2 kg. Kecil 2.3 kg. Lama-lama rasa nak patah bahu

Flight to Jeddah. Delay sikit sebab hujan lebat

Ramai ingat nak pergi umrah. Aminnn. Semoga dimakbulkan

Pemandangan Banjaran Alps dari atas. Subhanallah

Notre Dame Paris

Notre Dame Paris

Berlin - Berliner Dom

Prague - Charles Bridge

Vienna - Orangery Garden @ Schonbrunn

Salzburg - Main train station

Hallstatt

Salzburg - Old Town

Fussen - Neuschwanstein Castle


ps: jangan salah faham. gambar-gambar ini semua untuk kenangan peribadi aku saja. samalah juga konsepnya blog ini pun. lebih kepada kenangan sendiri. Mana yang berguna kepada orang lain, alhamdulillah lah.