Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Friday, 3 June 2016

Tanjung Tualang Tin Dredge

Beberapa minggu yang lalu, aku balik kampung. Ada kenduri kawen kat Batu Gajah. Sebab memang nak balik kampung, maka pergi lah kami ke kenduri tu. Bawa mak jumpa sedara mara.

Ingat lepas kenduri tu nak pegi Kellie's Castle sebab dekat sesangat. Boleh plak terlupa. Dah pusing ke jalan lain dah. Dah laa...tak payah pergi sebab malas aku nak pusing-pusing walaupun dekat je sebenarnya. Mungkin faktor panas berdenting tu...mati nafsu.

Masa kat tanjung tualang tu, nampak signboard kapal korek bijih timah. Jom singgah tengok apa yang ada. Depan area pintu masuk tu ada parking..agak luas juga...dalam 50biji kereta boleh kot. Masa kami ada ada dalam 5 biji kereta. Dari jauh dah nampak kapal korek tu. 

Pintu pagarnya kunci tapi pagar kecil tu buka. Kami tengok pondok macam guard house tu kosong je. Tak de orang. Dalam tu ada tulis, bayaran masuk RM2. Tapi tak tahu nak bayar pada sapa. Bekas pun tak de nak masukkan duit. Halal ye encik. Saya bukan tak mahu bayar.

Panas weh. Masa tu pukul 2 lebih kot. Pokok semua tak de. Ada seketul kapal tu jek. Tempat ni macam tak proper manage. Nak masuk ke kapal tu ada titi kayu je. Nak meniti tu pun agak berdebar. Bila dah masuk dalam kapal tu...jelas ketara besar sebenarnya kapal ni. Kagum juga la aku.

Dalam tu ada banyak level..kena hati-hati naik tangga. Masa ni laa kita nampak ada sesetengah lantai yang macam dah reput. Ada jugak tempat yang ada orang tinggalkan botol air. emmmm. 

Sebenarnya sangat baik untuk kita kekalkan kapal sebegini. Sebab di masa hadapan, mungkin kita dah tak dapat jumpa kapal sebegini atas kekangan tiada bijih. Serta mungkin teknologi yang telah berubah. Sayang jika pihak berwajib tidak mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengekalkan khazanah ini.

Ok la..jom kita tengok-tengok apa yang ada di sekitar kapal korek ini.

Pintu masuk

kapal dari jauh

Dinding




Ni la tangga yang ada dalam kapal

tangga - kecil je. hati-hati tau








Sekian.

Monday, 30 May 2016

Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai

Selalu dah dengar nama restoren ni. Katanya sedap. Ramai riders datang semata-mata nak makan kat sini. Tiap kali balik kampung, memang akan lalu sungkai ni, tapi tak pernah la singgah. 

Kedai asal dia adalah jalan masuk ke Sungai Klah Hot Spring. Tapi baru-baru ini, rasanya awal tahun ini, dia pindah ke jalan besar Sungkai tu. Sebelum masuk ke tol PLUS Sungkai.  Agak ramai orang masa kami singgah tu. Ye laaa, masa tu ada cuti Hari Pekerja. Ramai yang balik kampung. Kami pun sama-sama menyebok nak singgah kedai tu.

Kali pertama datang, aku serabut dengan sistem beratur dan bayar dia. Terjah je laaa. Nasi beratur tempat lain, lauk lain, sayur lain. Ishhhhh. Tempat bayar pun asing-asing. Akhirnya kami amik lauk seperti di bawah. Kambing cincang tu 2 piring, ayam bakar dan sayur sikit. Kesimpulannya:
1. Rasa macam biasa je. Kiranya tak la sedap giler dan tak la teruk sangat. Tapi anak aku makan sepiring kambing tu dia sorang je. Mungkin faktor kebuluran. heheh. Sepiring RM10 kalau tak silap
2. Ayam tu ok-ok jek.
3. Nasi buluh tu pun ok.

Eh..macam bosan je review makanan ni. hahahahha. Sebab memang kekusutan masa singgah kedai ni. Maka, tak de apa yang nak diceritakan dengan mendalam. 
Depan Kedai

Menu yang kami ambil

Tuesday, 23 February 2016

To Taiping With Love

Hi all

Aku datang ke Taiping lagi
dengan niat yang lain dari lain
masuk fun run
bersama alumni sekolah sebenarnya

Disebabkan run tu bermula sabtu pagi, malam jumaat selepas kerja terus terbang ke taiping
hotel aku dah booking awal-awal kat booking.com
malas nak pikir-pikir
asalnya nak dok budget hotel je
tapi sebab minggu tu aku sibuk, tak dan nak google dan baca-baca
so..belasah je ikut geng aku yang sama dok kat Flemington Hotel tu
semalam aku kene RM150 inc gst
yang best ada free wifi kat bilik....itu penting
heheh

sampai hotel dalam pukul 12 midnite
masuk bilik..bau kepam..bau macam lama xde orang
lagipun dapat katil single
terus mintak tukar..mintak queen
ok pulak bilik yang baru tu

anak aku memang teruja kalau duduk hotel
terus segar bijik mata dia
dalam pukul 12 lebih, dia nak mandi
bukan ada bathtab pun...sabo je laa anak aku
dalam 1.30 aku paksa dia tido..

bangun pagi kemain awai anak aku
nak lari katanyaa
amboi ko...6.15 dah jaga terus serah diri nak mandi
ni mesti terkenang malam tadi tak dapat mandi
kalau kat rumah..kemain payah ajak mandi pagi

lepas lite bekpes kat hotel
terus pergi sekolah
biasa laaa...janji pukul 7.15...dekat 8 lebih kot baru start
takpe..yang penting happy jumpa kawan-kawan lama
sebok bergambar dan berborak je pun

habis larian, ada jamuan kat dewan makan
borak-borak-borak
tu la niat nye pun..setakat datang nak berlari, kat mana-mana pun boleh kan
hehhehe

kami kat padang sekolah...ce teka mana kasut aku

nice view sepanjang larian..eh larian ke jalanan..hehehhe

petangnya, kami pi kuala sepetang
kawan kami ajak makan kat Pak Salleh Stall
selalu makan kat Mak Jah
tapi kali ni...kami p beli udang sendiri dulu
pastu bawak udang tu pi kedai pak salleh
suh dia masak
sekilo udang putih tu RM40...murahkan
ada beso kecik laa saiz nya
kat putrajaya,,saiz kecil-sederhana tu pun dah RM35 kot
aku beli sekilo..saja buat gatal-gatal
kesimpulan tekak aku...lebih kurang je pak salleh ngan mak teh
tak tau nak kata mana sedap mana tak
tapi kuah pak salleh cayaq skit laaa

Mee Udang Pak Salleh

Lepas makan kat kuala sepetang, acara bebas
aku bawak anak aku mandi kat hotel
not bad laaa
pool dia kat rooftop
cuaca pun elok jek...gelap terang gelap terang
sib baik x ujan
puas laa budak tu mandi sorang-sorang

view from rooftop

swimming pool untuk orang dewasa

malamnya bawak pi night zoo
kami datang awal, dalam 7.40 gitu
kaunter bukak dekat pukul 8
dia start 8mlm - 1pagi katanyaaa
bukak je kaunter terus kami masuk dan duduk train
malas nak jalan
malam tu panas, macam tak de angin

selalu aku baca semua kata best zoo taiping ni
kenapa aku rasa macam senduuu jek
dah laa rege agak mahal aku rasa...RM20 dewasa..heheh ke murah
dengan binatang tak banyak nyaaa
dengan pemandu train tu malas nak tunggu lama skit
logiknya, dia kat depan...stop...dia suluh binatang tu..cakap-cakap skit
orang kat belakang dia tu..dapat la tengok..kami yang baris ke tiga-empat ni..jauh lagi kat belakang
patutnya...pelan-pelan laa..kasi can orang belakang telek dulu
emmmmmm

train pun agak uzur..speaker pecah..tak dengo apa dia bebel
dengan bunyi bising lagi (heeekkk hoookk heeek hook)
tapi anak aku..dia suka laaaa
budak-budak kan

kome nampak ke binatang apa ni? rhino kot


Pagi ahad tu, breakfast kat hotel. ok jugak..tak la banyak tapi berperisa
lepas breakfast jalan-jalan pusing tepen
saja nak amik-amik gambo
cantikkan..nyaman je tepen
i fall in love again..and again..hehehe
nak naik bukit larut, penuh jeep
ada kosong pukul 11.30pagi...lewat sangat dah

kat depan flemington je ni

kat depan flemington je ni 
taiping war cemetery - tengok dari luar je pun

masa nak balik tu...ternampak pulak Kedai Doli Kuew Tiaw
singgah laa terus
laki aku tak pernah makan lagi
dan dia suka..bagus...
anak aku makan nasi ayam..licin sepinggan..kebuluran la tuuuu

Kuew Tiaw Doli...RM10 ni sepinggan..sepesel katanyaaaa


dalam pukul 12 lebih, kami chow
babai taiping....nanti kami datang lagi
misi naik bukit larut kena disettlekan
hehhehe

Monday, 9 November 2015

Hasil Kampung

Sepatutnya minggu ini aku merendek ke Medan
Tapi atas sebab-sebab tertentu, terpaksa cancel
Takpe laa..itu namanya tak de rezeki
Tak dapat berjalan, mari kita tunaikan tanggungjawab pada mak
Ayoh kita balik kampung


Balik kampung, wajib pergi pasar sabtu
belikan mak apa yang patut
ehhh sebenarnya bukan untuk mak sangat
cuma nak stock up mende kat umah tu
senang nak makan nanti

lepas tu tolong mak bersihkan kebun kecik dia
dia dah tak larat nak mengeri (tahu ke KERI?)
haaa ni rupa keri.. aku rembat dari google

Keri
Pagi seround...petang seround..
adoiii..letih badan-badan aku
tu belum kene gigit ngan semut merah..
abis berbintat dan gatal-gatal kaki tangan aku
pasrah je laa
sekarang musim ujan
air pun dah mula naik...maka semut ni banyak merata-rata

Ahad dah nak balik
kejap je rasa
sebelum balik..mai kita kutip hasil kebun yang ada
hahahah kebun la sangat

pokok pisang ni tumbang
belum cukup tua
mak suh bawah balik..amik laa 3 sikat
buat syarat..nanti nak kasi akak aku 2 sikat

Pisang...belum cukup tua

Limau kasturi ni aku yang tanama zaman dulu
sib baik la dia masih berbuah dan berjasaaa

Limau kasturi
Limau nipis ni paling best
jenis apa tak tau..tapi dia banyak air dan rasa dia sangat best dari limau nipis biasa
pokok limau nipis biasa tu ada..cuma buahnya semua muda-belia

Limau nipis yang best giler
ok
yang ini bukan hasil kebun
hasil kebun la jugak..tapi kebun orang
abang aku beli kat pasar
memandangkan aku balik awai..aku rembat
dan masak kat umah buat minum petang
hehehhehe

jagung..rembat abang aku punya
Memandangkan petang/malam tu hujan
aku malas nak keluar
so..aku masak simple-simple
rebus pucuk ubi dan jantung pisang dari kampung
lauk tak de dalam peti ais..so telur dadar je laaa
fuhhhh..sedap giler
alhamdulillah

lauk malam tadi

hasil  lain yang takde dalam gambo adalah serai
malas nak beli 3batang RM2..sentap
nak tanam sendiri..punya la malas nak beli tanah
tak tau penyakit malas gred berapa ni
dulu aku tanam serai ngan limau kasturi dalam pasu..
elok je hidup...
ingat nak mula bercucuk tanam balik nie
kan sekarang semua menda mahal
kena ubah cara hidup
doakan aku ye.

Tuesday, 2 June 2015

Homestay di Bandar Universiti Seri Iskandar, Perak

Promosi....Promosi

Sekarang kan musim pendaftaran pelajar universiti, politeknik, uitm dan lain-lain
kalau ada yang nak menujuk ke Seri Iskandar
boleh cuma homestay ini ye.
Jimat, selesa dan dekat dengan pekan Seri Iskandar.

Maklumat lanjut boleh layari:
http://nordyhomestay.blogspot.com/

Boleh hubungi nombor berikut:
Nordy 0124841274
Syed    0135026996

Jom tengok sikit keadaan rumahnya..

lokasinya

Bilik 1

Bilik 2

Dapur


Sekian, iklan ini tak berbayar ye