Friday 3 June 2016

Tanjung Tualang Tin Dredge

Beberapa minggu yang lalu, aku balik kampung. Ada kenduri kawen kat Batu Gajah. Sebab memang nak balik kampung, maka pergi lah kami ke kenduri tu. Bawa mak jumpa sedara mara.

Ingat lepas kenduri tu nak pegi Kellie's Castle sebab dekat sesangat. Boleh plak terlupa. Dah pusing ke jalan lain dah. Dah laa...tak payah pergi sebab malas aku nak pusing-pusing walaupun dekat je sebenarnya. Mungkin faktor panas berdenting tu...mati nafsu.

Masa kat tanjung tualang tu, nampak signboard kapal korek bijih timah. Jom singgah tengok apa yang ada. Depan area pintu masuk tu ada parking..agak luas juga...dalam 50biji kereta boleh kot. Masa kami ada ada dalam 5 biji kereta. Dari jauh dah nampak kapal korek tu. 

Pintu pagarnya kunci tapi pagar kecil tu buka. Kami tengok pondok macam guard house tu kosong je. Tak de orang. Dalam tu ada tulis, bayaran masuk RM2. Tapi tak tahu nak bayar pada sapa. Bekas pun tak de nak masukkan duit. Halal ye encik. Saya bukan tak mahu bayar.

Panas weh. Masa tu pukul 2 lebih kot. Pokok semua tak de. Ada seketul kapal tu jek. Tempat ni macam tak proper manage. Nak masuk ke kapal tu ada titi kayu je. Nak meniti tu pun agak berdebar. Bila dah masuk dalam kapal tu...jelas ketara besar sebenarnya kapal ni. Kagum juga la aku.

Dalam tu ada banyak level..kena hati-hati naik tangga. Masa ni laa kita nampak ada sesetengah lantai yang macam dah reput. Ada jugak tempat yang ada orang tinggalkan botol air. emmmm. 

Sebenarnya sangat baik untuk kita kekalkan kapal sebegini. Sebab di masa hadapan, mungkin kita dah tak dapat jumpa kapal sebegini atas kekangan tiada bijih. Serta mungkin teknologi yang telah berubah. Sayang jika pihak berwajib tidak mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengekalkan khazanah ini.

Ok la..jom kita tengok-tengok apa yang ada di sekitar kapal korek ini.

Pintu masuk

kapal dari jauh

Dinding




Ni la tangga yang ada dalam kapal

tangga - kecil je. hati-hati tau








Sekian.

No comments:

Post a Comment