Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Thursday, 31 December 2015

Jalan-jalan cari pasal ke Utara....again! Sungai Sedim - Part 2

Ok. Mari sambung

pagi tu..rasa tak boleh bukak mata
mengantuknyaaa
badan pun macam nak shut down jek
ni faktor penuaan ke memang letih ya amat nieee
semua ahli rombongan pun liat nak bangun
subuh pun subuh gajah
adooooiiiii tolong

lepas berperang dengan budak2 suruh bangaun
dengan mak budak pun sama malas
akhirnya..dapat jugak keluar rumah
lewat dah..pukul 10 kot

maka ayoh laa kita ke SEDIM
dulu masa aku dtg kulim..mmg mencari sedim ni
tapi waze yang bijak pandai tu bawak aku sesat ntah ke mana
kali ni ada adik aku..xde laa sesat

dari Hi-Tech Kulim ke Sedim ni..dlm 45 minit drive
dalam perjalanan tu...ada nampak laa signboard air terjun sana sini
korang boleh pilih laa mana yang korang nak

tujuan utama kami adalah Tree Top Walk
saja nak merasa
last merasa naik tree top walk kat ranau...best

ok..dah sampai pintu masuk sedim
sila bayar RM3 per car ok
bila dah parking..wowwww cun nye
nyaman jek
air terjun dia cun...bersih
bebudak dah mengelupo nak terjun
jenuh kata..kita jalan2 dulu

kat parking tu, ada surau..tandas
tempat camping, mcm open hall
ok laaa

jom panjat bukit skit nak pi tree top walk tuu
jumpa laa resort kat atas tu..ke chalet..hahahha sbb kecik jek
sure sejuk memalam
kat sini ada jugak atv, water rafting, paintball
tp masa aku naik tu..tengok sunyi sepi je tempat paintball tu
xde orang kot..ke dah innalillah dah

jom layan mata tengok gambo kat tree top walk tu
gambar di sekitar tree top walk sedim


nak masuk kena bayar ye
kanak RM6, dewasa RM10
kanak2 tu yang dah sekolah..tadika free katanyaa
disebabkan kami agak ramai ...kanak2 8 orang, dewasa 9 orang
adik kaunter tu kasik free 1 tix
time kasih bebanyak dik

dia nye route tu kurang 1km..
yang ini besi..rasa selamat jek
kalau kat ranau...bergoyang2..sakit perut mak
ada tempat tu..agak tinggi
akak aku dah menggigil2...
jalan sambil pegang2 ...lawak plak aku rasa
dia kata..tobat dia x mo pi china yg cermin transparent tu
apa ke nama tempatnyee...lupa
yang budak2 ni..takde mende deme takut
berlari sana sini..

lepas abis walk tuu
terus serang air terjun
air dia bersih
cuma tempat yang kami pilih tu...agak deras airnya
malas nak cari tempat lain
yang ni dekat ngan parking..dah la bebudak ramai

so bebudak kecik main kat tepi jek
yang beso skit..main kat tengah
aku malas nak mandi plak rasanya
sbb bawak baju ganti..tp seluar tak bawak
kang abis basah kete
duduk laa pantau bebudak ni mandi

lepas semua dah sejuk gedi
marilah kita pulang
aku pun sebenarnya x berapa ada mood sangat
sebab penat badan tak abis lagi

Time balik tu dah plan nanti singgah memana...sbb dah penat
malas nak masak
sekali adik aku salah simpang daaaaaa
dah x dpt makan kat luar
sampai rumah kena masak pulakkk
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


lepas makan semua, kakak aku keluar pusing kulim
aku ngan laki aku terbongkang je kat rumah
malas nak kemana
sambil2 tolong basuh baju mandi tadi
ehhhhh
aku ni holiday ke apa
mak pun konpiusss

Malam tu..aku declare malas masak
Aku niat nak belanja semua makan luar
Jenuh google dan agak-agak mana tempat yang ok
bersiap je dah makan masa lama..cenggini laa kalau ramai bebudak
laki mak dah sentap..dia jenis punctual..
sabar la sayaang..hehehhe

akhirnya kami pilih Puncak Mutiara Cafe, Kubang Semang Penang
ehh..Kulim tu dah sempadan Penang laaa..dekat je..dalam 20 minit
awal tu saspen gak..sebab macam ceruk skit tempat dia
bila dah sampai..cun aje
teringat Bandung ...tempat makan dia ada gazebo bagai
nampak luas
kami sampai dekat pukul 9 kot
sini popular kambing bakar
disebabkan ramai yang kebuluran, ada yang pilih kambing RM23 kot, chiken cop, nasik
aku pilih mee udang..amik ko...RM20 semangkuk
nasib kami agak malang
gazebo sebelah, bertukar-tukar orang ..laju je dapat makanan
kami dok tunggu sejam baru dapat
dah naik marah rasanya..dah laa lapo giler
kesimpulan malam tu: kambing agak liat, mee udang kuah cayaq..rasa so-so
tomyam ok, paprik ok laaa..
agaknya memang ditakdirkan malang malam tersebut
Ni je gambo yang senonoh sempat tangkap..sbb mood dah agak lari

dah kenyang2...ehhh adik aku pulak pi bayo
hehehhe..biar laa dia
last day tu aku tinggalkan duit kat dia sikit
asalnya memang aku nak belanja pun

masa nak balik tu..dlm pukul sepuluh lebih masih ramai orang datang
memang sedap kot
cuma nasib tak menyebelahi kami

dah kenyang..moh balik..dah ngantuk niee

Wednesday, 30 December 2015

Jalan-jalan cari pasal ke Utara....again! - Part 1

ini cerita beberapa minggu yang lepas

rasanya dah lama kot plan nak ke utara  ni
dicadangkan oleh kakak aku
dia nak ke penang...
walaupun aku rasa aku baruuuu lagi pergi utara
tapi layankan je laaa
kang kesian plak dia x de gang

ajak seluruh kaum kerabat
tapi biasa laaa
ujung tahun...makin hujung makin bizi
last-last cuma bertiga je dapat pegi
semuanya kakak aku

Maka
hari yang ditunggu pun tiba
jumaat tu..aku mcm orang giler kat opis
sebab ada vendor bijak ni...mcm2 tak complete
sedangkan account nak tutup isnin depan
nak tak nak kena submit semua document
tp akhirnya aku berjaya submit dlm pukul 4.30 petang
pung pang pung pang...pukul 6.30 aku keluar opis
rasa nak mati penatnyaaa

kuar opis terus pecut ke rumah kakak aku pulak
sebab anak sedara aku sorang nak tumpang aku
dia baru balik dari hostel
elok aku sampai rumah dia..dia baru sampai
tunggu dia kemas barang segala bagai
last-last sampai rumah pukul 7.30mlm

aku bukak je pintu
aku tengok laki aku x buat apa pun
ok..mode SINGA is ON
isshhh memang laaaa
terus aku solat dan berperang
kemas rumah packing baju mak nenek semua
fuhhh lap peluh
rasa nak pengsan sebab aku dah penat dari pagi tadi

alhamdulillah
siap semua
mari baca doa dan keluar rumah pukul 9 malam
terus singgah kedai makan..lapo..lapo
kiranya...pukul 10 laa kami start gerak ke utara
sambil tu dok wasap ngan kakak-kakak aku
deme dah sampai umah adik aku
ye laa..depa kan gerak subuh tadi

dalam kereta plak aku stress sesangat
laki aku baru beli cd mask rider blade
anak aku dok ulang 50juta kali
adoooooiii tekanan
masalahnye dia bukan tunggu citer tu abis
dalam 5 minit main..replay...main..replay
korang bayangkan macam mana perasaan tekanan aku tuu
dan dia tak mau tido
dengan aku-aku x boleh tido
ini satu keajaiban sangat

akhirnya kami sampai kulim dalam pukul 2-3 pagi kot
masa sampai semua dah tido
bentang tilam terus pengsan
aku dah tak boleh tahan

to-be continue

ps: ni cerita ke membebel ...tapi sebenarnya aku memang penat nak mati

Monday, 6 April 2015

Unplanned Road Trip - Utara Part 4

Seawal pagi, kami dah bersiap menuju ke Jeti Kuala Kedah. Alaaa..nak ke Langkawi je pun kan. Pegi subuh-subuh sebab kawan kata semalam macam penuh. Risau la kan tak de tiket. Lega dapat tiket, ferry pertama lagi. Si kenit ni teruja laa dapat naik ferry. Agaknya ramai tak sangka ferry akan penuh. Ada akak sebelah nie, beli tiket dua je. Anak dia dah la besar, dalam umur 4-5tahun kot. Dah jenuh mak nye mendokong. Siap bebel, selalu tak penuh pun. Aikkk... jangan la macam tu kak. jangan berkira sangat. Tengok, sapa yang susah. Jangan harapkan tak penuh, dan anak akak dapat free je duduk. Adoiiiyaii. Ni la mentaliti orang kita. Nak jimat jek. Patut ferry pun kena buat peraturan macam flight. Umur 2 tahun ke atas wajib beli tiket. Bukan la aku nak dengki, tapi untuk keselesaan budak tu jugak. Kesian aku tengok. dah la lama ferry tu. Kalau 10minit boleh la diampunkan.

Lagi satu, kenapa la ada budaya tak reti nak tengok nombor seat. Kan dalam tiket tu dah ada. Tolong la ikut. Kalau dah bergerak dan ferry memang kosong, sukatik la ko nak dok mana. Tak faham betul laa. Sakit jiwa aku tengok mende-mende cenggini.

Sampai je Langkawi, terus cari kaunter beli tiket balik. heheheh..balik hari je uollls. Memang tak de plan nak stay pun. Dah besar giler jetty kuah ni. Zaman dulu, kecik je. Last guna jetty tahun 2002/2003. Dah lebih 10 tahun. hehehe. Senang naik flight la pi langkawi sebenarnya.

Ok. Tiket balik settle. Next, cari kereta sewa. Tanya teksi (konon nak ikut peraturan). Sekali dia charge separuh hari RM180. Fitaaamm.. Aku dah start panic. Terus cakap ngan husband, cari ulat laa..mana larat nak bayo harga mencekik darah macam tu. **janganikutaksiiniye
Pusing-pusing, jumpa kereta sewa RM70 pagi sampai petang. Fuhhh..lega. Kelisa je. Cukup laa..kami pun bertiga jek.

Kereta sewa comel kami
Heiii...pinky ;)

Settle, singgal Dataran Lang dulu. Tempat wajib. Pusing sekejap terus jalan. Cari tempat breakfast. Tetiba macam banyak plak kedai tak bukak. Memang konpius. Last jumpa gerai bodo jek. Pasrah je la. Aku makan peknga **betulkaejaan. Sapa tak kenal peknga? Ni rupa kat bawah ni. Kampung aku x sebut peknga..sebut lempeng je kot.

peknga

Siap makan, terus pi ke Cable Car. Mak aihhhh..tetiba macam merenyut manusia..adoiii..stresss tengok. Sebab masa kat jetty and pusing-pusing Pekan Kuah, macam tak nampak orang sangat. Pastu ada system plak beli tix dia. Memang nampak serabut. Macam kami, sampai pukul 10 kot..pukul 11 baru leh masuk queue. Masa tu lepak la kat bawah tu. Ada 3D museum kot baru bukak. Mahal gak nak masuk. Tak tanya pun harga tiket dia. Sebab target nak naik cable car jek. Lepas q tu, banyak lagi pit stop dia. Dari bawah, nak naik ke atas tu dalam sejam lebih gak rasanya. Itu belum naik cable car tau.. dok beratur naik tangga je tu. Tapi ada tambahan baru. Masa menunggu tu, kena masuk Sky Dome. Dulu tak de. Ok laa...dapatla merasa ekon setelah lama beratoq. dan dapat duduk sekejap kan. dalam 10 minit kot jugak kot dalam Sky Dome tu. Lepas tu kami laju-laju keluar. Dapat dok q pertama nak naik cable  car..heheh


Apa la projek ko anak






Lepas je abis naik atas tu, kami terus pecut ke pekan semula. Singgah solat kat masjid tepi-tepi jalan. Kemudian, misi mencari Laksa Ikan Sekoq kat airport. Katanya sedap sangat. Punya la ramai makhluk. Sampai tempat duduk pun takde. Alang-alang dah sampaikan, kugigihkan jugak jebat. Ok. Dapat satu port ni. Dah semua gerai jual laksa ikan sekoq. Mana satu nak pilih nie. Bantai je la labu. Order satu sebab laki den tak makan laksa.

Ya Allah!!! langsung tak kena ngan selera aku. Ke sebab ramai sangat orang. Tak sedap langsung. Cayaq, takde rasa. Ntah laa..bukan setakat laksa je tak sedap. Ngan air-air pun tak sedap. Pastu, aku tak berapa berkenan la makan tepi pantai gerai-gerai macam ni. Angin bertiup, masuk pasir. Campur lagi ngan rakyat malaysia yang sangat berhemah, buang sampah merata-rata. Dengan pekedai/pegerai (hahahh aku perosak bahasa) yang tak menjaga kebersihan sangat. Memang aku tak kusyuk makan. Dok membebel-bebel jek. Pastu laki aku pulak sambung bebel 'nak sangat merasa..amek'. Sentap mak tauuuu. Kesimpulannya, memang tak kena ngan jiwa aku.

Lepas kuciwa dengan laksa langkawi, kami menuju last pit stop....HIG. Yess...bukan nak shopping sangat pun. Nak beli cekelat jek. Ate, kalau dah sampai langkawi tak beli apa..macam sesia la kan. Pilih pun laju-laju sebab dalam tu pun serangan manusia punya la ramai. Hazab.

Settle semua. Maka marilah kita kembali ke pangkal jalan. Kembali ke Jetty Kuah. Pulangkan kereta dan tunggu ferry. Semuanya lancar. Sampai Kuala Kedah magrib kot. Penatnya tuhan saja yang tahu. Mungkin sebab cuti wesak, ramai orang. Ditambah pula dengan cuaca yang panas. Memang terbaek sangat pakej tu.

Semua dah penat. Sambil menuju semula ke selatan, dok search hotel murah-murah sepanjang jalan tu. Tak jumpa yang menarik. Akhirnya buat keputusan dok hotel adik aku je laa..hahahha. taktik nak save bajet. Maka marilah kita ke Kulim semula.



Wednesday, 25 March 2015

Unplanned RoadTrip - Utara Part 3

Meh kita sambung

Lepas dari Pantai Merdeka, kami jalan je menuju ke Alor Staq. Asalnya nak main redah je carik hotel bajet. Tapi ada kawan aku yang baik hati, dah book kan hotel untuk aku. Masih hotel bajet tapi best dan baru. The Leverage nama dia. Hotel baru, I like sesangat. Free wifi. Saya cadangkan hotel ini kalau korang nak save dan selesa. Satu malam kami kena RM85 kot. Dulu pernah dok hotel bajet kat Jitra kot...atas kedai mamak. Lupa nama dia. Kena dalam Rm60 kot. Tapi tak menarik sangat. 

Sampai dah dekat magrib kot. Mandi lepak solat. Nak keluar dinner. Dating ngan kawan sekolah, Yus. Bestnya. Last jumpa dia masa aku datang aloq staq 3-4thn lepas kot. Kali ni dia bawak makan kat Menara Alor Setar. Kekaguman disitu. Tak tau pun menara sini pun ada tempat makan. Siap berputar-putar tauuuu...Ingatkan Menara KL je ada..kelasss uollss.

Makanan dia simple2 je tp ok laa..sedap jugak. Dan yang penting tak mahal ok. Mampu milik. Kami makan steamboat malam tu. Rasa nak meletop perut sebab gigih tak mau membazir. TQ Yus. Belanja makan.

Selesai makan, turun bawah. Disebabkan malam minggu, happening giler bawah tu. Ada bouncing castle, kete mainan, jualan ntah apa-apa. Kiranya kalau bawak budak, memang meraung la mak budak...adoiiiyaaii..memang tak leh nak elak. Semua depan mata. Puas la anak aku mintak memacam. Sib baik mood holiday, kalau tak..dah lama kena piat.

Dah..moh kita balik tido..esok ada misi awai pagi.

Thursday, 19 March 2015

Unplanned RoadTrip - Utara Part 2

Sambungan dari Part 2

Ya Allah..letihnya badan. Malas giler nak bangun. Tak larat sebenonya. Abis sakit-sakit badan.
Ingat nak keluar awal dari Kulim. pung pang pung pang...dekat tengah hari jugak la keluar rasanya.

Nasib baik adik ipar dah siap-siap masak pagi. Nasik lemak. Sedap plak tu. Rezeki. Kira-kira pukul 10 lebih keluar dari rumah dia. Pagi tu dah fikir nak ke Sedim. Tengok dalam google kata area Kulim. Masa keluar baru bukak waze. Sekali.....waze bawak masuk hutan mana ntah...di kawasan kosong. Adoiiyaii..sentap mak tau. Nasib baik laa tak jauh sangat dari pekan Kulim tu. Kalau tak, buat rugi minyak jek. 

Last-last fed-up. Malas nak ke sana. Call kawan sekolah dulu. Nak dating ngan dia. Kat pekan Kulim. Bestnya jumpa kawan lama. Minum je laa, sebab kenyang lagi. Thank you ye sebab belanja. Dah lepas puas berborak..mari kita teruskan perjalanan. Nak ke mana weh..stress mak enchik tauuuu

Sambil kereta bergerak sambil dok google. Apa yang menarik sepanjang perjalanan nak ke Alor Setar ni. Nak masuk Penang takut jam, sebab esok lusa dah wesak. Penang sambut wesak. Ok..Next.

Emmmm ni yang tak suka kalau tak plan. Tak tau apa nak dituju. Tau je la google dalam kereta. Ada kawasan laju, ada kawasan macam siput sedut. Bikin hati panas.

Last-last ambik keputusan nak ke Lembah Bujang. Apa???? Lembah Bujang!!! hahahha ko mampu?
Tapi memang tak pernah sampai pun ke sana. Kata tempat bersejarah. Maka, mari lah kita mengkaji sejarah tempatan.


Sebenarnya agak jauh dari main road nak ke Alor Setar. Tapi belasah je laaa. Mencuba tempat baru kan. Cuaca kat utara masa tu sangat la panas. memang tak tahan rasanya. Bertabah je  laaa. Akhirnya kami sampai ke Lembah Bujang. Tahniah diucapkan kepada diri sendiri. Dengan cuaca yang panas, kawasan yang agak terbuka, tak mampu mak nak membaca bahan yang dihidangkan depan mata. Kita cuci-cuci mata je laa..sambil kasi anak main-main kawasan sekitar. Dah la kawasan berbukit. Semput mak. 
Lembah Bujang Uollls


Cun kan sebenarnya area ni. Tapi sebab panas sesangat, tak mampu nak baca dengan lebih lanjut. Sekejap je kami kat sana... Lepas tu ..jom..kita gerak.

Sambil tu otak ligat tengok apa lagi tempat nak singgah. Tengok laluan ada pantai. Moh kita tengok apa yang menarik.

tadaaaaaaaaa!!!!

Pantai Merdeka

"Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! Indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh..."




Hahaha. Rasa kelakar sangat. Sebab pantai ini memang tak de apa. Kuangjaq sangat kan statement ko. hahahhaa. Maksud saya, biasa-biasa saja. Mana boleh lawan dengan Pantai Timur. Ok la kan dari tak de langsung. Memang sekejap sangat kat sini sebab panas menggiler. Depan tu Tanjung Dawai. Ajak pi sana kot-kot nak shoping ikan kering ka apa ka. Dah malas katanyaa...pasrah je la.

To be cont.


Wednesday, 18 March 2015

Unplanned RoadTrip - Utara Part 1

Assalamualaikum

hai..hai...
Saya jenis yang kalau bercuti atau kerja luar, mesti kena plan sikit-sikit. Contohnya, riki-riki hotel apa yang best, tempat makan, shopping mall. Tu perkara basic yang saya akan jeling. Disebabkan kekangan masa dan kemalasan yang melanda, sejak akhir-akhir ini saya tak sempat nak buat semua ini. *okadaalasan

Masa cuti panjang sempena Wesak dan Hari Wilayah hari tu, Encik Suami ada cakap, jom nanti kita cuti-cuti utara. Tapi saya buat pandai jek sebab seperti di atas. Hehehe. Serius memang tak sempat nak jeling. Saya anggap macam tak serius kot ajakannya itu.

alamak??? pic:gugel

Masa balik kerja, dia tanya 'amacam, jadi tak pi Utara?' ...alamak...alamak...mak tak ready apa pun ni. Saya pun kata, ntah. ikut la memana. Boleh jek. Dipendekkan cerita...sampai je rumah terus saya pong pang kedebuk..kedebik mengemas rumah, packing barang semua. Dengan lafaz bismillah pukul 9 malam kami bergerak ke utara.

Dalam kereta tu, baruu mesej adik yang tinggal di Kedah. Dengan niat nak menumpang tidor *tektiknaksavebajet.... Nasib baik dia ada kat umah. Kalau dia pun balik kampung, jenuh nak mencari hotel. Time tu jugak mesej kawan-kawan di utara. Nak bagi tau kami maiiiiii...boleh la ngedet gitu.

Sampai Kulim midnite. letih sesangat. kita tido duluuuuuuu.

To be continue