Wednesday 18 March 2015

Unplanned RoadTrip - Utara Part 1

Assalamualaikum

hai..hai...
Saya jenis yang kalau bercuti atau kerja luar, mesti kena plan sikit-sikit. Contohnya, riki-riki hotel apa yang best, tempat makan, shopping mall. Tu perkara basic yang saya akan jeling. Disebabkan kekangan masa dan kemalasan yang melanda, sejak akhir-akhir ini saya tak sempat nak buat semua ini. *okadaalasan

Masa cuti panjang sempena Wesak dan Hari Wilayah hari tu, Encik Suami ada cakap, jom nanti kita cuti-cuti utara. Tapi saya buat pandai jek sebab seperti di atas. Hehehe. Serius memang tak sempat nak jeling. Saya anggap macam tak serius kot ajakannya itu.

alamak??? pic:gugel

Masa balik kerja, dia tanya 'amacam, jadi tak pi Utara?' ...alamak...alamak...mak tak ready apa pun ni. Saya pun kata, ntah. ikut la memana. Boleh jek. Dipendekkan cerita...sampai je rumah terus saya pong pang kedebuk..kedebik mengemas rumah, packing barang semua. Dengan lafaz bismillah pukul 9 malam kami bergerak ke utara.

Dalam kereta tu, baruu mesej adik yang tinggal di Kedah. Dengan niat nak menumpang tidor *tektiknaksavebajet.... Nasib baik dia ada kat umah. Kalau dia pun balik kampung, jenuh nak mencari hotel. Time tu jugak mesej kawan-kawan di utara. Nak bagi tau kami maiiiiii...boleh la ngedet gitu.

Sampai Kulim midnite. letih sesangat. kita tido duluuuuuuu.

To be continue

No comments:

Post a Comment