Thursday 31 December 2020

Ada Apa Dengan 2020?

Diam tak diam dah sampai penghujung 2020 kita. Tak sangka juga. Hehe. Awal-awal dulu rasa macam masa tak bergerak je. Nak-nak masa musim PKP Mac 2020 dulu.

Kita memang tak boleh nak ramal masa depan kan. Semuanya telah tertulis. Bersyukur je la dengan apa yang ditakdirkan untuk kita. Pasti ada hikmah dia kan.

So... apa nak tulis untuk penutup 2020 ni ye?

Pencapaian? emmmmmmm. Apa yang aku capai pun aku tak tau..hahahha. Kesedihan sungguh laa. 

Bad Things? haaaaa ini aku macam tau. Nak kata buruk sangat tu tak laa tapi buruk laa jugak. Sejak PKP haritu, aku kemaruk KDrama. Kemaruk yang agak teruk. Azam tahun baru aku nak buang hobi ni. Harap perasaan teringin tu hilang laa nanti. Disebabkan hobi ni jugak, aku dah tak membaca buku. Maksud aku buku fizikal. Ada lagi 3-4 buku yang aku beli awal tahun haritu tak berbaca lagi. Ingat cuti new year nanti nak mulakan semula laa membaca ni.

Travel? Memang tak laa kan. Dah border tutup. Jangankan berangan ke obersi... dalam negara pun tak berapa sangat bergerak. Ini disebabkan kekangan-kekangan diluar jangkaan jugak. Cuma sempat masa PKPP haritu je ada kerja di Kelantan. So sempat laa singgah terengganu sekejap. Pastu dapat balik kampung 3x pun dah bersyukur. Sapa yang kampung dia Sabah/Sarawak lagi kesian..payah nak balik kan. 

Anak/Sekolah? Ini yang paling mencabar pada aku. Sebab aku bukan berjiwa pendidik sangat. Lepas tu aku rasa kalau kita mengajar anak sendiri ni tak sama ngan kita ajar anak orang. Kesabaran setipis bawang. Hahahaha. Walaupun kekadang nampak anak macam boleh cope ngan new norm ni, tapi tak pastilah tahap mana. Cuma mengharapkan dia masih boleh membaca, mengira, mengaji pun dah cukup baik rasanya. Tak mau kasi gajet? macam mana... kerja rumah banyak yang guna online..lepas abis jawab kuiz ke apa.. dah haruuu bergaduh x mau lepaskan gajet tu. Itu salah satu cabarannya. Belum lagi dengan kes-kes kelas/homework yang lambat maklum. Anak dah start berehat nak tengok tv, tetiba ting-tinggg mesej masuk kata ada kelas/kuiz online. Haruuuu betoi laaaa.

Aku yang anak sorang ni pun huru hara kekadang. Belum lagi yang anak 3-4 orang tu. Tu belum amik kira kita yang bekerja dari rumah ke apa. Mana nak mesyuarat online, tak tengok anak class online lagi..masak lagi.. Memang kena uruskan masa dengan baik dan yang paling penting SABAR. hahahha. Tu kunci utama dia.

Kesimpulannya, tahun ini penuh dengan cabaran dan pengalaman baru. Kalau dikenang-kenang, sebenarnya banyak menda yang kita rasa kita tak boleh buat, kita mampu lakukan bila dah keadaan terpaksa macam ni kan. Pun begitu, aku mengharapkan Malaysia dan Dunia amnya yang lebih baik pada 2021. Semoga covid-19 ini cepat hilang.

ikhsan google


Goodbye 2020
Hello 2021

No comments:

Post a Comment