Tuesday 29 December 2020

K-Drama dan K-Movie

Payah kalau makcik dah mula kemaruk tengok K-Drama dan Movie nie. Ada masa lapang je, sure tengok. Weekend je mula laa marathon cerita tu nak kasi habis cepat.

Dalam banyak-banyak cerita tu, ini senarai cerita yang BEST mengikut tekak achik. Ye la tekak makcik 40an tak kan sama laa dengan BBNU kan. heheheh

Kategori Drama

Ini 5 terbaik laa aku rasa. 5 bintang aku kasi dan aku memang sanggup la tengok berkali-kali

  1. CLOY
  2. Memories of Alhambra
  3. My Lovely Samson
  4. Reply 1988
  5. Itaewon Class
Ini pulak ok, best. Cuma tak de la rasa nak tengok banyak kali. Tapi boleh laa jeling-jeling scene yang menarik tu banyak kali..hehehhe
  1. What's wrong with secretary Kim
  2. Hospital Playlist
  3. She Was Pretty
  4. Its ok not to be ok
  5. Secret Garden
  6. Goblin
Dari list ni, korang akan nampak laa achik agak bias dengan pelakon korea ni. Oppa kesayangan acik adalah Hyun Bin. Masa awal-awal tak pandang dah oppa lain. Lepas tu baru terbuka pintu hati kat PSJ pulak. Kakakakaah. Lama-lama, acik dah semakin rasional. Acik tengok mana yang best dan berkenan kat hati.

Start-Up pun achik dah tengok. Masa tengok memang best laa..boleh layan. Tapi bila dah abis tu, rasanya tak de la best mana pun. Biasa-biasa je laa. Kakakakah. Concept dia macam citer Itaewon Class je. Cuma Itaewon lagi mencengkam jiwa. 

Lagi satu kategori cerita lembab macam siput sedut. Last 2 week, kan asik ujan je. Maka aku pun fefeeling winter laa. Layan citer winter sonata. Adoiiii punya laa lemau citer ni. Jalan citer best, cuma punya laa meleweh-leweh laa satu episod tu.. Sama kes dengan cerita Snow Queen lakonan oppa kesayangan aku ...hahaha. Penat nak tunggu citer tu abih. Tu pesen citer awal tahun 2000 gamaknya. Citer jaman sekarang semua cepat-cepat je. Takde meleweh-leweh.

Baru aku perasan, aku tak tengok lagi si Lee Min Ho berlakon. Nanti laa bila sampai seru, nak try satu drama dia.

Bagi movie plak, banyak jugak yang syok. Cuma yang sakit jiwa depa ni, citer dia macam tak cukup masa. Cuba laa panjangkan skit...baru laa puas nak tengok..hahah. Ok ni movie yang saya memang berkenan:
  1. A taxi driver
  2. On Your Wedding Day
  3. Parasite
  4. Negotiation
  5. Confidential Assignment
  6. Tune in for love
  7. The man From Nowhere
  8. Canola
  9. Ashfall
  10. Train to Busan
Tapi, sempena nak masuk tahun 2021 ni..aku berazam tak mau layan sangat laa KDrama ni. Terasa membuang masa betoi laaa. Nak focus kepada baca buku semula. Semoga boleh istiqomah laa harapnya.

No comments:

Post a Comment