Ini adalah trip gedik dah lama tak menjongket. Walaupun bulan September diramal hujan dan ribut, kami masih kekal bersemangat. Agak boring flight ke Jeju ni. Cuma ada di awal pagi saja. Nak tak nak kena laa pi airport awal. Nak harap bangun 2-3 pagi lagi bahaya.
Disebabkan aku agak RAJIN, aku buat ringkasan je la pasal trip ini.
1. Nak senang naik je AirAsia-X direct ke Jeju. Terbang pukul 6.30am. Melainkan korang cuti panjang nak ke Seoul atau Busan, boleh ambil flight lain. Jangan lupa order makanan, kang kome lapo. Hihik.
|
ehhh dah sampai Jeju. Kalau kaler merah dah tau kapal apa kan |
2. Boleh amik pocket wifi di airport. Boleh booking online je sekarang.
kkday.com atau
trazy.com. Dalam tu macam-macam promo ada, antaranya pocket wifi la. Senang kan nak terus update igs ke fb ke. Yang penting, nak cari info atau berhubung dengan keluarga tersayang.
3. Shuttle Bus ke Lotte Rent-A-Car. Keluar je dari airport, cari shuttle ni ye. Free je. Kalau tak jumpa, jangan segan silu tanya orang airport tu.
|
Ini rupa shuttle bus dia masa kami sampai. |
|
Haaa tu dah nampak Lotte nyee |
4.
Lotte Rent-A-Car. Ini antara yang murah dan memenuhi kriteria kami. Dah siap-siap book sebelum datang sini. Bila dah sampai ni, isi sikit form dan boleh terus check kereta. Walaupun bertiga, kami pilih kereta yang sedan sebab bag semua macam mak datin. hahah. Kalau backpack, boleh la amik yang mini. Jangan lupa ambil yang ada GPS in english ye. Tapi kalau tak nak pun ok sebenarnya. Sebab boleh percaya dengan waze dan google maps. Sebelum datang, ramai kata elok install naver dan kakao tapi kami tak guna pun. GPS dan waze insyaallah selamat. Cuma pressure laa dengan gps dia. Semua menda nak bagi tau...hahahhaa. Ada bumper bagitau, ada camera, ada speed trap semua dia memekak..Tapi elok laa..Kita kan di negara orang, sila behave. Nak-nak pulak dia left handed, awal-awal tu agak kepanikan la jugak.
Lagi satu, kat sini mostly speed dia agak menyakitkan jiwa. Dalam 60-70km/h jek. Asal terlebih sikit memang dia memekak. Awal-awal ok la sebab tak biasa. Bila dah pandai drive, teringin laa nak bawak laju siikit kan.. tutup telinga je laa. hehe
|
Sila amik nombor dulu |
|
Dimulakan dengan bismillah. |
5. O'Sulloc Tea Museum / Innisfree Jeju House
Tempat perhentian pertama. Aku tak tau mana satu muziumnya. Tapi kami pergi laa ladang tea nye. Nasib baik semua tiada entrance free. Masuk Innisfree Jeju House tu, langsung tak de apa yang menarik. Nampak laa depa dok buat sabun ke apa ntah. Tidak menerujakan. Menu yang ditayangkan pun tiada yang menyelerakan. Masa sebelum datang, macam nak try je makanan dalam tu. Nak beli barang pun, kemain mahal. Baik beli atas flight ataupun kat kedai. Lagi murah.
Bersebelahan dengan Innisfree tu adalah O'Sulloc Tea Shop (tak tau sama ke dak ngan museum sebab aku tak nampak ciri museum). Ini best...menu dia macam semua teruja. Tapi memandangkan hari sejuk dan ujan renyai-renyai, tak berani laa nak order macam-macam. Aku try ice-cream green tea dia ni je.. perrrrgghhh terbaik sangat. Korang wajib cuba tau. Harga dia dah lupa.
Sebenarnya pemandangan di sini cantik. Ada banyak spot-spot yang instaworthy Tapi dah ujan suram muram je, gambar yang aku amik tiada yang memberangsangkan (macam laa selama ni cun sangatkan...kakakah).
|
Sedap gilossss |
|
suram dan muram je pemandangan |
|
ala-ala cameron ni |
6. Hotel di Seogwipo
Penginapan kami di Seogwipo adalah Rex Hotel. Hotel ni bersebelahan je dengan Olle Market. Aku suka je hotel ni. Sebab kemas/nampak baru dan yang penting, lokasi dia la. Cuma korang tengok situ ada kereta-kereta kat lobi hotel tu. haaaa situ laa parking dia. Nanti lepas check-in, dia akan tanya bila korang nak keluar ke apa. So nanti dia akan tolong parkingkan ikut kesesuaian. Kunci kereta pun sangkut je kat lobi. Macam takde kes kecurian je kat sini. Sebab bukannya ada staf sangat kat reception tu.
|
Lobi Rex Hotel, Seogwipo |
7. Maeil Olle Market
Indoor market terbesar di sini. Beberapa langkah je dari Rex Hotel. Disebabkan kami sampai dah malam dan esoknya pun sampai malam jugak, aku tak berkesempatan nak round/explore masa hari siang. Jual macam-macam tapi yang menarik perhatian adalah buah-buahan terutamanya oren.
|
spot favourite aku |
8. Lepak Cafe
Nak merasa bingsu korea. Kat Malaysia ni tak de geng nak merasa. Tapi kesimpulannya, aku bukan fan menda-menda cenggini. Sama macam aku tak berapa gemo ABC. Sejuk-sejuk manis ni bergegar otak aku..heheh. Tapi ok laaaa nak merasa.
|
Tous Les Jours Cafe |
8. Yongmeori Coast
Sebenarnya aku pun konpius pasal Yongmeori Coast ni area mana. Tapi kami memang pergi sepanjang dari Sanbang-san dan Songak-san ni. Ntah kemana-mana kami pergi memula tu. Main singgah je memana yang nampak macam cun. Tempat yang cun ramai orang bergambar tu dekat dengan Sanbang-san / Hamel tu kalau korang nak tau. Disebabkan ujan dan berangin masa kami datang, dia tutup. Kami posing-posing tak tentu hala ke laaa. Mana tak nye, sat pakai raincoat..sat bukak. Sat lebat sat teduh. hahahha. Memang kekusutan tapi tak menghalang kami nak menjenguk semua tempat yang ada. Tapi ada sekali tu lebat sungguh. Kami lepak cafe minum kopi bertahun jugak rasanya (dalam 2jam kot). Kat sini lah kami mendapat berita yang Jeju mungkin kena kesan taufan nanti. Alamak..alamak...alamakkkkkkk
|
Ini rasanya Sanbang-san |
|
Singgah je tepi-tepi pantai kalau nampak menawan |
|
baru tau nama dia Brothers Island |
|
tak tau laa apa motif batu besar ni |
|
Tempat shooting K-Drama |
|
Haenyeo ada di mana-mana kat jeju ni |
|
langit suram je sepanjang masa |
|
Haenyeo lagi |
|
Hamel's Shipwrecked Site |
|
haaa baru sampai betul Yongmeori Coast tapi tutup plak sebab ujan |
10. Jusangjeolli Cliff
Masuk sini kena bayar KW2000 je. Cantik sebenarnya area ni. Tapi disebabkan mendung dan hujan renyai-renyai sepanjang masa, pasrah je laa apa yang ada depan mata ni.
|
Jusangjeolli |
|
Cerita asal usul kejadian cliff tu |
|
Platform kukuh disediakan bagi memudahkan pengunjung melihat dari dekat |
|
One of the cliff |
11. Cheonjeyeon Waterfalls
Nak masuk sini kena bayar KW2000 juga seorang. Ada 3 waterfalls kat sini. Tapi kalau korang jenis sakit kaki, pergi yang pertama dan kedua je dah cukup. Yang ketiga tu jauh sikit. Dia macam menurun bukit. Masa pergi best laa, masa balik nak menapak naik tu, mengah jugak. Dan yang ketiga tu biasher-biasher je pun. Menapak tu jangan risau, sebab sini semua platform / tangga elok je depa bina. Tak de lopak ke tanah kotor kena tempoh. hihik.
Dalam perjalanan ke waterfall ke-3 tu, nanti korang akan jumpa jambatan, Seonim Bridge nama dia. Lawa dan tinggi kedudukan dia. Nampak laa pokok-pokok kat bawah tu.
|
1st Waterfall. cantikkan warna air dia. |
|
Mau pengsan aku baca signboard kat Jeju nie. hahahah |
|
Waterfall ke-2 |
|
Waterfall ke-3 |
|
Seonim Bridge |
12. Fifa World Cup Stadium
Sempat kami singgah sekejap menjeling stadium yang digunakan masa World Cop masa Jepun-Korea jadi tuan rumah haritu. Jeling-jeling dari luar je. Tak pasti boleh masuk ke dak stadium ni. Tapi yang pasti, tak nampak pun orang main ke guna stadium ni. Musim ujan semua baring kot kat rumah. hehe
13. Jeongbang Waterfall
The only waterfall in Asia that water falls direct into the ocean. Oceanside 75-ft. waterfall cascading from a cliff, with its waters flowing into the sea. Haaa...Dia direct terus ke laut. Penuh orang masa ni. Ini pun kena bayar masuk rasanya. Mahal sikit dalam KW2500.
Maka abis dah hari pertama dan kedua kami di pulau Jeju ini. Sebab naik kereta dan semua pun dekat-dekat, dapatlah kami pergi dengan sesuka hati di area Seogwipo ni.
No comments:
Post a Comment