Hari Ketiga - Udo Island
Awal pagi selepas check-out terus menuju ke Udo Island yang terletak di Seongsan. Perjalanan dari Seogwipo mengambil masa dalam sejam setengah. Sampai sana isi borang, jangan lupa bawak passport dan boleh beli tiket berharga KW8500 return. Dekat je Udo ni dalam 15 minit je kot. Ke paling lama pun 30 minit. Sampai sana terus boleh pilih nak bawak scooter ke, basikal ke. Paling senang, beli je tiket bas HOHO berharga KW5500. Boleh naik dan turun sesuka hati je nanti. Tiket tu simpan. Kekadang ada driver yang nak tengok masa naik bas tu nanti.
Disebabkan aku sentiasa 'Rajin', maka sila layan gambar-gambar sendu kat sana. Hahah
|
Luang legar untuk beli tiket dan menuju ke kapal |
|
Jom la kita naik kapal |
|
Kerusi tak disediakan ye. Sila duduk bersila atau berdiri je |
|
Welcome to Udo |
|
turun je dari kapal, boleh nampak dah area untuk rental scooter ni |
|
Sebelahnya deretan bas HOHO pulak |
|
Apapun, beli tiket bas HOHO dulu ye |
|
Ini route bas. Tapi jangan percaya sangat. Nama tempat yang ditulis ni selalunya tak sama pun dengan nama sebenar |
|
Haaa baca sejarah ni dulu ye |
|
Elok plak kami sampai, Haenyeo pun baru naik menyelam |
|
Jom tengok apa hasil kutipan depa |
|
Nampak lazat kan.. besar plak tuuuuu |
|
Lupa nama tempat ni. Menapak naik bukit nak menuju ke rumah api |
|
Bukit dan Laut |
|
Salah satu rumah api yang kami sampai |
|
Korean ni asyik touch-up je. Tak kira jate tinooo |
|
fefeeling ahjumaa hahha |
|
popcorn beach.. comel kan |
|
Peanut Icecream jangan lupa try tau |
|
Banyak sampah merata-rata kat Udo ni (dan Jeju seluruhnya). Tak tau la pelancong ke atau rakyat tempatan yang buat nie |
|
Haenyeo Statue merata-rata |
Sebelum pergi Jeju, ramai yang kata tak ada apa kat Udo. Kalau nak pergi pun, mungkin dalam 2 - 3 jam jek dah cukup. Ini pendapat aku secara jujur ye (ikut tekak aku laaa), Udo ini ok jugak. Cuma aku datang time musim ujan, maka takde apa sangat la yang menerujakan. Sibuk mengirakan baju hujan je. Kejap pakai kejap bukak..hahahh kekusutan di situ. Kalau korang datang time spring / autumn, pasti Udo ni cantik. Tapi kalau 2-3 jam, macam tak cukup la aku rasa. Melainkan korang jenis celup-celup asal sampai je. Kalau jalan santai-santai, jeling kiri kanan sambil menikmati pemandangan perlu ambil masa separuh hari jugak. Bila dah sampai tempat orang tu jangan laa nak rushing tak tentu pasal. Tapi, kalau korang ke Jeju dalam tempoh yang singkat, boleh je skip Udo nie..hahahhaha. Takde terkilan sangat pun.
Haaa...settle separuh hari di Udo Island.
No comments:
Post a Comment