Friday 17 June 2016

Scandinavia Trip 2016 - Part 9 - Bergen Norway yang sangat indah

Bendera Norway

The flag of Norway is a red with an indigo blue Scandinavian cross fimbriated in white that extends to the edges of the flag; the vertical part of the cross is shifted to the hoist side in the style of the Dannebrog, the flag of Denmark - Wikipedia


Assalamualaikum.

Kami dah sampai Bergen. Bukan Berger tauuuu. Alhamdulillah semalam tidur lena dalam train. Cuaca masih gelap. Syuruk di sini agak lewat dalam 7.30 pagi kot. Bergen Station ini agak besar. Memandangkan hari masih gelap dan kami pun tak pasti nak ke mana subuh-subuh gajah ni, kami pusing-pusing dalam station tu dulu. Tapi macam pelik sikit..tak ramai ke yang turun train tadi. Macam tak ramai orang jek. Kira aman-aman jek. Emmmmm nak lepak kat mana ye yang bersesuaian.

Tetiba kami nampak Espresso House. Ada mamat tu selama je baring kat sofa dalam cafe tu. Ate...moh la kita. hehehhe. Espresso House ni melambak kat negara Scandinavia ni. Tapi kami tak pernah pun masuk. Sebab dijangkakan harga dia setaraf Starbucks. Makanya, kami lebih selalu beli kat 7E je laaa...murahkan..heheh. Kami pun amik port baek punya dan order. Seperti biasa, aku memang akan order croissant la. Kalau tak croissant, adik beradik croissant. gituuuu. Minum makan rasanya lebih dari sejam. Dah laa wifi free, tak kena halau pulak. Sofanya gebuuus...seronot laa kami berborak.

Dah puas kami melepek dan cuaca pun dah makin terang, maka jom la mencari hotel. Yeaahhh...gumbira sungguh dan tak sabar. Dah 3 malam tak dapat katil dan tandas yang best. Rindu giler kot. Agak sukar mencari hotel disebabkan tiada wifi. Bergantung kepada kefahaman kawan aku membaca dan mengagak jalan-jalannya. Bagi kat aku memang tak sampai-sampai la kot. Dah la kebanyakkannya tak tulis bahasa Inggeris. Pusing-pusing akhirnya sampai juga ke hotel. Kami duduk di hotel Grand Terminus. Memandangkan kami sampai di sana pukul 9pagi dan sah-sah la bilik tak ready, kami tumpang letak luggage je dulu. Nanti baru check - in. Cantik dan klasik sangat hotel ni. Kami macam dah eksaited sangat nak tengok mana ke ropa bilik dia.

Dah-dah jangan buang masa. Jom kita jalan-jalan cari pasal. Ya Alllah..cantik sangat Bergen ni. Teratur kemas je bangunan-bangunan dia. Dan juga comel-comel. Tujuan utama adalah untuk mencari Bryggen. Apa tu Bryggen?

Bryggen, also known as Tyskebryggen, is a series of Hanseatic commercial buildings lining the eastern side of the fjord coming into Bergen, Norway. Bryggen has since 1979 been on the UNESCO list for World Cultural Heritage sites - Wikipedia

Jarak dari hotel lebih kurang 1km. Kalau nak ke sana, wajib jumpa tasik lille lungegårdsvannet. Aman je rasa. Sebab masih pagikan. Macam tak ramai orang je. Yang ada cuma burung-burung yang lepak tepi tasik tu. Emmmm bestkan kalau cuaca panas sikit. Boleh lepak tepi tasik.

Jumpa money changer, kami singgah. Sebab nak tukar duit. Kami di sini agak lama. Eh tak la lama mana..cuma tak stop over. Bermalam di Bergen dan Oslo nanti. Maka afdhal la tukar sikit duit ke currency Norwegian Krone (NOK). Senang nanti nak guna beli menda runcit-runcit.

Bryggen ini, bangunan klasik yang comel je di mata aku. Tambahan pula dia mengadap pelabuhan (havn) / laut. Ditambah dengan pelbagai warna. Yang lain-lain aku x berapa nak hayati. Hahaha. Sebab pada aku, bangunan lain pun cantik-cantik juga. Dan kebanyakannya mengikut konsep Bryggen ini.

Selepas itu, kami kembali ke Bergen Station. Niat utama adalah untuk mencari bas yang akan ke Ulriken. Berbelit juga laa nak mencari tempat bas tu. Macam yang saya katakan tadi, Bergen Station ni besar sebenarnya. Cuma ntah kenapa ia tak nampak besar semacam mana kita tengok KLIA tu. Bas dia biasa je..macam bas Nadi Putra tu. Tiket kami beli untuk pergi dan balik. Tak ingat pula berapa harganya. Perjalanan memakan masa sekitar 20 minit. Comel jugak bas ini. Eh bukan bas dia yang comel. Tapi comel pemandangan sepanjang naik bas tu. Yang naik mostly warga emas. Ramai yang berpimpin tangan jalan berdua. Tak kurang juga yang sorang-sorang. Lepas tu ada budak-budak tadika naik dengan cikgu dia. Semua berdisiplin dan kelihatan sangat comel. Jalannya lengang dan aman je. Berlengkar-lengkar sikit laa sebab Ulriken ni merupakan tanah tinggi a.k.a bukit.

Ulriken is the highest of the Seven Mountains that surround Bergen, Norway. It has an altitude of 643 metres above sea level. Ulriken has an aerial tramway, Ulriksbanen, that can bring people to the top - wikipedia

Seperti bas lain, dia ada banyak pit stop. Ntah kenapa kami turun dan dapati ianya salah. hahahah. Tapi tak pe. Cuaca sejuk dan kami tanya orang-orang sekitar di mana stesyen Ulriken. Jalan je la sambil tengok keadaan masyarakat setempat. Aman....damai...tenang....sunyi. Rasa macam ia pekan pencen kot. Sebab kami asyik jumpa warga emas sahaja. Mereka berjalan pelahan-lahan jek. Susah sangat nak jumpa yang muda-muda. Agak jauh juga kami berjalan. Yang kelakarnya, bila kami dah nak hampir sampai ke simpang untuk stesyen Ulriken tu, kami nampak bas yang sama, driver yang sama lalu. Sabar je laaa.

Eh sebenarnya belum sampai lagi tau. Dari simpang tu nak ke stesyen tu...menurun bukit tau. Ok..memang tak de masalah masa nak pergi. Tapi aku dah fikir masa balik nanti...Uwaaaaaa. Dah..dah...jangan bikin malu...tengok yang datang tu mostly warga emas. Depa bukan nak naik cable car ok..Panjat..Hiking!!! Kira macam Broga laaa ni. Semua dok memanjat.

Kami beli tiket di sana. Harganya 160NOK untuk dua hala. Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok kat sini. Kawasan di puncak tidaklah terlalu besar. Tapi ada restoren kecil di atas tu. Ramai juga yang hiking di sana lepak dan minum di situ. Kami? Kenyang lagi kan...jangan buang duit. Heheh. Lagipun, di atas tu masih bersalji. Sejuk. Nak jalan pun agak susah sebab licin. Katanya kalau datang Bergen, tak sah kalau korang tak naik Ulriken ni. Boleh nampak pemandangan bandar Bergen. Bila aku perhatikan, rasanya tak susah kot nak hiking kat sini. Ecececeh. Cuma sebab tengah musim sejuk...dan kami bukan lah hard core sangat. Cukuplah hiking kat Iceland last week..heheh. 

Selepas puas menikmati pemandangan di atas, kamipun turun semula. Pemandangan semakin cantik. Kami berjalan santai-santai je. Kami juga jumpa sekolah tadika. Comel sangat. Kanak-kanak boleh main sesuka hati. Cikgu memerhatikan dari jauh je. Main air, pasir, basikal. Sumpah comel dan tenang sangat. Seeloknya, masa aku baca berkenaan dengan Ulriken ini, datang masa sunset. Dah kami pun tak cukup masa, tak perlulah nak jiwang sangat sampai nak sunset atas bukit. Hehe. 

Sudah sampai masanya untuk mengisi perut. Lapar giler dah masa ni. Kami sepakat nak makan nasik sebab macam ternampak kedai Thai. Terus kami terjah Restoren Ma-Ma Thai. Kami cuma order tomyam campur, sayur campur dan kari salmon kot. Air suam demi keselamatan poket. Datang pula nasi putih yang berasap. Zasssssssssssssssss..kami dengan gelojohnya makan tanpa memandang kiri dan kanan. Zup Zap. Abis...settled. Alhamdulillah. Kenyang sangat. Rasa dah lama giler tak makan nasik putih panas-panas cenggini. Nikmat dia...hanya tuhan yang tahu. Kos dia berapa? Sorang kena dalam RM150 kot.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Kami menyanyi riang ria balik hotel. Nak check-in dan solat. Ya Allah...cantik sangat bilik dia. Hahahah. Maksud cantik ini adalah TERPALING cantik sepanjang trip kami ini. Luas ...selesa ..bilik air besar. Terus cop katil beso sebab di Iceland aku tido bilik kecil. Tengok tilam dia..duvet terus rasa nak tido jek. Tapi no..no..no...mana boleh tidur. Banyak lagi aktiviti nie. Jangan bermalas-malasan ye.

Masa keluar kali ini, baru nampak meriah sikit bandar ni. Sebab dah petang kan. Kali ini tujuan kami nak pergi Floibanen. Ini bukit juga dan naik cable car juga. Cuma dia dekat dengan Bryggen tu. Makanya, laluan kami sama je. Ulang alik tasik tu dekat 500juta kali. Hahaha. Semangat travel dan pemandangan cantik kan. Sama macam ulang alik jalan TAR tu. Tak de la mengamuk. Ce lalu lorong aheemmm banyak kali..mau menyumpah meroyan.

Fløibanen is a funicular in Bergen, Norway which runs up the mountain of Fløyen. It is one of Bergen's major tourist attractions and one of Norway's most visited attractions. Over 1 million passengers a year have used it over the past few years - wikipedia

Harga tiket 90NOK untuk pergi balik. Disebabkan dah petang, agak ramai juga pelancong yang menaiki cable car ini berbanding di Ulriken tadi. Tapi dia punya ramai, jangan lah korang bayangkan kesesakan macam nak naik pi Bukit Bendera. Tak..Tak macam tu. Aman-aman je sebenarnya dan tak perlu menunggu.

Bila sampai di atas, wowwww cantik sangat. Aku lagi suka Floibanen dari Ulriken. Tetiba rasa kesal tak naik Floibanen dulu. Di sini lagi luas kawasan dia dan tidak bersalji. Masa petang tu pula cahaya matahari memang terang. Walaupun tetaplah sejuk tetapi sedaplah kena matahari. Di sini ada taman permainan, kedai, restoren. Ramai famili yang bawa anak untuk rehat-rehat. Kami pun join sama..duduk-duduk dan borak-borak. Ambil gambar...merepek ntah ke apa. Rasa sayang plak nak turun awal. Tapi kena la turun juga sebab tak kan nak melepak kat sini sampai 3jam kan.

Selepas turun, kami pusing lagi area Bryggen, havn sekitar tu. Singgah satu kedai cenderamata, beli dalam 10 fridge magnets. Tetiba aku mendapat surat cinta sekali lagi. VAT!!!!!!!!!!!! Oh nooo...tergamam aku. Dan terus set dalam hati tak mahu beli lagi apa-apa cenderamata bagi mengelakkan kecederaan jiwa dan raga.

Waktu ini pekan Bergen semakin meriah. Ada yang berjoging, berpicnic, bersiar-siar. Macam pelik..eh korang ni balik kerja pukul berapa laa agaknya. Sebab masa tu masih pukul 4-5 pm gitu. Kami singgah juga mall mereka tapi tak cukup teruja. Ini disebabkan faktor harga dan barangan tersebut sendiri. hehehe. Serius...di Scandinavia country memang bukan untuk kaki shopping. Nasib laa memang aku bawa back-pack kecik je. Beli FM pun dah rasa berat bebanan aku.

Kami singgah kembali ke Bergen Station untuk dapatkan tiket untuk aktiviti esok. Esok pagi senang sebab agak awal juga kami bergerak esok. Ehhhh..baru sedar yang pintu hotel dengan pintu station ni dalam 10 langkah je kot. Adooi..punya la berbelit-belit kami berjalan mencari hotel ni pagi tadi. Tapi takpe..dari tak tau langsung. Esok pagi senang la sebab dah tahu.

Siap semua, kami balik bilik. Penat sangat rasanya sebab banyak berjalan sepanjang hari ini. Sampai bilik, seronoknya aku dapat mandi di dalam bilik air yang proper. Heaven. Mandi lama-lamaaaaaaa. Balas dendam. Eh..Tengok-tengok geng aku semua terbongkang. Seronot la tu dapat baring kat tilam. Aku settlekan solat dulu. Lepas tu aku pun menyusur tidur. Bag aku dah kemaskan. Lepas aku tido baru depa bangun. Kenduri depa malam tu dengan makan dan bersembangnya. Aku tak bangun dah sebab aku tadi memang tak tido langsung. Perut pun masih kenyang makan nasik lunch tadi. Sibbaik aku tido mati..depa la citer depa stay-up sampai pukul berapa ntah.

Nite-nite. Sementara tu layan gambar duluuu


Pemandangan apabila melompat turun dari train

Welcomo to Bergen!!!
Ooohh!! Jatuh chenta dengan ID kedai ni

Breakfast di Bergen
8.30am. Kami melangkah keluar dari kedai ini

Pintu masuk ke Bergen Central

Jalan-jalan sekitar pekan

Comelkan kedai dia

Tak baca pun siapa mamat nie

comei tong sampah dia

Burung je lepak kat tasik ni pepagi  ni

lille lungegårdsvannet - sunyi dan tenang

kami melintas di sini sebanyak 400juta kali..heee

Byrggen

Bryggen lagi
Pemandangan menuju ke Ulriken
Menuju ke cable car



Cute kan sekolah tadika mereka!

Salah satu pit stop sebelum sampai ke cable car

haaa..dah nampak signboard dia

akhirnyaaaa..setelah penat menapak

ni dah sampai puncak nie

Pemandangan Bergen dari puncak Ulriken

Bersalji kat atas ni..sejuk

Pemandangan Bergen dari puncak Ulriken

Ini la restoren tempat kami mencekik

Menu kami...nyummmm

Yes...katil aku. Lena tido sampai ke subuh

Katil untuk mereka

Nikmatnyaaa dapat bilik air besar dan bersih cenggini

cantik plak tu deco dia
Basikal untuk disewa...kalau stay lama sikit..mau aku sewa dan pusing-pusing pekan

Pintu masuk ke cable car Floibanen

Puncak Floibanen

Fefeeling berseni sangat

Pemandangan sekitar bukit

Suka tengok pokok dia
Misi menjejak Jacob
Cable car kami merentas pokok hijau dan coklat

Dalam Cable Car..siap lalu bawah jambatan/jalan

Bryggen lagi


Kenangan

Kenangan lagi...comel kan

Station di waktu petang



Post terdahulu:
  1. Introduction
  2. Persiapan
  3. Part 1
  4. Part 2
  5. Part 3
  6. Part 4
  7. Part 5
  8. Part 6
  9. Part 7
  10. Part 8

No comments:

Post a Comment